Isnin, 31 Ogos 2009

ADUN Pakatan Perak tetap hadir sidang DUN Rabu ini

Oleh Dzulfikar Mashoor

IPOH, 30 Ogos: Kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Pakatan Rakyat Perak akan hadir ke Sidang Dun Rabu depan seperti notis panggilan yang telah dikeluarkan speaker V.Sivakumar kepada mereka.

Ianya sekaligus mengenepikan arahan Speaker Barisan Nasional, Datuk R. Ganesan agar ADUN mengabaikan jemputan yang dibuat Sivakumar itu.

Menteri Besar Pakatan Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pagi tadi menegaskan bahawa Ganesan tidak layak berbuat demikian kerana bekas Adun Sungkai itu bukanlah Speaker Dun yang sah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Adun Pasir Panjang turut berkata, mustahil Ganesan boleh mengakui dirinya Speaker Dun Perak, sedangkan jawatan itu masih disandang V. Sivakumar secara sah sehingga sekarang.

"Dia (Ganesan) bukan Speaker yang sah. Dia tidak berhak berbuat begitu (menghalang sidang Dun Rabu depan) kerana Sivakumar masih Speaker yang sah. Dalam laporan Aturan Mesyuarat (Standing Order) Dewan Undangan Negeri, selagi Speaker (merujuk pada Sivakumar) masih ada di kerusinya, tidak ada orang lain boleh mempengerusikan persidangan."

"Jadi, persidangan tidak bermula pun. Ini kerana Speaker Sivakumar telah menunggu semua yang diarahkan keluar dewan berdasarkan Perintah Tetap 11, keluar dewan (Dun)," ujarnya ketika dihubungi.

Jelas Nizar, Sivakumar telah mengarahkan 7 Adun BN (Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir, Hamidah Osman, Ramly Zahari, Dr. Mah Hang Soon, Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Zainol Fadzi Paharuddin) yang digantungnya kerana menghina Dun Perak; tetapi mereka enggan mematuhi peraturan tetap Dun.

Sivakumar juga telah mengusir keluar 3 Adun Bebas iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kpt. (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) yang didakwanya sudah hilang kelayakan sebagai Adun disebabkan pengisytiharan kekosongan Dun, keluar dewan; tetapi mereka juga mengingkari perintah Speaker Sivakumar.

"Arahan Speaker (Sivakumar) waktu itu sah. Mereka (Adun BN) sedar, mereka sudang hilang majoriti (di dalam Dun). Jadi, mereka heret Sivakumar keluar secara paksa sebelum lantik Ganesan. Itu (Ganesan) Speaker haram namanya." ujarnya lagi.

Ditanya tentang sidang dun Rabu depan sudah mendapat perkenanan Tuanku Sultan atau tidak, Nizar menjelaskan bahawa bidang kuasa Tuanku Sultan untuk memanggil sidang Dun sebenarnya pada permulaan penggal kerajaan memerintah sahaja.

"Artikel 36 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak hanya digunapakai untuk permulaan sesuatu sesi Dewan ataupun apabila Dewan bermula selepas sesi itu tamat. Artikel ini tidak boleh diguna pakai dalam keadaan setelah Dewan ditangguhkan dan dipanggil semula untuk bermesyuarat dalam sesi yang sama." tambahnya.

Beliau yang dikenali sebagai ikon 'Politik Baru Malaysia' sewaktu pilihanraya kecil Bukit Gantang, April lalu, turut memaklumkan bahawa persiapa Dun Perak kali ini telah dibuat lebih rapi, sejak enam bulan yang lalu.

Pihak Polis dan FRU tidak boleh lagi menghalang sidang Dun tersebut dari terus berlangsung, sebagaimana yang pernah mereka lakukan dalam peristiwa 'Perak Yang Gelita' (1Black Perak), 7 Mei lalu.

"Saya berasa ia (Perak Yang Gelita) tidak akan berlaku kerana Tuan Speaker (Sivakumar) telah membuat suatu persiapan yang lebih serius sejak enam bulan lalu. Sivakumar telah memohon daripada Mahkamah Tinggi Ipoh supaya ianya (sidang dun) tidak akan dihalang Polis dan FRU."

"Kami (Pakatan) merasakan kalaulah kemasukan kami (ke Dun) itu dihalang kerana mahkamah tidak memberikan pengisytiharan, maka ia sesuatu yang bertentangan dengan peraturan Panel Kod 124 Kanun Keseksaan. Polis dan FRU tidak boleh menghalang atau mengkasari kami. Sebab itu, kami (Pakatan Rakyat) meminta perintah Mahkamah supaya manghalang Ketua Polis Daerah dan FRU mengkasari kami dari menghadiri sidang dun depan," ujarnya lagi.

Nizar juga turut mempersoal kredibiliti Ganesan yang berani menganggap Sivakumar dan Pakatan Rakyat negeri seolah-olah menghina Tuanku Sultan Perak serta cuba merampas kuasa (kudeta) kerajaan negeri; sekiranya tetap mahu meneruskan sidang Dun Rabu depan.

"Yang menghina Sultan bukannya Sivakumar, Yang hina Sultan dan kemuliaan Dun Perak adalah Ganesan sendiri. Barisan Nasional lah yang kudeta (merampas kuasa) kerajaan negeri Perak dari Pakatan; yang sah mendapat mandat rakyat dalam pilihanraya umum ke-12 lalu." katanya.

Tambah Nizar lagi, Ganesan juga boleh dianggap sebagai perampas kuasa speaker Dun, kerana perlantikannya meragukan.

"Merujuk Perkara 36(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, Nizar menegaskan bahawa apa-apa perlantikan pun (termasuk melantik Ganesan), mestilah selepas titah Tuanku (Sultan Azlan Shah). Dia (Ganesan) dilantik dalam kalangan mereka (Adun-Adun BN) di dalam dewan, sebelum Tuanku bertitah (setelah) dengan merampas kerusi Speaker, sedangkan Speaker (Sivakumar) masih ada dikerusinya. Itu yang meragukan."

Semalam, sebuah akhbar arus perdana melaporkan, Ganesan mengarahkan semua Adun Perak tidak menghadiri sidang Dun Rabu depan.

Beliau mendakwa Sivakumar cuba menyamar sebagai Speaker Perak dan seolah-olah cuba merampas kerajaan negeri dari genggaman Umno Barisan Nasional.

Mei lalu, Sivakumar mengeluarkan Notis Panggilan Sidang Dun Tergempar 11 hari lebih awal sebagaimana sah di diperuntukkan undang-undang, Perintah Tetap Dewan Negeri (PT)8(1).

Bagaimana pun, ianya dihalang dan terpaksa mengadakan sidang di bawah pokok.

Selepas kejayaan BN menghalang sidang Dun tergempar lalu, khalayak percaya Pakatan Rakyat akan berdepan cabaran yang lebih genting Rabu depan.

-harakahdaily-

Khamis, 27 Ogos 2009

Sivakumar saman Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

IPOH: Speaker Dun Perak, V.Sivakumar hari ini memfailkan saman terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Dr Abdul Rahman Hashim untuk menuntut ganti rugi, ganti rugi teruk dan ganti rugi contoh.

Writ saman itu yang difailkan melalui Tetuan Chan & Associates di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini tengah hari tadi, meminta defendan mengemukakan maklum balas dalam tempoh lapan hari dari tarikh ia difailkan.

Dalam writ saman itu, Sivakumar yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) turut memohon injuksi untuk menghalang defendan atau ejen atau pekerja Abdul Rahman daripada menafikannya daripada memasuki dan menggunakan Dewan Negeri atau menghalang plaintif daripada menggunakan pejabat dan menjalankan tugasnya sebagai Speaker DUN.

Beliau turut memohon injuksi untuk mencegah sebarang penyalahgunaan, campur tangan atau pencerobohan daripada pihak defendan atau ejen atau pekerja Abdul Rahman.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Sivakumar mendakwa Setiausaha Kerajaan Negeri itu atau pekerja atau ejennya telah menghalang beliau dan anggota DUN daripada menghadiri dan memasuki Dewan Negeri yang terletak di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 3 Mac lepas.

Beliau juga mendakwa tindakan defendan menafikan aksesnya ke Dewan Negeri adalah tidak mematuhi undangundang dan tindakan itu adalah tidak berperlembagaan.

Sivakumar turut mendakwa tindakan defendan bersifat dengki dan bertujuan menyakiti plaintif di mana defendan berpihak kepada Datuk R.Ganesan sebagai Speaker dan menafikan hak plaintif sebagai Speaker yang sah.

ADUN Tronoh itu turut mendakwa defendan sedar atau mengetahui bahawa sebagai kakitangan kerajaan, defendan tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan atau menceroboh urusan Dewan Undangan sebagai majlis menggubal undangundang dan tindakan defendan atau pekerja atau ejennya akan menyakiti plaintif.

Sivakumar mendakwa akibat tindakan salah atau penyalahgunaan kuasa defendan, plaintif dilucutkan suatu tempat untuk mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri dan dihalang daripada menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagai Speaker DUN yang sah.

Dalam butiran penyalahgunaan, Sivakumar mendakwa Abdul Rahman sepatutnya sedar dan tahu bahawa beliau tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan dalam hal ehwal Dewan Undangan.

Bekas Speaker itu juga mendakwa defendan menunjukkan sifat berat sebelah dengan memihak kepada Barisan Nasional (BN) sejak 7 Feb lepas selain gagal untuk menjauhkan diri daripada parti politik.

Defendan juga didakwa mengarahkan polis untuk menghalang persidangan Dewan Undangan Negeri dan mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan selain gagal menjalankan tugasnya selaras dengan perintahperintah am.

Sivakumar juga mendakwa defendan telah bertindak di luar bidang kuasa dan tanggungjawabnya sebagai kakitangan kerajaan dan tidak boleh menuntut perlindungan di bawah Akta Prosiding Kerajaan 1956.

