Selasa, 31 Mac 2009

Ds Nizar dapat cucu sulung

Alhamdulillah cucu pertama saya selamat di lahirkan di Pusat Rawatan Islam Ar-Ridzuan, Ipoh tepat jam 4.56 petang. Bayi perempuan seberat 3.1 Kilogram berada dalam keadaan sihat begitu juga ibunya.
-Datin Seri Fatimah Taat-
Komen Nur12: Tahniah Dato' Seri dan Datin Seri atas kelahiran cucu pertama.Moga bertambah seri keluarga dan moga bertambah semangat hadapi ujian mendatang-Ikhlas dari DPPK Lumut.

KETIDAK ADILAN SPR MAKIN KETARA DI BUKIT GANTANG

Malam tadi saya bersama rakan petugas pilihanraya Bk. Gantang sempat membuat lawatan ke beberapa pos PAS di DUN Trong. Dalam perjalanan ke pos-pos tersebut, beberapa ceramah yang dianjurkan oleh BN sedang berlangsung, kebanyakan program kempen BN diadakan di Dewan Orang Ramai. Antara Dewan Orang Ramai yang digunakan oleh BN dalam kempen mereka ialah Dewan Bunga Raya, Changkat Jering, Dewan Orang Ramai Pekan Trong, dan beberapa tempat yang lain.
Selain itu, saya melihat sendiri, Dewan dan Balai Raya turut digunakan oleh BN sebagai Bilik Gerakan mereka.Dalam perjalanan pulang, saya singgah di Bilik Gerakan PAS Trong. Sebelum itu, berlangsung satu ceramah yang dihadiri oleh beberapa pimpinan Pakatan Rakyat Pusat dan Negeri. Dalam masa yang sama, di Dewan Orang Ramai Trong yang berhadapan dengan Bilik Gerakan PAS Trong juga sedang berlangsung kempen BN.Saya diberitahu oleh petugas-petugas PAS di situ, SPR yang kebetulan memantau ceramah-ceramah politik PAS dan BN malam itu telah cuba memberhentikan ceramah PAS kerana telah melewati jam 11 malam. menurut peraturan yang dipersetujui antara kedua-dua parti dengan SPR serta pihak polis bahawa ceramah-ceramah pilihanraya hendaklah ditamatkan jam 11 malam di kawasan luar bandar dan jam 12 malam di kawasan bandar.
Pelik peraturan ini. Dalam pilihanraya umum dulu tidak pernah ada peraturan menamatkan ceramah jam 11 malam di luar bandar, sekarang ada pula peraturan seumpama itu.Cubaan SPR cuba memberhentikan ceramah tersebut dibantah oleh petugas-petugas dan penceramah PAS, kerana dalam masa yang sama BN masih terus berceramah di Dewan Orang Ramai yang berhadapan dengan Bilik Gerakan PAS, sedangkan mereka baru pulang dari memantau ceramah anjuran BN di tempat tersebut.
Petugas dan penceramah PAS mendesak SPR hentikan dahulu ceramah BN sebelum PAS berbuat demikian, mereka cuba berdolak dalik, akhirnya petugas dan penceramah PAS termasuk Dr.Maria (Ahli Parlimen Kota Raja) memaksa SPR ke tempat BN berkempen untuk menghentikan ceramah mereka. SPR bersama petugas-petugas PAS dan Dr. Maria sendiri ikut sama ke sana bagi memastikan SPR mengambil tindakan sama. BN memberi alasan tidak tahu yang ceramah pilihanraya di luar bandar mesti dihentikan jam 11 malam.
Setelah SPR bertindak demikian, barulah ceramah PAS dihentikan.Inilah sikap ketidak adilan SPR dalam mengendalikan pilihanraya kecil Bukit Gantang. Sepatutnya SPR juga mesti menghalang BN dari mengguna semua premis milik kerajaan untuk kegunaan parti samada sebagai bilik gerakan atau tempat ceramah. BN boleh marah kepada Hj Nizar hanya kerana menjadi imam Solat Maghrib dan dituduh merampas masjid dan tugas imam untuk kepentingan politik, tetapi dalam masa yang sama semua premis kerajaan digunakan oleh UMNO untuk kepentingan politik BN.
-Misbahul Munir Masduki-

Nizar: Ini bukan setakat pilihanraya kecil...


Pencalonan Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai calon Pakatan Rakyat telah memeranjatkan ramai pemerhati politik.Tambahan pula, PAS mempunyai ramai pemimpin berbakat yang boleh dicalonkan di situ dan Mohd Nizar pula sedang berentap dengan usaha untuk merampas semula Perak dari Barisan Nasional.


Bagi Mohd Nizar, jawapannya mudah: "Ia bukan setakat satu pilihanraya kecil".Dalam wawancara dengan Malaysiakini di baglo sewanya di Ipoh Rabu lalu, Mohd Nizar berkata, kepimpinan PAS tidak melihat Bukit Gantang sebagai hanya satu pilihanraya kecil. Ia melihat Bukit Gantang sebagai tapak perubahan politik di Malaysia.Ramai pemerhati dan pemimpin Pakatan Rakyat menganggap pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang sebagai satu referendum terhadap tindakan kontroversi BN mengambil alih kerajaan negeri Parak hampir dua bulan lalu.Kedudukan BN dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang dilihat genting kerana kekalahannya akan dianggap sebagai petanda rakyat tidak merestui kerajaan baru BN di Perak itu.Menurut Nizar, beliau sendiri terperanjat apabila beliau dicalonkan kerana namanya tidak pernah disebut sebagai calon yang berpotensi bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut."Mereka membuat keputusan pada saat-saat akhir. (Tetapi) ia bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi PAS," katanya merujuk kepada pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu di mana Abdul Wahid juga dipilih sebagai calon PAS di situ pada saat-saat akhir.



-malaysiakini-

Warga Cina Kuala Sepetang sokong Nizar

KUALA SEPETANG, 30 Mac : - "Nizar dah sampai!" jerit seorang pemuda Cina sebaik saja kenderaan yang membawa Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin tiba di pekan Kuala Sepetang pagi tadi.Pekan yang lebih dikenal sebagai pekan nelayan itu merupakan lokasi pertama kempen Nizar pada hari ini.
Penduduk Kuala Sepetang terdiri dari 90 peratus berbangsa Cina.Beliau bersama bersama petugas PAS Bukit Gantang tiba di pekan tersebut tepat jam 11 pagi tadi.Wajah-wajah penuh keceriaan menyambut kedatangan Nizar bersama rombongannya yang turut disertai beberapa penulis blog terkenal seperti Harris Ibrahim.Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Sepetang, Tai Sing Ng, Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai dan Adun Gunung Semanggol, Ramli Tusin menyambut ketibaan Nizar.Nizar kemudiaannya dibawa mengelingi pekan tersebut bermula dari sebuah tadika Teck Teck Seah Chee Heong Koh.
Sewaktu di tadika tersebut, Nizar telah bertemu ibubapa dan juga murid yang juga terkejut dengan kehadiran beliau.Sebaik keluar dari tadika tersebut, Nizar terus bertemu rakyat di kawasan pemprosesan ikan Hong Teong Fish Dealers.
Pengusaha di tempat pemprosesan itu ternyata gembira menyambut kedatangan Nizar.Sewaktu berjalan kaki ke pekan itu juga, Nizar sempat singgah di Balai Polis Kuala Sepetang untuk bertemu dan beramah mesra dengan beberapa anggota Polis yang sedang bertugas.Beliau juga sempat melihat kawasan 'parking' masjid yang sedang diturap oleh kontraktor."Agaknya inilah projek mee segera yang dilakukan oleh Barisan Nasional di Kuala Sepetang,"gurau Nizar kepada semua yang hadir.
Suasana menjadi gamat apabila Nizar masuk ke dalam kedai kopi di pekan tersebut dan disambut dengan gembira sekali oleh pelanggan kedai makanan dan minuman di sana."Kami akan terus menyokong Pakatan Rakyat,"kata salah seorang pelangan di kedai kopi cina tersebut.Orang ramai berpusu-pusu untuk berjabat tangan dengan Nizar dan ada juga yang sempat bergambar bersama tokoh Pas itu.
Nizar telah melapangkan masa lebih kurang dua jam bersama masyarakat di pekan tersebut dengan melawat semua kedai di sana.Penduduk Kuala Sepetang begitu yakin dengan Nizar dan berharap agar kerusi parlimen Bukit Gantang akan terus kekal dibawah PAS.Setiap kali Nizar mengunjungi restoran atau mana-mana kedai di pekan Kuala Sepetang beliau menerima sorakan yang kuat dari penyokong golongan Cina.
-Harakahdaily-.

