Isnin, 18 Januari 2010

Rumah terbakar dan kemalangan jalanraya

Tengahari tadi saya mendapat panggilan dari pemangku ketua pemuda pas ust bad,menyuruh saya pergi ke tempat kebakaran yang berlaku pagi tadi kerana beliau hendak menyampaikan bantuan makanan dan juga pakaian terpakai untuk meringankan keluarga yang terbabit dengan kebakaran tersebut,rumah terbabit dihuni oleh 2 orang iaitu seorang ibu dan anak perempuan yang berumur 12 tahun yang sedang belajar di sekolah wawasan.Kejadian tersebut disedari oleh wanita tersebut setelah pulang untuk mengambil kunci yang tertinggal,api yang begitu marak menyebabkan tiada barang yang dapat diselamatkan anggaran kerugian ialah rm6000.00,manakala dalam perjalanan ke tempat kerja tadi berlaku satu kemalangan dihadapan bangunan persekutuan yang melibatkan sebuah motor dan wira,kelalaian walaupun sedetik menyebabkan kita terlibat dengan kemalangan yang boleh mengorbankan nyawa dan kerosakan harta benda.Iktibar dari dua kejadian di atas,sikap tolong menolong dan berhati-hati amatlah diperlukan di dalam masyarakat kita walaupun berlainan agama.







catatan Ex-lynxcrew

Tiada ulasan: