Rabu, 31 Mac 2010

Anwar Dedahkan Hubungan APCO, firma milik Zionis dengan PM Najib. Cetak dan Edar !

1. Terima kasih kepada Tan Sri Speaker kerana memberi ruang kepada saya untuk memberi penjelasan mengenai peranan dan skop penglibatan firma perhubungan awam bernama APCO. Isu ini wajar diberi perhatian khusus kerana ianya bukan sekadar isu 1Malaysia atau 1Israel atau tohmahan yang dilemparkan kepada saya sebagai seorang agen Yahudi. Namun demikian, isu-isu terbabit ditenggelami jika hendak dibandingkan dengan skandal dahsyat yang bakal didedahkan hari ini; yang tidak bersangkutan dengan kedudukan mahupun reputasi saya atau pun reputasi rakan-rakan saya. Sesungguhnya keselamatan negara kita dalam bahaya. Isu ini membongkar politik kronisme yang membarah serta rundingan sulit pihak tertentu sehingga membelakangkan kepentingan rakyat dan negara. Tidak dapat dinafikan lagi kini wujud ancaman terhadap keselamatan nasional, maklumat strategik negara terdedah kepada agensi perisikan asing dan tercalarnya maruah umat.

2. Bagi mengelak sebarang keraguan penjelasan saya hari ini bukan sekadar muslihat politik atau tuduhan tidak berasas, Insya Allah, setiap kenyataan saya hari ini akan disokong dengan dokumen, rencana malah salinan perjanjian yang ditandatangani oleh pihak-pihak terbabit.

3. Sehingga kini Perdana Menteri belumpun memberi sebarang maklum balas terhadap gesaan saya agar segera mendedahkan serta memperincikan bentuk hubungan di antara kerajaan dan APCO, apa skop tugasannya, jumlah peruntukannya, setiap penasihat yang terbabit; peranan serta pengaruh mereka dalam kerajaan.

4. Selama ini kita hanya dimaklumkan bahawa penglibatan APCO adalah terhad, tetapi kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan kebelakangan ini menunjukkan penglibatan yang lebih menyeluruh dan membimbangkan.

5. Ini berdasarkan kepada jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri yang menyatakan:

“Kerajaan ada melantik Syarikat APCO Worldwide Sdn Bhd untuk melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi kepada Kerajaan Persekutuan secara menyeluruh…APCO Worldwide juga disarankan menjayakan program untuk mempromosi dan meningkatkan imej Malaysia di luar negara ”

6. Manakala bagi pihak APCO sendiri, mereka merumuskan penglibatan mereka seperti berikut:

“APCO’s work has included communication support for a broad range of reform initiatives undertaken by the government of Malaysia, especially in the areas of creating jobs, promoting education, and strengthening delivery of services to the people.”

7. Kenyataan tersebut sebenarnya membuka pekung serta memunculkan lebih banyak persoalan. Ini bukan syarikat perhubungan awam biasa yang sekadar menulis ucapan mahupun kenyataan akhbar ataupun bertindak melonjakkan imej Perdana Menteri walau itupun amat dikesalkan kerana ianya dilakukan menggunakan dana rakyat. Dilaporkan usaha ini menelan belanja sekitar RM 20 juta. Secara sedar atau tidak kenyataan APCO mengakui bahawa lantikannya adalah untuk membantu strategi komunikasi yang menyeluruh, bermakna firma tersebut terlibat secara langsung memberi bantuan komunikasi di dalam pelbagai inisiatif dan dasar kerajaan. Ini bermakna, APCO terlibat secara langsung dalam mempengaruhi mesej yang disampaikan kepada rakyat dan saya akan terangkan dengan mendalam kenapa perkara ini sangat membahayakan kepada rakyat dan negara.

8. Pada 18hb Mac 2010, APCO mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan mereka dengan gagasan 1Malaysia, kononnya konsep itu wujud sebelum APCO dilantik sebagai firma perunding.

9. Penafian yang dibuat oleh APCO itu merupakan usaha mereka untuk mengelirukan kita akan tarikh sebenar firma tersebut terbabit dengan pentadbiran Perdana Menteri sekarang. Penafian tersebut menggambarkan bahawa ianya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan pentadbiran Dato’ Sri Najib Razak, atau Dato’ Sri Najib sendiri, pembantunya atau para penasihatnya.

10. Sebuah portal berita telah melaporkan pada 28 Julai 2009 setakat mana penglibatan APCO dengan pentadbiran Perdana Menteri Dato’ Seri Najib.

11. Antara lain, dilaporkan bahawa perkhidmatan APCO ini diperkenalkan kepada Perdana Menteri oleh Omar Mustapha, penasihat Perdana Menteri yang juga teman lama YB Rembau dan rakan kongsi firma perunding Ethos Consultancy. Saya akan buktikan selepas ini bagaimana perkaitan di antara Omar Mustapha dan APCO sebelum pun APCO dilantik secara rasmi sebagai perunding kerajaan.

12. Walaupun yang diumumkan kepada negara dan rakyat bahawa 1Malaysia dicetuskan sendiri oleh Perdana Menteri peranan Ethos Consultancy tidak boleh diremehkan. Ternyata kebanyakan dari kita tidak menyedari hubungan akrab eksekutif Ethos dan APCO yang masih berterusan.

13. Sebab itu kita tidak hairan, sebaik sahaja Dato’ Seri Najib menjadi Perdana Menteri, Omar Mustapha dikhabarkan membawa masuk APCO menjadi perunding komunikasi kerajaan.

14. Malah, laporan berita tersebut dengan jelas menyatakan bahawa seorang penasihat dari APCO telah pun ditempatkan di pejabat Perdana Menteri sejak dari awal Perdana Menteri mengambil alih.

15. APCO juga dilaporkan terlibat secara langsung dalam menentukan strategi 100 hari pentadbirannya, termasuklah mesej dan dasar utama seperti 1Malaysia dan inisiatif yang lain.

16. Berdasarkan laporan tersebut juga pegawai-pegawai kanan kerajaan dikatakan tidak selesa apabila Perdana Menteri ingin menganugerahkan kontrak bernilai RM20 juta kepada APCO untuk meneruskan kerja-kerja rundingan kepada kerajaan. Kontrak itu dijangka dianugerahkan antara bulan Julai dan September 2009; iaitu selepas penglibatan individu dari APCO yang dibawa masuk pada tempoh awal Perdana Menteri mengambil alih.

17. Semua ini bukan saya yang kata, bukan Pakatan Rakyat yang cipta – semuanya telah pun dilaporkan sejak tahun lalu dan ianya belum pun dinafikan pihak yang dikatakan terlibat.

18. Sebab itu mengambil kira beberapa peristiwa atau contoh yang berlaku apabila kerajaan ditipu oleh penasihat-penasihat asing sehingga menyebabkan kerugian berbillion ringgit; atau diaibkan di peringkat antarabangsa; saya melihat episod perlantikan APCO ini sebagai satu lagi kelalaian yang boleh merugikan dan membahayakan negara.

19. Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mengingatkan Perdana Menteri dan kerajaan untuk tidak mengulangi kesilapan dan kelalaian lepas apabila terlalu percayakan penasihat asing sehingga kita tidak memeriksa dengan tepat reputasi mereka serta penglibatan mereka sebelum ini. Apatah lagi perlantikan tersebut diselubungi misteri dan tanpa penelitian.

