Khamis, 29 Oktober 2009

Taklimat Isu Semasa Diganti Dengan Seminar Khas PAS Pusat

Kenyataan Media

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang mengadakan Mesyuarat Khas semalam (28 Oktober 2009) memutuskan untuk mengantikan Program Taklimat Isu-isu Penerangan yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan PAS Pusat sebelum ini kepada Seminar Khas bagi menerangkan isu-isu dan strategi semasa parti.

Tempat program dipersetujui untuk dikekalkan iaitu di Dewan Almarhum Dato’ Fadzil Noor, Markas Tarbiyyah Taman Melewar, bermula jam 8 pagi pada 7 November 2009. Berikut adalah senarai peserta yang dijemput bagi menghadiri program ini.

* Ahli Majlis Syura Ulama Pas
* Ahli Jawatankuasa Pas Pusat
* Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama’ Pas Pusat
* Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Pusat
* Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat Pas Pusat
* Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan Dan Dakwah Pas Pusat
* Dewan Harian Badan Perhubungan Pas Negeri/ WP
* Setiausaha Lajnah Penerangan Badan Perhubungan Pas Negeri/WP
* Dewan Harian Dewan Ulama’/Pemuda/Muslimat Pas Negeri / WP
* Setiausaha Penerangan Dewan Ulama’/Pemuda/Muslimat Pas Negeri / WP
* Ahli Parlimen Pas
* Ahli Dewan Negara Pas
* Adun-Adun Pas
* Yang Dipertua Pas Kawasan
* Setiausaha Pas Kawasan
* Ketua Penerangan Pas Kawasan.
* Setiausaha Penerangan Pas Kawasan

Sehubungan dengan itu, PAS menyeru kepada semua pimpinan dan ahli agar tidak lagi mengulas atau menimbulkan spekulasi dan persepsi berhubung isu Kerajaan Perpaduan yang diangggap tidak berbangkit lagi. Sebarang isu yang timbul hendaklah dirujuk kepada pimpinan dan ahli dinasihatkan agar tidak lagi melayan atau menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih kepada khalayak hingga menimbulkan persepsi yang negatif terhadap parti.

Firman Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang seorang fasiq kepada kamu membawa berita, periksalah ia terlebih dahulu. Agar nanti jangan kamu menghukum sesuatu kaum dalam keadaan jahil (terhadap apa yang benar), lantas kamu kemudiannya menyesal atas apa yang telah kamu lakukan” – (Surah Al-Hujurat 49 : 6)

Maka, sebarang aduan berhubung salah laku pimpinan dan ahli hendaklah dirujuk kepada Lembaga Disiplin Parti dan tidak perlu lagi disebarkan melalui ceramah, penulisan atau ulasan dalam akhbar, blog atau media lainnya hingga memberikan kesan buruk terhadap persepsi ahli dan rakyat keseluruhannya terhadap Pas.

Pas yakin bahawa setiap isu yang timbul dapat diselesaikan dengan baik melalui jalan musyawarah dan kita mempunyai tanzim yang terbaik dalam menghadapinya melalui panduan Al-Quran dan Sunnah.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Kos baru untuk kenderaan lama - Hampir dua juta kenderaan lama wajib jalani pemeriksaan Puspakom


SEORANG peniaga di Kuala Terengganu, Mansor Chik mengeluh kerana terpaksa berbelanja lebih untuk pemeriksaan di Puspakom tahun depan walaupun kereta Proton Saga keluaran 1992 miliknya didakwa masih dalam keadaan baik.


KUALA LUMPUR - Berkuat kuasa 1 Januari 2010, semua kenderaan persendirian berusia 15 tahun atau lebih diwajibkan menjalani pemeriksaan komprehensif tahunan ekoran kajian semula Dasar Automotif Nasional (DAN) yang diumumkan semalam.