Bukit Gantang: Media lapuk BN vs media baru Pakatan

KEMPEN pilihan raya kecil di dua bukit di Semenanjung dan Dun Batang Ai (Air), Sarawak sedang berlangsung.Bermula dengan hari penamaan calon 29 Mac lalu, kempen-kempen 20 calon yang bertanding - tiga di Parlimen Bukit Gantang, lima belas di Dun Bukit Selambau dan dua di Dun Batang Ai akan berlangsung hingga menjelang tengah malam 7 April akan datang.
Pastinya antara yang mencuri perhatian para pemerhati dan pengkaji politik adalah kaedah berkempen parti-parti atau calon-calon yang bertanding.Salah satu kaedah kempen politik BN adalah melalui media-media arus perdana yang dikuasainya. Tatkala kerajaan BN bertindak menggantung permit akhbar rasmi PAS dan KeADILan selama tiga bulan (sehingga 22 Jun 2009), BN terus menggunakan media massa arus perdana untuk mewar-warkan kempennya di tiga kawasan pilihan raya kecil itu.
Sejauh mana keberkesanan kempen BN melalui media massa ini menjadi sesuatu yang menarik untuk dibincangkan. Ini kerana 'media konvensional' yang digunakan BN sudah kian hilang kredibiliti dan kepercayaan umum, berbanding 'media baru' yang digunakan Pakatan Rakyat.Komen-komen para perwakilan Umno dalam mesyuarat agung parti itu 24 higga 28 Mac lalu tentang kegagalan BN dalam menyampaikan 'mesej dan maklumat yang benar' kepada rakyat pada kempen PRU12 tahun lalu secara tidak langsung lebih merujuk kepada kegagalan fungsi media arus perdana untuk bertindak sebagai 'jurucakap BN dan Umno'.Sebenarnya kegagalan BN dalam menguruskan penyaluran maklumatnya kepada rakyat bukan sangat berpunca daripada kegagalan fungsi media arus perdana.
Media arus perdana terus kekal berfungsi sebagai saluran kempen BN paling efektif kerana akhbar, TV dan radio masuk ke dalam hampir semua rumah kediaman rakyat. Apa yang tiada pada media massa utama ini adalah kebenaran dan keadilan.Tanpa dua aspek penting itu (kebenaran dan keadilan), kehebatan liputan dan kecanggihan teknologi tidak dapat menawan hati dan pemikiran rakyat. Apatah lagi ketika berhadapan media baru yang lebih dekat dengan hati rakyat khususnya golongan muda.Perlu disedari bahawa strategi berbohong dan memanipulasi fakta hanya berkesan dilakukan arus media perdana di saat ketiadaan media baru seperti internet (khususnya blog) dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
Media baru juga semakin berkembang seiring dengan perkembangan teknologi. Penghantaran SMS kini diperluaskan kepada penghantaran audio dan visual melalui telefon bimbit yang lebih efisien berbanding siaran TV dan radio.Untuk memahami senario ini, diperturunkan dua contoh penulisan yang disiarkan oleh media konvensional dan media baru bagi penilaian pembaca. Dua penulisan ini merujuk kepada insiden yang berlaku di Masjid Simpang dalam kawasan PRK Parlimen Bukit Gantang, 29 Mac lalu.
Berita di bawah dipetik daripada mStar online yang dimiliki MCA. Insiden ini juga dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia milik Umno bertarikh 30 Mac 2009:Nizar 'rampas' acara BN di masjid Bukit GantangOleh G. MANIMARANTAIPING: Bekas Menteri Besar Perak yang juga calon PAS bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin 'bertembung' dengan rombongan Barisan Nasional (BN) di Masjid Simpang malam tadi - mencetuskan sedikit kekecohan.Semalam (29 Mac) merupakan hari pertama kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.
Nizar yang dikatakan hadir tanpa undangan ke majlis bacaan Yassin dan solat hajat anjuran BN telah mencuba untuk mengimamkan solat Maghrib.Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Hussin ketika dihubungi mStar Online berkata, Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid dan terus mengimamkan solat Maghrib.Isu tersebut dengan pantas disebarkan menerusi SMS, menjadi bahan kempen dalam beberapa ceramah anjuran BN di bahagian Bukit Gantang."Orang-orang dia (Nizar) minta mikrofon untuk Nizar berucap selepas Maghrib tetapi tidak diberikan, telah dihalang oleh Pengerusi Masjid (Yahaya Sulaiman)."Kami berikan beliau peluang sertai majlis ini, anjuran BN tetapi beliau datang untuk buat kacau," kata beliau ketika dihubungi.
Rosli yang turut hadir ketika kejadian berkata, tidak berlaku apa-apa kekecohan besar dan kumpulan Nizar telah meninggalkan majlis selepas itu.Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir pada majlis tersebut.Mengulas isu yang sama, Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, Nizar bertindak keterlaluan apabila cuba mengambil alih jemaah dengan meminta mikrofon daripada imam dan cuba mengadakan ceramah sebelum menunggu Isyak.Ketika bercakap dengan pemberita selepas memperkenalkan calon BN, Ismail Saffian di Tokong Nyee Wong Kong di sini malam tadi, Zambry berkata, tindakan itu telah dirancang oleh PAS dan sanggup menggunakan masjid sebagai tempat berpolitik.
Demikian berita yang dinukilkan oleh media massa pro-BN. Cuba kita lihat pula tulisan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang juga calon PAS bagi PRK Parlimen Bukit Gantang dalam blog popular beliau, Kamparinn.blogspot.com :Saya telah mengimamkan Solat MaghribTerlebih dahulu beribu maaf kerana lama sangat tidak update blog saya kerana maklumlah mengirakan kerenah pindah randah dan naik turun mahkamah Tinggi KL dan Persekutuan, Putrajaya. Pohon sembah derhaka!Hari penamaan calon PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru-hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pemimpin PAS lain memasuki pintu pagar Dewan Perbandaran Taiping jam 8.45 pagi (29 Mac).
Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Haji Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju.Sewaktu masuk ke masjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden Umno; Dato' Zambry Kader; calon (BN) Ismail Saffian dan ramai lagi pemimpin Umno Pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan Umno berada di saf pertama.Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamii'an, walaa tafarraqu..." dan rakaat kedua surah al-Kaafirun.
Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pemimpin tinggi Umno.Umno menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam import, Haji Jama'iy namanya. Habis solat, imam Haji Hashim bangun dan berucap di hadapan dengan menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan.Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi tafsir ayat al-Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.Namun beberapa pimpinan Umno setempat telah memprotes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus diadakan majlis bacaan Yaasin. Berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana.
Habis baca Yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya, kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi.Katanya lagi dengan nada kuat dan marah: "Jika mahu jadi imam saya boleh jadi imam, jika nak tafsir saya boleh tafsir". Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain.Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan 'ajaib' tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid.
Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang.Merujuk kepada berita yang disiarkan media BN, pastinya kita dapat melihat bagaimana insiden tersebut diputarbelitkan BN bagi kepentingan politik mereka. Jelas watak imam masjid yang bertanggung jawab menjemput Nizar untuk mengimamkan solat dan menyampaikan tazkirah tidak dilaporkan.Malah sikap kasar Zambry (yang disifatkan Adun Sungkai, N Sivanesan sebagai 'kekanda saya') tidak pula dilaporkan media pro-BN.Tuduhan bahawa Nizar menyalahgunakan masjid untuk kepentingan politik juga meleset kerana BNlah sebenarnya yang bertindak sedemikian kerana mengadakan majlis membaca Yaasin sempena kempen pilihan raya di masjid.Apapun terpulanglah kepada pembaca untuk menilai kebenaran dua sumber penulisan di atas.
Tetapi apa yang ingin ditegaskan sekali lagi, strategi berbohong dan memutarbelitkan fakta oleh media arus perdana tidak lagi berkesan di era kewujudan dan percambahan media baru seperti blog.Apa yang lebih utama dalam kempen-kempen politik adalah kebenaran, ketelusan, intergriti dan kredibiliti sumber maklumat. Tanpa ciri-ciri itu usaha mempengaruhi atau meyakinkan rakyat umpama mencurah air di daun keladi.Cuma satu yang ingin diulas... Zambry ketika memarahi Nizar mendakwa kononnya beliau juga mampu mengimamkan solat dan menyampaikan kuliah tafsir.Soalnya, dengan kecenderungan beliau untuk berbohong dan bercakap kasar, adakah manusia yang sudi berimamkan beliau?
-Harakahdaily.

Isnin, 30 Mac 2009

Isu 'rampas' majlis BN-penjelasan Ds Nizar

Terlebih dahulu beribu maaf kerana lama sangat tidak update blog saya kerana maklumlah mengirakan kerenah pindah randah dan naik turu mahkamah Tinggi KL dan Persekutuan, Putrajaya. Pohon sembah derkaha!
Hari penamaan calun PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pimpinan PAS lain memasuki pintu pagar dewan perbanadaran Taiping jam 8.45pagi.
Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju. Sewaktu masuk kemasjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden UMNO, dato Zambry Kader , calun Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan UMNO pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan UMNO berada disaf pertama.Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu.... " dan rakaat kedua surah Al-kaafirun.Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pimpinan tinggi UMNO.
UMNO menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam impot, Hj Jama'iy namanya. Habis solat, imam Hj Hashim bangun dan berucap dihadapan dgn menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan.Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi Tafsir ayat Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.Namun beberapa pimpinan UMNO setempat telah protes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus adakan majlis baca yaasin, berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana.Habis baca yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya , kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi. katanya lagi dengan nada kuat dan marah, "jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir". Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain .
Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan "ajaib" tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid. Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang.
-DS Mohamad Nizar Jamaluddin-
-www.kamparinn.blogspot.com-
Komen Nur12: Bravo Dato' Seri..masjid markaz umat Islam.Masjid tempat manusia 'bersujud' pd Illahi.Dato' Seri telah menjaga kesucian masjid drp najis manusia 'otak' sekular.Persetankan Zambry..dia bukan reti benda ni..

Ahli Pekida dihukum gantung

SHAH ALAM: Seorang ahli Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) hari ini dikenakan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana membunuh seorang lelaki pada 2003.
Hakim, Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad menjatuhkan hukuman itu ke atas Irwan Amat, 32, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya buktikan tuduhan membunuh melampaui keraguan munasabah.

-Berita Harian Online-


Komen Nur12: No komen..

Nizar cuba 'rampas' majlis BN: Zambry

TAIPING: Pada hari pertama berkempen, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamalaluddin cuba mencetuskan kekecohan apabila 'merampas' majlis bacaan Yassin dan solat hajant anjuran Barisan Nasional (BN) di Masjid Simpang di sini, 7.30 malam.
Perkara itu didedahkan Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir yang mendakwa Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid itu dan terus mengimamkan solat Maghrib.
"Bagaimanapun, dia kemudian bertindak keterlaluan apabila cuba mengambil alih jemaah dengan meminta mikrofon daripada imam dan cuba mengadakan ceramah sebelum menunggu Isyak," katanya kepada pemberita selepas mengadakan program lawatan dan memperkenalkan calon BN, Ismail Saffian di Tokong Nyee Wong Kong, di sini,
Zambry berkata kejadian turut disaksi Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. Beliau berkata, tindakan Nizar itu seperti dirancang dan jelas calon Pas itu sanggup menggunakan masjid sebagai gelanggang berpolitik untuk berceramah. "Perbuatan Nizar sanggat menyedihkan dan satu tindakan provokatif.
"Saya percaya beliau, selepas ini tidak teragak-agak menggunakan pelbagai alasan untuk menjadikan masjid sebagai tempat melakukan perbuatan seumpama itu.
-Berita Harian Online-
Komen Nur12: Haha..rasa lah kau zambry..'ni'matnya' apabila kena rampas..Ini baru pencak pertama dari seorang panglima..tunggu episod seterusnya.

Ahad, 29 Mac 2009

Dato' Seri Nizar 'Panglima' Bukit Gantang

Rasanya semua sedia maklum 3 calon telah disahkan pencalonan mereka bagi mewakili parti masing-masing bagi maksud pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang.
Ds. Mohamad Nizar Jamaluddin mewakili Pas.Datuk Ismail Safian mewakili BN.Saudara Kamarul Ramizu Idris mewakili bebas.
Rata-rata pemerhati politik melihat pertandingan sebenar adalah antara PAS vs BN.Bagi parlimen Bukit Gantang calon bebas hanya 'kacau daun',namun penulis tidak bermaksud untuk memperkecilkan kemampuannya.Jika tiada kemampuan masakan berani untuk 'masuk gelanggang'.
Umno/BN membawa bersama mereka semangat (palsu) perhimpunan agong mereka yang baru semalam berakhir.
Pas dan pendokong-pendokong pakatan turun dengan beralaskan semangat untuk mempertahankan maruah yang telah dirobek lumat oleh gerombolan bernajis lagi gilakan kuasa.Maka tidak hairanlah semangat itu telah terzahir pada pagi ini ditempat berlangsung penamaan calon.Iaitu diperkarangan pejabat Daerah Taiping.
Penulis tidak berhajat menyatakan berapakah jumlah kehadiran penyokong tapi cukup sekadar dinyatakan puluhan ribu pendokong Pakatan Rakyat dari seluruh pelusuk tanah air,dari Perlis sampailah ke Johor.(Penyokong dari Sabah dan Sarawak kemungkinan tidak hadir kerana memberi tumpuan di Batang Ai).Mereka datang dengan tidak disediakan habuan perbelanjaan.Tetapi hadir dengan membawa hati dan jiwa yang tulus dan kudus.
Mereka terdiri dari pelbagai peringkat lapisan umur.Ada yang datang bertongkat,ada yang menaiki kerusi roda,ada yang dikendong oleh ibu-bapa.Ada yang tua,pemuda dan juga kanak-kanak kecil.
Mereka terdiri dari pelbagai kaum.Ada berkulit sawo matang,ada berkulit putih cerah dan ada yang hitam 'manis'.
Disebabkan kesesakan manusia yang ketara sekali penulis tidak mampu untuk meletakkan diri di saf hadapan bagi memudahkan lensa merakam gambar-gambar 'famous'.Kelibat Ds Nizar pun tidak mampu dirakam lensa kamera penilis.Dari cakap-cakap orang ramai mereka memberitahu calon sudah pun masuk ke tempat penyerahan borang.Tapi kelibat manusia yang bertopengkan Nizar memang ramai..
Namun disaat-saat akhir penulis berjaya juga sampai di saf hadapan.Itupun setelah sebahagian yang hadir mula 'kepanasan' agaknya barangkali,mereka secara beransur-ansur mencari tempat berteduh dan menyerbu gerai-gerai penjual air 'berais'.Waktu ini barulah penulis berkesempatan untuk melihat 'pentas utama' yang menjadi medan pertempuran sorakan kedua-dua penyokong.Walaupun penulis merasakan sudah ramai penyokong-penyokong sudah berundur tapi masih ramai lagi yang tidak berganjak dari tempat pentas utama.Disatu sudut tempat berhimpun penyokong pakatan ialah berhampiran dengan bukit kecil.Mereka kelihatan seperti sedang duduk di stadium bolasepak.Apa lagi..mereka memang kreatif,mereka melakukan aksi ombak manusia seperti aksi penyokong-penyokong fanatik pasukan bola Mexico apabila gol dijaringkan.Penulis hanya mampu tersenyum melihat gelagat tidak terancang mereka.
Namun disatu sudut yang jauh kelihatan penyokong-penyokong 'bendera biru' seolah-olah bergaduh sesama sendiri.Memang benar mereka bergaduh.Kelihatan beberapa soldadu topi merah sedang berkejaran ke tempat kejadian untuk meleraikan pergaduhan mereka.Selang beberapa minit kemudian mereka mula reda.Entah apa yang mereka rebutkan sehingga bergaduh?Namum bagi penulis ini adalah kemenangan moral pertama untuk Pakatan Rakyat.
Sempat jugak dua hingga tiga kali penulis 'tawaf' pentas utama tempat berhimpun penyokong Pakatan.Kaki pun dah rasa kebah,lenguh.Tanpa disedari dua tiga orang rakan-rakan yang bersama penulis sebelum ini sudah hilang ntah ke mana.Puas dicari puas diintai tak terjumpa juga.
Penulis mengambil keputusan untuk kembali ke masjid iaitu Masjid Jambu tempat berlangsung solat hajat sebelum perarakan bermula.Semasa berjalan kaki seorang diri penulis sempat juga terserempak dengan bebarapa orang pimpinan utama Pakatan Rakyat.Ada juga sekumpulan penyokong mengambil kesempatan mengadakan pentas ceramah terbuka.Disebabkan kaki dah semakin lenguh tak terdaya penulis nak mendengar ucapan-ucapan mereka.Dengar sambil lalu saja.
Setengah jam lebih kurang berjalan kaki sampailah di masjid.Dah ramai rupanya yang sedang berlabuh di masjid.












-Nur12-

Sabtu, 28 Mac 2009

ESOK 29 MAC HARI PENAMAAN CALON

*Disertakan pelan semasa Hari Penamaan Calon Pilihanraya Bukit Gantang (PRK P059) pada 29 Mac 2009. Bagi Penyokong PAS, anda adalah dari kumpulan B.
DPPKL dengan ini memperingatkan kepada semua bahawa esok hari Ahad 29 Mac 2009 adalah hari penamaan calon.Hari yang menandakan bermulanya secara rasmi kempen bagi pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Pas sebagai mana yang diumumkan oleh Dato Seri Presiden bakal mencalonkan Menteri Besar Perak Dato Seri Mohamad Nizar Jamaluddin untuk menggalas harapan parti seterusnya mencapai kemenangan.

Pilihanraya ini cukup bersejarah dan amat bermakna sekali bagi rakyat negeri Perak khususnya pendokong-pendokong Pakatan Rakyat.Pilihanraya ini ditakdirkan berlaku ditengah-tengah kemelut politik Perak yang sehingga ke hari ini belum menampakkan jalan keluarnya.Bahkan krisis dari hari demi hari lebih menampakkan kekalutan,kerumitan dan kekusutan.

Apakah dengan pilihanraya kecil ini akan menunjukkan jalan penyelesaiannya?