20. Dulu, mantan Perdana Menteri mengizinkan kerajaan melantik David Zaidner dari firma Marc Rich untuk menasihati agensi kerajaan dan Bank Bumiputra cuba memanipulasi pasaran timah sedunia sehingga kita kerugian besar. Tidak sewajarnya kita lupa skandal Maminco itu. Mantan Perdana Menteri ketika itu seolah-olah tidak meneliti dahulu rekod David Zaidner, yang diketahui umum tidak suka mengikut peraturan dan undang-undang di dalam amalannya.

21. Kemudian, episod yang membabitkan Jack Abramoff hanya untuk mendapatkan satu temujanji dengan Presiden Bush dalam tahun 2002 dengan membayar USD$1.2 juta tanpa memeriksa dahulu latar belakang Jack Abramoff. Dalam tahun 2006, kerajaan Malaysia dimalukan apabila Jack Abramoff didapati bersalah menipu dalam satu transaksi kewangan sehingga dipenjarakan dan pada masa itulah semua penglibatan kerajaan Malaysia didedahkan. Abramoff juga merupakan seorang pelobi yang terlibat dalam penipuan tanah kaum peribumi Amerika Syarikat(Red Indian) untuk tujuan pembinaan kasino. Perlantikan Abramoff juga dibuat dengan penuh kerahsiaan dan pasti tidak diketahui umum sekiranya Abramoff tidak diheret ke muka pengadilan di Amerika Syarikat.

22. Walaubagaimanapun, mantan Perdana Menteri tersebut hanya memberikan tugasan yang spesifik kepada firma Marc Rich dan Jack Abramoff dan tidak melibatkan perjalanan jentera kerajaan yang menyeluruh.

23. Dalam konteks inilah, kita melahirkan kebimbangan kerana kenyataan keraajaan sendiri menjelaskan bahawa mereka memainkan peranan penting membentuk strategi komunikasi kerajaan dalam dasar-dasar penting terutamanya yang melibatkan rakyat. Kenyataan APCO menyatakan:

“will work to assist in strengthening the government’s online and other strategic communication capabilities to speed the delivery of accurate information to the media and public.”

24. Sekarang, kebimbangan kita bukan sahaja latar belakang APCO, tetapi bentuk penglibatan APCO dengan kerajaan Malaysia dan apakah maklumat yang telah dikongsi oleh kerajaan dengan APCO.

APCO DAN MODUS OPERANDI

25. Tetapi sebelum kita meneliti dengan lebih dalam kenapa penglibatan APCO secara rapat dengan kerajaan merupakan satu risiko yang wajar kita elakkan, kita perlu meneliti dahulu modus operandi firma-firma seperti APCO.

26. Hanya dengan memahami modus operandi yang digunakan oleh APCO, baru kita boleh memahami kenapa penglibatan APCO dengan kerajaan Malaysia diselubungi misteri dan rahsia.

27. APCO memanglah sebuah firma hubungan awam bertaraf antarabangsa. Reputasinya digilap kerana penglibatan tokoh-tokoh yang ada kaitan dengan pentadbiran Amerika Syarikat atau pun ahli-ahli politik di Capitol Hill.

28. Pada masa yang sama, APCO juga menggunakan khidmat mereka yang mempunyai pengaruh di dalam bidang atau kerajaan masing-masing. Kalau kita lihat senarai Panel Penasihat Antarabangsanya, ahli penasihat APCO termasuklah beberapa tokoh diplomatik dan tokoh perisikan Israel.

29. Oleh itu, adalah penting untuk Dewan dan rakyat memahami bahawa reputasi APCO adalah sebagai sebuah firma pelobi. Apa fungsi firma pelobi di Washington?

30. Selalunya mereka akan mengaturkan perjumpaan atau seminar untuk membaiki imej sesebuah organisasi; terutamanya pemimpin-pemimpin yang mempunyai rekod hak asasi atau rasuah yang buruk di mata dunia.

31. Jadi, fungsi utama mereka adalah untuk membaiki imej pemimpin-pemimpin (atau badan-badan) yang mempunyai rekod yang tidak baik. Saya akan senaraikan selepas ini contoh-contoh pemimpin sebegini; yang secara tidak langsung kini Perdana Menteri Dato’ Seri Najib telah mendapat penghormatan kerana tergolong dengan pemimpin-pemimpin sebegini.

32. Untuk menjalankan tugas ini, mereka juga perlu menjaga nama dan reputasi mereka sebagai firma perhubungan awam. Sebab itu ada beberapa perkara penting di dalam modus operandi mereka yang perlu kita fahami.

33. Pertama – mana-mana pihak yang mengambil APCO sebagai perunding akan menandatangani perjanjian. Salah satu bahagian utama di dalam perjanjian ini adalah mengenai perkara-perkara rahsia; dengan izin “Confidentiality” atau “non-disclosure”.

34. Reputasi APCO sebagai firma pelobi banyak bergantung kepada kemampuannya menangkis soalan-soalan mengenai peranan dan penglibatannya dengan badan yang melantiknya, terutamanya pemimpin-pemimpin yang berimej buruk ini.

35. Sebab itu, tidaklah sukar untuk Barisan Nasional ingin mengabui mata rakyat dengan meminta APCO mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan dalam 1Malaysia, atau peranan sebenar dengan kerajaan Malaysia. Biar saya ingatkan rakyat Malaysia tidak mudah untuk diputarbelitkan.

36. Mereka faham bahawa adalah menjadi sebahagian dari tugas APCO, seperti yang termaktub di dalam perjanjian lantikan bersabit perkara-perkara sulit dan rahsia; untuk melindungi klien mereka dan secara langsung menafikan penglibatan.

37. Saya ambil contoh dua perjanjian lantikan yang melibatkan APCO. Satu yang ditandatangani oleh kerajaan Malaysia dengan APCO bertarikh 4hb Ogos 2009 yang secara khusus memberi tugasan kepada APCO untuk membaikpulih imej kerajaan Malaysia. Ini mempunyai tandatangan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri sendiri, iaitu Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad yang menunjukkan betapa dekatnya APCO dengan Perdana Menteri – sedangkan pada kebiasaannya perjanjian kerajaan hanyalah ditandatangani oleh pegawai-pegawai kerajaan sahaja.

38. Satu lagi contoh adalah perjanjian lantikan oleh Kerajaan Israel yang melantik APCO untuk menjalankan tugasan yang sama, bertarikh 9hb Januari 1992 . Pada jangka waktu yang sama, Ehud Barak masih berkhidmat sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera Negara Israel.

39. Kedua-dua perjanjian ini dengan jelas menghuraikan peranan APCO sebagai pelobi; yang antara lain perlu menyimpan rahsia-rahsia kerajaan yang diberikan kepada APCO dalam menjalankan tugasan. APCO juga tidak boleh mendedahkan maklumat kecuali diberi keizinan oleh kerajaan Malaysia. APCO malahan terlibat dengan apa yang dipanggil sebagai komunikasi strategik yang menyeluruh.

40. Kita berhak menuntut kerajaan dan Perdana Menteri datang ke Dewan Rakyat dan berterus terang mengenai perjanjian yang telah ditandatangani dengan APCO – terutamanya semua soalan-soalan yang telah saya timbulkan minggu lalu mengenai tugasan, bayaran, penasihat-penasihat yang terbabit dan pengaruh mereka setakat ini.