Dalam writ saman itu, Sivakumar mendakwa mengalami mengalami kejutan, kerugian dan kerosakan selain menanggung penghinaan serta perasaan malu di khalayak awam, akibat tindakan Abdul Rahman itu.

Beliau turut menuntut kos dan relief yang difikirkan adil dan saksama oleh mahkamah.

-BERNAMA-

(dengan edit)

Selasa, 25 Ogos 2009

PAS KEKAL DI PERMATANG PASIR


PAS - 9618

BN - 5067

MAJORITI - 4551

Syukur Alhamdulillah,atas ni'mat kemenangan.

Tahniah YB. Ust Salleh Man.

Terima kasih buat pengundi-pengundi.

Syabas buat seluruh jentera Pas dan Pakatan Rakyat dari seluruh negara yang bertungkus-lumus bagi memastikan kemenangan ini.

Kejayaan ini terlalu amat manis untuk dikecapi.

Ni'mat dan Barakah bulan Ramadan.

Permatang Pasir Kesinambungan Badar el-Kubra.


-Nur12-



Selamat mengundi


Kurang 3 jam dari sekarang kesemua peti undi Dun Permatang Pasir akan dibuka bagi membolehkan lebih 20 ribu pengundi untuk membuang undi masing-masing.

Setelah 8 hari berkempen,tentunya setiap parti yang bertanding sudah ada perkiraan tersendiri.Bagi Pas sebagaimana yang diluahkan Dato Mahfuz Omar,Pengarah Jentera bagi pilihanraya kecil ini,bahawa congakan keputusan undian sudah berada dalam 'kocek'nya."Cukup bagi Pas,walau pun menang dengan 1 undi" katanya.Kata-katanya ini mempunyai maknanya yang tersendiri.

Keputusan dijangka diumum seawal jam 8 malam ini.Apakah pengundi-pengundi Permatang Pasir akan terpengaruh dengan janji-janji retorik pembangunan oleh BN?Janji untuk dianak emaskan oleh Muhyiddin Yasin?

Apa pun setiap pengundi tentunya telah mempunyai pilihan masing-masing.

Tidak semua berpeluang mengundi dibulan Ramadan,bulan yang mulia.Buat pengundi Permatang Pasir,Dppkl dengan ini ingin merayu buat kali terakhir,di atas semangat Badar el-Kubra,sebelum anda tiba di meja undian,sudilah kiranya tuan-puan menggunakan peluang 'keemasan' ini untuk memisahkan antara hak dan batil.Persetankan janji-janji retorik penbangunan.Biarlah Be End dengan pembangunan mereka.

Kita ada Tuhan.Kita ada Rasul.Mengundilah atas nama Tuhan.mengundilah atas nama kebenaran.

Selamat mengundi.


-Nur12-

Sabtu, 22 Ogos 2009

Pemuda & Nisa' 'gempur' pasar Ramadan Seri Manjung










1. Hari pertama Ramadan 1430H,ekoran menularnya waba H1N1,maka Dppkl dengan kerjasama Nisa' Lumut telah mengambil inisiatif mengedarkan risalah kesedaran bahaya H1N1 dan bagaimana cara-cara untuk mengelakkan dari terkena waba tersebut.Turut diedar risalah Taqwim berbuka puasa yang disediakan Lajnah ICT Dppkl.

2. Tempat yang dipilih untuk xpdc ini ialah Pasar Ramadan Seri Manjung (belakang At Taalim lama).Memandangkan tempat ini sentiasa setiap kali bulan Ramadan dikunjungi oleh ramai penduduk sekitar Seri Manjung,lebih-lebih lagi pada hari pertama.

3. Rata-rata para pengunjung pasar Ramadan memberi respon yang baik apabila dihulurkan kepada mereka risalah yang menerangkan bahaya H1N1.Topeng 'mask' juga turut diedarkan secara percuma.Ramai yang berebut-berebut untuk mendapatkan topeng tersebut.

4. Program ini sebenarnya sebagai memenuhi tanggung jawab sosial Pas secara khususnya kepada masyarakat di Seri Manjung.Kehadiran kami sememangnya disenangi oleh para pengunjung dan juga para peniaga.

5. Ketika sedang mengedar risalah,rombongan kami terserempak dengan Dr. Zambry (MB Haram) besama kuncu-kuncunya yang juga berkebetulan turut berada di pasar Ramadan tersebut.Mungkin kunjungan rasmi untuk bermesra dengan pengunjung dan peniaga.Maklumlah prk negeri kan dah dekat.Tetapi tiada siapa pun dikalangan kami yang menyapa Dr. Zambry.Biarlah dia dengan urusnnya,kami dengan urusan kami.

6. Program sebegini banyak manfaatnya.Sebanyak 500 risalah dan 300 topeng 'mask' telah berjaya diedarkan.Moga-moga ianya dapat memberi kesedaran betapa pentingnya kita menjaga kesihatan diri daripada terkena waba' ini yang sekarang ini telah memangsakan seramai 68 orang.Moga usaha yang kerdil ini ditulis di sisi Allah sebagai amalan kebaikan yang sudah tentunya akan dibalas dengan kebaikkan lebih-lebih lagi apabila dibulan Ramadan.Amin.

7. Terima kasih buat semua yang menjayakan program pada petang semalam.Insyaalah,jika diberi kekuatan dan rezeki,kita akan turun lagi selepas ini.Mungkin Nisa' pula yang mengemudi dan Dppkl membantu.


-Nur12-

Tazkirah Istiqbal Ramadan

Ustaz Nazri Din

Antara jamaah surau Tmn Samudera

Khusyu' mendengar tazkirah

1. Pentazkirah Ustaz Nazri Din,Ketua Dewan Pemuda Pas Larut,merangkap Exco Dppp.Tazkirah disampaikan selepas 8 rakaat teraweh dan sebelum solat sunat witir.

2. Tazkirah diadakan di Surau Taman Samudera pada malam pertama Ramadan (21 Ogos).Seperti biasa kehadiran pada malam pertama amat memberansangkan.Begitulah diharapkan pada malam-malam berikutnya.

3. Ustaz Nazri cuba menjelaskan soal 'Taqwa'.3 tanda seseorang memperoleh Taqwa ialah dikurniakan oleh Allah kepadanya 'furqan' (pemisah antara kebenaran dan kebatilan),mengkafarahkan segala perilaku buruknya dan menghapuskan segala dosanya.

4. Ustaz Nazri juga menasihatkan para jemaah yang hadir agar benar-benar dapat menghayati konsep beramal dalam Islam iaitu pentingkan qualiti bukan kuantiti.

-Nur12-

Ramadan Kareem..


Bersempena dengan kehadiran Ramadan 1430H ini Dppkl ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menjalani ibadah Ramadan buat seluruh warga Lumut dan juga buat pengunjung-pengunjung setia blog Dppkl.Moga kita semua beroleh Ketaqwaan.Insyaallah.

"Barang siapa berpuasa dibulan ramadan dengan penuh keimanan dan keinsafan,akan terampun segala dosanya yang telah lalu".Al-Hadis.

-Nur12-

Khamis, 20 Ogos 2009

Berkaitan 'bulan'

InsyaAllah pada petang ini 20 Ogos 2009 bersamaan 29 Syaaban 1430H,pegawai-pegawai dari jabatan agama diseluruh negera yang bertugas mencerap anak bulan akan ke tempat yang telah ditetapkan untuk melihat anak bulan bagi menentukan 1 Ramadan 1430H.

Jadi kepada mereka yang bertugas,selamat melihat anak bulan ramadan.

Manakala pada 25 Ogos ini pula akan berlansung pilihanraya kecil Dun Permatang Pasir.

Kepada seluruh pengundi Permatang Pasir,selamat memangkah 'bulan'.

Dua-dua bulan.

-Nur12-

Permatang Pasir: Bekas rakan kongsi Rohaizat dakwa Umno berbohong


BUKIT MERTAJAM, 20 Ogos: Bekas rakan kongsi Rohaizat Ibrahim, calon BN Permatang Pasir, Yusri Ishak hari ini mempertahankan dirinya dan mendakwa tuduhan terhadap beliau oleh Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan adalah bohong.

Yusri yang mengadakan sidang media khasnya di Yayasan Salam hari ini berkata, dia tidak ada kaitan dengan kes pecah amanah itu sebagaimana yang didakwa Ahmad Maslan.

"Itu kenyataan bohong," kata Yusri. Sehubungan itu, beliau akan membuat laporan polis segera selepas berbincang dengan peguamnya.

Yusri keluar mempertahankan diri selepas Ahmad Maslan dan beberapa pemimpin Umno lagi dalam kenyataan mereka berkata, calon BN itu adalah mangsa salah laku rakan kongsinya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Rohaizat tidak terlibat dalam sebarang transaksi jual beli tanah yang diuruskan oleh rakan kongsinya bagi pihak Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Berhad.

Ahmad mendakwa, Rohaizat menjadi mangsa keadaan setelah rakan kongsi beliau meninggalkan firma berkenaan di mana beliau terpaksa memikul tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan rakannya itu.

Beliau seterusnya mendakwa, sebagai menunaikan tanggungjawab syarikatnya, Rohaizat telah membayar balik wang koperasi tersebut.

Menurutnya, sikap bertanggungjawab Rohaizat itu menunjukkan beliau seorang pemimpin yang berkualiti dan tidak melarikan diri seperti rakannya itu dan boleh dianggap sebagai "wira".

Menurut Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan (gambar), ekoran keputusan Majlis Peguam memecatnya, Rohaizat telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi terhadap keputusan memecatnya itu.

Namun mahkamah telah mengekalkan keputusan Majlis Peguam itu.

