Jumaat, 22 Oktober 2010

Isu IslamicFashion Rosmah dan Khurafat Dr. Zambry,Pemuda Pas Perak hantar memo kepada Mufti


MEMORANDUM MENDESAK TEGURAN TERHADAP DATIN PADUKA SERI ROSMAH MANSOR, ISTERI PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG DIDAPATI MENGHINA NABI MUHAMMAD S.A.W DAN DATUK SERI DR ZAMBRY ABDUL KADIR, MENTERI BESAR NEGERI PERAK YANG MASIH MENERUSKAN AMALAN KHURAFAT DALAM UPACARA MELETAKKAN ANCAK KE TIANG SERI RUMAH.

Perkara di atas adalah dirujuk.

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) ingin menarik perhatian Y.Bhg. Tan Sri terhadap dua tokoh besar di dalam negara dan negeri ini yang dilihat bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. Kami amat kesal kerana Y.Bhg. Tan Sri tidak begitu prihatin untuk memberikan pendapat dan penjelasan sehingga menyebabkan rakyat atau umat Islam keliru terhadap kedua-duaperbuatan dan isu tersebut.

2 Bagi kes isteri pimpinan utama negara, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia dan juga sebagai Penaung
Festival Busana Muslim atau Islamic Fashion Festival telah menganjurkan Festival Busana Muslim pada 10 Ogos 2010 di Monaco Sporting Club, Monte Carlo. Majlis tersebut secara jelas telah menghina syariat Islam dan Rasulullah s.a.w apabila pakaian yang diperagakan itu bukan pakaian menurut syariat Islam ditambah dengan tulisan "Muhammad" dalam bahasa Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.

Manakala, dalam kes orang nombor satu negeri Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Negeri Perak dalam programProjek Infra Bina Upaya (IBU) pada 17 Oktober 2010 di Kampung Guar, Manong. Pada majlis tersebut, telah diadakan upacara
meletakkan ancak ke tiang seri rumah yang dahulunya merupakan amalan khurafat serta bertentangan dengan aqidah Islam.
Justeru, DPPN Pk ingin menarik perhatian serius Y.Bhg. Tan Sri dalam dua perkara tersebut untuk bertindak atas sifat ilmu dan kedudukan mulia Y.Bhg. Tan Sri agar dapat memperjelaskan kepada rakyat dan umat Islam akan kekeliruan tersebut . Pihak kami meminta
sama ada Y. Bhg. Tan Sri mengeluarkan satu ketetapan atau fatwa yang jelas supaya umat Islam negara ini tidak terus terkeliru.

Ancak berancak






Petikan dari Kitab Risalah At-Tauhid:

Wal hasil apakala dikata wajib bagi Tuhan bersifat Wahdaniah maka ternafilah kam-kam yang lima itu yaitu ternafi kam muttasil dan kam munfasil pada zat,kam muttasil dan munfasil pada sifat dan kam munfasil pada perbuatan.

Maka dengan kenyataan yang di atas ini zahirlah tiada zat yang lain,sifat yang lain dan perbuatan yang lain menyamai dengan zat,sifat dan perbuatan Tuhan.Yang demikian tertolaklah segala kepercayaan-kepercayaan yang membawa kepada menyekutukan Tuhan.Bagaimana yang berlaku di sisi satu bangsa di dalam dunia ini ada mempunyai adat dan kepercayaan yang karut,sehingga membawa rusak imannya kerana kepercayaannya itu membawa menyekutukan Tuhan dengan yang lainnya.

Maka perkara yang seperti ini masih banyak pada masa ini dan banyak pula yang melakukan dia dengan tidak sedak akan mudaratnya merusakkan iman kepada Tuhan.Maka di sini disebutkan sebahagian daripadanya supaya dapat diketahui kesalahannya :

Ancak

Adalah membuang ancak dan memberi makan hantu syaitan ini satu daripada adat kepercayaan orang menyembah berhala kerana mereka itu beriktikad bahawa hantu dan syaitan itu berkuasa menyebabkan sakit atau sampuk dan sebagainya maka mereka yang mengadakan ancak serta mengadakan jamuan dan perkara yang seumpama itu telah melakukan perbuatan orang musyrikin.

Rujukan: Kitab Risalah At-Tauhid (jawi),ms 21.


-Nur12-

Khamis, 21 Oktober 2010

Pemuda berhimpun esok, bantah Rosmah (bik mama)

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan aman sebagai membantah tindakan Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah s.a.w. pada penganjuran Festival Busana Muslim di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Himpunan tersebut akan diadakan di masjid negeri seluruh Malaysia selepas solat Jumaat, 22 Oktober ini.

"DPPP mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah Mansor yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. apabila salah satu fesyen mereka melukis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.

"Kita desak Rosmah bertaubat dan minta maaf kepada umat Islam secara terbuka," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Pada festival tersebut, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.

Tambahnya, pakaian yang diperagakan itu bukan pakaian Islam tetapi pakaian wanita jalang dan jahiliah.

"Sungguh memalukan dan jelas menunjukkan Rosmah jahil dan berniat jahat terhadap Islam," tambahnya lagi.

Sehubungan itu katanya, DPPP menggesa seluruh ummat Islam bangkit membantah tindakan Rosmah dan mendesak isteri Perdana Menteri itu bertaubat dan mohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam.

Rosmah merupakan Penaung Festival Busana Muslim atau Islamic Fashion Festival.

-harakahdaily-

Rabu, 20 Oktober 2010

Muzakarah Adun Lompat Parti,Persoalan Cuba Disembunyikan

Dr Khairuddin Abd Malik

Saya ingin memberikan beberapa penjelasan tambahan berkenaan isu ADUN lompat parti khususnya kejadian 26/01/09 hinggan 03/02/09 yang berlaku di Perak. Merujuk kepada kenyataan akhbar Ketua Puteri UMNO Perak dan Setiausaha Pemuda UMNO Negeri Perak (MS PK4 Akhbar Sinar Harian 18/10/10). Juga merujuk (MS PK5 akhbar yang sama) tentang pandangan Mufti Perak bahawa lompat parti adalah dibenarkan dalam Islam dengan syarat ADUN lompat terus berkhidmat kepada pengundi.

Berikut penjelasan saya :

i) Muzakarah 17/10/10 yang diadakan di sebuah Hotel di Ipoh adalah sepenuhnya inisiatif peribadi

Dato Thasleem Mohd Ibrahim, Pengerusi Majlis Tindakan India Muslim Malaysia (MTIMM). Faktor utama yang beliau rasakan ‘wajib’ mengadakan majlis tersebut adalah kerana sebagai seorang Muslim beliau merasakan ada sesuatu yang tidak kena tentang fenomena ADUN lompat dari segi perspektif Islam. Sementelahan pula pelbagai surat yang beliau hantar kepada pihak-pihak yang berkelayakan termasuk kepada majlis Fatwa Kebangsaan dan mufti-mufti Negeri tidak mendapat jawapan. Yang adapun daripada mufti Perak bukan jawapan dari Majlis Fatwa Perak tetapi pendapat peribadi yang tidak langsung disertakan hujjah-hujjah Al Quran, Al Hadis ataupun pandangan ulama muktabar. Untuk berlaku adil, penganjur telah menjemput semua pihak yang berkepentingan Islam termasuk ulama-ulama , parti politik, Kedutaan Asing dan NGO-NGO Islam.

ii) Untuk pemimpin-pemimpin UMNO mengatakan muzakarah tersebut retorik dan membuang masa adalah keterlaluan. Membedah siasat kemungkaran untuk dijadikan satu iktibar kepada generasi mendatang bukan membuang masa! Menentang kemungkaran bahkan berkait langsung dengan persoalan keimanan dan persoalan dosa serta pahala.

iii) Islam adalah agama yang syumul (sempurna). Jika persoalan sekecil masuk keluar tandas pun ada adab dan nilai pahala/dosa tidak mungkin persoalan politik yang besar seperti ADUN lompat, pecah amanah tentang janji kepada pengundi, kepada pekerja dan pemimpin parti (yang berhabis-habisan semasa kempen piliharaya) tidak ada hukumnya dalam Islam. Pecah amanah adalah sifat-sifat orang munafiq.

iv) Persoalan ADUN lompat kerana kononnya demi menyelamatkan bangsa adalah juga perkara yang sangat subjektif dan perlu di adili. Benarkah ada penggadaian bangsa oleh Kerajaan PR Perak (KPRP) (March 2008 – Februari 2009). Jika memberikan geran bantuan kepada Sekolah-Sekolah Swasta Cina oleh KPRP dianggap menggadai bangsa kenapa ADUN-ADUN yang sama tidak mengistiharkan tidak lagi menyokong Kerajaan BN Perak (KBNP) apabila Dr. Zambry mengumumkan bantuan RM 400,000 kepada setiap Sekolah Swasta Cina dan menyerah tanah seluas 1,000 Hektar kepada Sekolah-Sekolah yang sama pada awal tahun ini. Bahkan antara acara rasmi awal Dr. Zambry sebagai MB Perak pada 08/02/2009 (hari ke 3 menjadi MB) adalah lawatan dan anugerah RM 100,000 kepada sebuah kuil di Ipoh. ADUN-ADUN Behrang dan Changkat Jering tak pernah pula membantah . Tidak hairan kerana mufti pun tidak beri respon!