Ia mensyaratkan kelulusan daripada Puspakom Sdn. Bhd. sebelum pemilik boleh memperbaharui cukai jalan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed berkata, tindakan tersebut adalah langkah awal pelaksanaan sepenuhnya Dasar Tempoh Jangka Hayat (ELV).

Menurut beliau, pelan ELV akan dirangka oleh Kementerian Pengangkutan.

Apabila dilaksanakan kelak, ia dijangka membabitkan hampir dua juta kenderaan yang berusia lebih 15 tahun.

Mengikut rekod Jabatan Pengangkutan Jalan, jumlah kenderaan persendirian yang berdaftar dan berusia 10 tahun ke atas ialah sebanyak 2.7 juta buah.

"Kita telah berunding dengan pelbagai pihak dalam industri automotif sebelum menguatkuasakan peraturan ini," katanya pada sidang media yang turut dihadiri timbalannya, Datuk Mukhriz Mahathir dan Ketua Setiausaha kementerian itu, Tan Sri Abdul Rahman Mamat semalam

Oleh JOHANNA A. SOBREY
johanna.sobrey@kosmo.com.my

komen:
Inilah akibatnya bila rakyat pilih perompak dan pencuri jadi pemimpin,dah la kena cukai macam2 ni nak kena keluar duit buat pemeriksaan kat puspakom, mana dengan insuran mahal, cukai jalan lagi ni pulak tambah satu lagi kos.Depa dok ingat semua rakyat mampu pakai kereta baru kot,memang celaka betui la najib altantuya,buat benda2 yang menyusahkan rakyat bukannya nak fikir bagi rakyat senang.Boleh mampos rakyat lama2 kalau macam ni,lagi negara maju lagi kena banyak kena keluar duit.Senang ceta kita pakat jual keta naik bas baru puas hati.

Selasa, 27 Oktober 2009

Orang mampu pun tersenarai - Senarai nama penerima bantuan subsidi beras diragui, orang mati juga dapat

ALOR SETAR - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah mendedahkan terdapat nama golongan berkemampuan yang disenaraikan sebagai penerima kupon subsidi beras.

Selain itu, katanya, nama orang yang telah meninggal dunia juga didapati masih tersenarai untuk menerima bantuan tersebut sehinggakan orang miskin yang benar-benar layak terpinggir.

Sehubungan itu, beliau meminta semua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) negeri Kedah melakukan pembersihan terhadap senarai nama golongan terbabit yang masih terdapat dalam sistem E-Kasih.

Menurut beliau, pengeluaran kupon itu akan dilakukan berdasarkan senarai nama yang terdapat dalam sistem tersebut namun pihaknya mendapati ada antara data-data itu meragukan.

"JKKKP diminta agar buat bancian dengan pusing keliling kampung bagi mengenal pasti setiap orang miskin supaya nama mereka disenaraikan sebagai golongan yang layak mendapat kupon subsidi beras itu," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Oleh SHAH NIZAM OMAR
shahnizam.omar@kosmo.com.

komen:
MC rasa selepas ni akan timbul pulak isu parti,kalau org 2 penyokong pakatan rakyat mesti akan di ketepikan biarpun termasuk dalam kategori kurang mampu,ini lah kerja2 puak UMNONGEK kata 1 malaysia tapi bab2 yang boleh buat duit depa kaut kat depa saja.

Isnin, 26 Oktober 2009

PEMUDA PAKATAN RAKYAT PERAK LEMAH!

10:07 PM / Posted by Otai Manjung Man / comments (8)

25.10.2009

Manjung melakarkan sejarah sekali lagi dengan pelancaran Seketariat Pemuda Pakatan Rakyat yang dihadiri beberapa pimpinan dan Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Perak. Walaupun dihalang oleh pihak-pihak tertentu yang 'memperkudakan' anggota Polis dari sekecil pangkat hinggalah 'berpaku-paku' terpaksa dikerahkan untuk bekerja pada hari minggu, namun pelancaran dan konvoi pemuda tetap berjalan dengan jayanya. Misi tercapai namun sebaliknya membongkarkan 'kurang sambutan' mengikut pengamatan OM.