Bagi Pakatan Rakyat,mereka telah nekad menjadikan pilihanraya ini sebagai tanda kelangsungan mereka di masa hadapan.Menang bererti rakyat menolak apa yang telah berlaku selama ini.Kalah bererti rakyat bersetuju.

Justru bagi pendokong-pendokong Pakatan Rakyat semuanya diseru supaya hadir pada esok hari.Tak kiralah sama ada kita sebagai pengundi atau pun tidak.Hadir kita sebagai tanda solidariti dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak yang telah dirampas haknya oleh segerombolan manusia yang rakus lagi berpalit dengan pelbagai najis yang amat kotor.Hadirnya kita pada esok hari sebagai menandakan kemuncak bantahan kita terhadap kejadian rampasan kuasa yang tidak bermaruah ini.


*Peringatan:

1.Semua jalan-jalan menuju ke tempat penamaan calon akan ditutup bermula jam 12 tengan malam nanti.Kepada pendokong-pendokong Pakatan dianjurkan supaya berada di kawasan berhampiran tempat tersebut sebelum jam 12 tengah malam ini.Ini bagi memudahkan perjalanan tuan2 dan puan ke tempat penamaan calon.
2.Jangan terpengaruh dengan sebarang bentuk provokasi musuh.
3.Jangan bawa bersama peralatan-peralatan bahaya.
4.Banyakkan doa,zikir dan munajat kepada Allah.


Akhir sekali,semoga semua urusan esok berjalan lancar.Semoga kertas pencalonan calon kita diterima dengan jayanya.

ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!
-Nur12-

Jumaat, 27 Mac 2009

Boikot akhbar pro-umno 3 bulan

KOTA BHARU, 27 Mac (Hrkh) - Tindakan terbaru kerajaan Barisan Nasional (BN) menggantung permit akhbar oposisi dianggap sebagai tindakan jahat dan takut kepada kebenaran terbongkar.
Malah bagi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat tindakan Kementerian Dalam Negeri (DKN) itu tidak sekali-kali menghalang rakyat bagi mendapatkan maklumat yang kini berada di hujung jari.
"Sumber maklumat sekarang sudah banyak seperti internet, blog, telefon, SMS dan sebagainya yang ternyata lebih berkesan dan cepat," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menerima kunjungan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, Mr Ashok K. Kantha di pejabatnya baru-baru ini.
Petang Isnin lalu KDN menggantung permit kedua-dua akhbar oposisi yang berpengaruh di negara ini iaitu Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sebagai tindak balas terhadap tindakan KDN, rakyat di negara ini disaran tidak membeli akhbar harian yang didukungi Umno dalam tempoh tiga bulan.
Menurutnya tindakan KDN yang diterajui pemimpin Umno jelas mahu menyekat pengaruh Pakatan Rakyat yang semakin meluas sekarang.
"Kalau nak kata akhbar oposisi buat fitnah dan menghasut, kita tengok sekarang ramai juga ahli parlimen yang pernah ditahan ISA memenangi pilihan raya kerana sokongan rakyat.
"Macamana rakyat boleh mengundi dan memberi kepercayaan kepada mangsa tahanan ISA yang dianggap kerajaan boleh mengancam keselamatan negara. Jadi peranan akhbar oposisilah menjelaskan tomohan itu tidak benar sehingga pemimpin terbabit menang dalam pilihan raya," katanya.
Kata beliau tindakan menahan seseorang pemimpin politik ke dalam ISA bukan kerana mereka mengancam keselamatan negara, sebaliknya mengancam kedudukan Umno sehingga makin hilang pengaruh.
"Saya yakin tindakan mereka bermotif politik ketika menjelang pilihan raya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.
"Dendam yang membuak dalam dada pemimpin Umno menyebabkan mereka bertindak di luar batasan. Tindak tanduk mereka seperti Israel yang dendam terhadap umat Islam," katanya.
Oleh itu beliau berkata, tindakan pemimpin Umno menyekat akhbar milik Pakatan Rakyat menyebabkan kebencian rakyat terhadap Umno dan BN semakin menjalar.
-Mohd Nor Yahya-
harakahdaily.net

KENAPA SAYA TAK HADIR

1. Ramai kenalan saya yang fikir saya tidak hadir pembukaan mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO kerana anak saya Mukhriz kalah pertandingan Ketua Pemuda.
2. Memanglah saya terasa sedih kerananya.
3. Tetapi sebab yang sebenar saya tidak hadir ialah oleh kerana Pemuda UMNO secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah.
4. Mereka memilih sebagai ketua mereka seorang yang telah didapati bersalah menggunakan wang dan sogokan dalam usahanya untuk dipilih sebagai Ketua Pemuda. Samada dia dibenar bertanding atau tidak, tidak menidakkan dianya adalah perasuah.
5. Hukuman yang dijatuhkan kepada orang ini tidak setimpal dan adil kerana orang lain yang didapati bersalah sama sepertinya tidak dibenar bertanding.
6. Tidak pernah terjadi orang yang dikenali dan diakui umum sebagai perasuah oleh Lembaga Disiplin, oleh parti dan oleh orang ramai dipilih dan dijunjung tinggi sebagai ketua. Tetapi inilah yang dilakukan oleh Pemuda UMNO yang dahulu terkenal sebagai barisan hadapan dalam perjuangan UMNO.
7. Pemuda telah merosakkan imej UMNO dan imej orang Melayu sendiri. Rupa-rupanya duit lebih utama daripada bangsa dan negara. Apakah rakyat akan terima dipimpin oleh tokoh rasuah yang terkenal? Perbuatan merestui rasuah adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia.
8. Juga saya hairan kenapa untuk mengira hanya 790 undi mengambil masa lebih dari enam jam?
9. Apakah pengira undi tidak tahu kira? Atau apakah sesuatu sudah diusahakan untuk menjayakan menantu Perdana Menteri. Ini menjadi soalan bukan daripada saya seorang tetapi oleh semua orang ramai. Tak usahlah Perdana Menteri bercakap berkenaan dengan menolak rasuah kerana menantu yang perasuah diberi keistimewaan luar biasa.
10. Ini juga menghakiskan lagi kepercayaan rakyat kepada UMNO.
11. Inilah sebab-sebabnya saya tidak hadir. Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah.
-Dr. Mahathir Mohamad-

PAC syor bekukan gaji MB,exco kudeta Perak

Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) DUN Perak mencadangkan pembayaran gaji dan elaun menteri besar kudeta Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exco kudetanya dibekukan serta-merta dengan alasan pelantikan mereka masih menjadi pertikaian.
Pengerusi jawatankuasa itu yang juga ADUN Canning, Wong Kah Woh berkata, tindakan itu perlu kerana BN telah mengisytiharkan mereka sebagai kerajaan baru sewaktu gabungan DAP, PAS dan PKR mendakwa mereka masih kerajaan sah."Keputusan ini akan dimaklumkan kepada semua bahagian terbabit untuk pelaksanaan dan kami memberi amaran kepada kakitangan kerajaan berkenaan agar mematuhi arahan ini bagi mengelak mereka dikenakan tindakan," beliau dipetik berkata kepada media di bangunan setiausaha kerajaan negeri yang menempatkan DUN itu.
Wong berkata PAC juga memutuskan bahawa pelantikan tiga penasihat Dr Zambry - yang bertaraf exco - dan seorang ketua penerangan kerajaan negeri sebagai tidak sah.PAC juga mahu Setiausaha Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Hashim mengambil tindakan agar pejabat yang digunakan oleh empat penasihat tersebut dikosongkan dan semua kemudahan kepada mereka ditarik balik.

Lawatan Ajk Dppkl ke Jpc Felcra Lekir








Semalam bertempat di Markaz Cawangan Felcra Lekir telah berlangsung pertemuan yang buat julung kalinya antara Ajk Dppkl yang baru dan Jawatan kuasa Pemuda Cawangan Felcra Lekir.

Ini adalah acara sulung Dppkl selepas mesyuarat agong tempoh hari.
Lawatan adalah bertujuan untuk memperkenalkan saf Ajk Dppkl yang baru dan juga perbincangan dalam hal-hal yang berkaitan dengan urusan pemuda.
Banyak perkara yang telah dibincangkan dalam pertemuan tersebut antaranya berkaitan dengan pengurusan organisasi,program-program pemuda dan hal-hal berkaitan unit amal.Juga dibincangkan berkaitan gerak kerja bagi membantu petugas-petugas pada pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Ajk Dppkl diketuai oleh Ketuanya Saudara Nizamuddin Majidi dan sebahagian Ajk yang kain turut hadir bersama.Seramai lebih kurang 20 orang ahli pemuda Cawangan Felcra hadir dalam pertemuan ini.Turut hadir ketua cawangan Felcra Lekir Tn.Hj Mustar dan beberapa ajk cawangan.

Diakhir pertemuan diadakan acara ta'aruf dan tazkirah yang disampaikan ketua cawangan.

Pertemuan yang bermula jam 9 malam berakhir jam 11 malam.
-Nur12-

Tok Guru kini bloggers..syabas tok guru


Sebagai mana yang diwar-warkan sebelum ini,tepat jam 3 petang semalam 26/3 bertempat diruang legar pasaraya KB MALL, Kota Bharu YAB Menteri Besar Kelantan merangkap Al-Mursyidul Am Pas telah melancarkan secara rasmi blog peribadi beliau.

Pelancaran blog Tok Guru diadakan serentak dengan pelancaran khidmat wi-fi A'ptus Net yang merupakan anak syarikat kepada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) atau juga dikenali sebagai SEDC.

Pihak pengurusan blog Dppkl ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat datang ke alam blog buat Tok Guru.We love Tok Guru.

Buat para pengunjung jom ke blog Tok Guru di http://blogtokguru.com


-Nur12-

Khamis, 26 Mac 2009

Laporan Polis terhadap blogger tulis 'Kill Nizar'

BUKIT GANTANG : Satu laporan polis mengenai Blog yang menyiarkan satu tulisan dan belakang wanita yang ditulis dengan tatto "kill nizar" di Balai Polis Changkat Jering dan di IPD Taiping. Laporan itu telah dibuat oleh ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim.Berikut ini adalah laporan penuh tersebut :
LAPORAN POLIS
Tarikh laporan : 26 Mac 2009Nama Pelapor : YB. Drs. Khalil Idham Lim AbdullahJawatan :ADUN Titi Serong Perak.No. Kad pengenalan : 641102-03-5125Alamat : No.15 Jalan Wawasan 8, Taman Wawasan Jaya, Parit Buntar.No. Talipon :019 4759697Inilah Laporan Polis saya :-
Semasa saya melayari internet pada pagi ini 26 Mac 2006 kira-kira jam 9.00 pagi di Markaz PAS Ayer Kuning, saya sangat terkejut dengan satu laman web http://perakbangkit.blogspot.com/ (seperti yang dilampirkan) telah menulis dan menyiarkan gambar dan tulisan yang melampau dan dengan tujuan yang tidak baik.Saya mendapati tulisan bertajuk “Kill Nizar” dan tulisan “kill nizar” pada badan wanita seperti yang disiarkan oleh penulis blog tersebut adalah sangat tidak bertanggung jawab, menghasut dan satu penghinaan.
Dipercayai ianya diterbitkan kerana berkaitan dengan pengumuman Dato’Seri Ir. Muhamaad Nizar Jamaluddin sebagai calon PAS bagi PRK Bukit Gantang seperti yang diumumkan oleh Presiden PAS pada 23 Mac 2009 di Padang Taman Kota Jaya Simpang.Oleh itu saya memohon dari pihak Polis untuk mengadakan siasatan terperinci kepada penulis blog tersebut kerana ianya mengandungi unsur-unsur menghasut yang melampau diluar batas undang-undang Negara.
Laporan ini juga adalah satu laporan untuk melindungi Dato’ Seri Muhammad Nizar Jamaluddin dari sebarang ancaman keselamatan yang menyalahi undang-undang Negara , serta saya mendakwa sekiranya apa-apa yang berlaku kepada beliau selepas laporan ini dibuat adalah kesan dari laman blog yang menghasut ini, dan tindakan sewajarnya hendaklah diambil kepada pemilik blog ini.Sekian laporan saya yang sebenarnya,
(YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM)

Trasformasi UMNO ke mana arahnya?


Saya mengikuti perkembangan Mesyuarat Agong UMNO melalui media mereka sendiri yang turut memaparkan pertarungan sengit antara calon yang bertanding bagi mengisi jawatan penting dalam UMNO seperti Ketua Pergerakan Pemuda , Wanita dan Puteri .
Berlaku perubahan dalam kepimpinan UMNO kini . Sebagai contoh Pergerakan Wanita , Pemuda dan Puteri .

Wanita kini disandang oleh Datuk Sharizat Jalil , Pemuda oleh Khairy Jamaludin dan Puteri pula dimenangi oleh Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin .
Sepintas lalu , dalam senarai nama mereka bertiga yang memenangi kerusi ketua bagi sayap - sayap UMNO ini , saya kira Pergerakan Pemuda UMNO paling malang apabila Khairy Jamaludin seorang yang telah disabitkan bersalah terlibat dalam politik wang atau melanggar tataetika UMNO dan telah diberi amaran oleh Lembaga Disiplin UMNO masih diberi kepercayaan untuk memimpin .

Apakah ini wajah Transformasi UMNO ?
Mendengar ucapan mereka sejurus mereka mencapai kemenangan kerusi masing - masing tiada siapa dari mereka yang serius untuk memartabatkan Islam yang kian dipukul teruk oleh musuh dan mereka yang tidak bertanggungjawab .
Mereka hanya mengulangi retorika mereka untuk mempertahankan melayu . Isu mereka ialah melayu , melayu dan melayu . Mereka bermula dengan melayu dan berkahir dengan melayu . Berkobar - kobar semangat mereka mempertahankan melayu . Islam bagaimana ? Syariat bagaimana ? Keadilan dan ketelusan bagaimana ? hukum halal dan haram bagaimana ? nilai akhlak dan moral bagaimana ?
Apakah kerana mereka telah hilang kepercayaan kepada cina dan india yang rata - rata mutaakhir ini berpihak kepada PAKATAN ?
Tidaklah salah mempertahankan melayu , tetapi jangan cakapnya lain tetapi realitinya mereka yang memusnahkan masa depan melayu selama ini .
Tanah rezab orang melayu terlepas ke tangan bangsa asing , bahasa melayu kian dihakis penggunaannya , persempadanan pilihanraya yang sekian lama digubal oleh mereka , langsung tidak memberi kelebihan kepada orang melayu .
Setelah mereka kalah teruk dalam pilihanraya umum lalu , menyaksikan sokongan melayu terhadap mereka kian merosot lalu mereka kembali memainkan isu perkauman kononnya merekalah hero bangsa melayu .
Isu penderhakaan terhadap institusi Raja - Raja Melayu menjadi isu mereka sebagai mengalih perhatian rakyat terhadap kelemahan dan kepincangan mereka . Walhal dunia menyaksikan bahkan sejarah telah terpahat betapa UMNO lah selama ini merendah - rendahkan martabat raja - raja melayu .

Bukankah UMNO yang menghilangkan kekebalan raja - raja melayu seketika dulu ? Bukankah UMNO yang menabalkan Tengku Ibrahim sebagai Sultan sedang Sultan Ismail Yahya Petra masih menjadi sultan yang sah di Kelantan ? Bukankah UMNO membuat perarakan menentang keputusan Sultan Terengganu dan Perlis dalam isu perlantikan Menteri Besar di negeri tersebut ?

Siapa yang sebenarnya derhaka ?
Saya pernah mencabar Khairy Jamaludin untuk berdebat atau mujadalah dalam isu siapa derhaka kepada Institusi raja - raja Melayu ? tetapi malang beliau tidak menyahutnya . Saya harap selepas ini , setelah memenangi kerusi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy bersedia untuk turun padang berdebat dalam isu ini . Kalau sekadar berteriak di gelanggang sendiri lalu menuduh PAKATAN derhaka , saya kira ini tindakan penakut bukan pahlawan .

-Ustaz Nasruddin Tantawi-
-Timbalan Ketua DPPP-
Komen Nur12: Yang ternganga tu gian tunggu habuan la gamaknya..ish hodohnya..sapa la laki dia??

Rabu, 25 Mac 2009

'Saya calon parti,bukan bersifat individu'-Nizar


AIR KUNING (24.03.09): Satu sidang akhbar oleh Menteri Besar Perak, DS Nizar Jamaludin yang juga merupakan calon kerusi Parlimen P059 Bukit Gantang telah diadakan di Markas Tarbiyah Pas, Air Kuning sekitar jam 4.15 petang tadi.
Turut bersama beliau adalah Adun Titi Serong, YB Drs Khalil Idham Lim dan juga Safarizal Bin Saleh, Sekretariat Media Pas.
Perkara-perkara yang dinyatakan didalam sidang media tadi adalah mengenai gangguan daripada pihak berkuasa (polis) semasa ceramah pengumuman calon Bukit Gantang malam hari Isnin.
Gangguan polis untuk memberhentikan acara pada malam tersebut dipercayai satu konspirasi daripada pihak umno/bn yang mahu menyekat rakyat daripada mendapatkan maklumat tepat daripada ceramah tersebut.
Tindakan ini adalah susulan daripada tindakan KDN menggantung penerbitan Harakah dan Suara Keadilan selama 3 bulan.
Persoalannya, mengapa program Najib dan Osman Jailu ditempat yang sama tempohari tiada gangguan daripada mana-mana pihak malah dikawal rapi oleh pihak polis.
Poster-poster yang menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan juga Mufti Perak, DS Harussani Zakaria masih diedarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Petugas unit amal malam tadi menjumpai banyak poster-poster tersebut bertebaran dipadang tempat ceramah PR diadakan.
Mengapa setelah laporan polis dibuat mengenai poster-poster tersebut, sehingga sekarang tiada tindakan ataupun tangkapan yang dilakukan pihak polis sehinggakan pihak-pihak tersebut masih berani mengedarkannya di kawasan pilihanraya kecil tersebut.
Tempat untuk penamaan calon pada Ahad, 29/3/2009 nanti yang dijadualkan di Perbandaran Taiping sehingga hari ini belum ditetapkan secara pasti kerana tiada permit yang dikeluarkan pihak berkuasa.
Persoalan mengapa DS Nizar dipilih sebagai calon Parlimen Bukit Gantang adalah diatas kapasiti parti Pas, bukannya bersifat individu kerana walau siapapun calon yang dipilih, calon itu adalah wakil kepada parti Pas.


-pas.perak.org-

'Umno silap bebaskan Anwar'

Beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat - termasuk tokoh utamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim - menjadi sasaran lepas geram pembahas dalam persidangan Pemuda Umno hari ini.
Pembahas dari Pulau Pinang, Mohd Zaidi Mohd Said berkata, Umno melakukan kesilapan "kerana membebaskan Anwar" dari penjara."Anwar ini boleh janjikan bulan dan bintang... Cukuplah sandiwara Anwar Ibrahim ini."Kesilapan kita kerana membebaskan Anwar Ibrahim, inilah akibat yang kita tanggung hari ini," katanya ketika membahaskan usul, menyentuh isu-isu ketuanan Melayu dan Pakatan Rakyat.Tambahnya, Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berusaha bersungguh-sungguh menumbangkan Anwar dalam pilihanraya kecil Ogos lalu tetapi belum berjaya.
Exco Pemuda, Abdullah Md Yusof pula berkata, sejarah sesebuah parti berpunca daripada pengkhianat dalam parti itu sendiri.Menyifatkan Anwar dahulu sebagai "budak Umno", Abdullah menambah, Umno perlu mensasarkan ketua umum PKR itu sebagai "musuh pertama yang perlu dihadapi".Kit Siang, Karpal dikecamKetua Penerangan Pemuda Umno Datuk Azimi Daim pula, mempertikaikan tindakan tokoh popular DAP Lim Kit Siang yang dilaporkan berkata "Umno gila" dalam Parlimen tadi.Beliau juga menyelar kenyataan pengerusi DAP Karpal Singh yang didakwanya menuduh Pemuda Umno terlibat menghantar peluru kepadanya sebagai tanda ugutan."Kalau Karpal Sigh, tak payah hantar peluru, tolak pun boleh (jika mahu)," katanya.
Menteri Besar Pakatan di Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang memohon "sumpah derhaka" kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah juga menjadi sasaran kritikan Azimi."Ada orang Melayu berjuang atas tiket parti Islam. Bercakap dan melaungkan slogan hebat, boleh (pula) waktu pagi sembah setia, (waktu) petang sembah derhaka," tegasnya.Pembahas Johor, Rohazam Shah Ahmad pula berkata kemenangan besar Pakatan dalam pilihanraya umum lalu mendorong mereka lebih berani, kurang ajar dan menyentuh sensitiviti orang Melayu.Katanya, elemen penting bagi orang Melayu iaitu Islam, bahasa dan kebudayaan Melayu telah dipertikai pakatan pembangkang itu.
-malaysiakini-
Komen Nur12: Inilah mentaliti pemuda Umno,mentaliti 'haprak',mentaliti yang tiada berkualiti langsung.Dengan budak sekolah Pasti lagi cerdik budak sekolah Pasti.

Umno/BN mula bertindak kotor di Bukit Gantang


BUKIT GANTANG, 25 Mac : - Pengarah Jentera Operasi PAS Parlimen Bukit Gantang, Haji Asmuni Awi melahirkan rasa kesalnya di atas provokasi kotor oleh Umno/Barisan Nasional terhadap PAS/Pakatan Rakyat di sini menjelangnya pilihan raya kecil pada 7 April ini"Walaupun kempen sepatutnya berlaku selepas hari penamaan calon 29 Mac ini, tapi Umno/BN telah bertindak liar menggunakan jentera perang saraf jahat dengan mengedarkan gambar-gambar dan risalah serta menggunakan pihak polis bagi menentang lawan cara di luar batas kemanusiaan," tegas Asmuni dalam sidang media di Markaz Tarbiyah PAS Air Kuning dekat sini petang semalam.

Dakwanya, beliau terkejut apabila mendapati Umno/BN mengedarkan gambar-gambar "menghina Sultan dan PAS/Pakatan Rakyat", memburukkan parti lawan cara peribadi pada hal perbuatan sebegitu adalah dilarang kerana ia di luar tatasusila kemanusiaan."Apa ini. Perkataan anjing pun ada dilebelkan pada sekeping gambar risalah berkenaan. Adakah ini perbuatan pemimpin atau ia dilakukan oleh yang berkaki empat memanjat dan melompat di atas pokok?" tanya Asmuni.

Beliau juga mendakwa majlis pengisytiharan calon pada 23 Mac kelmarin yang dilakukan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang diganggu sedangkan ia mendapat permit polis."Mengapa ketika majlis sedang rancak berjalan pihak polis dan FRU berpakaian lengkap dengan senapang gas pemedih matanya tiba-tiba hendak naik ke atas pentas untuk menghalang, padahal sebelum itu pun telah ditunjukkan bahawa PAS ada permit sah," jelasnya.Walau bagaimanapun, beliau bersyukur kerana keadaan dapat dan kira-kira 30,000 orang pelbagai kaum yang tidak berpuas hati di atas tindakan Umno/BN hendak menunjukkan kuasa belangnya yang tidak kena tempat itu dapat ditenteramkan.

Yb.Khalil Idham Lim
Adun Tt.Serong.
Komen Nur12: Biar mereka mengganas,kita jangan ikut 'panas'.Ingat dunia sentiasa berputar.Ingat juga "doa orang dizalimi tidak akan tertolak".Nur12 yakin pendokong PR sudah matang hadapi semua ini.

Harakah digantung 3 bulan,huru hara bakal dicetuskan oleh 'gengster sepanjang pilihanraya kecil?


AKHBAR Harakah digantung selama tiga bulan tanpa sebarang alasan dan sebab. Sepucuk surat yang difakskan kepada Pejabat Harakah kira-kira jam 4.55 petang tadi hanya memaklumkan bahawa Harakah digantung selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta.Apakah agenda di sebalik penggantungan ini? Adakah ia ada kaitan dengan kebimbangan Najib Tun Razak yang terpaksa berdepan dengan pelbagai dakwaan tentang nasib peralihan kuasanya? Atau BN makin gelabah dengan Bukit Gantang dan Bukit Selambau yang bakal meranapkan impian Najib untuk menang di pihak BN?

Namun maklumat yang baru saya terima sebentar tadi, dari seorang hamba Allah, memaklumkan terdapat agenda "jahat" akan dilangsungkan sepanjang Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau bermula dari hari penamaan calon hinggalah ke hari mengundi.Ia dikatakan sebuah "perancangan jahat" pihak atasan BN dengan sejumlah "gengster" yang ada kaitan dengan Pakida dikenali Angkatan Rakyat Insaf, untuk mencetuskan huru-hara sepanjang kempen pilihan raya di kedua-dua kawasan ini.Sudah dua pertemuan diadakan. Satu di Klang dan yang terkini di Concord Hotel bagi membincangan agenda dan strategi busuk untuk memenangi dua bukit tersebut oleh BN.

Gengster yang dikatakan sejumlah hampir 10,000 orang ini akan "dilepaskan" dan "digerakkan" di dua kawasan pilihan raya ini kelak yang terdiri dari Melayu, India dan Cina.Apakah penggantungan permit akhbar suka ramai rakyat di negara ini ada kaitan dengan strategi jahat ini? Agar segala maklumat "jahat" berkenaan tidak dapat disebarkan kepada rakyat tegar yang masih bergantung maklumat kepada media cetak. Saya akan cuba mendedahkan maklumat lanjut selepas ini.

-Tarmizi Md Jam-

Pemilihan Nizar tidak mengejutkan,tapi menggerunkan.


PEMILIHAN Nizar sebagai calon PAS dan Pakatan Rakyat di Parlimen Bukit Gantang tidak mengejutkan tetapi sebenarnya menggerunkan Barisan Nasional terutamanya Zambry sendiri. Hari ini dilaporkan Zambry berkata kepada bernama bahawa kononnya pemilihan Nizar tidak mengejutkan.Majoriti rakyat Negeri Perak tidak berpuas hati dengan pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar Perak.

Ini kerana kemampuan dan ketokohan Nizar jauh lebih hebat daripada Zambry. Rakyat Perak khususnya di Bukit Gantang pastinya berbangga mempunyai seorang Menteri Besar berkebolehan seperti Nizar. Nizar umpama simbol penyatuan rakyat pelbagai kaum di Perak.Penolakan Zambry oleh rakyat terbukti apabila diperolokkan dengan laungan "boo" oleh masyarakat Cina disitu, semasa menghadiri suatu majlis di Sekolah Rendah Yuk Choy, di Ipoh.

Zambry pastinya tidak mahu jika rakyat mendapat maklumat sebenar bagaimana kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di bawah Dato Seri Nizar Jamaluddin di rampas. Zambry dan BN tahu jika rakyat mendapat maklumat yang betul, UMNO dan BN pasti akan menerima padahnya.Walaubagaimanapun rakyat kini mula cerdik mendapatkan maklumat yang sahih, dan tidak hanya membaca maklumat daripada berita arus perdana.

Mereka boleh memilih mana yang benar.Pengisytiharan Nizar sebagai calon, bakal membangkitkan semula memori rakyat kepada kebiadapan UMNO dan BN, apabila merampas Negeri Perak secara haram. Pengundi Bukit Gantang pastinya bijak memilih orang yang sudah terbukti kebolehannya memimpin.

Walaupun 10 bulan suatu jangkamasa yang sangat pendek tetapi pelbagai pembaharuan yang telah dilakukan oleh YAB Nizar demi kesejahteraan rakyat. Selama pemerintahan tersebut membuktikan bahawa rakyat pelbagai kaum Melayu, India dan Cina mampu bersatu dan saling mempercayai.Penyatuan pelbagai kaum ini yang sangat ditakuti UMNO kerana menimbulkan sentimen perkauman adalah senjata merbahaya mereka untuk kekal memerintah .


-HAZIQ FIRDAUS-

Sekat pengaruh besar Harakah, 'pengakuan kalah' pusingan pertama BN


KUALA LUMPUR, 24 Mac (Hrkh) - Tidak mampu berhadapan dengan pengaruh besar akhbar Harakah yang berperanan mengubah minda rakyat terhadap perjuangan Pakatan Rakyat selama ini dilihat sebagai punca tindakan menggantung permit Harakah selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta semalam.
Tindakan ini secara tidak langsung merupakan 'pengakuan kalah' kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mempunyai media arus perdana seperti TV1, TV2, radio, akhbar dan stesen televisyen swasta tetapi tidak mampu untuk memulihkan imej BN dan Umno yang semakin buruk di mata rakyat yang senantiasa mendapat maklumat tepat dan benar daripada akhbar pembangkang.
Demikian ditegaskan Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar kepada Harakahdaily sebentar tadi berhubung tindakan penggantungan permit tersebut.
"Ia adalah usaha untuk menyekat pendedahan maklumat berhubung situasi politik yang bercelaru dalam negara khususnya membabitkan parti yang 'bergelumang' rasuah seperti Umno termasuk pemilihan parti dan pemimpinnya.
"Mereka berusaha menutup maklumat tentang politik gawat Umno yang akan memberi kesan kepada pilihan raya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai," katanya.

Selain itu kata Mahfuz, ianya bertujuan untuk menonjolkan 'kejaguhan' Menterinya Dato' Seri Syed Hamid Albar supaya dilihat mampu menyekat kemaraan pembangkang dengan mencantas media alternatif yang sedia ada kerana beliau mahu meraih sokongan untuk bertanding sebagai calon Naib Presiden Umno dalam pemilihan di perhimpunan parti itu.
Walau apa jua tindakan defensif Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan parti pemerintah, ia sama sekali tidak akan dapat memulihkan imej dan wajah Umno yang sudah terpalit dengan gejala rasuah yang parah dan kepimipinan yang bobrok.
"Jika ikut peruntukan yang sedia ada, KDN mesti memanggil Harakah dan bersedia mendengar penjelasan malah jika tidak puas hati atau Harakah tersilap lapor atau mana-mana pemimpin Umno rasa terjejas, mereka boleh ambil tindakan undang-undang sepert lazim yang dilakukan.
"Jelas tindakan ini akan memburukkan lagi imej BN-Umno di mata masyarakat dan juga antarabangsa yang tidak mendukung aspirasi dan melaksanakan amalan demokrasi dalam negara," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Rakyat katanya, sudah pasti tidak berdiam diri apabila maklumat dan laporan tidak sampai kepada mereka dan akan beralih kepada internet seperti Harakahdaily.net, laman-laman web pembangkang dan blog-blog.
"Apatah lagi kini kita bertembung dengan Umno dan BN di padang yang tidak sama rata apabila sumber media kita telah dicantas dan 'senjata' kita telah dilumpuhkan maka akan membangkitkan lagi kemarahan orang ramai yang mahukan maklumat yang sebenarnya.
"PAS akan berusaha yang terbaik untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat dengan mengedarkan risalah, buletin-buletin tidak berkala dan akan memantapkan lagi Harakahdaily.net dan berharap agar semua blogger dan laman-laman web alternatif akan terus menyokong dan membantu kempen kita," katanya.


-azamin amin-
-harakahdaily.net-

Komen Nur12: Kepada KDN,tindakan ini sebenarnya akan lebih mempopularkan Harakah dan Suara Keadilan.Tunggu dan lihat..

Kenyataan SPR sudah mula berat sebelah, fitnah pembangkang




BUKIT GANTANG, 24 Mac - SPR cuba menipu rakyat mengatakan bahawa hanya pembangkang yang dilihat ghairah berkempen sedangkan BN turut sama malah lebih ghairah berkempen untuk pilihanraya kali ini.
Kalau melihat kepada suansana di Bukit Gantang sekarang ini, bukan hanya bendera PAS malah bendera BN pun sudah banyak. Ini suatu tuduhan dan sikap berat sebelah SPR yang nyata. Mengapa hanya pembangkang yang dipersalahkan, sedangkan orang-orang UMNO/BN pun ada yang berkempen. Apa bukti pembangkang berkempen? kalau majlis pengisytiharan calon dikatakan suatu kempen bagaimana pula UMNO yang lebih awal mengisytiharkan calonnya?.
SPR sepatutnya kecewa dengan tindakan polis yang menghalang majlis pengisytiharan calon di DUN Bukit Selambau, padahal permit telah pun dibenarkan. Menyembur water canon tanpa sebab sehingga menimbulkan huru hara.
Begitu juga ketika pengisytiharan calon di Bukit Gantang. Pakatan Rakyat diberi permit sehingga jam 12 malam, tapi mengapa tiba-tiba suruh hentikan lebih awal. Siapa yang mengarahkan kalau bukan orang UMNO, pemimpin UMNO yang dikepalai Najib Tun Razak yang sudah gila nakkan jawatan Perdana Menteri? Apa alasan untuk tindakan tersebut?
Mengapa SPR tidak persoalkan? Kalau ada banner dan kain rentang menghina Sultan dan Mufti, betulkah ia dibuat oleh orang PAS dan Pakatan Rakyat. Apa buktinya?
Jika betul bahawa SPR menuduh pembangkang tanpa usul periksa, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mesti meletak jawatan. Jika kenyataan ini salah KDN gantung Utusan sepertimana kamu menggantung Harakah dan Suara Keadilan tanpa bukti yang sahih.

Berikut kenyataan tipu SPR yang dilaporkan Utusan online:
SPR kesal pembangkang ghairah berkempen sebelum penamaan calon
IPOH 23 Mac - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kesal dengan tindakan pakatan pembangkang yang didakwa sudah ghairah berkempen sedangkan majlis penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang belum lagi diadakan.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, sebarang bentuk kempen seperti penyebaran risalah serta kain rentang yang mempunyai kata-kata menghina dan menghasut sepatutnya tidak boleh dilakukan sebelum penamaan calon pada 29 Mac ini.
''Gantung bendera pun sebenarnya tidak boleh lagi, kalau sudah penamaan calon barulah boleh berkempen. Pada masa itu kempenlah sepuas-puasnya sehingga tengah malam 6 April ini.
''Bagi saya Majlis Perbandaran Taiping (MPT) kena ambil tindakan kerana perbuatan menggantung poster dan bendera mesti mendapat kebenaran terlebih dahulu, jadi kalau sudah ada yang pasang bendera atau poster maknanya ia dipasang secara haram," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mendengar taklimat persediaan polis menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang pada 7 April ini.
Semalam, Ketua UMNO bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Husin meminta pakatan pembangkang berhenti menghasut rakyat membenci Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria menjelang pilihan raya kecil tersebut.
Katanya, pada masa ini, banyak risalah serta kain rentang menghina Sultan dan Mufti Perak dipasang sekitar kawasan Parlimen berkenaan.
Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, parti-parti politik sepatutnya menjalankan kempen secara sihat dan tidak menggunakan kata-kata atau tindakan yang boleh menyinggung perasaan pihak lain.
Katanya, langkah terbaik ialah dengan menggunakan bahasa yang baik supaya pilihan raya kecil tersebut dapat berjalan lancar dalam keadaan aman, tenteram dan selamat.
"Pihak polis telah memberi jaminan bahawa aspek keselamatan telah diberi perhatian secukupnya bagi memastikan Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang berjalan dengan selamat.
"Saya faham rakyat di Perak ini semuanya baik-baik belaka dan akan turun beramai-ramai untuk mengundi,'' katanya sambil menambah peratus keluar mengundi dijangka meningkat kepada lebih 80 peratus daripada 55,562 orang pengundi yang berdaftar.
Mengenai jumlah calon yang bakal bertanding pada pilihan raya tersebut, Abdul Aziz memberitahu, setakat ini sudah ada tujuh calon yang mengambil borang daripada SPR.

-rosli_islam-
-tranungkite.net-

Mee Udang..Boikot kedai Makteh

Salam..sempena PRK bukit gantang maka ramai pertugas dari pakatan rakyat kini tertumpu ke bukit gantang.. Dalam kemeriahan menjamu selera Mee udang makteh amat popular sejak di siarkan oleh RTM.
Ramai pengunjung hingga tak muat tempat duduk , walaupun keadaan warong tidak lah hebat seperti peniaga mee udang sg dua penang.
Apa yang teman nak maklumkan dari maklumat terkini yang telah di terima dari sahabat Pas simpang taiping bahawa Mak teh adalah penyokong kuat UMNO..dan mulai hari ini perlu di ambil tindakkan segera oleh semua petugas PR supaya BOIKOT MEE UDANG MAKTEH .
Di fahamkan sebuah restoran SERI HIJRAH sebelah sell simpang taiping merupakan seorang petugas PAS juga ada MEE UDANG . harapan teman supaya di panjangkan maklumat ini .. Dan pada kawan2 yang ada maklumat lain sila maklumkan di sini semua restoran ahli jamaah kita di kalangan PR supaya semua pertugas dari luar dapat menjamu selera sambil mambantu sahabat2 dari PR dalam perniagaan. silakan..
-tranungkite.net-
Komen Nur12: Sapa-sapa nak tau mana kedai mee udang 'special' tanya ust zaid 019-5121274.

Nizar mampu raih simpati masyarakat Cina, India - Mursyidul Am


KOTA BHARU, 24 Mac (Hrkh) - "Saya terharu disebabkan khianat pemimpin Umno terhadap Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin menyebabkan orang Cina dan India turut sama menangis.


"Saya sendiri tengok mereka menangis selepas peristiwa rampasan kuasa berlaku Febuari lalu," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika diminta reaksinya terhadap Menteri Besar Pakatan Rakyat dicalon bertanding di parlimen Bukit Gantang.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, keputusan bersama pemimpin tertinggi parti perlu diterima semua pihak.
"Saya juga akur terhadap keputusan tersebut biar pun pada awalnya bimbang pengaruh Nizar boleh hilang apabila memegang dua jawatan penting di negeri dan pusat.
"Saya takut berulang seperti kes dialami Dato' Asri Muda dahulu yang juga menerajui dua jawatan. Tetapi sekarang nampaknya zaman dah berubah, jadi saya restulah keputusan tersebut.
"Saya juga ada telefon kepada pemimpin PAS di Kuala Lumpur dan minta kirim salam kepada Nizar," kata beliau ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini.
Ir Nizar diumumkan sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil Bukit Gantang 7 April ini oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada satu ceramah di Padang Taman Kota Jaya, Taiping, malam tadi.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, rakyat di Perak amat memahami suasana politik terkini yang berlaku di tempat mereka.
Kata beliau juga pemimpin Umno sekarang sudah tenggelam dalam najis rasuah apabila ia diakui sendiri Lembaga Disiplin parti terbabit.
"Kalaulah peringkat tinggi pun dah ada rasuah, Umno di peringkat bawah akan lebih teruk lagi. Oleh itu saya rasa dah tak ada sebab orang ramai masih hendak undi Umno sekarang." kata beliau.
Beliau juga berkata, PAS memberi sokongan padu terhadap calon KeADILan yang bertanding di Dun Bukit Selambau, Kedah dan Batang Ai di Sarawak.

-Mohd Nor Yahya-
-harakahdaily.net-

Selasa, 24 Mac 2009

Peta Perak-Di mana Bukit Gantang?

Khas buat pengunjung2 blog DPPKL yang berada di luar Perak,inilah gambaran umum negeri Perak.Peta ini dipaparkan untuk memudahkan perjalanan tuan-tuan khususnya ke Bukit Gantang.Bukit Gantang bakal menyaksikan 'pertempuran' hebat antara kebenaran melawan kebatilan pada 7 April nanti.Hadirlah beramai-ramai...kita sama2 meriahkan Bukit Gantang.Tapi jangan lupa niat kita ialah untuk sama2 meruntuhkan kebatilan.Jangan benarkan 'gerombolan kebatilan' bertapak walau seinci di bumi bertuah ini.Bumi ini hanya layak didiami oleh hamba2NYA yang salihin.


-Nur12-

Isnin, 23 Mac 2009

TERKINI DARI BUKIT GANTANG : IR NIZAR CALON PAKATAN RAKYAT


TEPAT JAM 10.45 MALAM TADI,DATO SERI IR MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN TELAH DIUMUMKAN SEBAGAI CALON PAS/PAKATAN RAKYAT BAGI PARLIMEN BUKIT GANTANG.PENGUMUMAN TELAH DISEMPURNAKAN OLEH PRESIDEN PAS DATO SERI TN GURU HJ ABDUL HADI AWANG.
-Nur12-

Langkah Pertama DPPK Lumut di Bukit Gantang
















Pada hari Sabtu lepas (21/3/09) sehari sebelum mesyuarat agong dijadualkan berlangsung Dppk Lumut telah turun secara rasmi di Bukit Gantang iaitu di Dun Trong.Terdapat 2 acara yang berlangsung pada hari tersebut.Dppk Lumut terlibat secara langsung dalam kedua-dua acara ini.Yang pertama program Sukaneka Pasti Cawangan Chgkt Ibol dan yang kedua majlis pelancaran Gerak Kerja Pemuda Pakatan yang berlangsung di Markas Pas Cawangan Trong.

Dppk Lumut telah ditugaskan sebagai 'ad-hoc' untuk acara sukaneka Pasti.Program yang berlangsung sebelah pagi ini yang berjaya menarik seramai 100 orang peserta yang terdiri dari pelajar2 Pasti dan ibu-bapa.Beberapa petugas telah dihantar untuk menjayakan program ini.

Manakala disebelah petang pula berlangsung majlis pelancaran Gerak Kerja Pemuda Pakatan Rakyat yang bertempat di Markas Pas Cawangan Trong.Seramai lebih kurang 500 peserta terlibat dalam majlis ini.Mereka terdiri daripada pimpinan pemuda ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat yang hadir dari seluruh negara.Dppk Lumut juga telah menghantar beberapa wakil utntuk menyertai majlis ini.

Berikut gambar yang sempat dirakam dikedua-dua program tersebut.







-Nur12-

Saf Ajk Dppk Lumut sesi 2009-2011

Nizamuddin Majidi..Ketua Dppk Lumut 2009-2011

sebahagian ajk baru Dppk Lumut

Pada mesyuarat agong Dppk Lumut kali ke-22 yang berlansung semalam telah diadakan pemilihan bagi perlantikan ahli jawatan kuasa baru untuk sesi pentadbiran akan datang.

Saudara Nizamuddin Majidi telah diumumkan sebagai Ketua Dppk Lumut yang baru bagi mengantikan Ustaz Roslan Mat Esa.Saudara Nizamuddin yang sebelum ini menjawat jawatan sebagai timbalan ketua pemuda telah diberi kepercayaan oleh perwakilan untuk mengemudi 'bahtera' Dppk Lumut untuk sesi akan datang.Beliau juga sebelum ini telah diberi amanah untuk memangku jawatan Ketua Dppk Lumut setelah Ustaz Roslan Mat Esa mengambil keputusan untuk 'bersara' awal disebabkan perpindahan beliau ke negeri asalnya iaitu negeri Pahang Darul Makmur.


Berikut senarai penuh saf ajk Dppk Lumut yang telah terpilih bagi sesi pentadbiran 2009-2011:

Pengerusi Tetap : Abd Rahman b. Syamsuddin
Timbalan Pengerusi Tetap : Mohd Jabbar b. Khalidi

Ketua Pemuda : Nizamuddin Majidi
Timbalan Ketua Pemuda : Ustaz Badrulhisyam b. Baharuddin
Naib Ketua Pemuda : Ustaz Zaid b. Harith



Ajk :
1- Nohizam b. Ismail
2- Shahniman b. Hanafi
3- Huzaini b. Yusof
4- Meor Shafawi b. M.Mohamed Amin
5- Mohd Za'eem b. Zaid
6- Ahmad Bakee b. Md Asnawi
7- Ustaz Mohamad Asri Zainal Abidin
8- Ustaz Saufi Iskandari
9- Ustaz Nazrul Izwan b. Zolkifli
10- Khairul Razmin b. Abdurakman
11- Mus'ab b. Habib
12- Azizan b. Aziz

Pemeriksa kira-kira 1 : Syafie Zakaria
Pemeriksa kira-kira 2 : Abdel Walif b. Kamarudin

-Nur12-