v) Adakah sesuatu yang wajar bagi satu parti politik yang memperjuangkan bangsa dan agama (UMNO) dan ADUN-ADUN lompat yang keluar PR dengan alasan nak selamatkan bangsa terpalit dengan pelbagai perkara yang memalukan agama dan bangsa (ingat bagi orang-orang Melayu Islam dan Melayu itu sinonim). Bagi Umno & agen-agen upahannya, mereka terpalit dengan perangkap rasuah, perangkap sex, culik dan ugut ADUN (26/01/09 – 03/02/09). Bagi ADUN-ADUN lompat pula rela untuk di culik, ugut dan diberikan pelbagai imbuhan. Ingat Islam tidak pernah mengizinkan perlakuan dosa demi sesuatu perjuangan yang kononnya benar. Falsafah “tujuan menghalalkan cara” ciptaan laknatullah Machiavelli yang dianuti secara taat oleh UMNO adalah falsafah neraka.

vi) Untuk Mufti Perak secara ‘Superficial’ memberikan hukum lompat ADUN adalah harus (atau? Sunat) tanpa kajian teliti, tanpa merujuk kepada rakan-rakan Ahli majlis Fatwa Negeri yang lain adalah satu tindakan tidak amanah kepada tugasnya. Tidakkah Mufti ingin mengambil kira faktor-faktor : latar belakang kes, perangkap-perangkap mungkar yang digunakan, imbuhan-imbuhan yang diberi dan pelbagai lagi. Menjatuhkan hukum tidak semudah memberikan ceramah “Melayu hilang kuasa jika berpecah” yang menjadi zikir dan mantera Mufti Perak kini. Yang pasti adalah Melayu akan hilang kuasa jika Islam tidak dijadikan dasar perjuangan dan pemerintahan. Kerana Melayu-Melayu yang nak diajak bersatu sudah mencapai angka jutaan adalah penghidap-penghidap HIV, penagih dadah, pelaku zina & anak-anak luar nikah, perasuah-perasuah, pembunuh dan pelaku bunuh diri (suicide).

vii) Jika pula Mufti Perak mengetahui latar belakang kes (perangkap sex, culik, rasuah dan sebagainya) tetapi akur tentang lompat parti dan rampas kuasa BN terhadap Kerajaan PR Perak itu sesuatu yang absah, tindakan mufti tersebut adalah merupakan amalan-amalan dan sikap assobiyah yang sangat klasik. Menyokong kezaliman kerana pelakunya kawan atau puak-puak yang kita suka adalah tindakan yang sama zalim dan ditolak oleh Rasulullah sebagai bukan dari golongan orang-orang yang beriman. Untuk mufti mengatakan ADUN lompat tersebut bersih dari segala noda mungkar tajaan pemimpin-pemimpin besar UMNO adalah petunjuk bahawa mufti sangat naïf dan tidak berwibawa. Jika beliau mendakwa memang naïf, penulis dapat membuktikan ianya satu pembohongan. Pada 03/02/09 jam 10.00 malam di kediaman mufti, penulis sendiri bersama 5 orang saksi memperdengarkan bukti sahih bagaimana rintihan seorang isteri ADUN lompat minta ditolong kerana suaminya diculik oleh agen-agen UMNO. Takkan mufti sudah lupa.

viii) Akhir kalam untuk UMNO menolak hadir muzakarah ilmiah dan syarie anjuran NGO bebas pada 17/10/10 sedangkan PAS hadir dengan segala amanahnya adalah bukti dan testimoni bahawa UMNO tidak berani berhadapan dengan kebenaran hujjah-hujjah agama. Setakat berani berhujjah dengan retorik bangsa Melayu dan agenda pembangunan yang entah kemana adalah terlalu rapoh. Bahkan terkini Presiden UMNO Dato Najib juga mengakui isu pembangunan sebagai agenda mendapatkan sokongan sudah tidak berkesan. Maknanya apa ? Rakyat semakin berilmu, celik, kritis dan bijak untuk menilai : Ilmu & intelek Vs retorik, moraliti Vs korupsi dan demokrasi, syura Vs anarki & Machiavelli.

Sekian, untuk renungan terakhir, mari bersama meneliti hadis berikut:

“Tiada seorang pun pemimpin yang mengendalikan urusan orang-orang Islam, lalu dia tidak bersungguh-sungguh menguruskan mereka dan tidak memberikan nasihat (agama) kepada mereka, melainkan dia tidak akan dapat masuk syurga bersama-sama mereka”. (H.R. Muslim)

Saudaramu dalam Iman,

Dr. Hj. Khairuddin Bin Dato’ Abd. Malik

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak

Ahli Majlis Perunding MAPIM.