Hari ini, rakan kongsi yang dimaksudkan itu keluar dalam sidang media dan menolak segala dakwan Maslan dan lain-lain pemimpin Umno itu.

"Saya memohon kepada PAS dan PKR agar memberikan pentas mereka kepada saya untuk mempertahankan diri," kata Yusri dalam sidang media hari ini.

-harakahdaily-

Info Dppkl: Ust Bad pangku tugas Ketua Dppkl

Berikutan perpindahan tempat kerja secara mengejut Ketua Dppkl,Sdr. Nizamuddin Majidi,maka tugasnya sekarang dipangku oleh Timbalan Ketua Dppkl,Ust Badrul Hisyam Baharudin (gambar).

Sdr. Nizamuddin yang sebelum ini bertugas di Seri Manjung kini telah ditukarkan ke Alor Star,Kedah pada awal bulan ini.

Sebelum ini pun telah berlaku perkara sedekian apabila mantan ketua Dppkl Ust Roslan Mat Isa tidak sempat untuk menamatkan sesi pentadbiran Dppkl apabila terpaksa berpindah kerana pertukaran tempat kerja.Tugasnya pada waktu itu dipangku oleh Sdr. Nizamuddin.

Kini perkara sama berulang.Memang kerusi ketua Dppkl 'berhantu'.

Apa pun tanggungjawab kini terpaksa dipikul oleh Ust Badrul Hisyam.Beliau merupakan Mudir sekolah Menengah At-Taalim dan merupakan anak jati Seri Manjung.Beliau sememangnya tidak asing lagi dikalangan pemuda di Lumut memandangkan beliau sebelum ini adalah merupakan ajk Dppkl sejak beberapa penggal yang lalu.

Tugas pertama beliau sebaik sahaja memangku tugas ini ialah mengetuai jentera Dppkl ke Permatang Pasir pada 20-24 Ogos nanti.

Maka dengan ini saya mewakili seluruh ajk Dppkl akan terus memberi sokongan kepada Ust Badrul Hisyam dalam mengemudi bahtera Dppkl tercinta ini.Pandulah dengan cermat,agar selamat.

"PERKASA KEMENANGAN,PERKUKUH JEMAAH"


-Mohd Za'eem b. Zaid@Nur12-
Ketua Penerangan&Dakwah Dppkl

Kes Demo Kuala Kangsar

En. Hamidon

Semalam 19 Ogos saya pergi ke mahkamah Sesyen Kuala Kangsar bersama lawyer Zamri untuk mengikuti perbicaraan kes menghalang kenderaan menteri besar (Zambry Kadir) mengangkat sumpah di depan Masjid Ubudiyah.

Semua OKT (Orang Kena Tuduh) hadir walau pun ada beberapa orang yang telah ditegur oleh hakim mahkamah sesyen kerana lewat hadir. Perbicaraan kes ini telah berlangsung selama 3 hari. Hari-hari sebelumnya saya tak dapat mengikutinya kerana pergi ke Permatang Pauh untuk hari Penamaan calon N11, Permatang Pasir.

Saksi yang dipanggil semalam ialah seorang jurugambar PDRM berpangkat koperal yang telah berkhidmat sebagai jurugambar selama 11 tahun. Semalam juga lawyer bagi pihak OKT telah bertanya berkaitan penglibatan jurugambar tesebut semasa kejadian. Terkebil-kebil juga dia menjawabnya, hingga menunjukkan seolah-olah beliau tiada mempunyai pengalaman dalam bidang juru gambar. Salah satu soalan yang ditanya......Sebagai jurugambar yang profesional, tentu anda tahu, jika negatif itu dikeluarkan, nombor 1 ke no 36 yang keluar dahulu. "Tak pasti Yang Arif", jawabnya. Ada juga gambar-gambar yang menunjukkan aksi agresif yang ditunjukkan oleh PDRM tidak ditangkap sebagai OKT berbanding dengan OKT yang ditangkap. Kenapa ? tanya Lawyer Augustine yang mengetuai lawyer pembela. Augustine menambah dalam penghujahannya, kerana orang itu adalah orang Barisan Nasional. Dua kali disebut didalam mahkamah pada petang itu. Saksi PDRM itu diam. Berkaitan dengan tugasnya pada hari tersebut, beliau memberitahu mahkamah, dia diarah bertugas mulai jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang untuk mengambil gambar di kawsan terbabit. Saksi ini juga diminta menerangkan istilah rusuhan sebagaimana yang ia faham. Dari gambar-gambar yang ditunjukkan tiada kelihatan OKT ini merusuh.

Mahkamah akan bersambung pada 21 Oktober 2009 dan akan memanggil saksi-saksi lain yang difahamkan berjumlah seramai 52 orang.


-http://pusatkhidmatadunpasirpanjang.blogspot.com-

Usrahmaya Dppkl


Sebentar tadi ketika dalam mesyuarat Ajk Dppkl, Sdr.Azizan selaku Ketua Lajnah ICT Dppkl telah memaklumkan bahawa beliau telah berjaya mewujudkan satu laman usrah maya Dppkl.Laman ini boleh dilawati di http://usrahmayadppkl.forumotion.com.