Sumber rapat yang warga OM terima, beberapa anggota Polis mula timbul rasa 'menyampah' dengan arahan 'politik' walaupun 'bungkusan makanan percuma' disediakan kepada mereka yang bertugas. Ini antara kelebihan kepada Pakatan Rakyat yang secara tidak langsung ia memberi impak sendiri kepada Kerajaan Haram di Perak.

Bandar Lumut Bandar Pelancongan dan Maritim yang telah diisytiharkan sebagai Bandar Tentera Laut DiRaja Malaysia pada awal tahun ini oleh DYMM Sultan Perak, pada semalam hari ia seolah menjadi 'Bandar Polis DiRaja Malaysia' untuk 'menakut-nakutkan' pemuda dan penyokong Pakatan Rakyat serta Rakyat marhaen.

Kehadiran Pemuda yang tidak 'ditaja' sepertimana program-program BN, secara puratanya tidak begitu memberansangkan mengikut perkiraan OM. Mungkin kerana berbagai sekatan jalan raya, 'tiada upahan' atau barangkali kelemahan pengurusan program ini antara punca kurang sambutan, maka hanya yang 'tegar' sahaja muncul di Pelancaran program ini. Begitupun, misi pada hari ini tetap berjalan dengan lancar tanpa 'acara kejar mengejar' mahupun semburan 'air gatal'.

Ternyata dalam himpunan yang bertaraf 'Pemuda Peringkat Negeri' ini, kehilangan Pemuda India, Pemuda Penyokong Pas dan dimanakah 'bunyi-bunyian' gendang yang dipalu oleh pemuda India Kelab Penyokong Pas di setiap kali PRK? Faktanya, bandar Lumut pada hari himpunan itu kehadiran Polis dan SB-SB lebih ramai dari Pemuda Pakatan Rakyat Peringkat Negeri Perak.

Pemimpin Pakatan Rakyat harus menilai kembali! Apakah perkembangan ini ada kaitannya dengan permasalahan di dalam Pakatan Rakyat atau libasan di PRK bagan Pinang atau suara perubahan di dalam PAS atau perebutan kuasa dalam PKR Perak? Ini orang politik punya kerja dan hanya orang politik sahaja yang boleh jawab. Akan tetapi rakyat menilainya, suara-suara rakyat sudah pastinya mengatasi suara parti dan terpulanglah kepada pemimpin parti samada mahu menjadi jagoan parti atau jagoan kepada rakyat.

Persoalan kesediaan PR untuk menghadapi PRK jika berlakunya pembubaran DUN telah dijawab oleh DS Nizar sendiri, " Kami telah bersedia sejak 8 bulan yang lalu dari segi strategi dan percaturannya antara parti-parti Pakatan Rakyat".

Namun, adakah perancangan 8 bulan yang lalu masih boleh diterima pakai yang membolehkan rakyat memahami dan menerima mengikut situasi pada hari ini? Tidak jelas! Adakah ia mengambil perkiraan Rakyat atau ahli-ahli parti Politik? Relevankah dengan perkembangan terkini? Dimanakah manifesto PR perak yang telah didrafkan untuk tatap rakyat Perak yang tidak berparti untuk menilainya? Sekurang-kurangnya rakyat akan memberi 'feedback' mana yang tidak menepati citarasa rakyat, dan kesempatan inilah harus diambil oleh pemimpin rakyat untuk mengolahkannya dengan lebih 'mesra rakyat'.

Jika masih 'berpolitik', pengalaman telah mengajar Pakatan Rakyat, orang yang bermain politik akan ambil kesempatan ini, ketika inilah rakyat akan menilai samada pemimpin itu pemimpin politik atau pemimpin rakyat. Rakyat tahu pemimpin juga 'penat', tetapi jika pemimpin itu turun kepada rakyat pastinya rakyat menghargai komitmennya demi perubahan jika bukan untuk masa ini tapi untuk generasi akan datang. Perubahan akan berterusan.

Kita harus menerima realiti ini dan wajib bagi Pemimpin Pakatan Rakyat mengolahkannya untuk tidak menghampakan Rakyat Perak. Tidak gunanya PAS, PKR & DAP menggunakan istilah 'rakyat' dalam mewujudkan sebuah Pakatan jika tidak kembali kepada rakyat.

Labels: ,

Baca dan fahami apa yang penyokong dan pendokong pakatan rakyat suarakan,jadikan sebagai iktibar dimasa hadapan.Bagi penulis ini teguran yang membina,sebagai pejuang kita kena telan jugak kritikan tersebut biarpun pedas.Semoga kelemahan2 yang telah terjadi dapat diperbaiki.Jangan melenting dan mudah berputus asa.Kita sebagai manusia memang banyak kelemahan dan sering melakukan kesilapan.

Sabtu, 24 Oktober 2009

Selepas subuh pagi tadi penulis dikejutkan oleh msg dari s/u dppkl memberitahu perubanan tempat ceramah,dari tokong pekan lumut ke markas Pas batu 8,lantas penulis menghubungi s/u untuk memastikan kebenaran tersebut kerana baru semalam penulis dan beberapa orang sahabat dari keadilan dan Pas bergotong-royang memasang khemah,bendera dan jugak banner,tup-tup aja dah kena pindah pulak.S/U memberitahu kesemua bendera yang kami pasang telah dirampas oleh MPM dan diserahkan kepada polis.Pemilik tokong pulak telah mengunci pintu tokong untuk mengelakkan dari diambil tindakan oleh pihak polis dan UMNOGEK.Polis dan FRU telah mengetatkan pergerakan di pekan lumut,tapi membuang masa penulis pergi ke markas pas,memang tiada persediaan dibuat di markas tersebut,mujurlah ada orang2 kampung dan beberapa orang sukarelawan membantu membersih dan menyediakan tempat.
video video

Jumaat, 23 Oktober 2009

Mesyuarat pemuda pakatan rakyat

Semalam bertempat di Markas Pas kaw Lumut telah diadakan mesyuarat terakhir bagi program pada hari sabtu ini,pengerusi program tersebut telah memberitahu bahawa permit dari pihak polis telah diperolehi tetapi dengan syarat yang begitu ketat,MB perak yang sah telah memberi persetujuan untuk hadir merasmikan program tersebut berserta dengan 28 lagi adun pekatan rakyat.Marilah beramai2 hadir untuk menyokong program tersebut.
mesyuarat dipengerusikan oleh saudara yusri


Antara yang hadir semalam





Hablumminannas dan pejuang muda

S/u DPPKLumut dan Ajk pemuda


Orang kuat keadilan Lumut

Selasa, 20 Oktober 2009

Himpunan Pemuda Pakatan Rakyat.

InsyaAllah pada hari sabtu ini,akan diadakan perasmian himpunan Pemuda Pakatan Rakyat di pekan Lumut bermula jam 0830pagi,pertukaran tempat tersebut terpaksa diadakan selepas permohonan untuk mendapatkan padang astaka Sitiawan telah ditolak oleh MPM.IR Hj Nizar Jamaluddin akan merasmikan program tersebut.Kepada pemuda-pemuda di sekitar kawasan daerah manjung,sitiawan dan lumut diminta hadir beramai2 untuk menyokong usul pemuda supaya DUN dibubarkan.

Rabu, 7 Oktober 2009

HIMPUNAN PEMUDA PR DI PADANG ASTAKA SITIAWAn


IPOH – Jentera Pemuda Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak bakal dilancarkan di dalam perhimpunan terbesar peringkat Negeri Perak yang dipanggil ‘Himpunan Raya’ pada 24 Oktober ini di Padang Astaka Sri Manjung, Lumut.

Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Zawawi Hassan berkata, itu adalah perhimpunan terbesar diadakan PR semenjak mereka ditubuhkan di negeri ini.

Menurutnya, perhimpunan itu nanti dijangka mengumpulkan seramai 10,000 pemimpin dan ahli PR dari tiga parti iaitu Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP negeri ini.

“Kami telah menghantar permohonan ke pihak berwajib untuk mendapatkan permit perhimpunan secara aman, namun sehingga sekarang belum ada sebarang keputusan diperolehi.

“Tujuan perhimpunan juga adalah untuk menggesa Barisan Nasional (BN) supaya bubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) setelah himpunan kami sebelum ini tidak diluluskan,” katanya pada sidang media di Pejabat Badan Perhubungan Pas, di sini, semalam.

Beliau berkata, sekiranya permohonan menggunakan padang berkenaan tidak diluluskan, mereka akan mencari tempat lain bagi mengadakan perhimpunan berkenaan pada tarikh yang sama.

Ditanya sebab pemilihan tempat berkenaan, Zawawi berkata, sebagai tempat Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, pemilihan itu dianggap tepat dan relevan berbanding tempat lain.

“Kami turut mencabar BN, sekiranya mereka menang Pilihan Raya di Bagan Pinang, bubar DUN Perak.

“Pada hemat kami, BN seolah-olah risau dengan kekuatan PR apabila disetiap pilihan raya kecil, PR memenangi kerusi berkenaan kecuali di Batang Air,” katanya.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Negeri Perak, Abdul Yunus Jamhari berkata, pihak berkuasa diharap memberi kerjasama bagi melancarkan program berkenaan dan diharap tiada gangguan berlaku sewaktu perhimpunan berlangsung.

“BN juga diharap jangan ganggu program kami kerana sekiranya pihak berkuasa membenarkan BN berhimpun kami juga sepatutnya boleh berhimpun.

“Perhimpunan berkenaan adalah rentetan dari cabaran Perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak agar mengadakan perhimpunan secara aman di kawasan yang telah diluluskan bukannya seperti perhimpunan ‘Hapuskan ISA’ lepas,” katanya.

Isnin, 5 Oktober 2009

Abdul Azeez masuk hospital akibat ditumbuk




ABDUL AZEEZ menunjukkan laporan polis mengenai kes beliau dipukul di Hospital Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini sejak kelmarin setelah cedera di muka, leher dan tengkuk ekoran insiden ditumbuk dipercayai penyokong parti pembangkang.

Abdul Azeez ketika ditemui pemberita semalam berkata, insiden yang berlaku pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan kelmarin menyebabkan beliau muntah-muntah serta hampir pengsan sebaik tiba di rumahnya di sini.

"Pada hari kejadian selepas solat Maghrib, saya rasa tak sedap badan dan muntah-muntah. Rakan saya yang juga seorang doktor kemudian menasihatkan saya untuk pergi ke hospital.

"Doktor telah menjalankan ujian menggunakan mesin pengimbas x-ray. Saya sukar untuk menoleh ke kiri atau ke kanan selain kedua-dua tangan turut terasa kebas," ceritanya ketika ditemui Wad Otopedik HKL di sini semalam.

Jelas Abdul Azeez, laporan x-ray mendapati, beliau mengalami kecederaan pada bahagian tisu di bahagian tengkuk tetapi bernasib baik tidak mengalami sebarang keretakan atau patah tulang



Oleh SAIFUL AFFENDY SAPRAN
saiful.sapran@kosmo.com.my

MC kagum betui dengan orang yang tumbuk ketua mat rempit ni,selepas dua tiga hari kena tumbuk( katanya) baru terasa sakit dan terus masuk hospital,ilmu apa yang dia pakai sampai teruk si ketua mat rempit 2 kena,hairan betui MC,apa2 pun memang baguih betui lakonan beliau layak dapat dapat anugerah pelakon pelakon tamil terbaik.