41. Berbalik kepada modus operandi yang kita tekankan tadi. APCO dalam operasinya membentuk pertalian dengan kerajaan-kerajaan yang melantiknya menggunakan firma bersekutu (dengan izin “associates”) di seluruh dunia. Selain Asero, firma bersekutu lainnya adalah Global Political Strategies.

42. Di Israel, salah satu firma bersekutu adalah Asero Worldwide yang diketuai oleh Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral. Beliau juga adalah salah seorang penasihat antarabangsa kepada APCO.

43. Jadi kontrak-kontrak yang melantik APCO tidak semestinya di antara APCO dan kerajaan semata-mata. Kerajaan boleh sahaja melantik firma bersekutu APCO tetapi tenaga pakar dan jaringan penasihatnya serta jaringan sekutunya adalah dari APCO.

44. Kalau di Israel, lantikan dibuat melalui Asero Worldwide. Contohnya, kontrak lantikan bertarikh 9hb Januari 1992 itu adalah di antara kerajaan Israel dan sebuah firma bersekutu bernama GCI International. Tetapi apabila kita meneliti kandungan perjanjian tersebut termasuk tenaga utama yang akan menjalankan tugas-tugas melobi, salah seorang pengurus kanannya adalah Margery Kraus yang kini merupakan CEO APCO.

45. Oleh sebab itu, kita perlu berhati-hati dengan penafian oleh APCO bahawa ianya tidak terlibat. APCO sebagai sebuah firma mungkin tidak terlibat dengan idea gagasan 1Malaysia – Apa mungkin Perdana Menteri hadir ke Dewan Rakyat dan menyatakan secara tegas bahawa tidak ada mana-mana individu yang ada kaitan dengan APCO atau firma bersekutu dengan APCO atau penasihatnya yang terlibat dengan gagasan 1Malaysia? Kita pertikai gagasan penting bagi pentadbiran sekarang tidak tergolong dengan apa yang dikira sebahagian dari komunikasi yang menyeluruh.

46. Bolehkah Perdana Menteri menerangkan adakah sebelum Ethos atau Omar Mustapha; yang dikatakan bertanggungjawab membawa gagasan 1Malaysia bagi pertimbangan Perdana Menteri; Omar Mustapha atau mana-mana eksekutif Ethos tidak mempunyai apa-apa hubungan langsung dengan mana-mana individu yang ada kaitan dengan APCO? Perdana Menteri perlu menerangkan adakah kerajaan atau Ethos atau mana-mana firma yang dilantik kerajaan; pernah melantik Mind Teams Sdn Bhd iaitu nama syarikat sebelum APCO secara rasmi bertapak di Kuala Lumpur. Paul Stadlen yang kini mengetuai APCO di Kuala Lumpur merupakan individu sama yang menandatangani perjanjian bagi pihak Mind Teams Sdn Bhd dengan Kerajaan Malaysia. Antara pengarahnya juga adalah Margery Kraus; CEO APCO dan invidu penting yang terlibat dengan akaun di Israel.

47. Perdana Menteri juga perlu menerangkan kepada Dewan; kenapa Omar Mustapha penasihat yang dipercayai Perdana Menteri dilaporkan membawa APCO untuk menasihati kerajaan dalam dasar-dasar penting terutamanya 1Malaysia? Tidakkah ini menimbulkan persoalan mengenai perkaitan di antara Ethos, APCO dan 1Malaysia? Manakala itu Perdana Menteri beria-ia menonjolkan Omar Musthapa sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah Petronas walaupun ditolak pada mulanya oleh Lembaga Pengarah atas alasan gagal membayar biasiswanya.

48. Soalan-soalan ini perlu dijawab oleh Perdana Menteri, kerana kita tahu modus operandi APCO yang diselubungi degan rahsia dan melibatkan banyak individu yang bernaung dengannya tetapi menggunakan firma-firma yang berlainan.

REKOD APCO

49. Kebimbangan kita mengenai penglibatan APCO dengan kerajaan Malaysia banyak bersabit dengan rekod APCO dengan pemimpin-pemimpin yang mempunyai rekod hak asasi manusia atau penyelewengan harta rakyat di seluruh dunia.

50. Ada dua aspek yang membimbangkan kita – pertama; APCO banyak memberi khidmat untuk memulihkan imej pemimpin-pemimpin sebegini yang menindas rakyat di negara masing-masing. Sehinggakan akhbar The Times of India menulis bagaimana APCO mempunyai diktator-diktator di dalam senarai pelanggannya . Rencana tersebut menyenaraikan antaranya:

“Adolf Hitler was a brilliant propagandist. Narendra Modi too believes in the power of image.

Which is probably why the chief minister hired a US lobbying firm which has serviced clients like former Nigerian dictator Sani Abacha and President-for-life of Kazakhstan Nursultan Abishuly Nazarbayev.

This Washington-based firm, Apco Worldwide, was hired by Modi sometime in August this year, in the run-up to an important Assembly election, to improve his image before the world community. Among its recent clients are Mikhail Khodorkovsky, a former Communist youth leader-turned-Russian billionaire with mafia links.”

51. Keduanya; mereka yang terlibat dengan APCO mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan Israel serta ahli politik Amerika Syarikat yang mempunyai pandangan yang serong terhadap umat Islam.

52. Soalan saya kepada Perdana Menteri – jika ini reputasi dan rekod APCO yang diketahui umum; apakah mesej yang ingin disampaikan kepada rakyat melalui perlantikan APCO sebagai perunding kerajaan?

53. Apakah pentadbiran Perdana Menteri mengakui bahawa Perdana Menteri dan partinya Umno adalah setaraf dengan rejim-rejim diktator di dunia; sehinggakan khidmat APCO yang selama ini membaiki imej diktator perlu digunapakai?

54. Saya ingin kupas kedua-dua aspek dan memberikan bukti bahawa berdasarkan rekod APCO selama ini, sewajarnya kerajaan tidak melantik mereka kecualilah kepakaran yang diperlukan kerajaan adalah kepakaran menggunakan wang untuk membeli pengaruh di Washington.

55. Dalam tahun 2007, seorang wartawan penyiasat yang terkenal di Amerika Syarikat bernama Ken Silverstein telah menyamar untuk melantik APCO mewakili kerajaan Turkmenistan. Beliau telah melaporkan hasil siasatannya mengenai peranan dan pendekatan APCO membantu membersihkan imej diktator-diktator dunia di dalam sebuah rencana yang disiarkan di dalam Majalah Harper’s. Berikut antara pendedahan majalah tersebut:

Apco was the first firm i contacted, because it was a natural candidate to represent Turkmenistan: it has experience working not just on behalf of authoritharian regimes in general-the dictatorship of General Sani Abacha in Nigeria, for example, which employed the firm in 1995, the same year it hanged 9 democracy activists.”

56. Pendedahan Ken Silverstein itu jelas menunjukkan peranan yang dimainkan oleh APCO dalam membantu pemimpin-pemimpin yang begitu buruk rekodnya. Nama-nama yang disebut di dalam pendedahan tersebut termasuklah Barry Schumacher yang juga pernah terlibat di dalam tugasan lantikan kerajaan Israel pada tahun 1992 dan Jennifer Millerwise Dyck, bekas jurucakap CIA dan jurucakap Naib Presiden Dick Cheney; yang rekodnya di dalam perang di Afghanistan dan Iraq kita semua sedia maklum.

57. Sekiranya YB meneliti laporan tersebut, lebih membimbangkan adalah pendekatan yang diambil oleh APCO dalam menjalankan assignment itu.

