Sabtu, 28 Februari 2009

SIDANG TERGEMPAR DUN BOLEH DIADAKAN,NAJIB JAHIL


Najib Tun Razak mendakwa Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak boleh mengadakan sidang tergempar Selasa ini selagi mahkamah belum membuat keputusan berhubung dua kes berkaitan kerajaan negeri itu. Kenyataan Najib ternyata terkeluar dari kuasa Speaker dan Dewan Undangan Negeri yang tidak ada kaitan apa-apa kes di Mahkamah. Dua kes yang masih belum diputuskan oleh mahkamah ialah kedudukan tiga wakil rakyat negeri itu dan status kerajaan negeri Perak daripada segi perlembagaan.Sekiranya kes ini perlu diselesai dahulu baharu sidang DUN boleh diadakan berarti sampai bilakah sidang akan dapat dilakukan. Alasan Najib nampak sangat tidak cerdik dan tanpa panduan dari penasihat yang tahu undang-undang. Kalaulah setahun atau dua tahun kes belum selesai di Mahkamah maksud Najib dengan kenyataan nya itu sidang tidak boleh diadakan. Sedangkan sidang DUN mesti diadakan paling lewat setiap 6 bulan sekali., Apa akan jadi. Beliau bagaimanapun tidak menolak tindakan Speaker DUN Perak, V. Sivakumar untuk mengadakan sidang tergempar itu bertujuan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri itu yang kebetulan naik juga secara tidak sah dari segi undang-undang. BN telah mengadakan rampasan kuasa pada 6 Februari yang lepas dengan berlakunya Majlis Angkat Sumpah ADUN Pangkor, Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Kudeta sedangkan YAB. Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat masih tidak terlucut jawatannya.
YB ADUN TT. SERONG

ARAH PEMUDA PAS HADIR 'HIMPUNAN BANTAH PPSMI' 7 MAC INI-SALAHUDDIN


KUALA LUMPUR, 28 Feb (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub mengarahkan pemuda-pemuda seluruh negara untuk sama-sama menyertai perhimpunan aman membantah PPSMI pada 7 mac,sabtu nanti.

Katanya, ahli yang mengaku mereka adalah pemuda PAS haruslah memastikan kehadiran mereka sebagai komitmen terhadap perjuangan mengembalikan serta memartabatkan Bahasa Melayu yang semakin terpinggir akibat dasar PPSMI.
"Kita juga akan memastikan pemuda-pemuda PAS negeri dan kawasan supaya hadir dan menyertai perhimpunan membantah PPSMI itu nanti," katanya semasa dihubungi.
Malah, katanya, antara usaha Pemuda PAS menyokong himpunan 100,000 yang dianjurkan oleh Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) iaitu mengadakan 'road show' seluruh negara sebagai penerangan jelas kepada rakyat bawaha dasar itu tidak boleh diteruskan.
Salahuddin juga memberi jaminan, kekecohan tidak mungkin akan berlaku jika tidak ada provokasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Saya jamin perhimpunan itu akan diadakan secara aman dan mereka yang datang tidak akan buat kacau melainkan ada pihak yang sengaja melakukan provokasi," katanya.
GMP yang dipengerusikan bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Dato' Dr Hassan Ahmad yang dianggotai kumpulan NGO, sayap-sayap Pemuda PAS dan KeADILan akan menyerahkan memorandum bantahan PPSMI kepada Agong.- harakahdaily.net

DEMOKRASI DICINCANG LUMAT-SPEAKER PERAK

Bukankah seorang Speaker berhak memanggil dewan bersidang? Kalau hak untuk memanggil dewan bersidang juga dirampas daripada seorang speaker, apakah nilai-nilai demokrasi yang akan kita warisi pada masa akan datang. Kita tidak mahu anak-anak kita hidup dalam kelambu ‘demokrasi setengah masak’.Saya telah memanggil untuk mengadakan persidangan tergempar pada 3 Mac 2009. Tetapi saya dihalang oleh pihak-pihak tertentu dengan pelbagai alasan. Mengikut Perintah-perintah Tetap 8, seseorang speaker boleh memanggil persidangan tergempar dalam keadaan-keadaan yang amat memerlukan. Dalam keadaan biasa, notis 14 hari diperlukan untuk memanggil dewan untuk bersidang. Tetapi dalam keadaan tergempar, notis itu tidak diperlukan. Begitu juga, Perintah-perintah Tetap 11 memberi kuasa penuh kepada speaker untuk menetapkan tarikh dan masa mesyuarat yang akan diadakan. Apakah lagi peruntukan undang-undang lain yang diperlukan bagi membolehkan seseorang speaker untuk memanggil Dewan bersidang? Undang-undang ini jelas menunjukkan speaker mempunyai budibicara dan hak untuk memanggil dewan bermesyuarat. Tetapi, sekali lagi kuasa speaker dicabar dan dicabuli oleh pihak eksekutif. Penasihat Undang-undang Negeri Perak campurtangan dalam kuasa legislatif dengan cuba menghalang daripada mengadakan sidang dewan tergempar ini. Beliau memberi pelbagai alasan dan tafsiran undang-undang yang tidak munasabah untuk menghalang Setiausaha Dewan menghantar notis kepada Ahli-ahli Dewan Negeri bekenaan dengan sidang dewan tersebut. Apakah kuasa yang ada pada Penasihat Undang-undang dalam menghalang persidangan dewan tergempar? Siapakan memberikan kuasa sedemikian untuk bertindak diluar bidangkuasanya? Tindakan beliau boleh disahihkan sebagai satu lagi penghinaan terhadap dewan undangan negeri Perak yang mulia. Beliau tidak ada kuasa untuk menasihat atau memaksa Speaker untuk tidak mengadakan persidangan Dewan Negeri. Penasihat Undang-undang cuba mentafsir undang-undang bagaikan ‘ada udang disebalik batu’. Saya ingin mengingatkan beliau supaya jangan meniadakan doktrin pengasingan kuasa yang menjadi tunggak demokrasi sesebuah negara. Gangguan-gangguan seperti ini akan mencemarkan nama baik institusi perundanagan yang disanjungi tinggi di Negeri Perak Darul Ridzuan.Saya telah meneliti peruntukan Undang-undang Tubuh dan Perintah-perintah Tetap bersama-sama dengan beberapa pakar Undang-undang Perlembagaan sebelum memanggil persidangan dewan tergempar. Saya dimaklumkan dengan jelas oleh pakar-pakar perlembagaan bahawa memanggil persidangan dewan secara tergempar adalah terletak dalam ruang lingkup bidangkuasa speaker. Saya telah menerima 2 usul daripada YB Khalil Idham (Titi Serong) dan YB Chang Li Kang (Teja) yang memerlukan perhatian dewan dengan serta merta. Oleh yang demikian, saya terikat kepada undang-undang untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab saya untuk memanggil sidang dewan tergempar untuk membincangkan isu yang dibangkitkan. Ini juga merupakan amalan demokrasi yang perlu diberi pengiktirafan oleh semua pihak yang berpegang kepada prinsip kedaulatan undang-undang.

SPEAKER PERAK CUBA DIHALANG PANGGIL SIDANG TERGEMPAR

IPOH: Krisis perlembagaan di Perak semakin menarik apabila sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipanggil Speaker dari Pakatan Rakyat, V Sivakumar, Selasa ini, dikatakan cuba dihalang oleh Penasihat Undang-Undang negeri. Satu tindakan yang melangkaui bidang tugas beliau yang sebenarnya.Notis pemberitahuan bagi mengadakan sidang tergempar itu sudah dihantar kepada Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri, tetapi Sivakumar mendakwa beliau dimaklumkan Penasihat Undang-Undang negeri cuba menghalang dengan tidak membenarkan notis itu diedarkan.Pada sidang media di pejabatnya di sini semalam, Sivakumar menyifatkan tindakan Penasihat Undang-Undang negeri mencampuri bidang kuasa Speaker sebagai pencabulan dan pertindihan kuasa antara eksekutif dan legislatif. Speaker dari Pakatan Rakyat itu memanggil sidang berkenaan bagi membincangkan dua usul berkaitan krisis perlembagaan negeri, tetapi Menteri Besar kudeta, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir serta enam Ahli Exco kudetanya dan tiga wakil rakyat Bebas tidak dibenarkan hadir.Dua usul berkenaan dicadangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chang Lih Kang dan Adun Titi Serong (Pas), Drs. Khalil Idham Lim Abdullah yang diterima pada 24 Februari lalu.Drs. Khalil mengemukakan usul menyokong Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah, sementara Chang mengusulkan supaya persidangan diadakan bagi menyokong pembubaran DUN.Sivakumar berkata, sidang itu turut diadakan bagi menolak pelantikan Zambry yang juga Adun Pangkor, sebagai Menteri Besar.Beliau berkata, Speaker mempunyai kuasa mengadakan persidangan tergempar mengikut Perintah Tetap 8 dan 11.Mengikut Perintah Tetap 8, Speaker boleh mengadakan mesyuarat penggal baru atau sebelum diadakan semula mesyuarat dewan dengan notis 14 hari. Bagaimanapun, notis 14 hari tidak diperlukan jika Speaker mengadakan sidang tergempar dan mesyuarat boleh dilakukan seberapa segera.Perintah Tetap 11 pula menyatakan mesyuarat dewan dalam setiap penggal hendaklah diadakan pada hari tertentu dan bermula dari suatu waktu, seperti yang ditetapkan oleh Speaker."Sebagai Speaker, saya meminta diadakan sidang DUN terlebih dulu untuk mendapatkan undi majoriti. Selepas mendapat keputusan undi itu, baru pelantikan boleh dibuat."Justeru, saya sudah menulis surat untuk memanggil semua anggota dewan bagi menghadiri sidang tergempar itu dan surat berkenaan diserahkan kepada setiausaha DUN untuk diedarkan," katanya.Tiga wakil rakyat Bebas, Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Hee Yit Foong (Jelapang) pula sudah meletakkan jawatan sebagai Adun selepas meninggalkan parti masing-masing dalam Pakatan Rakyat.Ditanya apakah tindakan memanggil sidang tergempar itu mencabar kuasa Sultan, Sivakumar menegaskan beliau hanya mengikut prosedur dan peraturan sebagai Speaker.Katanya, sidang tergempar itu tidak memerlukan perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah kerana notis 14 hari hanya perlu dikeluarkan dalam keadaan DUN bersidang biasa.Setiausaha Majlis,Abdullah antong berkata "Penasihat Undang-Undang masih dalam proses untuk menjawab permohonan itu sama ada persidangan tergempar itu boleh diadakan atau sebaliknya," katanya yang menjangka keputusan itu akan diperoleh selewat-lewatnya, Isnin ini.Abdullah ketika dihubungi berkata, beliau terpaksa mendapatkan pandangan daripada Penasihat Undang-undang negeri kerana kes itu belum pernah dilakukan Speaker sebelum ini.
YB. ADUN TT. SERONG

SIDANG TERGEMPAR DUN KE ARAH SELESAIKAN KRISIS PERAK

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar telah memanggil sidang tergempar dewan itu pada Selasa depan untuk membahaskan dua usul yang kelihatan boleh mengusutkan lagi krisis politik negeri tersebut.
Beliau menggunakan kuasanya bawah peraturan tetap 8 dan 11 DUN itu untuk membahaskan isu-isu utama yang menjadi ketegangan pokok antara Pakatan Rakyat dan BN sejak awal bulan ini.Usul pertama, mengesahkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah sebelum ditumbangkan dalam rampasan kuasa BN.Kedua, membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihanraya peringkat negeri diadakan seperti hasrat Pakatan Rakyat sebelum ini.Krisis politik di negeri itu tercetus susulan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat meninggalkan kerajaan campuran itu dan menyatakan sokongan kepada BN. AUN Bota , Nasharuddin Hashim yang mulanay berada dalam Pakatan Rakyat selama 11 hari juga kembali kepangkuan BN.Speaker membenarkan kesemua Adun hadir di persidangan khas itu kecuali mereka yang telah digantung, iaitu Menteri Besar kerajaan BN sekarang Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exconya.Tiga wakil rakyat bebas - yang dianggap telah mengosongkan kerusi masing-masing melalui surat peletakan jawatan mereka - juga dilarang menyertai sidang tersebut.Dengan larangan itu berarti, barisan wakil rakyat BN akan tinggal 21 orang, sementara Pakatan Rakyat 27 orang, tidak termasuk Sivakumar.Sidang tergempar DUN ini akan mencetuskan satu lagi babak tegang dan tidak menentu perebutan kuasa antara BN dan Pakatan Rakyat.Krisis perlembagaan di negeri Perak ini dilihat tidak akan berakhir sekiranya rakyat tidak diberikan hak untuk mengundi sekurang-kurang untuk DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang.
YB KHALIL IDHAM LIM
ADUN TT.SERONG

MB SERAH KEDIAMAN RASMI TAPI SIMPAN KERETA RASMI MB

IPOH: Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat,YAB. Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, secara rasmi menyerahkan kunci kediaman Menteri Besar di sini semalam, selepas lima hari beliau bertindak mengosongkan kediaman itu Ahad lalu.Bagaimanapun, beliau masih enggan menyerahkan kenderaan rasmi kerajaan negeri, Toyota Camry dengan nombor pendaftaran AGS 10, dengan alasan kereta ia sebagai simbolik perbicaraannya untuk mendapatkan perisytiharan mahkamah bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah belum selesai. Penyerahan kunci kediaman dilakukan oleh Pegawai Khas Mohammad Nizar, Amran Harun, kepada Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Bahagian Khidmat Pengurusan, Shamsul Zaman Sulaiman, yang mewakili SUK, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim, pada 11.30 pagi tadi di kediaman berkenaan.Majlis penyerahan ringkas itu mendapat perhatian ramai wartawan.Amran Harun menjelaskan penyerahan kediaman itu bukan maksudnya pakatan rakyat mengalah, termasuklah kereta rasmi Menteri Besar tidak akan diserahkan lagi seperti yang diputuskan oleh pimpinan pakatan Rakyat sebelum selesai kes di mahkamah. Sekiranya mahkamah sudah membuat keputusan barulah kenderaan itu diserahkan.

Jumaat, 27 Februari 2009

UGUTAN NAJIB,SEDIKIT ULASAN


Banyak pihak merasa tidak puas hati mengenai kenyataan Najib yang disiarkan dalam media hari ini mengenai dua orang ADUN pakatan Rakyat yang membuat laporan kepada SPRM berkaitan rasuah yang melibatkan wang sehingga RM 20 juta supaya melompat kepada BN.Apabila Najib menyebut "tidak masuk akal". Jangan sampai menganggap dia sahaja yang ada akal. Paling malang kalau tindakan seseorang itu diluar akal yang waras..Walauopun dia mengatakan pihaknya menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan berkenaan sebaliknya dengan nada suatu ugutan beliau mengatkan bahawa pihak yang membuat dakwaan palsu akan didakwa.Sebagai orang yang disebut sebagai bakal Perdana Menteri malaysia ke 6, sepatutnya Najib mengambil peluang untuk memberi kenyataan yang menggambarkan dia adalah bakal negarawan yang melayakkan dia dilantik ke jawatan itu.Walaupun ramai sudah melihat banyak "ranjau" dan "kubur besar" sedang menunggu sebelum dia dilantik ke jawatan itu. Banyak yang maklum tanpa disebutkan dengan jelas dalam perbahasan ringkas ini.Alangkah manis kalau dia cuma berkata perkara itu terpulanglah kepada SPRM dan pemimpin UMNO yang dikaitkan dengan tuduhan itu bersedia untuk disiasat termasuklah dirinya sendiri. Jangan sesekali mengakhirinya dengan suatu ugutan dan semacam penafian pemimpin UMNO "maksum" dengan kesalahan.Sebagaimana kami pimpinan Pakatan Rakyat sering membuka pintu untuk SPRM menyiasat apa saja tuduhan walaupun tiada asas langsung.Sebenarnya asas laporan saya mengenai tuduhan 3 orang ADUN menerima rasuah sejumlah wang agar SPRM melakukan siasatan sehingga kepada beberapa laporan ahli Kelab Penyokong Kerajaan pakatan Rakyat (PR-BBC) yang lain kerana semuanya mesti ada kaitan.Kaitannya tidak lain dari kejatuhan kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat. Politik kotor menghalalkan segala cara demi matlamat mendapatkan kuasa adalah tembelang yang tidak dapat disembunyikan lagi di Perak.Insya Allah kebenaran akan menang juga cepat ataupun lambat.
YB KHALIL IDHAM LIM
ADUN TT.SERONG

SPRM PERLU SIASAT NAJIB


KOTA BHARU, 26 Feb : - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu profesional. Mungkinkah peringatan Perdana Menteri itu menggambarkan badan tersebut belum mampu keluar dari dimensi lama.Pertukaran nama baru daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR), belum memadai apabila banyak kes yang dilaporkan Pakatan Rakyat seperti disenyapkan.Sebaliknya pantas sekali bertindak kalau melibatkan aduan daripada pemimpin Umno.Buktinya Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar terus disiasat SPRM setelah menerima laporan pemimpin Barisan Nasional (BN).Sebelum ini Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato' Seri Ahmad Said Hamdan membuat kenyataan pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa V. Sivakumar kerana menggantung Menteri Besar Perak dan enam anggota Exco daripada menghadiri persidangan Dun.Mengulas perkembangan tersebut Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mempersoalkan mengapa SPRM tidak menyiasat orang yang dikatakan menjadi punca kepada tiga Adun Pakatan Rakyat di Perak berpaling tadah."Sepatutnya yang bertanggungjawab mencetus isu tersebut dan membawa tiga Adun terbabit ke Istana Perak perlu disiasat SPRM kerana segala masalah yang berlaku sekarang berpunca dari situ."Kita belum mendengar ada maklumat badan tersebut menyiasat Pengerusi Perhubungan Umno Perak yang baru dilantik, kerana difahamkan dia ada hubungan dengan tiga Adun tersebut hilang dan muncul di Putrajaya."Hilang ke mana.. tentunya ada hubung kait pemimpin tertentu. Jadi kita persoalkan kenapa tidak disiasat pihak terbabit, kalau benar-benar mahu lebih profesional," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka, semalam.Beliau berkata, SPRM seolah-olah berfungsi menyiasat kes tertentu sahaja dan pembaharuan yang dilakukan sekarang tidak memperlihatkan badan itu benar-benar telus."Selama tidak ada sifat taqwa pada pengerusi dan jawatankuasanya, mereka tidak akan melakukan siasatan ke atas pemimpin negara. Yang disiasat hanya anak-anak bilis.Habiskan duit rakyat"Oleh itu, tubuh apa jenis badan sama ada polis atau badan pencegah rasuah, ia menjadi kerja sia-sia kalau dilihat terhadap apa yang berlaku sekarang. Habis masa dan wang rakyat," katanya.Sebelum ini tiga bekas Adun Pakatan Rakyat di Perak, Hee Yit Foong (Jelapang), Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) hilang dan tiba-tiba muncul bersama Dato' Seri Najib Razak di Putrajaya."Tindakan itu tidak sah, tindakan yang tidak membawa ke syurga, bahkan tindakan yang boleh membawa ke neraka," kata Menteri Besar Kelantan.Menurutnya tindakan pemimpin yang menjatuhkan kerajaan di luar normal biasa jelas tidak ada dalam diari perjuangan Islam.Beliau juga mempersoalkan adakah kerana Dato' Seri Nizar Jamaluddin melakukan kesalahan rasuah sehingga Pengerusi Perhubungan Umno Perak bertindak merampas kerajaan negeri dengan cara tidak halal."Yang menjadi persoalannya kenapa Pengerusi Umno bertindak demikian. Adakah Nizar melanggar peraturan Kerajaan atau menyalahgunakan kuasa hingga menyebabkan berlakunya rampasan kuasa di Perak."Jika tidak demikian bermakna tindakan dilakukan pihak berkenaan berasaskan semata-mata nafsu. Memuja nafsu dan bertindak seperti gengster," katanya.Menurutnya segala yang berlaku kerana Umno membuang sifat taqwa kepada Allah menyerlahkan lagi amalan mereka memisahkan agama dan politik.Beliau berkata, berdasar kepada tindak tanduk Umno itu membuat rakyat terutamanya golongan cerdik pandai semakin menjauhi parti tersebut.Tindak tanduk Umno seperti gengstar"Apabila Umno mencetuskan banyak isu, semakin dibenci golongan intelek,� katanya.Malah katanya, orang muda sekarang melihat pemimpin Umno semacam terkena allergic."Seorang bekas mufti mengatakan Umno sekarang sudah menjadi allergic dan saya pula anggap macam penyakit berjangkit yang mesti dijauhi orang ramai, katanya.Beliau juga berkata, sekiranya seseorang pemimpin itu mendapat kedudukan tinggi kerana amalan rasuah yang diamalkan, mereka tidak layak hidup di muka bumi ini," katanya.Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyifatkan Umno sekarang berada dalam kolam najis kerana amalan rasuah sudah sebati dengan pemimpin parti itu."Mana rakyat boleh menerima pemimpin sebegitu," katanya. Harakahdaily.

Rabu, 25 Februari 2009

KETUANAN DAN KEPUANAN


Dewasa ini kemelut politik di Malaysia kembali mengibarkan retorik 'ketuanan Melayu'. Istana telah digunakan demi survival politik golongan tertentu dan dipakejkan dengan 'ketuanan Melayu'. Jika selepas PRU ke-12, ramai sahaja yang marahkan pihak istana kerana tidak memihak kepada pilihan politik tertentu, namun kali ini apabila pihak istana memihak kepada mereka, pihak lawan pula menjadi derhaka dan mencabar ketuanan Melayu. Memang politik di Malaysia amat lucu dan berwarna-warni, tidak semuram politik di UK. Di UK, politiknya ikut buku, dan ikut etika, maka kurang ceria dan kurang menarik. Di Malaysia, mungkin kerana slogan Malaysia Boleh, macam-macam yang boleh berlaku.Mungkin pesanan Rasulullah SAW, 'Jika kamu tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang kamu suka'...(H.R. al-Bukhari) ada benarnya di sini. Inilah yang berlaku di Malaysia, tiada lagi rasa malu. Lebih jijik lagi, politik bogel membogel semakin ketara. Bermula dari zaman reformasi berkaitan Anwar, sehinggalah kepada isu Chua Soi Lek, dan terkini isu gambar Elizabeth Wong...kesemuanya membuktikan Malaysia memang benar-benar boleh.Apa yang saya tertarik ialah apakah ketuanan Melayu itu hanya terletak pada institusi istana semata-mata? Bukankah rakyat Cina sudah lama tidak bermaharaja, tetapi negara mereka telah berjaya menempa kejayaan ekonomi. Jika hendak ikut ramalan Robert Kagan (2008), China bakal menjadi salah satu kuasa Geo-Politik menjelang tahu-tahun mendatang. Apakah ketuanan China ini ada kaitannya dengan kepupusan sistem Maharaja mereka?, ataupun tiada kaitan langsung?, Wallahua'lam.Walau apapun yang berlaku, kita perlu akur bahawa sistem istana itu adalah sebahagian dari sejarah kita, dan sebahagian dari perlembagaan. Namun, menyalah gunakan istana di dalam kemelut politik sewajarnya dinilai semula. Begitu juga mengibarkan kembali isu ketuanan Melayu untuk kepentingan politik golongan tertentu juga wajar dinilaikan juga.Persoalannya, asyik ketuanan Melayu sahaja yang dibincangkan, bagaimana pula isu kepuanan?


MASZLEE MALIK

DURHAM,UK.