Laman ini diwujudkan hasil dari lontaran idea Ust Badrul Hisyam selaku Ketua Lajnah Tarbiyyah Dppkl yang mahukan masyarakat pemuda menggunakan sepenuhnya ruang kemudahan ict yang wujud ketika ini.


Semoga usaha kerdil ini dapat mempelbagaikan lagi medan dakwah khususnya dikalangan pemuda selain daripada dijadikan wadah untuk perbincangan,penyampaian maklumat,pertukaran idea dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan tarbiyyah.

Sayugia dengan itu,Sdr. Azizan menjemput kesemua pemuda-pemuda untuk menyertai usrahmaya ini dan menggunakan ruang ini sebaik mungkin demi untuk kelansungan dakwah dan Dppkl itu sendiri.
Selamat berusrah di 'udara'.

-Nur12-

Rabu, 19 Ogos 2009

Penjelasan Majlis Peguam mengenai kes Calon BN

Merujuk kepada pertanyaan-pertanyaan dari pihak media, kami ingin menjelaskan status Rohaizat Othman sebagai peguambela dan peguamcara.

Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara menyingkir Rohaizat Othman dari Senarai Peguambela dan Peguamcara pada 7 March 2008 selepas beliau didapati bersalah kerana penyelewengan.

Keputusan Lembaga Disiplin dibuat selepas penyiasatan terhadap aduan yang dibuat terhadap Rohaizat Othman oleh seorang pembeli. Menurut aduan tersebut, Rohaizat Othman telah gagal memulangkan hampir RM 161,000.00 kepada pengadu selepas urusan jual beli dibatalkan.

Rohaizat Othman merayu terhadap keputusan Lembaga Disiplin ke mahkamah Tinggi, dan rayuan tersebut ditolak pada 12 Ogos 2009. Oleh itu, beliau secara undang-undang, tidak layak untuk mengamalkan undang-undang sebagai peguambela dan peguamcara.

Keputusan Lembaga Disiplin terhadap Rohaizat Othman adalah secara peribadi, dan Lembaga Disiplin tidak akan menghukum seseorang peguam itu atas kesalahan rakan kongsinya.

George Varughese
Secretary
Malaysian Bar


-PerakExpress-


-Komen Nur12:
Amat malang bagi rakyat Permatang Pasir jika memilih calon BN sebagai wakil rakyat mereka.

Permatang Pasir: Orang tak amanah teringin nak jaga amanah

PERMATANG PAUH, 19 Ogos: Masuk hari kedua berkempen, calon Umno Rohaizat Othman berulang kali menegaskan bahawa beliau akan turun bertemu semua peringkat untuk menjelaskan profesyen kerjanya yang sebenar.

Dalam kalangan Umno, Setiausaha Bahagian Permatang Pauh itu masih dikenali sebagai pengamal undang-Undang atau peguam. Ia ditegaskan oleh mediapro Umno dengan tajuk hebat, "Peguam syarie lawan ahli perniagaan" untuk membayangkan status calon BN itu.

PAS dan Pakatan Rakyat pula terus mempersoalkan sebab musabab mengapa calon taruhan Timbalan Presiden Umno Dato' Seri Muhyiddin Yassin itu tidak meletakkan kerjaya 'Peguam' dalam borang penamaan calonnya kelmarin.

Sebaliknya, Rohaizat mengakui bahawa beliau adalah ahli peniagaan; sama seperti calon Pakatan Rakyat dari PAS Mohd Salleh Man.

Dikatakan persoalan itu ada kaitannya dengan pengumuman yang dibuat Presiden Majlis Peguam Negara Ragunath Kasavan � Rohaizat ditarik balik (struck off) status peguam berdasarkan Bahagian 103D Akta Guaman 1976 atas kes penyelewengan wang.

Senada dengan Majlis Peguam Negara, Ahli Parlimen Pokok Sena yang juga Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar menjelaskan bahawa Rohaizat mesti menjelaskan segala kesangsian dalam kalangan pengundi Dun Permatang Pasir sekarang.

"Isunya jelas...Majlis Peguam membatalkan lesen beliau (Rohaizat) atas isu-isu berkaitan peribadi seperti pecah amanah RM161 ribu wang Koperasi Pekebun Kecil tahun lalu."

Tegasnya lagi, bagaimana seorang yang sah pecah amanah boleh menguruskan amanah rakyat di Permatang Pasir kelak.

Respon Muhyiddin, kes pecah amanah itu tidak boleh dikaitkan dengan peribadi Rohaizat, sebaliknya ianya adalah kesalahan firma serta rakan kongsi Rohaizat.

Bagaimana pun, Ragunath menegaskan pergantungan Rohaizat oleh Majlis Peguam atas kesalahan peribadi, bukannya atas firma guamannya atau rakan kongsi beliau.