58. Kepada kerajaan yang melantiknya, mereka dijanjikan pertemuan-pertemuan dengan pemimpin Kongres, dialog atau seminar dengan pelbagai institusi untuk memberi imej yang amat berlainan dengan apa yang berlaku.

59. Kepada pemimpin Kongres dan kerajaan Amerika Syarikat, mereka akan menjaja pertemuan-pertemuan ini sebagai peluang untuk mempengaruhi kepimpinan kerajaan yang melantik mereka sebagai perunding. Tidakkan ini satu amalan yang kurang beretika kerana ia seolah-olah mengambil untung di kedua-dua belah pihak? Bukankah ini satu isu yang besar apabila ada risiko campur tangan semata-mata untuk mendapatkan pertemuan-pertemuan di Washington?

60. Sebab itu saya akan terangkan selepas ini risiko-risiko yang telah ditanggung oleh negara apabila Perdana Menteri dicucuk hidung oleh Omar Mustapha dan juak-juak dari Ethos untuk melantik APCO.

61. Senarai pemimpin-pemimpin yang menggunakan khidmat APCO untuk membaikpulih imej diktator adalah panjang dan mengejutkan.

62. Selain Turkmenistan, Kazakhstan dan Azerbaijan; salah seorang klien APCO yang paling terkenal adalah bekas diktator Nigeria iaitu General Sani Abacha. Mengikut laporan-laporan BBC General Sani Abacha merupakan pemimpin berkedudukan No. 4 yang paling korup di dunia. Semasa pemerintahannya, berbillion-billion dollar dilesapkan. Wang yang dilesapkan oleh orang kanannya sahaja berjumlah USD$2.5 billion.

63. APCO sebagai firma perhubungan awam yang terlibat dengan komunikasi strategi mempunyai misi untuk melunakkan imej Sani Abacha yang melesapkan wang negara.

64. Aspek kedua yang membimbangkan kita adalah kehadiran ramainya tokoh-tokoh yang berkait rapat dengan kerajaan Israel dan organisasi pertahanan negara itu termasuklah agensi perisikan sebagai perunding atau penasihat APCO.

65. Tidakkah tindakan Perdana Menteri melantik APCO, yang umum diketahui rapat dengan tokoh-tokoh kanan rejim Zionis, merupakan sikap kepura-puraan? Di depan rakyat, kerajaan Barisan Nasional bercakap mengenai perjuangan Palestin, mengutuk rejim Zionist malah merotan pesalah-pesalah rakyat marhaen yang lemah untuk membuktikan ia sebuah kerajaan yang menegakkan Islam – adil atau tidak itu belakang kira.

66. Tetapi secara senyap di belakang, tanpa pengetahuan rakyat; Perdana Menteri dinasihati secara terus dan dekat oleh sebuah firma yang ditunjangi oleh tokoh-tokoh kanan rejim Zionis? Regim yang memenjarakan Gaza dan menindas baik umat Islam dan mereka yang beragama Kristian di Palestin.

67. Secara khususnya, saya ingin membawa perhatian Dewan kepada tiga tokoh utama Israel di dalam APCO iaitu Doron Bergerbest-Eilon, Ittamar Rabinovich dan Shimon Stein . Ketiga-tiga tokoh ini adalah tokoh kanan rejim Zionis.

68. Doron Bergerbest-Eilon adalah Ketua Bahagian Keselamatan dan Perlindungan, Agensi Keselamatan Israel. Apa itu Agensi Keselamatan Israel?( Israel Security Agency)

69. ISA adalah nama rasmi kepada satu organisasi yang cukup busuk namanya di kalangan umat Islam; iaitu Shin Bet. Apa ini Shin Bet? Shin Bet adalah adik kembar kepada Mossad; iaitu agensi perisikan Israel. Bezanya – Shin Bet adalah agensi perisikan dalam negara dan Mossad adalah agensi perisikan luar negara.

70. Siapa lagi tokoh-tokoh kanan rejim Zionis di dalam APCO? Antaranya Itamar Rabinovich; Duta Israel ke Amerika Syarikat, salah satu jawatan terpenting dalam rejim Zionis. Ini adalah jawatan diplomatik paling kanan dan hanya tokoh paling kanannya sahaja yang menjawat jawatan ini. Begitu juga dengan Shimon Stein iaitu mantan duta Israel ke Jerman. Kedua-dua ini merupakan jawatan diplomatik kanan buat Negara Israel. Kedudukan mereka yang kanan dalam lingkaran diplomatik memperlihatkan keupayaan mereka untuk mempengaruhi serta melobi bagi pihak APCO sekarang.

RISIKO KEPADA NEGARA

71. Sebab itu kita menimbulkan isu ini kerana ia melibatkan keselamatan dan reputasi negara serta maruah umat.

72. Kita jelas mengapa kita bangkitkan isu ini. Ianya kerana kita mempertikaikan tindakan kerajaan menganugerahkan kontrak perkhidmatan puluhan juta ringgit kepada sebuah syarikat yang mana ada dari kalangan eksekutif kanannya pernah memegang jawatan tinggi dalam organisasi seperti Shin Bet dan Kerajaan Israel. Kita khuatir kerana pentadbiran Dato’ Sri Najib seperti tidak runsing dan gundah mengambil sebuah firma yang tercemar dengan rekod berkhidmat untuk para diktator dan petindas. Sikap membisu Perdana Menteri pastinya mengundang pelbagai kemusykilan serta persoalan.

73. Membicarakan persoalan seperti komunikasi menyeluruh, pastinya ia berkait rapat dengan Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Penerangan dan banyak kementerian lainnya. Maknanya APCO mempunyai akses/terdedah kepada jaringan strategik serta penting dan pastinya memberi kesan kepada keselamatan negara. Melantik organisasi asing yang mempunyai rekod seperti APCO, lalu mengamanahkannya dengan tanggungjawab besar serta kemudahan sedemikan rupa pastinya menggadai kepentingan negara. Oleh kerana itu saya menggesa kerajaan agar segara membatalkan kontrak perkhidmatan dengan APCO dan menubuhkan sebuah Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat skandal yang memalukan ini.

*Ini bukan sebahagian dari ucapan. Sekadar penilaian dan perbandingan pihak tuan berhubung persamaan di antara 1Malaysia dan 1Israel:

a. 1Israel adalah parti gabungan yang dipimpin oleh Ehud Barak yang menang pilihanraya Israel pada tahun 1999. Ia pada asalnya mengumpulkan Parti Buruh, Gesher dan Meimad dan kemudiannya bergabung dengan parti-parti agama Yahudi dan sayap kanan seperti Shas, Meretz dan beberapa parti lain.

b. 1Israel menandakan beralihnya dasar Parti Buruh menjadi lebih keras dan bersayap kanan; dengan kemasukan parti-parti lain di dalam gabungan. Ia merupakan gabungan pilihanraya yang mengumpulkan parti-parti perkauman bersayap kanan yang berbeza ideologi dan kepentingannya.

c. Sebab itu pendekatan yang diambil oleh Ehud Barak adalah dengan menumpukan kepada perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh 1Israel kepada rakyat untuk mengalih perhatian pengundi daripada perbezaan ideologi parti-parti di dalam 1Israel.

d. Platform 1Israel menjanjikan perkhidmatan-perkhidmatan yang lebih baik terutamanya di dalam pendidikan dan kesihatan yang terpampang di papan tanda besar.

