Khamis, 7 Januari 2010

DS Nizar kemalangan

Lebih kurang jam 11 pagi tadi ketika saya berada di perkarangan Seri Ta'lim,saya dimaklum oleh saudara Azam (Petugas Pusat Khidmat DUN Psr. Panjang) bahawa Dato Sri Nizar kemalangan pagi tadi.Kereta yang dipandunya sendiri terbabas di jalan raya.Beliau Hanya cedera ringan dan kini sedang ditahan di wad 8C Hospital Raja Perempuan Bainun.

Sementara portal berita Harakahdaily dan BH Online masing-masing telah melaporkan kejadian pagi tadi.

Dengan ini pihak Dppkl mengharapkan agar Dato Seri Nizar bersabar menghadapi dugaan ini dan semoga beliau segera sembuh seperti sedia kala dan juga boleh meneruskan agenda Pakatan Rakyat di negeri ini khususnya bagi menghadapi pilihanraya DUN Perak.

-Nur12-

Tiada ulasan: