Isnin, 6 Julai 2009

Jentera Lumut sudah berada di Manek Urai

''Turbo' Pusat Khidmat MP Bukit Gantang di Manek Urai...dicopy dari http://prkmanekurai.blogspot.com.


Beberapa jam lagi akan berlansung proses penamaan calon pilihanraya kecil N41 Manek Urai.Setakat ini boleh disahkan pertembungan antara Pas dan Umno.Calon bebas kalau ada pun,sama seperti prk senelum ini hanya untuk kacau daun saja.


Pihak admin blog Dppkl difahamkan jentera petugas pilihanraya dari Lumut telah tiba di Manek Urai (UPU Manek Urai Lama).Mereka akan turut serta dalam perarakan calon pagi ini dan seterusnya melakukan gerak kerja membantu jentera kempen prk ini bersama-sama jentera dari Perak.

Pilihanraya kecil ini dijangka sengit dan sehingga kini kedua-dua parti telah menyusun beberapa strategi bagi menggempur kubu lawan masing-masing.

Bagi jentera Pas pengalaman kemenangan di ketiga-tiga prk sebelum ini pasti tidak akan disia-siakan.Bahang kepanasan di Bukit Gantang masih membara.Umno pasti akan digempur habis-habisan.

Dppkl dengan ini ingin mngucapkan selamat bertugas dan selamat berkempen kepada seluruh jentera pilihanraya prk N41 Manek Urai khususnya buat jentera dari Lumut.Gunakanlah taktik dan strategi yang anda miliki bagi mempastikan kemenangan berpihak kepada Pas/Pakatan Rakyat melalui calonnya Saudara Fauzi b. Abdullah (Abe Uji).

Gempur Umno di Manek Urai! Bubar Dun Perak!

-Nur12-

Tiada ulasan: