Isnin, 31 Mei 2010

Serangan Israel : Presiden PMIUTM seru seluruh masyarkat ISlam lakukan Solat Hajat dan Qunut Nazilah

Kenyataan Media Edaran Segera

Skudai, 31 Mei 2010 – PMIUTM menyeru seluruh warga Malaysia bangkit menyatakan bantahan terhadap serangan rejim zionis Israel keatas kapal milik konvoi misi bantuan ke Palestin. Bantahan ini dilihat sebagai tekanan kepada pihak rejim zionis Israel yang nyata telah melanggar hak asasi manusia kerana menghalang sebarang bantuan berbentuk kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

Menurut laporan daripada Malaysiakini, setakat ini mangsa yang terkorban akibat serangan itu adalah seramai 16 orang manakala puluhan yang lain mengalami kecederaan.

Mengulas lanjut mengenai serangan ini, Presiden PMIUTM menyeru rakyat Malaysia beragama Islam secara umumnya dan warga UTM khususnya untuk melakukan Solat Hajat dan Qunut Nazilah agar konvoi bantuan kepada rakyat Palestin ini dapat menjalankan misi kemanusiaannya di Gaza.

“Negara Islam perlu bangkit untuk menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan rejim zionis Israel ini. Malaysia yang diwar-warkan sebagai negara Islam oleh pemimpinnya harus menyatakan pendirian dan tindakan terhadap rejim zionis Israel. Kita mahu Malaysia menghentikan segala bentuk perhubungan dengan rejim zionis Israel termasuklah dengan syarikat yang mempunyai kaitan dengan Israel iaitu Apco Worldwide”, ulas beliau lagi.

Pihak rejim zionis Israel dalam pada itu enggan mengulas lanjut terhadap serangan terhadap kapal tersebut dan kapal tersebut telah pun terputus hubungan dengan penganjur misi bantuan kemanusiaan.

Kapal yang membawa seramai 700 orang sukarelawan itu telah disekat oleh pihak rejim zionis Israel beberapa hari lalu dalam misi menghantar 10,000 tan bekalan banggunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejak 2007.

Makan malam Sempena Hari Guru PASTI

Pada 24 Mei 10 yang lepas bertempat di Horizon Garden manjung diadakan majlis makan malam meraikan guru-guru PASTI sempena hari guru dan juga majlis perpisahan bagi cikgu Nafisah yang akan berpindah ke Gerik mengikut suami beliau yang bertukar ke sana,majlis tersebut di rasmikan oleh NYDP iaitu Tuan Hj Rosli bagi mengantikan YDP yang ke Gerik menziarahi SU Kawasan Gerik yang meninggal dunia.majlis tersebut berjaya diadakan dengan begitu meriah sekali.DPPK lumut mengucapkan terimakasih di atas sumbangan cikgu2 PASTI yang sanggup berkhidmat mengajar anak-anak PASTI sehingga berjaya.Syabas kepada Ajk Pasti dan juga Semua Saf kepimpinan Dewan pemuda PAS dan kawasan.





Sukaneka Pasti Kaw Lumut









Selasa, 18 Mei 2010

Undi Pos Perlu Dihapus

Undi pos perlu dihapuskan kerana pengamalannya yang sudah tidak relevan malah bertentangan dengan matlamat asalnya.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan berpendapat undi pos yang digunapakai ketika hanyalah menjadi talian hayat Umno BN untuk memenangi pilihan raya.

kekalahan BN di Sibu juga katanya sangat memalukan kerana undi pos yang sering digunakan untuk talian hayat mereka, gagal memenangkan parti pemerintah itu.

Menurut Nasruddin, sekalipun Barisan Nasional (BN) menang dengan mengeksploitasi undi pos ia bukan sesuatu yang hebat bagi BN malah calon BN itu tidak layak digelar wakil rakyat namun layak dipanggil wakil pos.

“Kalah malu besar kerana undi pos tidak dapat cover, dan kalau menang pun tidak hebat.

“Orang tak panggil wakil rakyat, tapi orang panggil wakil pos,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Pemuda PAS menyampaikan ucapan tahniah kepada Pakatan Rakyat khususnya DAP yang telah menang PRK Sibu melalui calonnya, Wong Ho Leng.

Wong yang juga Adun Bukit Assek, memperoleh 18,845 undi menewaskan calon BN, Robert Lau Hui Yew, yang mendapat 18,447 undi manakala calon Bebas, Narawi Haron memperoleh 232 undi.

Bagaimanapun kata Nasruddin, Pakatan Rakyat tidak perlu mendabik dada malah lebih penting adalah terus berbakti kepada rakyat dengan penuh amanah dan dedikasi.

“Semoga dapat laksanakan tugas dan amanah dengan penuh dedikasi dan berbakti kepada rakyat dan tidak mendabik dada. Tugas Pakatan Rakyat masih banyak dan sukar,” ujarnya. - Sabahdaily

Ahad, 2 Mei 2010

MRSM Bentong ditutup setahun



SEBAHAGIAN pelajar MRSM Bentong yang tiba untuk menyambung persekolahan di MRSM Pekan semalam.


PEKAN – Semua 804 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bentong dipindah ke MRSM Pekan di sini semalam disebabkan berlaku runtuhan tanah berhampiran sekolah itu sejak 8 Disember lalu.

Sekolah tersebut juga akan ditutup selama setahun bagi membolehkan kerja membaik pulih cerun bukit yang runtuh dijalankan.

Runtuhan itu berlaku kira-kira 50 meter dari salah sebuah blok pangsapuri lima tingkat yang menempatkan guru-guru sekolah berkenaan. Ia dikhuatiri membahayakan penghuni dan pelajar.

Menurut Pengetua MRSM Bentong, Mohd. Yusoff Hassan, perpindahan tersebut juga melibatkan 74 orang guru dari sekolah itu yang akan mula mengajar di MRSM Pekan.

Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Perak ke-27

Hari ini berlangsung perasmian Muktamar di markas Pas air kuning,DPPk Lumut diwakili seramai 8 orang perwakilan telah bertolak dari Lumut seawal jam 6.45 pagi dan alhamdulillah selamat sampai ke Air kuning dengan selamat,perasmian muktamar kali ini oleh Y.B Firdaus selaku Pengarah pilihanraya pemuda pas pusat dan merangkap Ahli Parlimen Jerai.Gambar kan menyusul.