e. Mesej-mesej yang konsisten di papan tanda besar ini adalah tumpuan 1Israel untuk mendahulukan rakyat; dengan mendahulukan perkhidmatan seperti pendidikan dan kesihatan sebelum meluaskan kawasan penempatan Israel.

f. Jadi mesej 1Israel adalah “rakyat didahulukan”, mesej 1Malaysia adalah “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”.

g. Satu lagi inisiatif utama kerajaan 1Israel adalah dengan merombak sistem kesihatan. Di bawah 1Israel, fungsi Kementerian Kesihatan diubah dengan menjadi perancang dan mengurangkan penekanan kepada rawatan wad dan hospital – sebaliknya rakyat digalakkan mendapatkan rawatan pencegahan sebelum ke hospital; sama ada di klinik atau dengan ubat-ubatan yang diberikan.

h. Maka 1Israel penekanannya adalah klinik, di Malaysia kita ada Klinik 1Malaysia.

i. Selain itu di bawah 1Israel pelbagai tabung, yayasan dan kempen dilancarkan secara bertubi-tubi; semuanya di bawah payung 1Israel. Begitulah juga di Malaysia tiap-tiap hari kita disuap dengan pelancaran, yayasan (contohnya Yayasan 1Malaysia), tabung, kampung dan pelbagai lagi – semuanya konsep 1Malaysia.

Pejabat Ketua AMK

Isnin, 29 Mac 2010

Tingkatkan ilmu dan kemahiran-Sdr. Salman

Bagi mendepani cabaran dan iklim politik yang lebih hebat di masa akan datang setiap anggota pemuda dinasihatkan untuk mempertingkatkan ilmu dan juga pelbagai bidang kemahiran.Ilmu yang dimaksudkan seperti ilmu komunikasi,bahasa dan juga ict.Yang dimaksudkan dengan mahir pula ialah mahir memimpin.Justeru para pemuda diseru supaya mamahirkan diri dan mendalami ilmu kepimpinan.Inilah antara beberapa perkara yang dipertegaskan oleh Sdr. Salman Salleh,Naib Ketua Dppn Perak.

"Ini penting untuk membina jati diri kepemudaan" jelas Salman ketika berucap merasmikan mesyuarat agung Dewan Pemuda Pas Kawasan Lumut pada pagi kelmarin.

Selain itu beliau turut memperingatkan para pemuda bahawa Pakatan Rakyat akan menghadapi cabaran lebih besar pada pilihanraya ke-13 akan datang.Oleh itu beliau menekankan agar setiap jentera pemuda memberi tumpuan yang lebih terhadap gerak kerja dan bidang tugas yang digalas.Walaupun populasi dan suasana semasa pengundi diseluruh negara sebenarnya positif dan berpihak kepada Pakatan,ini tidak bermakna Pakatan boleh mencapai kemenangan dengan mudah.

Dalam hal ini beliau menyarankan agar jentera pemuda memberi tumpuan kepada usaha mendaftar pemilih baru dari kalangan pengundi muda yang sudah cukup umur dari kalangan Cina,India dan juga Melayu.Pemuda khususnya pemuda Lumut mesti bekerjasama membantu Pas kawasan dalam usaha kearah ini.

Untuk tujuan itu,katanya lagi pihak Dppn sedang merancang untuk mengadakan program pendaftaran secara besar-besaran di setiap Dun dan akan dilancarkan dalam masa yang terdekat ini.

Beliau juga turut mengingatkan agar anggota pemuda disetiap peringkat agar memahami misi dan visi parti.Justeru penting katanya bahawa misi dan visi parti itu dirangka selaras dengan apa yang diajar Rasulullah s.a.w demi mencapai keredaan Allah s.wt.

-Nur12-

Kenyataan Rasmi Tuk Guru


KENYATAAN RASMI
YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
MENTERI BESAR KELANTAN


PERLANTIKAN SEMULA SEBAGAI
AL-MURSYIDUL AM PAS

• Saya telah dimaklumkan mengenai perlantikan semula saya sebagai Al-Mursyidul Am bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk sesi 2010-2015 sebagaimana yang telah diputuskan di dalam mesyuarat kedua Majlis Syura pada hari ini, jam 10 pagi pada hari ini, 29 Mac 2010.

• Sukacita saya ingin merakamkan terima kasih kepada kepimpinan PAS Pusat di atas kepercayaaan diberikan kepada saya bagi memikul amanah yang berat ini. Ia juga adalah satu cabaran bagi saya untuk terus memberikan khidmat sebagai Al-Mursyidul Am menurut apa yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS.

• Namun, saya anggapkan ia sebagai ketentuan Allah Subhanahu wataala kerana kemampuan saya untuk menjalankan tugas ini amat bergantung kepada masa dan keupayaan serta keadaan kesihatan saya. Bahkan pada pagi ini pun, saya baru saja menghadiri sesi pemeriksaan doktor di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

• Seperti yang telah saya tegaskan sebelum ini, bahawa saya tidak mempunyai sebarang halangan untuk menerima pelantikan ini sekiranya Majlis Syura berpandangan untuk terus memberi kepercayaan kepada saya. Saya sifatkan itu adalah keputusan ‘syura’ yang bakal membantu saya memikul amanah ini. Lebih-lebih lagi di dalam mempersiapkan upaya parti menghadapi pilihanraya umum yang ke-13 nanti.

• Menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti.

• Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat.

Semoga kerjasama dan husnul-zhon (sangka baik)dari semua kepimpinan, saya yakin PAS akan terus menjadi parti yang perkasa dan Insya-Allah PAS di Kelantan bersama-sama PAS di seluruh Negara akan terus utuh bersama-sama rakan-rakan Pakatan Rakyat dalam mendepani cabaran politik baru di Malaysia hari ini.

Sekian, wassalam.


TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Bertarikh : 29 Mac 2010

Khamis, 25 Mac 2010

Ahli Parlimen Hulu Selangor kembali ke rahmatillah

KAJANG, 25 Mac: Ahli Parlimen PKR Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia jam 9.30 malam ini selepas mengalami barah otak sejak sekian lama.

Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumahnya dekat Jalan Cheras, Kajang.

Beliau yang merupakan bekas Timbalan Menteri Besar Selangor di zaman BN meninggal ketika berumur 71 tahun dan meninggalkan seorang balu iaitu Datin Zaharah Mohd Zin serta empat orang anak.

Zainal Abidin menang dalam pilihan raya lalu atas tiket PKR di kerusi Parlimen Hulu Selangor selepas mengalahkan calon BN dari dari MIC, P Palanivel dengan hanya 198 undi.

Dengan kematian ini bermakna pilihan raya kecil ke 10 akan diadakan dalam masa 60 hari.


-harakahdaily-



Komen Nur12:
Seluruh saf kepimpinan Dppkl merakamkan ucapan Ta'ziah buat keluarga Allahyarham dan mengharapkan agar mereka bersabar menerima dugaan ini.Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian.Semoga Allahyarham ditempatkan bersama para Salihin dan Rohnya dicucuri rahmat Ilahi.Amin.

Kerusi DUN Titi Tinggi tidak kosong - SPR

PUTRAJAYA 24 Mac - Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Titi Tinggi, Perlis tidak kosong dan penyandangnya, Yip Sun Onn masih anggota DUN yang sah, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Abdul Aziz berkata, setakat ini SPR belum lagi menerima sebarang surat rasmi mengenai peletakan jawatan Sun Onn daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, Datuk Yazid Mat.

"Walaupun Speaker sudah sahkan terima surat itu tetapi selagi SPR tidak menerima sebarang surat rasmi, kerusi DUN itu tidak kosong dan hanya SPR sahaja yang boleh memaklumkan mengenai sebarang kekosongan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ditanya berapa lama Speaker boleh memegang surat peletakan jawatan itu, Abdul Aziz berkata, tempoh masa bagi Speaker boleh memegang surat itu tiada dalam undang-undang.

"Itu semua terpulang kepada urusan Speaker dan anak buahnya," katanya.

Semalam, Speaker DUN negeri itu, mengesahkan menerima surat peletakan jawatan daripada Sun Onn yang juga Naib Ketua MCA bahagian Padang Besar pukul 3 petang dua hari lepas dan menasihatkannya supaya mempertimbangkan keputusan itu.

Sub Onn, 52, dikatakan kecewa kerana tidak dilantik semula sebagai anggota Exco kerajaan negeri yang disandangnya sejak dua tahun lalu apabila namanya tidak disenaraikan dalam majlis mengangkat sumpah di Istana Arau, Jumaat lalu.

Sebaliknya ADUN kawasan Indera Kayangan, Dr. Por Choo Chor dilantik ke jawatan itu dan mengangkat sumpah di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. - BERNAMA

Ex-Lynxcrew :Lagi mau pusing ka SPR,alasan yang Hangpa bagi ni x masuk akal langsung,apa pasal kes kota seputih dulu x isytihar kosong sedangkan speaker Kedah dah bagitau kt SPR yang kerusi kawasan 2 kosong,bila kena kat Pas hangpa bg alasan mcm2,bila kena kat umno lain pulak hangpa bagi.haram jadah punya SPR.

Selasa, 23 Mac 2010

Menziarahi keluarga pelajar Pasti yang kematian ketua keluarga

Ust Awis dan bapa mertua arwah
Kelihatan ibu mertua dan anak arwah begitu sedih
Antara cikgu-cikgu Pasti yang mengikuti ziarah ke rumah arwah
Isteri arwah menerima sumbangan dengan rasa terharu

Pengerusi Pasti menyampai sedikit sumbangan dari Pasti Kawasan


Semalam penulis dihubungi oleh Pengerusi Pasti kawasan mengajak penulis menziarahi keluarga pelajar pasti taman 2A seri manjung yang baru saja kehilangan bapa tersayang pada hari selasa yang lepas,pemergian arwah yang begitu mendadak begitu meninggalkan kesan kepada keluarga terbabit,arwah juga merupakan pesara tentera laut baru saja menamatkan perkhidmatan lebih kurang setahun yang lalu,menurut isteri arwah yang juga pesara tentera darat,arwah sebelum ini tidak mempunyai sebarang penyakit.Marilah kita sama-sama mendoakan agar roh arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.Amin

ex-lynx crew

Kisah Mufti Perak

Saya tidak berhasrat menulis dalam blog ini mengenai Sahibus Samahah Dato’ Seri Harusani, saya menghormati kedudukan beliau sebagai ulama dan mufti yang disegani. Antara mufti yang agak lantang suaranya dalam mempertahankan isu-isu yang berkaitan umat Islam seperti gejala murtad, sureheboh dan sebagainya beliaulah orangnya.
Beliau juga sering menjadi jurucakap kepada para mufti seluruh negeri.

PAS sering menyokong kenyataan Mufti yang tegas dalam isu gejala murtad, sureheboh dan sebagainya. Sering juga Mufti Perak tidak setuju dengan PAS dan kerap membidas pandangan pimpinan-pimpinan utama PAS. Namun PAS tetap juga cuba menjalin hubungan yang baik dengan Mufti.

Menghormati kedudukan Mufti sebagai seorang ulama yang tegas dan lantang, PAS Perak kerap juga mengunjungi Dato' Mufti untuk bertukar-tukar fikiran di pejabatnya. Ketika YAB Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkunjung ke Perak dulu, PAS Perak turut mengaturkan kunjungan Tuan Guru ke kediaman Mufti, Tok Guru bersama pimpinan PAS Perak disambut dengan begitu mesra oleh Mufti Perak, dan kami dijamu makan tengahari ketika itu. Begitu juga sebelum itu, ketika Mufti Perak berkunjung ke Kelantan, beliau disambut oleh Tok Guru dan diberi penghormatan menyampaikan ceramah agama di Kelantan.

YB Dato' Seri Hj Nizar sebagai MB Perak bersama beberapa ADUN dari PAS juga berkunjung ke pejabatnya dan juga berkunjung ke kediaman Mufti pada hari raya puasa. Itu semua adalah bagi menjalin hubungan yang baik dengan Mufti. Kerajaan PR cukup menghormati kedudukan beliau sebagai Mufti.

Dalam siri-siri pertemuan tersebut, banyak juga Mufti Perak menceritakan pengalamannya sebagai Kadhi Besar di Pulau Pinang, pernah bertugas di Bukit Aman (tidak pasti apa tugasnya di Bukit Aman) dan di Perak. Menurutnya kelantangan dan sikapnya terhadap sesuatu isu, beliau pernah dilabel pembangkang atau penyokong PAS oleh pihak kerajaan.

Ketegasannya dalam isu murtad dan program sureheboh juga menyebabkan beliau sering menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pimpinan UMNO BN terutama Dr. Mahathir. Menurutnya beliau pernah dihalang menyampaikan ceramah di sebuah masjid di Bangi atas arahan pihak atasan,ketika itu Khir Toyolah MBnya. Ketika beliau tidak disenangi oleh pemimpin UMNO ketika itu di atas kelantangan dan sikapnya dalam isu murtad dan sureheboh, PASlah yang membela dan menyokong Mufti Perak. Tidak ada seorang pun pemimpin UMNO yang membuat kenyataan menyokongnya.

Sejak akhir-akhir ini kenyataan dan sikapnya terang-terangan menunjukkan beliau tidak puas hati dengan PAS, Pakatan Rakyat dan YB Hj Nizar sendiri. Walaupun sebelum ini beliau pernah membuat kenyataan tidak menyebelahi mana-mana parti politik, tetapi kenyataannya jelas menunjukkan beliau menyokong UMNO BN.

Mufti Perak tidak pernah mengambil pengajaran dari sikap UMNO yang anti Islam dan ulama. Kita pasti Mufti Perak tahu sangat yang UMNO terutamanya pemimpinnya tidak faham Islam, malahan anti kepada para ulama. Beliau juga tahu, ada pemimpin UMNO yang mahu menyingkirkannya sebagai Mufti di Perak, namun kerana jawatan Mufti di bawah kuasa Sultan, selagi baginda mahu kepadanya, selagi itulah UMNO tidak boleh berbuat apa.

Sebenarnya Mufti Perak berkecil hati dengan PAS dan kerajaan PR. Ia bermula apabila keputusan pilihanraya 2008, UMNO BN tidak boleh membentuk kerajaan kerana hilang majoriti kerusi dewan undangan negeri. Ketika itu, tidak ada satu parti pun yang boleh bentuk kerajaan melainkan bergabung dengan parti-parti lain. UMNO di Perak menggelabah. Mereka menggunakan Harusani untuk memujuk PAS membentuk kerajaan campuran. Beliau mendakwa berjumpa Mursyidul AM di Kelantan bagi menyampaikan hasrat UMNO Perak, beliau juga mendakwa sudah bercakap dengan Presiden PAS dan Timbalan Mursyidul AM. Beliau juga ada menghubungi Ust Ahmad Awang sebagai PJ Perak. Beliau membangkitkan sentimen Melayu dan Islam dalam hujjahnya bagi membolehkan PAS bekerjasama dengan UMNO BN.