DAP MAKIN FAHAM ISLAM SETELAH BERSAMA PAS DALAM PAKATAN RAKYAT


UMNO menuduh Hj Nizar boneka DAP, mengikut telunjuk Nga dan Ngeh, pentingkan Cina dari Melayu, setiap ucapan kena rujuk DAP, kenyataan akhbar juga ikut kehendak DAP, beri kuasa DAP agih tanah pada Cina dan sebagainya. Hari ini saya nak cabar kerajaan haram BN dedahkan semua yang didakwa dengan bukti-buktinya, lapor pada SPRM atau polis dan seretlah Hj Nizar dan semua EXCO ke mahkamah. BN ada kuasa haram, gunakanlah kuasa haram untuk mengiyakan apa yang kamu dakwa.
Sebenarnya itu semua dakwaan kosong, fitnah, palsu, tak ada modal nak cari isu, mereka-reka isu palsu supaya rakyat terpedaya, media pula dikuasai oleh mereka, Samad Majid dari FM Perak pula buat lapuran dalam Berita Perak di Radio setiap hari. Setiap dakwaan dan tuduhan tidak pula Hj Nizar sebagai MB dan EXCO diberi peluang menjawabnya.
Hubungan antara pimpinan Pakatan Rakyat Perak cukup intim, saling memahami, tidak pernah menimbulkan isu yang sensitif samada agama atau yang menyentuh hak orang Melayu. Hj Nizar pula setiap kali memulakan ucapan dalam apa sahaja majlis samada majlis itu dihadiri ramai orang bukan Islam atau tidak, pasti muqaddimah ucapannya dimulakan dengan petikan ayat-ayat al Quran, diterjemah dan diberi kupasan untuk tujuan dakwah kepada mereka. Kadang-kadang diterjemah dalam bahasa Inggeris supaya mereka lebih memahaminya.
Nga, salah seorang EXCO DAP sentiasa mengikuti ayat-ayat Quran yang dibaca oleh Hj Nizar dan bertanya saya dari ayat mana dan surah apa. Saya beritahu ayat dan surah yang dibaca. Katanya dia mahu study di rumah ayat yang dibaca oleh Hj Nizar. Di mini perpustakaan Nga ada terjemah al quran dalam bahasa Inggeris, dia cari ayat tersebut dan dikajinya. Akhirnya beliau kagum dengan Hj Nizar, menurut Nga ayat-ayat Quran yang dibaca Hj Nizar mesti ada kaitan dengan majlis yang diadakan. Malahan, beliau turut mencari mana-mana ayat al Quran yang berkaitan dengan prinsip keadilan, kebajikan, integriti, ketelusan dan amanah, beliau bertanya saya dan meminta saya mengajarnya bagaimana cara menyebut dalam bahasa Arab, saya menulis dalam huruf rumi ayat-ayat tersebut dan ternyata dibacanya dalam ucapan dan ceramah walaupun pelat, diterjemah dan dihurai dengan begitu baik prinsip-prinsip tersebut mengikut ajaran al Quran.
MCA, MIC dan semua parti komponan BN yang lain, ada atau tidak pemimpin mereka membuka al Quran, membaca dan menterjemah serta mengulas mana-mana konsep mengikut ajaran Islam. Seingat saya, tidak ada pemimpin MCA dan MIC yang berbuat demikian, sebab itu mereka tidak faham Islam walaupun berkawan dengan UMNO sejak sekian lama, apatah lagi UMNO yang menjadi rakan mereka sendiri tidak faham Islam. Sebaliknya, DAP sejak berkawan dengan PAS, sama-sama memerintah Perak khususnya, cukup memahami konsep keadilan, amanah dan kebajikan mengikut ajaran Islam. Bahkan mereka juga tahu hukum Hudud yang selama ini mereka diberi gambaran yang salah oleh media dan pemimpin BN.
Qari dan Qariah Perak telah menjuarai tilawah al Quran peringkat Kebangsaan. Ngeh dari DAP mencadangkan kepada MB Perak supaya mereka diberi anugerah berupa sumbangan, MB setuju beri 5 ribu setiap seorang, Ngeh cadang 10 ribu setiap seorang, sebab mereka telah mengharumkan nama Perak. Malahan turut dicadangkan kerajaan taja mereka mengerjakan haji atau umrah. Cadangan tersebut diberi perhatian oleh MB dan bersetuju buat majlis dan beri sumbangan 10 ribu seorang dan jurulatihnya 5 ribu.
Seorang Tok Guru pondok dari Pengkalan Hulu yang juga ahli majlis fatwa negeri Perak yang dikenali dengan nama Pak Teh. Pak Teh ada pondok yang mempunyai murid yang agak ramai, pondok Pak Teh agak uzur, muridnya ramai, gurunya pula tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Pak Teh ada memohon kira-kira 45 ekar tanah hutan di belakang pondoknya. Tanah hutan tersebut dipohon sejak bertahun-tahun dahulu untuk diusahakan dengan pertanian. Pak Teh mengadu pada Dato' Seri Hj Nizar sempena lawatan kerja MB Perak ke Pengkalan Hulu.
Di pejabat, MB mengarahkan pegawainya menyemak semula permohonan Pak Teh, dalam semakan MB, didapati permohonan Pak Teh sudah lengkap laporannya di PTG, semua Jabatan berkaitan menyokong permohonan Pak Teh dengan mengatakan tiada halangan untuk diberi pertimbangan kelulusan, tetapi fail tersebut tidak diangkat ke mesyuarat EXCO untuk diluluskan, Hj Nizar terus mengarahkan PTG menyediakan fail segera untuk diangkat ke mesyuarat EXCO supaya diberi pertimbangan kelulusan. Dan mesyuarat EXCO terus meluluskan, Ngeh bertanya kepada MB mengapa hanya 45 ekar sahaja yang diluluskan, tanah kerajaan luas lagi di Pengkalan Hulu, untuk mencari dana bagi tujuan pendidikan Ngeh mencadangkan diberi sahaja 100 ekar. Tujuan Pak Teh mohon tanah kata Negh bukan untuk kepentingan peribadi tetapi kepentingan bagi melahirkan tokoh-tokoh ulama di Perak. Itu kata Cina DAP yang sering ditohmah oleh UMNO. Tajol Rosli jadi MB Perak sejak 10 tahun dulu bersama dengan EXCO muslim yang lain, Pak Teh pula ahli Majlis Fatwa negeri Perak, permohonan tanah yang diajukan kepada MB BN ketika itu diabaikan. Sepatutnya mereka malu dengan Ngeh yang nampaknya lebih prihatin terhadap perkembangan pendidikan Islam di Perak.
DAP tidak pernah membantah apa sahaja cadangan mengenai hal ehwal Islam, apabila bantuan perkapita diberi semula kepada Sekolah Agama Rakyat, EXCO DAP tidak membantah. Mereka tidak pula meminta supaya sekolah-sekolah Cina turut diberi bantuan perkapita. Permohonan-permohonan untuk tujuan baik pulih masjid, surau, sekolah-sekolah agama sering diluluskan oleh MB, DAP dan EXCOnya tidak juga membantah atau dengki. Program-program Islam yang dicadangkan dan dilaksanakan oleh kerajaan Negeri seperti buka puasa dan solat tarawikh di dataran DBI, kempen solat, tazkirah setiap hari sepanjang Ramadhan menggunakan pembesar suara dan juga azan Zohor di Surau SUK menggunakan pembesar suara tidak pernah dibantah oleh DAP.
Sebenarnya DAP dengan semua ADUNnya jauh lebih baik, prihatin, mudah mesra dan pandai menyesuaikan diri berbanding dengan MCA dan MIC. Sebab itu, mereka ditolak oleh pengundi Cina dan India. Orang Melayu juga yang payah berubah, tetapi Insya Allah saya yakin, perkembangan politik mutaakhir ini menunjukkan orang Melayu juga akan berubah untuk menolak BN secara total dalam pilihanraya akan datang.
MISBAHUL MUNIR MASDUKI
SETPOL MB PERAK

MAHASISWA SOKONG DEBAT TERBUKA NIZAR-ZAMBRY

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Hrkh) - Cadangan dan harapan Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (Bersatu Perak) untuk menganjurkan debat terbuka antara Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin dan Dato' Dr Zambry Abdul Kadir telah mendapat sokongan yang sepenuhnya diperingkat mahasiswa.
"Forum seumpama ini bukan sahaja merupakan hasrat dan harapan kami di peringkat mahasiswa malah ia juga merupakan hasrat rakyat tempatan yang inginkan penjelasan dan penerangan yang lebih telus terhadap suasana politik Perak pada hari ini.
"Kita telah berjaya mengumpulkan sejumlah besar mahasiswa yang bakal memberikan kerjasama dalam menjayakan debat ini," demikian ujar Timb. Presiden (1) Bersatu Perak, Mudzil selepas mempengerusikan mesyuarat bersama wakil-wakil kampus Perak.
Malah Bersatu Perak ujarnya, telah mendapat reaksi dan komen positif yang cukup memberansangkan di peringkat mahasiswa.
Dalam pada itu, Bersatu Perak juga katanya akan mengadakan pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Dato' Farid Ridzuan bagi mengadakan tayangan secara langsung debat yang menemukan dua tokoh tersebut.
"Suasana dan warna politik Perak hari ini, mendapat liputan yang meluas di seluruh negara. Maka bukan rakyat Perak sahaja yang merasai kepanasan isu ini tetapi rakyat diluar Perak juga turut merasai tempias kehangatannya.
"Saya yakin dan percaya rakyat Malaysia keseluruhannya mahu melihat dua tokoh tersebut dipertemukan bagi menjelaskan isu Perak ini kerana itulah debat bersejarah tersebut perlu diadakan secara langsung di kaca TV untuk tatapan rakyat luar Perak," ujar Exco Perhubungan dan Media Bersatu Perak, Shahril Nizam. harakahdaily.net

UMNO PERAK TERDESAK,GUNA PEGUAM LONDON-HANIPA MAIDIN

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Hrkh) - Umno Perak kini begitu terdesak sehingga terpaksa mencari tenaga pakar undang-undang dari luar bagi mempertahankan kerajaan Perak yang baru dilantik melalui rampasan kuasa oleh BN.
Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS, Hanipa Maidin berkata parti itu kini sangat terdesak bagi mengesahkan kerajaan haram yang dibentuk selepas tiga Adun melompat parti sehingga memaksa mereka menggunakan khidmat nasihat pengamal undang-undang luar negara.
"Mereka ini sudah tidak percaya kepada pengamal undang-undang tempatan berbanding Dato' Seri Nizar yang masih menggunakan khidmat peguam tempatan," katanya kepada Harakah.
Ujarnya, pasukan peguam Nizar diketuai Sulaiman Abdullah turut dianggotai Zulkarnain Lokman, Edmund Bon, Amer Hamzah serta dua peguam dari DAP selain dirinya sendiri.
Sementara itu, dalam perkembangan lain Hanipa menjelaskan bahawa peguam Nizar menyangkal tuduhan bahwa hakim yang dilantik mengadili kes permohonan Nizar untuk mendapatkan pengisytiharan mahkamah bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah.
Mohamad Ariff Md Yusof dibantah oleh Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili Pejabat Peguam Negara, Dato' Kamaludin Mod Said kerana pernah terlibat sebagai penasihat undang-undang untuk parti PAS, KeADILan dan BN dalam beberapa kes termasuk petisyen pilihan raya.
"Bagaimanapun, bagi pihak Dato' Seri Nizar kami membantah tuduhan tersebut dengan hujah bahawa setiap hakim yang dilantik mereka telah bersumpah untuk menjalankan tanggungjawab dengan adil serta mempertahankan perlembagaan dan undang-undang negara.
"Lagipun tiada sebarang bukti yang menunjukkan bahawa hakim ini pernah mewakili Nizar sebelum ini," ujarnya.
Oleh yang demikian tegasnya, kes-kes yang sebelum ini perlu dipakai bagi menentukan sama ada hakim tersebut perlu menarik diri atau tidak.
"Beliau perlu menarik diri sekiranya terdapat bahaya yang jelas bahawa hakim tersebut akan berat sebelah dan bukan bersandar kepada kemungkinan semata-mata.
"Ia perlu kepada fakta yang benar-benar sahih dan bukannya sangkaan," tegasnya lagi. - harakahdaily.net

TERKINI: HAKIM MOHD ARIF TARIK DIRI

Kuala Lumpur, 25 Feb;-Hakim Mohd.Arif mengumumkan dia menarik diri dari menjadi hakim yang mendengar kes saman YAB Menteri Besar Perak, DS Nizar Jamaluddin ke atas Dr.Zamry Abdul Kadir.Hakim juga menyatakan kepada YAB DS Nizar samaada hendak meneruskan di Mahkamah Tinggi atau pindahkan kes ke Mahkamah Persekutuan.Menurut salah seorang panel peguam, mereka akan bincangkan hal ini dengan respondennya.
YB KHALIL IDHAM LIM
ADUN TT.SERONG

MAT TAIB BODOH

Ketua Penerangan UMNO, Muhammad Muhd. Taib mengeluarkan kenyataan bodoh dengan katanya tindakan Pakatan Rakyat bertujuan memastikan suasana politik Perak terus huru-hara dan memaksa Sultan Perak tunduk kepada tekanan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.Tindakan pakatan Rakyat di Perak disifatkan menganggu pentadbiran kerajaan pimpinan Menteri Besar Kudeta,Zambry Abd. Kadir membuktikan mereka merancang penderhakaan bersiri terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.Memanglah layaknya seorang perompak wang rakyat selangor yang dibawa lari ke Australia bercakap tanpa menghiraukan di Perak juga BN merompak kuasa dari rakyat dan pakatan Rakyat.Muhd Taib menuduh tapa asas yang disifatkan penyalahgunaan kuasa oleh Speaker Dewan Undangan Perak (DUN), V. Sivakumar yang menggantung keanggotaan Zambry dan enam exco kerajaan negeri serta tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bebas baru-baru ini.Isu derahaka yang sudah lapuk dan tidak dapat memancing undi orang melayu dimainkan kembali oleh beliau, ‘‘Cadangan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengadakan sidang khas bagi mengusulkan undi tidak percaya terhadap Zambry merupakan tindakan penderhakaan bersiri kepada Sultan Perak,’’ kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.
YB KHALIL IDHAM LIM
ADUN TT.SERONG

RAMPASAN KUASA LUMPUHKAN PENTADBIRAN PERAK

Kelmarin saya bertemu dengan seorang pegawai kerajaan negeri, dia merungut mengatakan tidak menerima apa-apa arahan dan tidak dapat berbuat apa-apa sejak rampasan kuasa berlaku di Perak.Inilah realiti yang juga saya sebutkan semasa ditemu ramah oleh wartawan Sinar Harian kelmarin di pejabat saya di Parit Buntar.Setelah berlaku rampasan kuasa kejutan pasti berlaku kepada pegawai kerajaan yang sedang melaksanakan segala dasar yang digariskan oleh Pakatan Rakyat di Perak.Bajet yang diluluskan oleh kerajaan negeri Perak Pakatan Rakyat yang berteraskan kepada kebajikan adalah bajet yang akan diguna pakai oleh BN hasil rampasan kuasa.Persoalannya adakah mereka akan mengguna pakai belanjawan yang ditohmah dengan berbagai istilah negatig semasa berbahas di dewan. Antaranya dikatakan Bwjet itu adalah " tin kosong".Inilah malang yang menimpa rakyat Perak akibat kerja celaka dan durjana BN yang melakukan kudeta di Perak.
YB KHALIL IDHAM LIM
ADUN TT.SERONG

'TENTERA MERAH'-SYABAS







PPSMI-KHAIRI SETUJU DEBAT DENGAN PEMUDA PAS

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Hrkh) - Timbalan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyatakan kesediaan beliau secara pribadi untuk berdebat dengan Pemuda PAS dalam isu PPSMI.
Kira-kira jam 11.30 pagi tadi tadi calon Ketua Pemuda UMNO itu menerima surat jemputan debat daripada Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.
Dalam sidang media di lobi parlimen itu, Khairy berjanji akan membawa surat tersebut untuk dibincangkan dalam mesyuarat Pemuda UMNO.
Selain itu Khairy turut sepakat dengan Salahuddin untuk berbincang berkenaan dengan isu ISA. Perbincangan tersebut dijadualkan pada minggu depan di lobi parlimen. Walau bagaimanapun masa dan tarikh akan ditetapkan kemudian.
Dalam pada itu, Salahuddin turut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana melantik beliau sebagai salah seorang ahli jawatankuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Katanya beliau berjanji akan melaksanakan amanah dan tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin.
Sidang media pagi tadi turut dihadiri oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar, Exco Pemuda PAS Pusat, Firdaus dan Kamaruzaman Mohamad. harakahdaily.net

Selasa, 24 Februari 2009

TUDUHAN HINA ISLAM-GUAN ENG AKAN SAMAN UTUSAN

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Hrkh) - Setiausaha Agung DAP, Lim GUan Eng akan menyaman Utusan Malaysia serta Yang diPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahya berhubung tuduhan 'DAP menghina Islam' yang termuat dalam laporan Utusan Malaysia hari ini.

