Isnin, 14 Jun 2010

Demonstrasi Judi Piala Dunia: Pakai Jersi Tanda Protes

Demonstrasi bantahan judi bola sepak anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat pada 3 Julai depan bakal tampil kelainan apabila orang ramai yang terlibat digesa memakai jersi pasukan bola sepak sebagai simbolik bantahan.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, cadangan memakai jersi bola sepak sama ada pasukan tempatan ataupunantarabangsa perlu dipandang serius bagi menggambar perubahan gerakanbantahan rakyat yang sangat serius.

"Saya nak minta kepada peserta supaya datang dengan memakai jersi, tak kira jersi apa... ikut negeri masing-masing pun boleh, kalau datang dari Kelantan boleh pakai warna merah dan saya dari Kedah akan pakai warna hijau kuning.

"Dan setiap peserta boleh juga bawa bola seorang sebiji, inilah simbolik kepada demonstrasi menentang judi bola sepak... kita nak sampaikan mesej bahawa bola tak mengapa, tapi judi tak boleh," katanyaketika menggulung ucapan perbahasan Muktamar PAS ke-56 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) di sini hari ini.

Demonstrasi bantahan terhadap tindakan kerajaan meluluskan lesen judi itu akan diadakan di Masjid Negara dan seterusnya berarak menuju ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Selain itu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berharap demonstrasi berkenaan disertai oleh seramai mungkin rakyat di seluruh negara bagi menunjukkan bantahan berkenaan.

"Walaubagaimanapun yang penting anda semua datang, jangan takut kepada pihak polis... semangat anda semua itu lebih penting," katanya.Mstar

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

Tiada ulasan: