Selasa, 20 April 2010

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Lumut kali ke 23 berjalan lancar


Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain selaku perasmi, merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Lumut kali ke 23 di Seri Taalim, Seri Manjung.
Yang Di Pertua PAS Kawasan Lumut menyampaikan ucapan Alu-aluan.
Saf Perwakilan Dewan Muslimat
Para perwakilan yang mengambil bahagian
Saf Pimpinan PAS Kawasan Lumut bersama Pesuruhjaya PAS Perak.


Tanda ingatan dari YDP kepada Pesuruhjaya PAS Perak sempena Mesyuarat Agung PAS Kawasan Lumut

19 April 2010 (Isnin) di Dewan Sekolah Rendah Islam At Taalim, Seri Manjung telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Lumut kali ke 23 Mesyuarat Agung kawasan kali ini telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain. Antara intipati ucapan yang telah disampaikan oleh Pesuruhjaya kepada para perwakilan ialah usaha transformasi untuk menjayakan PAS keperingkat yang lebih cemerlang. Transformasi taqwa, transformasi pentadbiran dan transformasi ekonomi. Beliau juga menyarankan agar ahli-ahli Pas tidak mengurung para isteri mereka di rumah, dalam ertikata tidak melibatkan diri dalam kerja-kerja jamaah.
Sebelum itu, Yang Di Pertua PAS Kawasan Lumut menyampaikan ucapan Alu-aluannya kepada para perwakilan yang hadir. Mesyuarat berakhir jam 2.00 petang dengan kesemua perwakilan dapat mengambil bahagian dan bertanya mengenai segala kemusykilan yang berkaitan dan dijawab dengan baik oleh YDP dan AJK yang berkenaan.

Ahad, 18 April 2010

Kamalanathan Nama 1 Malaysia(kata mat sembab)


Semalam TPM si Mat sembab 2 kata kawasan Hulu Selangor beruntung dapat calun yang mempunyai nama 1 Malaysia ( Kamal,Alan n Nathan) aku pun tak faham apa la bodo sangat si mat sembab ni sampaikan nama pun nak jadikan bahan berkempen.Tak penah2 lagi nama jadi bahan kempen,betui la apa orang kata tak kisah cerita apapun janji dapat raih undi,dah tak dak modal ke mat sembab.bagilah kempen yang bijak sikit, ni macam nak suruh budak tadika ja mengundi.Ni lah kalau terlampau cerdik orang kampung pun dia nak tipu,apa dia ingat zaman 60an lagi kot.Orang kg la ni semua cerdik2 dah wahai mat sembab.Jangan la dok merapu meraban tak tentu kalu.Gunalah cara lain nak pikat hati para pengundi.

Ex-Lynxcrew

Calon bebas pilihan pengundi Hulu Selangor?


Johan dipecat dari Ahli UMNO. Johan mengambil langkah drastik sebab UMNO tak dapat calun Melayu. Jika Johan menang adakah UMNO akan menerima dia kembali sebagai Ahli dan menjadi sebagai ADUN UMNO?. Apakah ini percaturan yang dilakukan oleh UMNO untuk meletakan calon Melayu.

Hulu Selangor hari ini menyaksikan pertandingan empat penjuru di antara calon PKR,BE END dan juga 2 orang calon bebas,yang mana salah seorang dari calon bebas ialah Johan Mat Diah, sebelum ini beliau adalah ahli jawatankuasa Shah Alam. Telah di pecat serta merta dari Parti Umnongek kerana telah melanggar peraturan parti bertanding sebagai calon bebas,mungkin kah umno membuat protes secara terangan, untuk memberitahu kepada pimpinan Umno yang banggang bahawasanya umno hulu selangor mahu calon dari orang melayu mewakili hulu selangor di dalam PRK tersebut . Semua kita tahu kawasan tersebut mempunyai lebih 50% penduduk melayu.Jadi sama-samalah kita tengok adakah permainan ini bakal sampai ke penghujungnya.

Ex-Lynxcrew

Calon MIC pilihan hati Tok Jib

PM: MIC bertanding di Hulu S'gor tapi tak sebut calon
Apr 7, 10 4:31pm
Persoalan parti mana dari komponen BN yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor terjawab hari ini apabila perdana menteri berkata ia akan ditandingi oleh calon dari MIC.
"Kerusi (parlimen) Hulu Selangor akan ditandingi oleh seorang calon dari MIC, kerana itu kerusi MIC," kata Datuk Seri Najib Razak kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak mengumumkan siapakan calon dari MIC itu.

"Biar calon ditentukan oleh pengerusi BN (Najib) sebab saya nak kita menang," kata Najib yang juga pengerusi BN.

Sebelum ini, MIC telah mengemukakan timbalan presidennya, Datuk G Palanivel untuk bertanding sekali lagi di Hulu Selangor.

Umno bahagian juga mendesak supaya kerusi itu dikembalikan kepada Umno.

Bagaimanapun, semalam dilaporkan bahawa, Umno boleh menerima calon dari MIC tetapi bukan Palanivel.

'Makam kita tak sama'

Sementara itu, naib ketua Umno bahagian Hulu Selangor, Datuk Adnan Buyong, ketika diberitahu mengenai pengumuman najib itu berkata:

"Nak tanya apa? Pemimpin sudah umum. Dia pemimpin kita, apa dia cakap kita kena terimalah," katanya.

Ditanya sama ada ia akan memberi kesan negatif kepada pengundi, Adnan menjwab:

"Kita sebelum ini bagi pandangan sahaja. Dia mungkin ada kajian dia (yang tersendiri). Dia pemimpin, makam (kedudukan) kita tak sama.

"(Ketawa) Apa dia kata kita kena terimalah," kata Adnan.

Beliau bagaimanapun tidak mahu mengulas panjang kerana sedang sibuk berkonvenysen di Shah Alam.

Sementara itu, Najib berkata walaupun mungkin terdapat pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusannya memberikan laluan kepada MIC, ia hanya "merupakan adat biasa".

Batu loncatan pulihkan BN

"Kita ada beberapa perhitungan lain. Tetapi macam mana pun bila sampai kepada penentuan calon, mesti ada orang yang setuju dan ada yang tidak setuju.

"Itu merupakan adat biasa. Yang penting soal kepercayan dan kesetiaan. Setelah keputusan itu dibuat, mereka kena terima," katanya.

Ditanya sejauh mana pentingnya pilihan raya kecil di Hulu Selangor kepada BN, Najib berkata ia diharapkan menjadi "batu loncatan" ke arah pemulihan gabungan 13 parti pemerintah itu.

Perdana menteri juga yakin, berdasarkan kepada sentimen pengundi pada masa ini, sokongan memihak kepada BN.

"Bagaimanapun dalam pilihan raya kecil, ada faktor-faktor lain yang kita (perlu) ambil kira. Salah satu daripadanya, faktor calon. Sebab bila pilihan raya kecil, ia lebih fokus kepada calon.

"Kalau pilihan raya umum ia lebih kepada kepimpinan negara dan soal isu nasional," katanya.

Ex-Lynxcrew
Komen:Baguihlah nampak gayanya orang Hulu Selangor akan dapat bakal calon dari kaum india dari parti MIC,parti yang semasa pilihanraya umum lepas dah hampir lingkup,masih ada hati lagi nak bertanding,tok jib lupa dah kot atau buat2 lupa orang umno kat situ pun x suka calon dari parti MIC,majoriti penduduk kt situ orang melayu aka Islam jadi bagilah calon yang elok sikit tapi baik jugak sekurang-kurang Pakatan Rakyat ada point yang lebih untuk kempen pilihanraya nanti,kepada umno bahagian Hulu selangor makan hati berulam jantunglah hangpa noooooo, dah 2 kehendak Tok Jib yang hangpa dok agung2 kan.

Rabu, 7 April 2010

Simpati Siva

Ust Nasrudin Tantawi dengan ditemani Ust Mustafa Syaari sedang menyantuni keluarga mendiang Siva..

TELUK INTAN, 7 April: Pemuda PAS Pusat kecewa kerana kes pembunuhan Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, Siva@Panthian a/l Patcamuthu dilengah-lengahkan walaupun sudah hampir 20 hari berlalu.

Kita mahu siasatan diadakan serta pembunuh mendiang Siva mesti segera ditemukan," tegas ketuanya, Nasrudin Hassan ketika melawat keluarga mendiang Siva petang semalam.

Pihak polis dikatakan masih belum menemui sebarang motif dan tanda-tanda jelas suspek pembunuhan tersebut walaupun lima orang anak muda yang ditahan bagi membantu siasatan telah dilepaskan.

Menurut beliau juga, ada beberapa perkara yang meragukan dalam kejadian itu setelah mendengar cerita daripada beberapa pihak.

Diceritakan, beberapa jam sebelum peristiwa pembunuhan itu berlaku pihak polis kelihatan berulang-alik di kawasan berkenaan umpama telah mengetahui sesuatu akan berlaku.

Dikatakan juga, polis sampai ke tempat kejadian tidak sampai 10 minit selepas kejadian itu berlaku.

Katanya, bagi menuntut keadilan di atas kematian Siva, Pemuda PAS bersedia memberi khidmat guaman percuma kepada keluarganya.

"Jika polis gagal, menunjukkan jenayah dalam negara kita sangat mudah berlaku dan rakyat sudah tidak selamat.

"Penjenayah juga bebas melakukan jenayah dan undang-undang sudah tidak dihormati," tambahnya merujuk kepada beberapa kes yang masih gagal diselesaikan oleh pihak berkuasa seperti kematian Teoh Beng Hock dan Kugan Anathan.

Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin menyampaikan sedikit sumbangan kepada isteri mendiang, Kala @ Papa A/P Kundasamy bagi meringankan beban hidup yang terpaksa ditanggung.

Beliau menitiskan air mata ketika menerima sumbangan dan Nasrudin menasihatinya supaya banyak bersabar.

Turut hadir bersama Nasrudin ialah Bendahari Pemuda Pusat, Adram Musa dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Mustafa Saari.

-harakahdaily-

Selasa, 6 April 2010

Pemuda Pas Perak cabar Pemuda Umno debat

IPOH, 6 April: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak sekali lagi mengulangi cabaran kepada Pemuda Umno negeri untuk berdebat apa sahaja isu yang selama ini melanda negeri ini.

Timbalan ketuanya, Mohd Munir Ali berkata, Pemuda Umno Perak mesti berani menerima cabaran itu jika mereka jujur inginkan kestabilan negeri ini dan situasi pulih semula.

“Jika Pemuda Umno Perak menolak cabaran ini, memang benarlah bahawa mereka hanya berani di dalam tetapi takut berdepan dengan kuasa rakyat,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau juga yakin rakyat akan menghukum mereka di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Pemuda PAS negeri juga, katanya menyokong penuh kenyataan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang menyifatkan pergerakan pemuda Umno negeri sebagai tidak gentleman ketika menghantar memorandum kepada Seri Paduka Sultan Perak supaya darjah kebesaran Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Ngeh Koo Ham ditarik balik sebagai taktik politik murahan adalah amat tepat.

Beliau merasakan Pemuda Umno Perak sebagai penakut dan juga tidak matang di dalam memastikan imej Datuk Seri Nizar diburukkan.

Pihaknya turut yakin bahawa rakyat sudah pasti melihat Umno yang terlalu zalim kepada seluruh rakyat yang tidak menyokongnya.

Ini juga, katanya sebagai bukti bahawa Umno akan meneruskan lagi kezalimannya selagi berkuasa tidak mengira siapa musuh mereka.

-harakahdaily-


Komen Nur12: Dppkl menyokong penuh hasrat Dppn.

Ahad, 4 April 2010

DS. Nizar dedahkan temberang 'Ketuanan Melayu'

Adakah 'Ketuanan Melayu' ini sesuatu yang benar?Adakah 'Ketuanan Melayu' sesuatu yang Islamik?

Inilah beberapa persoalan yang dilontarkan DS. Nizar ketika memulakan kuliah di surau Nahdhatul Syifa,Fasa 3C pada malam tadi.

Beliau seterusnya memulakan kuliah dengan membaca sepotong ayat dari Surah Al-Ma idah yang bermaksud

"Wahai orang2 yang beriman,hendaklah kamu menjadi orang2 yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah,menjadi saksi dengan adil.Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil.Berlaku adillah,kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa.Dan bertaqwalah kepada Allah,sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan" (ayat 8).

Dengan berhujjahkan ayat ini,beliau kemudiannya menghuraikan betapa tidak Islamik bahkan batil,palsu dan sesatnya fahaman 'ketuanan Melayu' yang telah menjadi satu pegangan yang kuat beberapa golongan tertentu pada hari ini.

Dengan berpaksi kepada 'ketuanan melayu',gerombolan tertentu dalam negara ini sanggup melakukan perkara yang ditegah agama seperti rasuah,bohong,fitnah,berlaku zalim dan tidak adil kepada kaum lain.Hal ini memuncak dengan perbuatan merampas kuasa kerajaan negeri yang sah dipilih oleh rakyat di Perak.Tanpa segan silu gerombolan ini mendakwa mereka dipihak yang benar walaupun mereka dilihat bergelumang dengan dosa dan noda yang mereka lakukan.

Maka kesannya telah membawa kepada gejala yang tidak sihat yang berlaku pada hari ini seperti dadah,kerosakan akhlak dan akidah,buang bayi,anak luar nikah yang jika dilihat bahawa yang 'menjuarai' semua itu tadi ialah orang-orang Melayu.Apakah ini yang dimaksudkan dengan 'ketuanan melayu'?Apakah ini yang dimahukan dengan 'ketuanan melayu'?

Tetapi kesan yang lebih teruk lagi daripada itu ialah apabila membuatkan golongan bukan Islam di negara ini yang majoriti mereka terdiri dari kaum Cina dan India telah memandang serong kepada Islam.Kenapa berlaku demikian?Ini kerana majoriti yang beragama Islam ialah orang Melayu.

Dengan perbuatan gerombolan pelampau yang tidak berpaksi kepada kebenaran ini,membuatkan jurang pemisah antara muslim dan bukan muslim menjadi begitu jauh.Mereka hina bahkan ada yang anti kepada Islam.

DS. Nizar seterusnya mendedahkan bahawa 'ketuanan melayu' tidak ada dalam perlembagaan yang diamalkan di negara ini,apatah lagi dalam perlembagaan Allah iaini Al-Qur'an.Dalam Al-Qur'an Allah menyarankan supaya setiap kaum itu mengenali dan bermesra antara satu sama lain.Al-Qur'an menjelaskan perbuatan ini lebih mendekatkan kita dengan taqwa.

Beliau seterusnya menceritakan pengalaman mentadbir negeri Perak selama 10 bulan sebelum rampasan kuasa berlaku.Dengan dasar yang adil untuk semua kaum menyebabkan Islam dan PAS yang menerajui kerajaan pada ketika itu telah dipandang positif oleh golongan bukan Islam.Banyak dari golongan bukan Islam yang mewakili pertubuhan tertentu yang sebelum ini takut untuk mendekati Islam bahawa mereka tidak lagi takut dengan Islam.Mereka mula sedar kebaikan Islam.Mereka semakin faham dan jelas pendirian Islam terhadap isu perkauman yang cuba disalah ertikan oleh pihak-pihak tertentu di negara ini.

Ketika ini kedengaran ada hadirin yang melaungkan 'Umno'. Ini merujuk kepada golongan tertentu yang disebutkan DS. Nizar.

Ramai juga dikalangan pimpinan masyarakat bukan Islam (DAP,PKR&NGO's) yang sudah boleh berhujjahkan ayat-ayat Al-Qur'an dan hadis Nabawi ketika berceramah dan menyampaikan mesej tetentu kepada rakyat.Bahkan mereka telah memberi jaminan untuk terus menyokong kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang diterajui oleh PAS. Buktinya ketika pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang apabila didapati lebih 85% peratus pengundi bukan Islam telah memberikan sokongan dengan mengundi beliau (DS. Nizar) pada ketika itu.

Seterusnya,pada akhir kuliah DS. Nizar menyeru para hadirin,yang barangkali masih ada lagi 'sekupang dua' terkesan dengan faham 'ketuanan melayu' ini supaya meninggalkan pegangan yang sesat lagi batil ini.

Beliau mengingatkan hadirin dengan beberapa kaum yang disebut dalam Al-Qur'an yang begitu kuat pegangan ketuanan kaum mereka seperti kaum Aad,Thamud dan juga Fir'aun.Mereka telah membina tamadun yang hebat yang kesannya boleh dilihat sehingga ke hari ini.
Imbang Penuh
Tetapi di mana kaum-kaum ini sekarang ini?


-Nur12-

Jumaat, 2 April 2010

Umno dengki pada Dato' Sri dan Dato'

"Umno Perak usah campur urusan Sultan"

IPOH, 1 April: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menasihatkan Umno supaya tidak mencampuri dan mempertikaikan darjah kebesaran yang telah Seri Paduka Sultan Perak kurniakan.

Naib ketuanya, Salman Saleh berkata, ini kerana ianya akan mengesahkan persepsi rakyat selama ini bahawa Umno telah menggunakan istana untuk kepentingan mereka.

Sehubungan itu, beliau mencabar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rungkup, Datuk Sha’arani Mohamad mengulangi desakan di luar Dun agar darjah kebesaran yang telah dianugerahkan oleh Seri Paduka Sultan Perak kepada Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Ngeh Koo Ham ditarik semula.

Katanya, Pemuda negeri jugaa menunggu tindakan daripada Umno negeri dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di atas perkara itu.

“Pemuda PAS Perak sangsi dengan tindakan terdesak Umno yang akan cuba dengan segala keadaan untuk menyekat pengaruh Datuk Seri Nizar yang terus berkembang di Negeri Perak ini dan masih diserang dalam pelbagai keadaan,” ujarnya.

Katanya, pelbagai usaha akan dilemparkan bagi memburukkan imej Nizar dan yang paling membimbangkan sekali ialah Umno akan memperalatkan semua jentera kerajaan bagi menjayakan usaha jahat mereka itu.

Justeru, beliau mengharapkan agar rakyat sedar akan kejahatan Umno yang akan memastikan terus berkuasa dengan apa cara sekali pun.


-harakahdaily-