Lantas itu, penamaan Rohaizat terus dianggap suatu penghinaan kepada pengundi Dun itu sendiri kerana tidak bersih dan menghadapi beberapa masalah moral.

Ahli Parlimen Kuala Kerai Dr. Mohammad Hatta Ramli berkata, Umno sebenarnya gagal menghidu isu integriti dan moral Rohaizat sehinggalah proses penamaan calon kelmarin selesai.

Menurut Dr. Hatta, tidak ada maknanya seseorang bakal Adun Permatang Pasir berkelulusan tinggi, jika dibelit pelbagai kes pecah amanah.

Ditanya sama ada beliau bersetuju PAS menyerang peribadi Rohaizat disebabkan isu tersebut, Dr. Hatta menegaskan bahawa Umno juga memperlekeh kerjaya 'peniaga ikan' Mohd Fauzi Abdullah (PAS) di Manik Urai; kerana calon Umno Tuan Aziz Tuan Mat berpendidikan tinggi.

Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifli Ahmad menjelaskan soal peribadi seseorang calon wajib dihitung di Permatang Pasir kerana Allah memerintahkan kepemimpinan Islam mestilah memiliki sifat keupayaan bekerja (al-quwwah) dan integriti (al-amanah).

Mengulas gesaan Umno supaya tidak ada serangan peribadi ke atas Rohaizat, Dr Dzulkifli menyifatkan usaha itu sekadar untuk menutup amalan pecah amanah oleh calon pertaruhan Umno semata-mata.

Bagi Ahli Dewan Negara, Senator Mumtaz Md Nawi � bulan Ramadhan ini seharusnya dijadikan medan terbaik menjelaskan peribadi calon yang haq dan batil; dengan mengambil iktibar dari prilaku Rasulullah s.a.w mendepani Peperangan Badar al-Qubra.

Kata Mumtaz lagi, memilih Adun Permatang Pasir sama seperti memilih imam solat jamaah. Imam mestilah seorang yang beramal Islami serta berakhlak mulia.

Seorang yang individu yang sah dibuktikan pecah amanah, tidak boleh menjadi imam solat jamaah mahupun Adun sendiri.

Tinjauan yang dilakukan dalam beberapa Bilik Gerakan Umno di sini sejak petang tadi, menyaksikan Umno tidak menyerang peribadi calon Pas.

Ini kerana, Mohd Salleh Man dikenali khalayak sebagai seorang yang Islamis, bersarjana pengajian Islam, berakhlak luhur serta ahli peniagaan yang tidak bermasalah.

Bagaimana pun, Umno menjadikan isu 'ahli Umno tidak masuk Syurga' untuk menyerang peribadi Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Biar pun Nik Aziz sudah menafikan laporan media arus perdana itu, Umno percaya isu tersebut sekurang-kurangnya boleh mengalih tumpuan khalayak dari isu 'pecah amanah' yang sedang membelit peribadi Rohaizat.

Malah, teknik membina ikon kebencian (icon of hatred) itu diyakini mampu memberi kredit tidak langsung kepada Rohaizat.

Setakat ini, kempen PAS masih kurang menonjolkan manifestonya untuk pengundi Permatang Pasir.

Begitu juga Umno, strategi menabur janji-janji 'politik pembangunan' masih kurang menonjol seperti beberapa siri pilihanraya kecil sebelum ini.

-harakahdaily-

Isnin, 17 Ogos 2009

Lagi doa hindari waba' dan bala'


Semoga kita semua dihindari dari waba' H1N1 dan segala penyakit-penyakit bahaya yang lain.

-Nur12-

Gambar Sekitar Program Pelancaran Jentera Pemuda

-MAJLIS PELANCARAN JENTERA PEMUDA PAKATAN RAKYAT N.11 DUN PERMATANG PASIR.
-MARKAZ PAS KG PELEK,PERMATANG PAUH.
-JAM 5 PETANG













-Nur12-

Permatang Pasir: Sah 1 lawan 1,percubaan calon bebas gagal,tiada 'minah ronggeng'

Calon Pas,Ust Saleh Man yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang akan berhadapan 1 lawan 1 dengan calon BN Rohaizad.

Insyaalah Dppkl akan cuba menghulurkan bantuan semampu yang boleh bagi memastikan kemenangan kekal berpihak kepada Pas bahkan dengan majoriti yang lebih besar.

Ust Nasruddin Tantawi,Ketua Pemuda Pas Pusat ketika berucap dalam majlis pelancaran Jentera Pemuda Pakatan Rakyat bagi pilihanraya ini telah menegaskan bahawa setiap pertembungan yang berlaku dibulan Ramadan kemenangan pasti berpihak kepada Islam.Namun setiap petugas tidak boleh memandang mudah kemampuan pihak lawan lebih-lebih dalam pilihanraya kecil seperti ini.BN tentunya seperti biasa akan mengerah seluruh jentera kerajaan untuk mengempur Pas di Permatang Pasir.Beliau seterysnya menasihatkan jentera pemuda supaya tidak gentar menghadapi pertempuran ini malah masa inilah peluang untuk memberi pengajaran kepada BN.