Namun PAS menolak pelawaan itu atas dasar pengalaman bersama UMNO BN dulu mengajar PAS untuk lebih berhati-hati. PAS tidak mahu mengulangi sejarah hitam tahun 1974-1978. PAS disingkirkan dari BN 1978 selepas mereka berjaya memecah belahkan PAS terutamanya di Kelantan.

Pemerintahan UMNO BN yang panjang menerajui negara juga membuktikan UMNO BN tidak boleh diharap membela Melayu dan Islam. UMNO BNlah yang menyebabkan Melayu hilang segala-galanya, beratus ribu hektar tanah orang Melayu digadai kepada bukan Melayu angkara UMNO BN. UMNO BNlah penyebab hilangnya biasiswa kepada anak-anak orang Melayu di IPT, UMNO BNlah penyebab quota bumiputera berkurangan di IPT, UMNO BNlah yang menghapuskan pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Melayu, UMNO BNlah yang menghapuskan kuasa Raja-raja Melayu, UMNO BNlah penyebab berlakunya gejala murtad dan gejaa sosial yang cukup parah kepada orang Melayu, UMNO BNlah yang menghentikan bantuan perkapitan kepada Sekolah Agama Rakyat di seluruh negara.

Sebaliknya UMNO BN hanya membela dan memajukan serta mengkayakan pemimpin UMNO dan kroni-kroni mereka. Pengkhianatan UMNO BN terhadap Islam dan Melayu tidak boleh disangkal, Harusani tahu semua ini. Tiba-tiba, beliau meletakkan harapan kepada UMNO BN untuk membela Melayu dan Islam.

Setelah UMNO BN ditolak oleh 54% rakyat Perak, Harusani cuba muncul untuk menaikan semula imej UMNO BN bagi membela Melayu dan Islam. Sebenarnya Harusani dipergunakan oleh UMNO BN bagi menaikkan semula sokongan rakyat kepada mereka dengan cuba membangkitkan sentimen Melayu Islam. Harusani sahaja yang tidak sedar diri yang dia diperguna.

Harusani gagal memujuk dan mempengaruhi PAS untuk membentuk kerajaan campuran BN + PAS di Perak. Beliau sangat kecil hati kepada PAS terutamanya Ust Ahmad Awang yang menolak mentah-mentah cadangan itu.

Beliau juga berkecil hati terhadap Hj Nizar sebagai MB yang telah menolak permohonannya supaya kerajaan negeri menanggung perbelanjaan perjalanan isterinya ke negeri Cina. Ketika itu, beliau mengikuti satu program lawatan ke Cina atas anjuran JAKIM, pemergian beliau ditaja sepenuhnya oleh JAKIM.

-misabah.blogspot-

Isnin, 22 Mac 2010

Apa guna 1Malaysia sedangkan BN menuju kehancuran

Mohd Sabri Said

KEPALA BATAS, 21 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempersoalkan apa gunanya slogan 1Malaysia yang diperkenalkan kerajaan sedangkan parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) sedang menuju kehancuran.

Menurutnya lagi, MCA yang akan memilih kepimpinan baru pada 28 Mac ini hampir terbenam ekoran sikap kepimpinannya sendiri yang rakus serta ego.

"Kalau mahu membina Malaysia ke arah yang lebih cemerlang, kita harus ada kekuatan dalaman terutama parti yang menjadi teras BN. MCA, Gerakan, MIC dan Umno telah hilang kewibawaan selepas Pilihan Raya Umum ke-12 lalu kerana rakyat tidak lagi menaruh harapan terhadap parti itu," tegasnya ketika perjumpaan dengan masyarakat Cina di Dewan Terbuka Hock Teik, Jalan Satu di sini, petang semalam.

Baginya, BN umpama sebuah kapal yang hampir karam di lautan yang bergelora.

“Bila karam semuanya rosak termasuk enjin serta anak kapal," jelasnya dalam program anjuran Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pulau Pinang dengan kerjasama DAP Kepala Batas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri resah dengan perkembangan politik kerabat BN terutamanya MCA yang dilihat makin kurang sokongan.
Sampai kini, MCA gagal mencari kepimpinan yang boleh menyelamatkan maruah parti tertua Cina itu.

"Rakyat terdiri daripada masyarakat Cina usah lagi bergantung harap pada MCA sebaliknya kena berani membuat perubahan dan memberikan sokongan padu pada Pakatan Rakyat yang memerintah empat buah negeri," kata beliau.

Sementara itu, wakil masyarakat Cina Kepala Batas, Lai Hock Peng berharap iklim politik sekarang masih menyebelahi Pakatan Rakyat, tambahan lagi Parlimen Kepala Batas ditandingi orang baru, bukan lagi Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Katanya, pasti PAS yang bertanding berpeluang kali ini kerana lazimnya orang baru sebagai calon BN akan menghadapi masalah perebutan.

"Saya yakin bila PAS bertanding kelak pada pilihanraya umum ke-13 nanti, Pakatan Rakyat akan menang kerana dulu ia hanya bergantung pada nama Tun Abdullah yang terkenal dengan cucu tok guru," jelasnya.


-harakahdaily-

Isnin, 15 Mac 2010

Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong Pas Perak ditembak

Seluruh saf kepimpinan Dewan Pemuda Pas Kaw Lumut (DPPKL)mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Siva Pandian ketua pemuda dewan himpunan penyokong Pas Perak yang mati ditembak sebentar tadi di Teluk Intan.DPPKLumut berharap ahli keluarga beliau dapat bersabar dan semoga pihak polis dapat menberkas pihak yang melakukan pembunuhan tersebut dengan segera.

Ahad, 14 Mac 2010

Ceramah Pakatan Rakyat

Takziah

Seluruh warga DPPKlumut mengucapkan takziah kepada Ust Zae'm@Nur12 di atas pemergian ayah mertua beliau ke rahmatullah pada pagi tadi,kami berharap ust sekeluarga tabah menghadapi dugaan dari Allah s.w.t.Teruskan berjuang

ex-lynxcrew

Ahad, 7 Mac 2010

PAS Perak gesa umat Islam mengenang 86 tahun kejatuhan Khilafah Islamiyah-PJ

IPOH, Tanggal 3 Mac pada setiap tahun merupakan satu tarikh yang amat meruntun jiwa bagi setiap umat Islam di zaman moden ini.

Demikian menurut Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar ketika ditanya mengenai ulangtahun kejatuhan Khilafah Islamiyah di bawah pemerintahan Kamal Attaturk laknatullah.

Menurut beliau, tarikh 3 Mac 1924 merupakan detik kejatuhan Khilafah Uthmaniyah yang mana pada detik itu, Islam tidak lagi berkuasa penuh di atas muka bumi Allah SWT. Pada tarikh ini juga, menandakan berakhirnya kekuasaan kerajaan Islam yang telah diasaskan sejak zaman
Rasulullah SAW.

Perkara ini sepatutnya amat mendukacitakan buat seluruh umat Islam di dunia. Tiada lagi kekuasaan menghalang kemungkaran dan juga kekuatan membela agama Allah di dunia ini. Islam dinodai dengan berbagai-bagai pengharaman ciptaan manusia yang bernama Mustafa Kamal Attaturk untuk menghalang penguasaan kerajaan Allah di muka bumi. Namun demikian,
setelah lama dibuai mimpi, kesedaran mulai timbul dari pengajaran yang cukup pedih buat umat Islam ketika itu.

Kesedaran tentang kewajipan mewujudkan khilafah Islamiyah, yang mana tidak dapat tidak wajib wujudnya khilafah ini yang memerintah dunia mengikut syariat Allah.

Maka, bermula pada tahun 1928, atas inisiatif seorang insan bernama Imam Hasan al-Banna telah merintis jalan untuk mengembalikan khilafah Islamiyah dengan menubuhkan satu jamaah Islam yang dinamakan Ikhwanul Muslimin.

Penubuhan Ikhwanul Muslimin ini telah mendorong penubuha jamaah-jamaah Islam lain di serata dunia. Islam mulai bertebaran di serata dunia selepas kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah.

Benarlah janji Allah SWT di dalam al-Quran ” Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasulnya serta orang orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang ” – Al Maidah : 56

Ayat di atas menerangkan tentang janji Allah SWT yang tidak ada syakpadanya. Kemenangan Islam telah dijanjikan oleh Allah SWT. Hanya mereka yang berpegang teguh kepada agama Allah dijanjikan kemenangan olehNya. Hasil daripada penubuhan Ikhwanul Muslimin, Malaysia juga
tidak ketinggalan untuk sama berada di dalam gelombang usaha menegakkan kembali khilafah Islamiyah. Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah bersama dengan Ikhwanul Muslimin untuk menegakkan khilafah Islamiyah khususnya di Malaysia.

Berpegang kepada aqidah yang satu, gerakan Islam di seluruh dunia meyakini khilafah minhaj ’alan Nubuwwah pasti akan kembali untuk mentadbir muka bumi Allah SWT. Allah tidak akan membiarkan manhaj ciptaan manusia untuk terus memerintah muka bumiNya.

Menurut Ustaz Abu Bakar lagi, sebagai umat Islam, kita wajib meyakini kemenangan Islam. Cuma pada ketika ini, ujar beliau, kita tidak tahu negara mana yang akan menjadi Daulah Khilafah. Kita juga masih tidak tahu siapa khalifahnya untuk dibai’ah. Sebagai umat Islam, kita wajib berjuang memerah setiap titik keringat dan darah yang ada untuk memenangkan Islam. Sebagai akhirnya, beliau menyatakan, Allah tidak akan bertanyakan tentang hasilnya, akan tetapi Allah akan bertanya apakah usaha yang telah kita lakukan untuk menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.

-misabah.blogspot-

Jumaat, 5 Mac 2010

Terompah Kayu

"Ulama Umno pula main kafir mengkafir"

http://penarikbeca.blogspot.com

Pagi tadi, saya dah tulis. Lepas Subuh, bila tengok berita Utusan Malaysia hari ini bertajuk "Harussani dedah keangkuhan PAS", saya fikir dalam hati, tak boleh biar putar alam ni. Pagi tadi dapat buat satu dua para ja. Ni baru sambung.

Antara lain, berita itu memetik Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata:

"...setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat Pas menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN".

Setahu saya, ustaz-ustaz yang mengajar memberitahu bahawa menolong orang yang zalim ialah dengan menghalang orang itu melakukan kzaliman. Bukan menolong si zalim namanya jika bersekongkol dengan si zalim.

Nabi Muhammad s.'a.w. yang dikasihi bersabda :"Tolonglah saudara kamu yang zalim dan yang kena zalim" Seorang lelaki bertanya, "wahai rasulullah, aku akan menolong seseorang yang dizalimi. Bagaimana pula, hendak menolong orang yang zalim?" Jawab Nabi, "berhentikan dia daripada melakukan kezaliman, maka itu adalah cara kamu menolong dia" (Al-Bukhari : 6438)

Harussani juga berkata:

"...Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir".

Bolehkah Harussani beritahu, adakah bila Umno berkerjasama dengan MCA, MIC, pemimpin-pemimpin bukan Islam dalam Gerakan serta PBS dan entah apa-apa parti, itu bermakna Umno "sayang kepada kafir maka kafir"?

Apa pendapat Harussani tentang orang-orang Umno yang mengundi Datuk Tan Lian Hoe di Gerik dan menolak calon beragama Islam dari PAS, Mohd Noor Abdul Rahman? Adakah "sayang kepada kafir maka kafir"? Bagaimana pula dengan para pemimpin Umno yang bermati-matian berkempen kepada orang-orang Islam di Gerik supaya mengundi Tan? Adakah "sayang kepada kafir maka kafir"?

Gerik hanya salah satu contoh. Banyak lagi contoh lain? Saya masih ingat lagi pilihan raya kecil Ijok. Banyak kawan-kawan saya dari Umno yang menyokong calon MIC, K. Parthiban dan mengeji-ngeji calon PKR yang beragama Islam, Tan Sri Khalid Ibrahim. Na'uzubiLlah, saya tidak akan menuduh mereka kafir. Tetapi saya nak tanya Harussani, adakah mereka "sayang kepada kafir maka kafir"?

Nak pulang paku buah keras dan menyatakan PAS yang kafir-mengkafir? Memanglah. Tetapi yang suka kafirkan Umno itu kini dah tak ada lagi dalam PAS. Ramai yang pakat-pakat masuk Umno seperti Ustaz Wan Ismail Machang, Ustaz Mohd Noor Idris, Ustaz Omar Khalid, Ustaz Abdul Razak Daud dan lain-lain.

Memang masih ada di dalam PAS yang dibising-bisingkan sebagai menuduh Umno kafir, walaupun saya tak pernah dengar menyebut secara jelas bahawa Umno kafir. Memang benar, pada 7 April 1981, Presiden PAS pernah memberikan ucapannya yang terkenal di Banggol Peradong, Kuala Terengganu: "Kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku, agama suku".

Tetapi, bukankah beliau juga yang kini begitu lunak kepada Umno? (Sila baca berita Utusan Malaysia 21/7/08 "Muzakarah bermula - PM 3 kali bertemu pemimpin Pas - Umno tidak letak syarat", berita Harakah Daily 19/2/10 "Utusan Malaysia putar belit kenyataan Presiden PAS" di mana beliau menyebut tentang "anjakan paradigma dalam Umno sendiri yang tidak lagi mengatakan politik suku agama suku" dan berita Malaysiakini 11/7/08 "Hadi: Apa perlu mainkan isu Altantuya?")

Apa yang hendak saya nyatakan adalah, orang-orang yang dahulunya mengkafirkan Umno kini sudah jadi Umno dan tidak lagi berada di dalam PAS dan orang yang dituduh mengkafirkan Umno pula kini kelihatan mesra Umno.

Kini, nampaknya giliran ulama Umno pula yang nak main isu kafir-mengkafir seperti yang dilakukan oleh Harussani.

-harakahdaily-

Rabu, 3 Mac 2010

AHLI PARLIMEN BAGAN SERAI DI DESAK LETAK JAWATAN


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat kecewa dengan tindakkan Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebentar tadi dan menjadi wakil rakyat Bebas serta merta.

DPPN Pk mendesak supaya Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin agar meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Bagan Serai kerana telah mengkhianati mandat rakyat memilih Pakatan Rakyat sebagai wakil mereka.

DPPN Pk juga meminta supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat tindakan yang telah dilakukan oleh Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin sekiranya terdapat sebarang unsur rasuah yang mendorong tindakannya itu.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

-dppperak.blogspot-