Ia berikutan kenyataan Shabudin yang melahirkan rasa kesal dengan kononnya ada penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.
Guan Eng dalam satu sidang media bersama Paktan Rakyat di Parlimen hari ini melahirkan rasa kecewanya dengan laporan Utusan Malaysia itu yang baginya tidak bertanggungjawab.
Hadir sama dalam sidang media itu ialah Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar dan Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali serta dua ahli Parlimen KeADILan, Dato' Johari Abdul (KeADILan Sungai Petani) dan Yusmandi Yussof (KeADILan Balik Pulau).
Sambil menggangap laporan Utusan itu satu 'berita palsu', Guang Eng menegaskan ia akan tetap menyaman Utusan dalam apa juga keadaan sekalipun.
Ditanya kemungkinan Utusan dan Shabuddin mempunyai bukti membuat laporan sedemikian, Guan Eng berkata, setakat ini kerajaan negeri tidak pernah menubuhkan majlis itu.
"Macam mana beliau kononnya dapat maklumat mengenai majlis ini sedangkan kami dalam mesyuarat exco tidak pernah membincangkan hal ini, ini satu fitnah yang keterlaluan," kata Guan Eng dengan nada marah.
Beliau seterusnya melahirkan rasa marah dan geram dengan laporan utusan tersebut dan nekad akan mengenakan tindakan undang-undang kepada akhbar tersebut dan Shabudin sendiri.
Beliau menegaskan DAP tidak pernah menghina Islam atau berhasrat menghina Islam seperti yang digembar-gemburkan oleh akhbar seperti Utusan.
Malah katanya sebelum ini beliau sendiri pernah membela nasib keluarga Melayu yang pernah dianiaya dalam kes rogol membabitkan orang kenamaan di Melaka yang menyebabkan dirinya terpenjara.
"Hal ini tak pernah pula dilaporkan," soalnya.
Terdahulu, pada 23 Februari Shabudin dalam akhbar utusan berkata, cubaan menyamakan Islam dengan fahaman agama lain ternyata menghina Islam dan tindakan seperti itu mesti dihentikan.
Katanya, MAINPP berasa cukup tersinggung apabila ada beberapa ahli jawatankuasa (AJK) majlis tersebut terdiri daripada orang Melayu.
"Saya difahamkan ada tiga orang AJK Melayu beragama Islam duduk dalam majlis tersebut yang kononnya mahu menuntut kesamarataan agama.
"Ini sesuatu yang cukup menakutkan kerana agama Islam dipandang sama seperti Buddha yang diasaskan oleh manusia bernama Gautama Buddha, disamakan juga dengan Kristian, Taoism dan Bahai," katanya.
Shabudin berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika diminta mengulas ucapannya semasa majlis penyerahan Dana Zakat Program Didik Cemerlang Akademik 2009 di Sungai Dua pada 23 Februari.
Ketika berucap pada majlis tersebut, Shabudin melahirkan rasa kurang senangnya terhadap penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama Pulau Pinang yang bertujuan meletakkan semua agama, termasuk agama Islam sebagai sama rata dengan agama-agama lain.
Utusan melaporkan, majlis tersebut ditubuhkan tahun lalu iaitu selepas kerajaan pakatan pembangkang yang diterajui Ketua Menteri, Lim Guan Eng mula memerintah negeri itu.
Majlis itu dipengerusikan Guan Eng sendiri. Mengulas lanjut, Shabudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Tasek Gelugor berkata, agama Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya. - harakahdaily.net

ANAK PENGERUSI SPRM DITAHAN,CUBA SELUDUP BAHAN LUCAH

Anak kepada Ahmad Said Hamdan Pengerusi Suruhanjaya Rasuah Malaysia bernama AHMAD SHAUQI BIN AHMAD SAID yang bekerja sebagai seorang Juruterbang MAS telah ditangkap dan didenda oleh mahkamah Australia kerana kesalahan membawa masuk bahan lucah kanak-kanak bawah umur (child ponography) ke negara Australia .
Ahmad Shauqi bin Ahmad Said kelihatan digari di Mahkamah Majistret Adelaide kerana dituduh mengimpot bahan yang dilarang.
Pegawai kastam Australia menahan Shauqi yang berumur 25 tahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Adelaide semalam, selepas pihak berkuasa kastam menemui 3 fail video mengandungi bahan lucah kanak-kanak bawah umur.Video-video itu bertajuk “Reped (sic) Virgin’, “10-Year Old” dan “High School Students.”
“Bahan-bahan itu menjijikkan dan sangat tidak boleh diterima - sesiapa yang baik akan menerima kesan buruknya,” kata Majistret Simon Smart.
Mr Smart berkata terdapat satu adegan rogol yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan bawah 18 tahun yang dipaksa untuk mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki yang lebih tua usianya.
Sementara itu, Syarikat Penerbangan MAS telah menggantung Ahmad Shauqi nombor kakitangannya 1086993 daripada melakukan penerbangan bagi membolehkan satu siasatan dalaman diambil oleh syarikat penerbangan nasional berkenaan.
Berita mengenai kejadian ini tidak dilaporkan oleh media massa arus perdana di negera ini.Beberapa forum di internet melihat kehinaan yang menimpa Ahmad Said Hamdan ini adalah sebagai satu “balasan” terhadap sikap Pengerusi SPRM yang telah menjadi bahan kritikan rakyat yang dianggap terlalu “banyak melakukan kesalahan pilih kasih dan bias” di dalam tindakannya.
Baru-baru ini Ahmad Said Hamdan dengan terang-terangan telah melakukan kesalahan apabila dilihat cuba bertindak mencemarkan nama-nama pemimpin Pakatan Rakyat dengan membuat kenyataan berbaur politik.
“Beliau akan terus ditimpa kehinaan dan keaiban jika beliau tidak berhenti dari melakukan kerja-kerja hina bagi pihak UMNO/BN, kita akan berdoa agar Allah akan dedahkan kebenarannya,” tegas seorang forummer yang berang dengan gelagat pengampu-pengampu seperti Ahmad Said hamdan ini.
-ajijoi-

PULANGLAH WIRA BEHRANG,CKT JERING,JELAPANG DAN BOTA

Apabila Hj Nizar menyebut 'patik mohon sembah derhaka' kepada paduka Sultan Azlan, UMNO melalui semua media perdana yang dikuasai oleh mereka mengutuk Hj Nizar, mereka mengelar Hj Nizar "penderhaka" yang sepatutnya dihukum, dibuang negeri, di ISA dan bermacam-macam lagi. Namun si "penderhaka" yang mereka gelar itu tetap berani bertemu dengan rakyat setiap hari, malahan hadir dalam majlis santapan bersama Tuanku sempena sambutan Jubli Emas pemerintahan Tuanku Sultan Perak.Berbeza dengan 4 orang wakil rakyat ini, UMNO mendakwa mereka inilah wira negeri Perak yang berjaya menyelamatkan negeri Perak dari kerakusan kerajaan Pakatan Rakyat (PR), yang menggadai maruah dan tanah orang Melayu kepada Cina kononnya. Itulah dakwaan kosong mereka yang sama sekali tidak berasas. Kalau benar mereka wira, mengapa ADUN-ADUN tersebut tidak pulang ke kawasan masing-masing dan disambut dengan meriah oleh rakyat di DUN mereka, ataupun UMNO Perak mengarak dan menjulang mereka ke pelusuk negeri seumpama wira yang sangat besar jasanya kepada negara.Ketika ADUN Bota berhijrah dari UMNO ke PKR (dalam ucapan ADUN Bota di stadium Bakri Rais, dia guna istilah hijrah bukan lompat), kononnya hijrah lebih tepat kerana penghijrahannya atas kesedaran politik yang tinggi setelah melihat UMNO rosak yang tidak boleh diperbetulkan. Pakatan Rakyat bagi dia adalah penyelamat kepada rakyat, dia sudah tidak percaya lagi pada UMNO dan BN untuk selama-lamanya, itu kenyataan ADUN Bota, katanya lagi dalam memberi keyakinan tentang penghijrahannya itu, ibunya orang kampung yang kerjanya sebagai pengayam atap, orang miskin tetapi sentiasa mendidik anaknya supaya bercakap benar dan tidak berbohong, berbekalkan semangat didikan dari ibunya itu, beliau ingin menyakinkan kepada orang ramai, bahawa beliau terlalu komited bersama dengan Pakatan tidak lagi bersama BN. Penghijrahannya bukan kerana kepentingan dan tidak ada apa-apa yang ditawarkan oleh PR mahupun MB Perak.Orang ramai tertarik dengan ucapannya yang penuh semangat ketika itu di stadium Bakri Rais, Media rasmi PR menganggap beliau adalah wira rakyat yang menyelamatkan dan mengukuhkan kerajaan Pakatan di Perak, program ceramah bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim malam itu adalah satu sambutan meraikan penyertaannya dalam PR. Pakatan Rakyat pula merancang untuk membawa Datuk Nasar jelajah seluruh Perak. Beberapa hari kemudian, Datuk Nasar menghilang diri, tidak dapat dikesan ke mana menghilang, tiba-tiba muncul dengan 3 rakan pengkhianat yang lain bersama Datul Najib untuk diisytiharkan menyertai BN.Mereka dijulang oleh pemimpin BN, tetapi tidak pula dijulang dan disambut di DUN masing-masing oleh rakyat dan pengundi mereka, sehingga sekarang mereka tidak berani pulang ke DUN masing-masing. Sedangkan seluruh rakyat di DUN Behrang, Changkat Jering, Jelapang dan Bota sedang menanti-nanti kepulangan mereka."Pulanglah wahai wira penyelamat, rakyat di DUN masing-masing sedang menunggu dan berbaris untuk menyambut kepulangan kamu dengan kasut, selipar dan terompah". Itu sahaja yang boleh mengajar di atas pengkhianatan dan penderhakaan mereka di atas mandat dan amanat rakyat. Jadi siapa sebenar pengkhianat dan penderhaka rakyat ?
MISBAHUL MUNIR MASDUKI
SETPOL MB PERAK.

FAKTA YANG DIGELAPKAN OLEH MEDIA ARUS PERDANA

11 bulan Kerajaan PR memerintah negeri Perak, rakyat negeri Perak sudah mulai mengecapi nikmat kebajikan dan keadilan. Pegawai-pegawai kerajaan juga sudah mulai merasai kelainan dan kelebihan berada di bawah kerajaan PR. Mereka mula sayang kepada MB dan seluruh EXCO. Saya sebagai SETPOL MB sentiasa bergaul dengan pegawai-pegawai kerajaan, mereka berterus terang kalau PR terus kekal memerintah 5 tahun mengikut tempoh pilihanraya, PRU ke 13, BN tidak akan memperolehi sebarang kerusi. Justeru itu, mereka guna apa sahaja cara untuk merampas kuasa supaya PR tidak boleh terus memerintah bagi meneruskan polisi kebajikan yang memikat hati rakyat.Dalam tempoh 11 bulan, kerajaan PR telah membuat perubahan-perubahan berikut :-
1. Ketua Kampung dipilih oleh orang ramai melalui proses pilihanraya.
2. 1/3 daripada anggota PBT adalah dipilih dari kalangan NGO, orang persendirian dan koporat atau golongan profesional.
3. Rakyat yang berpendapatan rendah di beri percuma air 10 meter padu.
4. Semua premis kerajaan dibenarkan diguna oleh semua parti politik, ngo dan sebagainya.
5. Mengembalikan bantuan perkapita kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR).
6. Menganugerahkan 1000 hektar tanah kepada SAR dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.
7. Memberi hak milik kekal kepada dan 102 ribu lot kediaman kepada penduduk di Rancangan Perumahan Tersusun (Kg Melayu) dan 47 ribu lot kediaman kepada penduduk Kg. Baru (Cina).
8. Memberi sumbangan dermasiswa rakyat seribu seorang yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA.
9. Menubuhkan Tabung Khas Kebajikan Rakyat bagi membantu miskin tegar, warga tua, orang kurang upaya, keluarga mangsa ISA, ibu tunggal, anak yatim dan pengidap penyakit kronik.
10. Menubuhkan Tabung Pinjaman Kecil Perniagaan kepada ibu tunggal yang ingin menceburi bidang perniagaan kecil-kecilan tanpa dikenakan faedah.
11. Menaikan sumbangan bantuan kebajikan dari kadar minima 45 ringgit sebulan ke 100 ringgit sebulan sehingga maksima 400 ringgit sebulan.
12. Menyediakan bantuan skim Al Kifaalah kepada warga tua yang berumur 65 tahun ke atas.
13. Menaikan elaun penyelia dan guru-guru KAFA.14. Menaikan kadar elaun guru-guru Tadika Islam JAIP.
15. Menender sebahagian pembalakan bagi meningkatkan hasil negeri.
16. Anak-anak syarikat kerajaan negeri membayar zakat kepada MAIP.
17. Menaikan Tabung Pusingan Bencana Alam dari 30 ribu ke 50 ribu ringgit.
18. Menggalakan semua pegawai kerajaan menunaikan solat Zohor berjamaah dan mendengar tazkirah selepas Zohor.
19. Tazkirah setiap pagi sepanjang musim Ramadhan.
20. Mengurangkan perbelanjaan makan semasa mesyuarat atau sebarang program yang dianjurkan atas nama Kerajaan Negeri.
21. Menggunakan bas rasmi SUK dalam lawatan ke Parlimen dan Singapura bagi menggurangkan kos pengangkutan sekiranya menggunakan kereta rasmi kerajaan.
MISBAHUL MUNIR MASDUKI
SETPOL MB PERAK.

ZAMBRY NAFI DAPATKAN KHIDMAT PEGUAM DIRAJA BRITAIN

IPOH, 23 Feb. :- Tidak sampai 24 jam berita mengenai Menteri besar Kedeta dan 6 Exco kudeta laian yang mahu mendapatkan panduan Peguam Diraja berhubung krisis perlembagaan Perak,Zambry Abdul Kadir hari ini menafikan laporan media bahawa beliau akan mendapatkan khidmat nasihat Peguam Diraja dari Britain dalam menyelesaikan krisis perlembagaan negeri itu.Kata beliau, soal mendapatkan pandangan kedua daripada Peguam Diraja tidak timbul kerana segala-galanya diserahkan kepada peguam tempatan."Kita menafikan bahawa ada kita dapatkan (khidmat Peguam Diraja)... yang pentingnya pasukan peguam kita ialah daripada pasukan peguam tempatan... soal dia orang nak Peguam Diraja ke sesiapa ke, itu soal-soal yang di luar daripada lingkungan dan bidang kuasa yang saya berikan kepada mereka... dan yang pentingnya pasukan peguam itu terdiri daripada pasukan peguam yang kita lantik daripada kalangan tempatan," katanya.Sebenarnya banyak berita yang keluar di media umum dinafikan dengan cepat oleh pemimpin UMNO. Sesudah itu biasanya itulah yang sebenarnya berlaku.Persoalannya kata pepatah Melayu, kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang.
YB KHALIL IDHAM LIM
ADUN TT.SERONG

INFO

KULIAH MAGRIB DAN SOLAT HAJAT DI KEDIAMAN RASMI MB DI IPOH
1. 24 FEB-USTAZ WAN TARMIZI (KETUA URUSAN ULAMA TAMBUN)
2. 25 FEB-USTAZ ISMI TAIB (KETUA DPPK PARIT)
DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI.HEBAHKAN...

SPEAKER BERI KETERANGAN KPD POLIS

IPOH, 23 Feb.:-Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar hari ini memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat terhadapnya kepada sepasukan tiga pegawai dan seorang anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontijen Perak.Pasukan yang diketuai Ketua JSJK, Supt Amarjit Singh mengambil keterangan beliau di pejabat guamannya di Jalan Tun Sambanthan di Ipoh mulai jam 2.45 petang hingga 5.15 petang demikian maklumat yang dilaporkan kepada WM Cina Islam oleh ADUN Buntong, Siva Subramaniam sebentar tadi.Hadir sama di pejabat guaman itu ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Buntong Sivasubramaniam sendiri, Adun Canning Wong Kah Woh, Adun Simpang Pulai Chan Ming Kai, dan Adun Pokok Assam Yee Seu Kai.Dalam kenyataan yang diedarkan kepada pemberita selepas memberi keterangan itu, Sivakumar berkata beliau telah dihubungi oleh seorang pegawai dari JSJK yang memperkenalkan dirinya sebagai S.C Ng, semalam yang memaklumkan bahawa beliau perlu hadir di Balai Polis Sungai Senam bagi membolehkan polis mengambil keterangannya.Bagaimanapun, katanya tujuan dan keperluan untuk kenyataannya itu direkodkan oleh polis tidak dinyatakan."Memandangkan saya mempunyai perkara lain yang perlu ditangani, saya memaklumkan kepada pegawai polis berkenaan bahawa saya bersedia menemui beliau pada 23 Februari (hari ini) untuk kenyataan saya direkodkan," katanya.Sivakumar berkata beliau telah memberikan sepenuh kerjasama kepada polis dalam proses tersebut."Dengan bertemu pegawai polis berkenaan hari ini untuk merekodkan kenyataan saya, saya telah memberikan sepenuh kerjasama sehingga ke tahap kerjasama saya itu tidak melanggari atau menyalahi apa-apa peruntukan undang-undang di negara ini," katanya.

PESURUHJAYA KEHAKIMAN TENTUKAN RABU INI SAMA ADA DENGAR PERMOHONAN NIZAR

Pesuruhjaya Kehakiman Mohamad Ariff Md Yusof menetapkan Rabu ini untuk memutuskan sama ada perlu menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk mendapatkan pengisytiharan mahkamah bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah.Mohamad Ariff menetapkan tarikh itu di Mahkamah Tinggi Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas di sini hari ini, selepas selesai mendengar hujahan peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Mohammad Nizar dan Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaludin Md Said, yang mewakili Pejabat Peguam Negara berhubung isu itu.Pada 18 Februari lalu, Mohamad Ariff menyatakan keinginannya menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes itu kerana beliau pernah menjadi penasihat undang-undang untuk parti Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Barisan Nasional (BN) dalam beberapa kes termasuk petisyen pilihan raya.Dua isu lain iaitu sama ada kes itu perlu dirujuk ke Mahkamah Persekutuan bagi penentuan persoalan undang-undang dan sama ada Penasihat Undang-Undang Perak, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, boleh mewakili Zambry dalam kes itu, akan ditentukan selepas Mohamad Ariff mengumumkan keputusannya.

Isnin, 23 Februari 2009

UNIT AMAL,TAK LAPUK DEK HUJAN,TAK LEKANG DEK PANAS

Pasukan Unit Amal PAS telah terbukti keberkesanan amalan dan patuh mereka kepada setiap tugasan yang dipertanggungjawabkan oleh pimpinan parti. Ini dibuktikan dengan kecemerlangan yang mereka pamerkan semasa kemelut politik melanda negeri Perak baru-baru ini.
Kejadian rampasan kuasa di Perak telah memberi pengalaman berharga serta membuka peluang keemasan kepada mereka untuk membuktikan kecemerlangan di dalam menjalankan tugas. Baik siang mahupun malam, malah 24 jam mereka mengambil giliran menjaga dan mengawal bukan sahaja kediaman rasmi menteri besar Perak, MB serta keluarga, pimpinan Pakatan Rakyat malah orang ramai yang senantiasa mengunjungi kediaman tersebut. Tiada wang ringgit yang dijanjikan malah mereka menggunakan perbelanjaan sendiri di dalam menyediakan pakaian seragam, kenderaan, makan minum serta masa yang dicurahkan tanpa rasa penat serta jemu demi menunaikan amanah yang telah diberikan.
Bukan sahaja pasukan unit amal tempatan sekitar Ipoh malah mereka yang datang daripada segenap pelusuk negara bagi membantu melancarkan tugasan yang ada.
Arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda Pas Pusat, Sdr Salahuddin Ayub supaya setiap negeri menghantar pasukan unit amal mereka membantu telah disambut baik oleh semua.
Hanya berpegang kepada keyakinan serta janji Allah Taala bahawa balasan pahala kepada hambaNya yang beramal, mereka menjalankan setiap tugas dengan sempurna. Kekuatan ini amat dihormati oleh parti gabungan di dalam Pakatan Rakyat mahupun parti lawan.
Saya yang juga ahli Unit Amal (sebelum mengendalikan laman blog ini) begitu terharu akan pengorbanan dan kesetiaan yang mereka pamerkan sepanjang bertugas di kediaman rasmi Menteri Besar Perak.
Satu tabik hormat dari saya buat semua petugas Unit Amal tak kira walau dimana pun anda berada. Teruskan usaha kalian demi perjuangan memartabatkan yang hak dan mematangkan demokrasi di negara kita.
-ajijoi-

Ahad, 22 Februari 2009

SPEAKER DUN PERAK DIANCAM BUNUH,PR BUAT LAPORAN POLIS


IPOH, 21, Feb.:-Laman Web mykmu.net yang memaparkan tulisan dari editornya di lapor kepada pihak keselamatan oleh ADUN Canning, Wong Kar Woh dan ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim. Laporan Itu telah dibuat di Balai Polis Ipoh Barat pada jam 2.00 petang tadi.
Dalam tulisan editor yang tidak bertanggung jawab itu disebutkan antaranya "Jika zaman dahulu orang seperti Sivakumar ini sudah lama dibunuh oleh Laksamana Melayu. Hari ini orang Melayu sudah menjadi bacul-sebaculnya. Tidak pernah dalam sejarah Melayu pembesar Melayu mengangkat sembah kepada bukan Melayu, hari ini sudah berlaku di DUN Perak dan Selangor."


Kehadiran Khalil dan Wong disambut oleh sekitar 30 orang pemberita dan hampir 60 orang penyokong Pakatan Rakyat.Dalam satu perenggan ditulis begini :"Nyahkan Sivakumar dan mereka yang terbabit membuat keputusan kononnya menghadiri majlis tuanku satu kesalahan keluar dari negari Perak Darul Ridzuan".Laman web Mykmu.net ini juga menyebarkan fitnah dan berita tidak berasas dalam satu kolum dua minggu lepas telah melaporkan mendapat maklumat melalui rakannya dari Kampung Idaman yang megatakan Adun Selat Klang (Dr Halimah) ditangkap basah di sebuah hotel di Pelabuhan Klang.

Jumaat, 20 Februari 2009

MAMPUKAH PR BERTAHAN DENGAN SERANGAN BALAS BN?


Salam perjuangan,
Nampaknya setelah hampir masuk setahun selepas PRU 12, UMNO BN kembali menguasai isu politik semasa. Kalau dulu kita melihat UMNO BN seolah-olah berada di pihak yang bertahan dengan serangan bertubi-tubi oleh PR. Kemenangan PR di lima buah negeri dan menafikan majoriti 2/3 BN di Parlimen sesungguhnya telah meletakkan UMNO-BN dalam keadaan tertekan dan terpinga-pinga. Pengisytiharan 16 september sebagai tarikh keramat pertukaran kerajaan Malaysia juga cukup membimbangkan BN.
Sekarang saya melihat seolah-olah PR pula sedang mencari rentak dan terpinga dengan serangan balas UMNO BN bermula dengan merampas Kerajaan PR di Perak melalui lompat parti diikuti dengan ugutan kepada ADUN di Kedah menyebabkan perletakakn jawatan kemudian serangan peribadi kepada ADUN/EXCO di Selangor yang juga telah mengisytiharkan bersedia meletakkan jawatan.
Semua proses di atas bukanlah berlaku secara kebetulan tetapi melalui satu perancangan yang rapi dan cukup strategik. Namun pimpinan PR nampaknya gagal menghidu serangan balas tersebut walaupun sudah banyak teguran yang di buat supaya pimpinan PR memantau dan menyelaraskan pemerintahan di 5 buah negeri serta menjadikan ianya agenda PR yang paling prioriti. Keinginan dan kehendak untuk memerintah Malaysia lebih cepat nampaknya telah membutakan mata dan memekakkan telinga pimpinan PR sehingga lalai dengan prioriti yang dicadangkan oleh rakyat.
Sekarang belum terlewat sekiranya pimpinan PR kembali bermuhasabah serta meletakkan semula agenda PR bagi mengembalikan keyakinan rakyat bahawa PR adalah satu-satunya parti alternatif yang ada kepada rakyat jika sekiranya ingin melihat sebuah negara Malaysia yang lebih harmonis, adil dan bebas rasuah.


http://cikgunurionline.wordpress.com

Khamis, 19 Februari 2009

'NIZAR DAN SULTAN ADA TAFSIRAN SENDIRI,BIAR RAKYAT TENTUKAN'-DR. HARUN DIN

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Hrkh) - Bagi tokoh agama yang terkenal, Dato' Dr Haron Din menasihatkan agar kemelut yang berlaku di Perak ini diselesaikan dengan cara paling baik iaitu mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk membuat keputusan melalui pilihan raya seluruh negeri.
Timbalan Mursyidul Am PAS itu juga berpendapat, perselisihan tafsiran undang-undang di antara Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin merupakan proses biasa dalam amalam demokrasi, dan bukan kali pertama berlaku di Malaysia dan mana-mana negara di dunia.
"Nizar tidak meletakkan jawatan kerana dia memegang amanah rakyat, dia hendak kembalikan semula kepada rakyat. Itu tafsirannnya.Saya tidak nafikan Tuanku Sultan ada tafsirannya. Jadi jika ada perselisihan tafsiran undang-undang, maka saya tidak fikir itu boleh dinamakan sebagai derhaka.
"Ini sepatutnya diselesaikan dengan cara paling baik iaitu, kembalikan kepada rakyat. Biar rakyat yang menentukan. Atau kita berlapang dada dan bersabar sedikit, biar Mahkamah Tinggi memutuskan kesahihan pelantikan menteri besar kedua," katanya dalam satu wawancara eksklusif dengan Harakah baru-baru ini.
Dalam pada itu beliau menegaskan Raja-raja Malaysia perlu dikekalkan pada takhta yang sedia ada dan rakyat diseru supaya bersatu dan mengekalkan kedudukan mereka.
Beliau antara ulama yang dekat dan rapat hubungannya dengan istana menjelaskan istilah 'sembah derhaka' yang dimanipulasi oleh plebagai pihak khusunya media sedangkan ianya bukan satu bentuk tindakan derhaka yang sebenarnya.
"Sembah derhaka' bermaksud apa yang diminta oleh seorang Raja atau Sultan tidak dapat dipenuhi atau ditunaikan oleh seorang hamba rakyat. Sama ada kecil atau yang besar. Seorang rakyat akan menuturkan bahawa 'patik sembah derhaka'. Bukan yang kita fahami itu derhaka adalah melawan atau menyakiti Raja," katanya yang cuba membandingkan pelbagai perbuatan menderhaka yang dilakukan oleh pemimpin sebelum ini.
Katanya, yang tidak mahu mendedahkan secara terperinci, memang berlaku perbuatan menderhaka yang tidak diketahui umum.
"Ada pemimpin disuruh Raja untuk 'briefing' pada hari tertentu tentang perkembangan negeri, langsung tak datang. Ada yang Raja suruh buat projek untuk rakyat, tetapi pemimpin tak buat. Ada Sultan yang suruh hentikan projek tertentu kerana membazir, mereka terus buat.
"Ada raja suruh bantu ekonomi orang Melayu, dengan bantu projek tertentu tetapi beri pada kroni mereka pula malah ada Raja beritahu saya, ada pemimpin yang terajang pintu istana kerana tidak puas hati.
"Ini semua saya dapat tahu dan ada antara Raja-raja yang beritahu sendiri kepada saya. Inilah perangai mereka... ini jauh lebih derhaka lagi," katanya.- harakahdaily.net

SPEAKER ADA KUASA GANTUNG MB KUDETA DAN 6 EXCONYA-DR. AZIZ BARI

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Hrkh) - Sungguhpun Dato' Dr Zambry Abdul Kadir Zambry tidak berpuas hati dengan Speaker DUN Perak, V Sivakumar atas keputusannya menggantung dan melarang beliau dan enam Exco daripada menghadiri sesi DUN, namun tindakan itu dibuat mengikut peruntukan kuasa yang ada.
Demikian pandangan pensyarah undang-undang Profesor Dr Aziz Bari yang menyatakan bahawa Sivakumar selaku speaker mempunyai kuasa untuk berbuat keputusan tersebut.
"Speaker ialah ketua Dewan...pada asasnya," katanya dan menyatakan terdapat kes penggantungan anggota Dewan Undangan Negeri oleh speaker DUN dan anggota Parlimen oleh speaker Dewan Rakyat sebelum
"Kuasa speaker adalah sama di semua negara Komanwel," katanya dalam sebuah laman web.
Abdul Aziz berpendapat di peringkat persekutuan, Speaker Dewan Rakyat sebelum ini pernah beberapa kali membuat keputusan yang dianggap 'tidak munasabah, menolak usul, menggantung Ahli Parlimen dan sebagainya'.
"Kali ini giliran BN pula merasa," katanya.
Abdul Aziz memberitahu bahawa Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin mempunyai hak untuk membawa kes itu di makamah atas sebab 'posisi kabur kerajaan Zambry.'
Sementara itu peguam Karpal Singh juga turut bersetuju dengan tindakan Sivakumar dan menyatakan bahawa ianya di bawah bidang kuasa beliau selaku Speaker. -harakahdaily.net

OSMAN CKT JERING DAN JAMALUDIN BEHRANG MUNCUL DI MAHKAMAH IPOH


IPOH, 19 Feb. : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Mohd Osman Jailu hadir di Mahkamah Seksyen Ipoh, jam 8.50 pagi tadi bagi membatalkan waran tangkapnya kerana gagal hadir di mahkamah, Selasa.Beliau ditemani Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi.Kelmarin, ADUN Titi Serong melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) supaya siasatan rapi dilakukan keatas mereka berdua termasuk ADUN Jelapang, Hee Yit Fong kerana disyaki terlibat dengan sogokan sejumlah wang sehingga mereka melompat parti.


YB KHALIL IDHAM LIM

ADUN TT.SERONG

PERAK LAKUKAN KEJUTAN

Tidak sampai pun sebulan dilantik menjadi MB Perak secara tidak sah dan melanggar Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak perkara 16(6), nampaknya satu demi satu tembelang dan bukti kesalahan itu dibuktikan kepada umum.Kata pepatah Melayu, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Demikianlah tindakan Najib, Zambry dan teman-teman yang melakukan kudeta.Tindakannya sebenarnya mendedahkannya kepada banyak masalah dan isu yang perlu dihadapi secara fakta dan undang-undang yang sedia ada.Kalau dia naik takhta secara emosi dan gengsi, dia akan turun dengan malu dan tersipu-sipu. Apakan tidak semua yang dilakukan adalah salah kerana naiknya pun secara salah. Dalam banyak hal Zambry dan 6 Exco kudeta yang dihukum masih perlu berterima kasih kerana hukuman yang dikenakan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan yang dipengerusikan oleh Speaker masih agak normal dan tidak terlalu berat.Penafian sekeras-kerasnya mesti dilakukan kepada sebarang kenyataan yang tidak mahu mengiktiraf dan mempertikaikan keputusan speaker itu. Keputusan itu mestilah dihormati kerana tidak bercanggah dengan semangat undang-undang dan perlembagaan yang sedia ada.Semuga kejutan baru akan berlaku sekali lagi di Perak, kita tunggu dan lihat.
YB KHALIL IDHAM LIM
ADUN TT.SERONG

LUAHAN DARI YAB DS MOHAMAD NIZAR JAMALUDIN-MOHON BACA



Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini.Terlebih dahulu saya bermohon beribu kemaafan kerana lama meninggalkan saudara tanpa kemaskini halaman ini. Situasi semasa memerlukan saya sepenuh masa menangani beberapa permasalah akibat rampasan kuasa (coup d"etat) oleh UMNO BN pada 5 februari 2009.Ini sejarah hitam bagi rakyat negeri Perak apabila dengan zalim dan rakusnya Timbalan Presiden UMNO, Najib Tun Razak mengadap DYMM Sultan Perak pada pagi 5 Feb. 2009 untuk merompak hak rakyat tersebut melalui pintu belakang.Pada 2 Feb 2009 (Isnin) , saya mengadap DYMM Sultan Perak di Istana Kinta bagi mempersembahkan 2 pucuk salinan surat perletakan jawatan YB Jamaluddin(Behrang) dan YB Osman (Changkat Jering) bertarikh 30 Jan 2009, dan surat dari YDP Dewan (Speaker) YB Sivakumar kepada SPR memohon di laksanakan pilihanraya kecil kedua-dua DUN tersebut.Ketika itu UMNO-BN di ketuai oleh Najib Tun Razak masih dalam proses memerangkap beberapa wakil rakyat PR khususnya YB Dato' Nasaruddin (ADUN Bota yang telah menyeberangi ke PKR) pada 25 Jan 2009, dan ADUN Jelapang YB Hee Yit Fong.Perhubungan dengan YB Jamaluddin dan YB Osman telah terputus mulai 26 Jan 2009. Keluarga dan orang terdekat termasuk ketua umum PKR, DSAI, juga gagal. Hanya setelah surat perletakan jawatan dikemukakan baharulah kedua mereka muncul bersama Najib Tun Razak. Semasa kemelut itu juga YB Dato Nasaruddin (BOTA) dilapurkan hilang dibawa oleh 2 orang ADUN UMNO yang kononya mereka diarah menjemput YB Dato Nasa bertemu Raja Muda. Dia akur dengan pelawaan palsu tersebut dan bersetuju bersama kedua-dua adun umno menaiki pacuan empat roda dan trus hilang entah kemana, khabarnya dilarikan kepada dakapan Najib Tun Razak.Dilaporkan oleh isteri YB Dato' Nasa, Datin UMI bahawa suaminya hilang mengikut dua orang adun umno pergi bertemu Raja Muda tetapi rupa-rupanya untuk dibelutkan oleh umno agar YB Dato' Nasa kembali semula kepada umno-BN walaupun telah bersumpah dikhalayak ramai 10,000-15,000 orang pengundi Bota pada 30 Jan 2009 untuk tidak akan berganjak dan kembali kepada UMNO. Pertemuan YB Dato Nasa denga saya di pejabat MB pada 29 Jan 2009 bersama ahli-ahli exco dan pimpinan PKR Perak juga menjanjikan benda yang sama. Bila ditanya oleh warga media adakah YB Dato Nasa akan kembali kepada UMNO oleh kerana pertukaran Pengerusi Perhubungan UMNO negeri kepada Najib Tun Razak, namun jawab YB Dato Nasa, "Insya Allah, tidak".Ketika itu kedapatan YB Hee dari Jelapang juga turut lesap dan putus hubungan, sehingga YAB ketua Menteri Pulau Pinang selaku SU Agong DAP memberi amaran mana-mana ADUN DAP yang putus hubungan dalam tempoh 24 jam di kira telah meletak jawatan.Ketika itu, keputusan SRP pula menafikan hak dan permohonan YB Speaker untuk diadakan PRK di Behrang dan CGKT Jering. Maka tiada pilihanraya kecil, ini pula atas desakan dan campur tangan UMNO BN mengarahkan pengerusi SPR yang baru dilantik (tetapi diberi amaran kerana bertanggungjawab tersungkurnya UMNO BN di KT ) untuk jangan diadakan PRK di Behrang dan Cgkt Jering. (Bertentangan dgn Perlembagaan Persekutuan 113). Untuk pengetahuan semua, SPR tidak boleh menolak mana-mana permohonan dari mana-mana Speaker di Malaysia untuk isytihar PRK apabila ada surat dari wakil rakyat tersebut yang meletak jawatan. Peranan SPR dalam Perlembagaan Malaysia hanyalah sebagai pelaksana sahaja dan bukanya pemutus untuk tolak atau meragukan mana-mana surat yang pada pandangan Speaker adalah sah.Maka pada 4 Feb 2009, selaku MB serta ketua DUN, saya mengadap DYMM memohon perkenan agar dibubarkan DUN Perak untuk mengembalikan hak rakyat Perak membuat pilihanraya baru dan secara sahnya memilih kerajaan baru. DYMM Sultan menyatakan akan mengkaji dan menghubungi saya kemudian, saya akur. DYMM Tuanku mengucapkan kepada saya, "Innallaha maa Sobirin" (Sesungguhnya Allah bersama orang2 yang sabar) dengan senyuman sambil menggoyang-goyangkan kedua tangan Tuanku.Kesokan harinya 5 Feb 2009, (khamis) jam 10.00 saya bersama-sama YAB PM Pak Lah berada di Bgn Serai merasmikan majlis mekanisasi pertanian penanaman padi seluas sekitar 200 ekar secara moden oleh Sime Darby. Namun keseluruhan berita telah digelapkan walaupun ada liputan media meluas. Jam 11.45 pagi saya menerima perintah DYMM Sultan untuk mengadap di Istana Kinta. Maka saya memohon laluan dari YAB PM dan terus menuju Istana . Sesampainya di Istana, DYMM Sultan telah sedia menanti bersama Penasihat Undang-undang, (LA).Saya terus angkat sembah dan duduk (cukup luar biasa sebab yang biasa apabila dititah atau mohon mengadap, sayalah yang akan menunggu DYMM Sultan didalam bilik khas). DYMM menyatakan kepada saya:-1. Kesemua 27 ADUN BN telah dipanggil mengadap dan setuju trus dengan BN2. Adun Bota (YB dato Nasa) telah bersetuju kembali kepada UMNO-BN3. Ketiga Adun Behrang, Cgkt jering dan Jelapang juga telah dipanggil mengadap dan bersetuju keluar PR dan menjadi ahli Bebas serta menyokong BN, menjadikan 31 orang. (28 +3)4. Maka sekarang BN ada majoriti dan PR cuma ada 28 ADUN.Saya sudah terlintas dihati yang sesuatu tak kena akan terjadi makanya ,saya mohon mencelah dari DYMM Sultan dan mengambil masa sekitar 15 minit untuk mengutarakan hujah dan point berikut:-i. Saya hanya memohon perkenan kebawah DYMM Tuanku untuk dibubarkan DUN Perak dalam hak dan kuasa yang dianugerahkan saya sebagai MB dan ketua DUN.ii. Kembalikanlah hak rakyat untuk memilih kerajaan baru yang sah dan bermaruah.iii. Saya mahu mendaulat dan memartabatkan institusi Istana sebagai institusi ulung dan teragung di kacamata rakyat.iv. Bila DUN dibubarkan, rakyat akan lihat bahawa Tuanku cukup adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak sekali gus rakyat akan menjulang dan menghormati institusi Istana kerana mengembalikan hak rakyat untuk membuat pilihan semula. Ini Keadilan yang kita laung-laungkan.
v. Saya ajak DYMM Tuanku Sultan meredhai dan bersyukur di atas anugerah Ilahi dalam sambutan Jubli Perak dengan Allah SWT memanjangkan usia DYMM Tuanku hingga ke 82 tahun. Saya seru agar merealisasikan kesyukuran atas nikmat ini dengan mengembalikan hak rakyat serta pengampunan dari Allah SWT
vi. Saya nyatakan dengan jelas jika Tuanku bubarkan DUN, rakyat akan turut bersyukur dan berterima kasih tidak terhingga kepada Tuanku dan rakyat akan menjulang institusi Istana.
vii. Disebaliknya saya nyatakan bahawa jika hak rakyat ini tidak diberi (dengan tidak membubarkan DUN) maka dikhuatiri rakyat akan menghina dan hilang hormat kepada institusi di Raja dan Tuanku sendiri.
viii. Saya zahirkan kepada DYMM Tuanku dimanakah maruah kerajaan UMNO BN dengan mengambil 3 orang wakil rakyat (Jamaluddin, Kapt Osman dan Hee) sebagai penyokong mereka semata-mata hendakkan simple majoriti, yang mana 2 daripada mereka (Jamaluddin dan Osman) telah dituduh oleh pimpinan UMNO terdahulu dari itu sebagai mengambil rasuah meluluskan projek perumahan di Perak Tengah bernilai RM180juta dan menerima habuan serta sedekah seks (yang mana projek tersebut tidak wujud pun! Sengaja diada-adakan oleh pihak BPR pusat untuk mejatuhkan kerajaan PR). Kedua mereka akan menghadapi perbicaraan di mahkamah session Ipoh pada 10 Feb 2009. Saya juga katakan kepada DYMM Sultan seandainya pertuduhan ke atas mereka lekat, maka apa akan terjadi kepada kerajaan itu kelak. Dan jika pertuduhan itu digugurkan oleh mahkamah, sudah tentu rakyat jelata akan melihat sebagai campurtangan pihak Istana dan ini akan mencemarkan imej dan kedaulatan Istana.
ix. Saya beri maklum bahawa jika dibubarkan DUN Perak seluruh institusi Istana di Malaysia pasti akan mendapat penghormatan tertinggi dikacamata rakyat jelata dan masyarakat dunia dalam dan luar negeri akan turut menghormati DYMM Tuanku. Kekebalan dan kekuasaan diraja telah lama dirobek dan cuba dihapuskan oleh UMNO sewaktu dibawah pimpinan Tun Dr Mahathir. Semua institusi kesultanan di Malaysia akan mendapat imej baik dek keputusan bijak dan arif oleh Tuanku.
x. Saya sebut secara verbatim kata-kata DYMM dalam sebuah buku yang Tuanku hadiahkan kepada saya sewaktu menjawat jawatan MB pada bulan Mac 2008 dahulu. Buku berjodol "Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance" (Selected essays and speeches,by HRH Sultan Azlan Shah, edited by Professor Dato' Seri Visu Sinnadurai, tahun 2004, saya bacakan kepada Tuanku berbunyi, "under normal circumstances, it is taken for granted that the Yang di Pertuan Agong would not withold his consent to a request for the dissolution of Parliament. His role is purely formal".
Selepas saya baca ayat tersebut sepatah demi sepatah, maka dengan penuh takzim dan lembut ungkap, saya merayu agar Tuanku berpegang dan mengotakan kata-kata Tuanku tersebut. Bahkan saya sebut bahawa buku tersebut dan kata-kata Tuanku di dalamnya menjadi rujukan penghakiman semua negara Commonwealth sebagai suatu peradaban undang-undang yang luhur.
xi. Saya mengingatkan kepada DYMM Tuanku bahawa banyak negara seperti Singapura, Indonesia, Filipina, Mesir dan Iran yang dahulunya ada institusi di Raja, namun apabila keputusan Istana berpihak kepada mana-mana kumpulan dan mengenepikan kehendak hak rakyat, maka kini institusi tersebut telah hilang.
xii Saya merayu bahawa pada ucapan sambutan Jubli Perak pada 3 Feb 2009, di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, ucapan Tuanku, ucapan Raja Muda dan juga ucapan saya telah menitik beratkan soal keadilan, hak rakyat dan good governance. Siaran tersebut telah dibuat liputan langsung oleh TV Bernama dan akhirnya saya dengan penuh rendah diri dengan Nama Allah, memohon kepada DYMM Tuanku agar di bubarkan DUN Perak.
Sebaik-baik sahaja habis saya sebut perkara di atas, DYMM Tuanku telah mengangkat sedikit wajahnya dan melihat saya sambil bertitah, "Saya tidak akan bubarkan DUN dan MB kena letak jawatan".
Dengan spontan saya terus mengangkat sembah keampunan seraya berkata, "Ampun Tuanku, patik pohon sembah derhaka".
DYMM Tuanku bangun meninggalkan majlis dan seperti biasa, saya bersalam dengan Tuanku sambil mencium tangan Tuanku dan beredar bersama LA. ( Perbualan saya dengan LA selepas insiden ini akan saya lakarkan sedikit masa lagi).
Maka bermulalah suatu cetusan krisis perlembagaan (Constitutional Crisis) yang amat menyedihkan sehingga kini. Kesemuanya ini berlaku oleh kerana kebiadaban UMNO BN pimpinan Najib altantuya memperkakaskan SPR yang enggan mengisytiharkan PRK di DUN Behrang dan Cgkt Jering dan seterusnya rampasan kuasa ikut pintu belakang oleh Najib altantuya pimpinan UMNO BN. Ini tindakan tidak bermoral UMNO yang merampas hak rakyat.
Kini kenyataan-kenyatan dari pimpinan UMNO yang menyanggah dan mengecam hebat tindakan jahat Najib altantuya membuat rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak, seperti dari Tengku Razaleigh, Tun Dr Mahathir, Rais Yatim dan ramai pakar perlembagaan seperti Dr Abd Aziz Bari dari UIAM, menyatakan bahawa saya masih MB yang sah disegi undang-undang dan kes seperti ini pernah terjadi kepada Almarhum Sultan Idris pada tahun 1974, yang mana almarhum Sultan tidak boleh menyuruh atau memecat MB ketika itu Allahyarham Tan Seri Ghazali Jawi (bapa YB Tajol Rosli). Tuanku terpaksa bernazar untuk menyimpan misai dan janggut selagi MB ketika itu tidak mahu letak jawatan.Akhirnya Perdana Menteri ketika itu Tun Hussein Onn terpaksa masuk campur dan mengarahkan MB letak jawatan. MB ikut perintah PM tetapi bersyarat. Lepas itu barulah Almarhum Tuanku Sultan mencukur janggut misainya di Pangkor. Cerita ini masyhur. Semua orang tahu bahawa Tuanku Sultan ketika itu juga akur kepada ketetapan di dalam Perlembagaan Perak. Krisis ini berpanjangan...........

ANGGAP TINDAKAN SPEAKER KOMEDI,NAZRI BUTA UNDANG2


KUALA LUMPUR, 18 Feb.:- Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz, mengeluarkan ulasan awal mengenai penggantungan Zambry dan 6 Exco yang melakukan rampasan kuasa di Perak dengan berkata tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar, melarang yang terlibat daripada menghadiri sesi Dewan sebagai satu komedi.Sebetulnya ulasan dari Nazri lah satu komedi dan menunjukkan kejahilannya mengenai peraturan dewan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan negeri Perak. Sambil menyifatkan perlakuan Speaker itu juga mempersendakan Dewan berkenaan, tetapi realitinya Nazri lah yang buta undang-undang dan mempersendakan peraturan dewan yang ada di Perak. Nazri juga mempersendakan tindakan V.Sivakumar dengan berkata, "Speaker bertindak sendiri menjadi hakim dan juri sedangkan beliau tidak langsung mempunyai bidang kuasa itu" . satu kenyataan yang tidak bertanggung jawab dan tidak menghormati langsung undang-undang sesebuah negeri.Pada sidang akhbar di Bangunan Parlimen di sini hari ini Nazri sepatutnya terlebih dulu merujuk dengan teliti asas dan peraturan yang ada sehingga Jawatankuasa hak dan kebebasan bertindak terhadap Zambry dan 6 Exco kudeta.Kenyataan akhbarnya dengan menggunakan perkataan "komedi",dan "beliau langsung mempunyai bidang kuasa itu" adalah kalimat yang sengaja memperkecilkan tindakan yang dilakukan Speaker dan ahli jawatankuasa hak dan kebebasan yang sah menurut undang-undang.


YB KHALIL IDHAM LIM

ADUN TT.SERONG

Rabu, 18 Februari 2009

TERKINI : KEJUTAN KE-2 POLITIK PERAK MALAM INI?

1 - Belum sahih - Dato' Nasa (ADUN Bota) dikhabarkan bakal meletakjawatan malam ini..!

2 - Belum sahih - ADUN Jelapang pun nak ikut letak jawatan jugak sebabtak dapat beli sayur dekat pasar..!

3 - Berita SAHIH.! - Setelah mesyuarat Jawatankuasa Hak & Kebebasanetang ini, Speaker Perak memutuskan supaya MB Halam Dato' Zambry Kadirdigantung 18 bulan manakala 6 ADUN BN yang dilantik sebagi EXCOdigantung 12 bulan & dilarang dari memasuki sidang DUN.

4 - Berita tak sahih - DUN Perak bakal dibubarkan sedikit masa lagi...
Oi..! get ready..!

-albanjari-

TERKINI: MB DAN 6 EXCO KUDETA DIGANTUNG DARI MENGHADIRI SIDANG DUN

IPOH, 18 Feb.:- Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar mengumumkan penggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, selama 18 bulan dan enam enam Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) kerajaan negeri selama 12 bulan daripada menghadiri sesi Dewan berkuatkuasa serta merta pada jam 7.00 tadi di sini.Keputusan itu dibuat selepas Zambry dan Exco beliau tampil dihadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN pada jam 2.30 petang tadi. Mereka sebelum ini diberi notis oleh Setiausaha Dewan, Hj. Abdullah Antong supaya membela diri berikutan aduan Adun Canning (DAP), Wong Kah Woh bahawa majlis angkat sumpah mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10,YAB. Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi.Selain Sivakumar, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN dianggotai Husin Din (Pas-Selingsing), Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai), Ong Boon Piow (DAP-Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (DAP-Kepayang) dan Sum Chok Leng (DAP-Bercham), manakala wakil tunggal Barisan Nasional (BN) ialah Datuk Hasbullah Osman (Temenggor).
YB KHALIL IDHAM LIM
ADUN TT.SERONG.

NIZAR..PENGORBANANMU KEPADA RAJA DAN RAKYAT TIADA TANDINGNYA


Kesan daripada krisis politik yang baru berlaku di Perak, hikmahnya semua rakyat Malaysia menunjukkan ketaatan secara mutlak kepada Raja dan Sultan. Semua parti lebih-lebih lagi Umno hampir setiap hari menjalankan usaha untuk menunjukkan sokongan ketaatan tidak berbelah bahagi kepada Sultan. Parti Pembangkang juga bersikap sedemikian secara zahirnya mereka turut mengakui ketaatan kepada Sultan. Begitulah hebatnya negara Tanah Melayu ini yang mungkin satu-satunya negara yang amat menyanjungi institusi kesultanan.Apa yang lebih mengharu dan memilukan kita bila mana YAB Nizar MB Perak telah sanggup mengenepikan kepentingan diri dan politiknya di dalam mengambil tindakan mahkamah bagi mendapatkan haknya sebagai MB Perak semula. Di dalam samannya terhadap `MB Perak' yang baru diperkenankan oleh Sultan Perak, nama Sultan Perak langsung tidak dikaitkan. Ini bukti menunjukkan Pakatan Rakyat khususnya YAB Nizar tidak sanggup mencemar nama baik lebih-lebih lagi menunjukkan penentangan dan kedurhakaan kepada Tuanku Sultan Perak. Cuma, Umno yang kononnya dilihat sebagai wira pihak istana ini cuba untuk `menjerat' pemimpin PR agar terus mengikut tari dan rentak mereka. Hakikatnya, umum megetahui sehingga sekarang Umno tidak pernah memohon ampun dan maaf kepada pihak istana setelah Umno sendiri mengusahakan pindaan perlembagaan menghapuskan imuniti Raja-Raja pada tahun 1993. Pernahkan Umno memohon maaf kepada Sultan Kelantan setelah Umno memainkan peranan apabila menabalkan Sultan Kelantan yang baru suatu ketika dahulu ? Bilakah UMNO khususnya di Terengganu memohon maaf di atas ketelanjurannya menghina Sultan Terengganu ketika isu perlantikan MB Terengganu selepas Pilihanraya Umum ke 12 baru-baru ini? Tidakkah sepanduk yang tertera perkataan `Natang' tidak mendurhakai Sultan ? Di saat semua rakyat berbalah dan berdebat untuk mempertahankan institusi kesultanan, rakyat lupa kepada seorang tua yang kini mendiamkan diri kerana beliau faham ini semua berlaku adalah akibat dari kesan `tangan-tangan'nya yang kotor ketika beliau berkuasa dahulu. Orang tua ini suatu ketika pernah digelar Wira Dunia Ketiga tetapi beliau tetap dikenang sebagai perosak institusi beraja dan juga perosak kestabilan politik negara ini. Kehangatan politik negara tercetus apabila orang tua ini menggunakan kuasanya ketika itu menfitnah dan menghina tokoh politik yang disanjung oleh Orang Melayu iaitu DS Anwar. Akibat dari tangannya yang `kotor dan jijik' itu menyebaban pewaris yang mengambil alih kekuasannya tidak mampu mengubati `penyakit' yang dibawa olehnya sehingga sekarang. Beliau berjaya merosakkan Umno kemudian beliau lari dari Umno. Beliau berjaya merosakkan kuasa Raja-Raja kemudian beliau menyepikan diri ketika isu terhadap Sultan mula diperkatakan orang. Saya cukup yakin, anak beliau akan menjadi mangsa hasil dari tangan-tangan beliau. Tidak mungkin Pemuda Umno mahukan pewaris perosak politik dan Institusi Raja ini menjadi pemimpin mereka. Berbalik kepada tindakan yang dilakukan oleh YAB Nizar, beliau telah menyelamatkan dua keadaan ketika beliau dianiayai. Pertama, beliau telah menyelamatkan nama dan imej Sultan daripada terseret ke Mahkamah walaupun undang-undang membenarkan jika beliau ingin berbuat demikian. YAB Nizar masih perlukan Sultan dan beliau tidak sanggup mencemar nama baik Sultan yang amat dikasihinya itu meskipun terpaksa berkorban maruah diri dan partinya sendiri. Kedua, beliau juga tidak sanggup mengkhianati amanah rakyat yang mahukan beliau sebagai pemimpin di Perak. Justeru itu, beliau tidak sedikit melakukan pengorbanan dan bukan tiada risiko besar yang mungkin beliau hadapi ketika membawa kes ini ke Mahkamah. Namun, YAB Nizar rela melakukan apa jua asalkan amanah rakyat terpelihara dan didaulatkan. Seandainya Mahkamah menentukan keputusan yang tidak menyebelahi kehendak rakyat, YAB Nizar mungkin terlepas dari tanggungjawabnya sebagai pemegang amanah ini kerana beliau telahpun berusaha sedaya upaya. Semoga Allah memberkati perjuangan yang amat berat yang sedang dipikul oleh YAB Nizar. Sekiranya ingin ditangisi, tidak cukup bumi perak ini dibanjiri air mata oleh kesedihan rakyat Perak ketika bumi mereka terjajah oleh bangsanya sendiri. Tetapi Allah tidak mengajar manusia untuk menangis sekiranya menghadapi kesusahan atau penderitaan. Allah mengajar setiap manusia agar berusaha, berdoa dan bertawakkal kepadanya nescaya bantuan Allah akan tiba. Kepada manusia yang telah merasakan diri mereka bijak di dalam merampas hak dan kuasa rakyat, mereka tidak akan senang di dalam kehidupannya di dunia apatah lagi di Akhirat selagi mereka menyuapkan rezeki ke mulut mereka dan anak-anak mereka dari hasil `air mata' rakyat.


WFAUZDIN NS

PENASIHAT AGAMA DAH KELUAR NASIHAT


IPOH, 18 Feb. :- Parti politik sepatutnya mengelak daripada menggunakan ayat al-Quran untuk kepentingan mereka termasuk ketika berceramah mengenai perubahan pentadbiran kerajaan negeri atau menjelang pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.Penasihat Hal Ehwal Agama Islam kepada Menteri Besar Kudeta , Datuk Najmuddin Elias Al-Hafiz, berkata penyokong parti politik juga tidak wajar melaungkan takbir sewenang-wenangnya kerana takbir dikhususkan sebagai tanda kebesaran Allah.Itulah antara nasihat awal yang dikeluarkan Penasihat Agama MB Kudeta. Nasihatnya nampak macam mengampu untuk menjaga periuk nasi bukannya untuk jaga agama Islam yang Syumul. Beliau berkata, ayat al-Quran atau takbir adalah kalimah tinggi dan patut digunakan secara berhati-hati."Ayat al-Quran atau takbir tidak wajar digunakan sebagai benteng politik untuk menyampaikan maksud bagi kepentingan parti."satu kenyataan yang seolah meneruskan fahaman sempit untuk memisahkan antara agama dan politik.Penasihat agama itu juga melahirkan perasaan tidak senang dengan terdapat segelintir orang bukan Islam yang membaca ayat Al Quran dengan terjemahan dalam bahasa Melayu.Sebetulnya perkara ini pernah di sebutkan oleh saya dalam sidang dewan suatu masa dulu. Kita hairan bila orang melayu dan UMNO tidak mahu guna hujah Al Quran, tetapi dengki dan sakit hati dengan kesanggupan orang bukan Islam yang menggunakan Al Quran.Mereka tidak memutar belit kan Al Quran, sedangkan UMNO lah yang memutar belit Al Quran sehingga Islam pun dicabuli dengan rekaan Islam Versi baru iaitu"Islam Hadhari".

ZAMBRY DAN 6 EXCO KUDETA DIPANGGIL SPEAKER HARI INI

IPOH, 18 Feb. :- Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak yang dipengerusikan oleh Speaker DUN Perak, V. Sivakumar telah mengeluarkan surat rasmi melalui Setiausaha Dewan, Hj. Abdullah Antong supaya Menteri Besar dan 6 Exco kudeta Perak untuk dihadapkan di hadapan jawatankuasa tersebut petang ini jam 2.30 petang.Kelmarin Zambry telah dipanggil bersama dengan 2 orang wartawan akhbar cina untuk memberi keterangan kepada jawatankuasa yang sama.Setelah dua proses pengadilan dilakukan oleh Jawatankuasa tersebut kita menjangkakan satu keputusan rasmi akan ditentukan oleh jawatankuasa bagi menentukan hukuman yang setimpal dengan salah laku dan kesalahan yang dilanggar oleh pihak terbabit sesuai dengan peraturan 72(3) Peraturan Dewan, dan pelanggaran Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak perkara 16(6) dalam hal berkaitan pelantikan Menteri Besar.Pelanggaran kepada undang-undang yang sedia oleh pihak yang tidak sabar untuk mendapatkan kuasa jelas telah menimbulkan keadaan politik yang tidak menentu di Perak dan rasa tidak puas hati.
YB KHALIL IDHAM LIM
ADUN TT. SERONG

HEE BERADA DI HONG KONG?

Kejutan tindakan ADUN Jelapang, Hee Yit Fong melompat untuk memberi sokongan kepada BN sehingga berjayanya satu kudeta kuasa di Perak masih menjadi berita hangat diperkatakan di mana saja khususnya di Jelapang.Kelmarin saya meninjau berkenaan dengan masalah itu untuk menjawab soalan yang ada kaitan dengan hilangnya Hee sejak dia melompat. Banyak yang bertanya walaupun ada yang tidak mahu ambil kisah, " Di mana dia berada saya tak kisah yang penting dia dah buat salah kepada pengundi di sini" kata seorang pemuda.Sejak tindakan Hee melompat kepada BN, dia tidak lagi muncul di Jelapang . Setakat yang kita ketahui dia muncul beberapa kali dengan Najib dalam beberapa sidang akhbar dan muncul di Istana beberapa kali dengan pengawalan yang ketat pasukan keselamatan.Munculnya di dalam masyarakat Jelapang sangat di tunggu-tunggu. Sebagai wakil rakyat di kawasannya dia mesti bertanggung jawab dan berkerja untuk rakyat di situ.Bagaimanakah kalau perkara ini berterusan hingga bertahun-tahun, adakah dia tidak akan muncul. Itulah persoalan yang menghantui pengundinya.Sebab itu beberapa hari lepas timbul dia sudah insaf dan hendak meletakkan jawatan. Setakat ini belum ada pengesahan dan saya anggap berita angin sahaja. Yang penting tekanan kepadanya dan keluarganya oleh masyarakat cina Jelapang sangat kuat.Maklumat terkini saya dijelaskan oleh sumber yang rapat dengan Hee yang mengatakan dia dan suaminya sekarang ini berada di Hong Kong. Wajarlah maklumat ini saya terima sementara waktu kerana memang dia macam tidak berada di Malaysia pada masa ini.Walaupun ada maklumat sebelum ini dikatakan berada di Australia, saya memilih Hong Kong disebabkan latar belakang bangsa dan Hong Kong tempat tengok pelaburan usaha lompatnya kalau memang ada habuan. Saya tahu sangat sebab saya berada di China 4 tahun.

DI MANA RAJA AHMAD?


Kemelut yang berlaku di Perak dengan rampasan kuasa mendapat ulasan dari banyak pihak dan kejayaan rampasan kuasa ini memberi harapan kepada pimpinan UMNO yang senior untuk mendapat tempat dalam beberapa pelantikan penting dalam kerajaan Perak kudeta.Paling penting sesudah jawatan Menteri Besar terdapat lagi jawatan Exco dan satu kejutan bila Zambry mewujudkan jawatan yang menyalahi undang-undang Perak yang sedia ada dengan melantik 4 orang penasihat bertaraf exco.Setakat ini kita menyaksikan ADUN Kubu Gajah, Raja Ahmad Zainuddin masih tidak terlibat dengan apa-apa jawatan penting adakah Exco dan penasihat yang saya maksudkan.Kemelut yang berlaku di kawasannya sendiri masih belum berakhir. Pemilihan Ketua bahagian Larut masih belum selesai.Komen dan ulasan mengenai isu yang sedang berlaku di Perak nampaknya tidak memaparkan komen dari Raja Ahmad, adakah disengajakan atau dia tidak berminat hendak beri komen.Dari Ahli Parlimen dia di bawa balik bertanding ke DUN, dengar khabar dialah antara exco yang akan dilantik sekiranya BN menang. Namun impian tidak menjadi kenyataan ! .



YB KHALIL IDHAM LIM

ADUN TT.SERONG.

MB KUDETA DAN 2 WARTAWAN BERI KETERANGAN KPD JAWATANKUASA HAK

IPOH, 17 Feb. :- Menteri Besar Perak Kudeta ,Zambry Abdul Kadir semalam hadir untuk memberi keterangan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak berhubung kenyataan medianya mengenai Speaker DUN Perak, V Sivakumar, baru-baru ini. Kehadirannya agak lewat iaitu pada jam 3.30 petang walaupun dia dipanggil untuk hadir pada jam 3.00 petang.Turut dipanggil dan hadir untuk memberi keterangan dua wartawan dari akhbar The Star dan Sin Chew Daily.“saya hormati dia, beliau masih Speaker dan saya perlu menghormatinya," katanya di luar pejabat Sivakumar. Ditanya kedudukan Sivakumar sebagai Speaker ketika ini, Zambry menjelaskan perkara itu akan diteliti mengikut peraturan dan proses undang-undang.“Proses pemilihan Speaker (baru) ditentukan kemudian. Apa pun beliau (Sivakumar) masih Speaker DUN Perak.Sementara itu, Sivakumar pada sidang media berasingan berkata, pihaknya mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak dengan memanggil beberapa individu termasuk Zambry dan dua wartawan."Jawatankuasa mengadakan mesyuarat itu untuk mendapatkan maklumat berhubung laporan akhbar terhadap Speaker. Jadi, mesyuarat itu bertujuan mengumpulkan maklumat untuk mendapatkan bukti, sama ada ia betul atau tidak,” katanya yang mengakui Zambry memberi kerjasama ketika memberi penjelasan.Jawatankuasa itu dipengerusikan Sivakumar dan dianggotai Datuk Hasbullah Osman (Temenggor) daripada Barisan Nasional, manakala lima lagi daripada Anggota Pakatan Rakyat yang merupakan Kerajaan Perak yang sah iaitu Husin Din (Selingsing), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Sum Chok Leng (Bercham).Sivakumar berkata, sehingga kini, jawatankuasa itu belum membuat sebarang keputusan kerana masih pada peringkat penyiasatan.Beliau berkata, siasatan dibuat mengikut Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak.Tindakan ahli yang berhormat ADUN Perak boleh dirujuk kepada peraturan ini samaada ianya berlaku di dalam dewan atau di luar dewan.
YB KHALIL IDHAM LIM
ADUN TT.SERONG

ISU TANAH-JAWAPAN MB

Dato' Seri Ir.. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin berkata :

Sebenarnya dalam mesyuarat exco kerajaan PR Perak ini ada di hadiri oleh 3 orang pegawai kanan yang cukup berpengalaman sebagai Ex-Officio. Ini dibuat bagi membimbing serta menasihati semua ahli MMK supaya tidak buat keputusan yang berlanggaran atau bercanggah dengan setiap perundangan dan ketetapan negara dan negeri.Oleh yg demikian setiap keputusan yang dibuat adalah melalui proses yang menyeluruh dan merujuk kepada mereka.Kedua ,Semua ketua jabatan teknikal negeri memberi komen dan input tentang setiap permohonan terutama hal ehwal tanah, perlombongan, pelaburan dsbnya. Mereka juga akan menasihati jemaah exco dalam membuat keputusan.Ketiga, setiap kali sebelum bermesyuarat exco, semua kertas baru untuk kelulusan atau penolakan akan dipersembahkan kepada kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak atau Raja Muda , Raja Dr Nazrin Shah. Lagipun, setiap keputusan yang dibuat pada mesyuarat exco sebelumnya juga akan dibentang minitnya kepada DYMM Sultan.Tohmahan mengenai "gadai tanah" kepada Cina atau seumpamanya tidak berasas sama sekali dan hanya menunjukan kurang hemah serta bijak dalam membuat dakwaan tersebut. Sekali gus memperkecilkan kewibawaan semua institusi kerajaan yang terlibat.Untuk pengetahuan semua, saya ingin menyatakan sedikit maklumat yang mana puluhan ribu ekar tanah kerajaan serta tanah rizab Melayu yang di gadai dan dijual kepada kaum lain oleh kerajaan terdahulu sebagaimana UMNO menggadaikan Singapura, Pulau Pinang, Batu Putih, Sebahagian Pulau di Langkawi atau Pulau Pangkor Baru. Sebahagian tanah kerajaan dan rizab melayu yang melayang ketangan Cina akibat kecerdikan kerajaan terdahulu ialah:
22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.
5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.
200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Hiway!Kerajaan PR berjaya menghentikan penggadaian tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial ditengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak Tengah pada pertengahan bulan Mac 2008, tarikh kerajaan PR ambil alih, oleh kerana tanah tersebut telah dijanjikan kepada towkay- towkay jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru (kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli), adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12.Bukan janji DAP!.DAP tiada manifesto ketika itu di Perak. Seandainya semua keluarga kampong baru (47,000) menerima anugerah hak milik selamanya, ianya hanya melibatkan sejumlah tanah tak lebih dari 3000 ekar . Ya! tak lebih tiga ribu ekar.Oleh kerana tanah lot di kampong baru jauh lebih kecil saiznya. Kerajaan akan memperolehi tambahan revenue (oleh kerana kenaikan kadar premium tanah ) sejumlah RM330 juta.Nilaian tanah akan menjadi RM1.6 billion dipasaran dan tanah tersebut boleh disandarkan ke bank komersial oleh tuan milik jika di tukar kepada hak milik selamanya.Mereka boleh buat pinjaman dan membina rumah yang kekal dan cantik kerana tiada kebimbangan tanah mereka akan dirampas dimasa akan datang.Ini cuma kampong baru, belum lagi kampong tersusun! Cuba bandingkan dengan jumlah keluasan tanah yang digadai oleh kerajaan dahulu.!Kerajaan Perak tiada dapat apa-apa bahkan kerugian berjuta-juta dan putih biji mata kita orang melayu sebagaimana melihat "kecerdikan " pimpinan UMNO gadai Singapura, Penang dll.Saya amat berharap menghebahkan perkara sebenar kepada rakyat Perak khususnya kaum saya orang melayu, akan pengkhianatan pimpinan UMNO sewaktu mereka berkuasa dahulu. Namun hajat ini tidak kesampaian kerana TM Radio Perak FM tak bagi kerana di milik UMNO, (agaknya!).