-Nur12-

Sabtu, 15 Ogos 2009

Permatang Pasir: Ustaz Salleh Man lawan Rohaizad


PERMATANG PASIR, 14 Ogos: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man dipilih sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Dengan pengumuman ini, beliau akan bertanding melawan calon BN, Rohaizad Otman, Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh.

Sehingga kini, Kamarul Ramizu, bekas calon bebas Penanti dan Bukit Gantang akan turut serta dalam pilihan raya kecil ini sebagai calon bebas.

Penamaan calon pilihan raya ini akan diadakan pada 17 Ogos ini manakala pilihan raya akan diadakan pada 24 Ogos.

Pemilihan calon PAS itu diumumkan oleh Abdul Hadi di hadapan ribuan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Kerusi Permatang Pasir kosong apabila penyandangnya, Datuk Hamdan Abdul Rahman, wakil PAS yang memenanginya sejak tahun 1999, meninggal dunia hujung bulan lalu.

Turut hadir dalam majlis pengumuman calon itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustafa Ali; Ketua PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Hashim; Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Guan Yow dan Pengarah Induk Pilihanraya Permatang Pasir, Datuk Mahfuz Omar.

Sementara itu sebagai permulaan program pilihanraya kecil Permatang Pasir program besar-besaran akan diadakan.

Ia akan dimulakan dengan Program Pelancaran Jentera Dan Bilik Gerakan PRK Permatang Pasir pada 16 Ogos 2009 (Ahad) bertajuk �Anwar akan jawab siapa pengkhianat Melayu� di Permatang Pasir.

Antara penceramahnya adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Dr Mansor Othman, Saifudin Nasution, Haji Mohamad Sabu dan Datuk Zahrain Hashim,

Ceramah besar-besaran juga akan diadakan di Taman Cermai, Permatang Pauh. Antara penceramahnya adalah Anwar, Abdul Hadi, Lim Kit Siang dan Mohd Sabu.

-harakahdaily-

Khamis, 13 Ogos 2009

Ta'ziah

'Tiap insan pasti merasa saat perpisahan terjadi..dunia yang fana akan ditinggalkan..selamat tinggal pada semua..yang pergi takkan kembali lagi..'

Itulah antara bait-bait lagu 'Pergi Tak Kembali' alunan Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim yang kembali ke rahmatillah jam 11 pagi tadi.

Dppkl mengambil kesempatan di sini mengucapkan ta'ziah buat seluruh ahli keluarga Ustaz Asri dan juga buat seluruh anggota kumpulan nasyid Rabbani.

Moga tabah dengan ujian ini.Al Fatihah.


-Nur12-

Program Santai Bersama Bloggers Pas


Di atas kami sediakan peta untuk rakan bloggers PAS dari seluruh Perak dan yang tinggal di negeri-negeri berdekatan yang akan hadir ke program santai bersama bloggers anjuran bersama Lajnah Penerangan PAS Perak dan Lajnah Penerangan Pemuda PAS Perak. PROGRAM SANTAI BERSAMA BLOGGERS PAS PERAK yang akan diadakan pada 15hb. Ogos ini (Sabtu). Program Tertutup yang diadakan itu hanya untuk bloggers yang memegang KEAHLIAN PAS sahaja. Aturcara bermula pada jam 3 petang hari tersebut telah disahkan akan dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ust.Abu Bakar Hussin. Ketua Pemuda PAS Perak, Ust. Zawawi Hasan.

Lajnah Penerangan PAS Negeri dan Lajnah Penerangan Pemuda PAS Perak dengan ini sekali lagi menjemput semua bloggers PAS* untuk hadir ke pertemuan penting ini. Jemputan merujuk kepada Bloggers PAS* seperti di bawah :
  • Blogger yang bekerja dan bermastautin di negeri Perak,
  • Blogger yang berasal dari negeri Perak tapi bekerja di negeri lain,
  • Blogger yang ada laman blog atau website sendiri,
  • Ahli PAS berasal dari Perak yang mahu menjadi penulis blog.
-http://dppperak.blogspot.com-

Rabu, 12 Ogos 2009

Fakta H1N1

1. Virus ini berasal dari virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. Semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dr manusia kpd manusia.

2. Virus ini hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja, jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.

3. Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di Mexico tp tidak dilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus lah outbrake di Mexico.

4. Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4.

5. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

6. Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan. Virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS) peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' .Ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi.

7. Siapa golongan yang berisiko?

a. Orang yg ada masalah 'obesiti' @ gemok

b. Perempuan yg mengandung

c. Orang yg ada astmatic/penyakit lelah

d. Orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)

8. Simptom2:

-Hari Pertama: rasa kurang sihat, tak bermaya

-Hari Kedua: selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubt demam)

-Hari Ketiga: rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas

-Hari Keempat: sakit dada yg teruk (jumpa doktor dengan segera)

-Hari Kelima: and above lung collapse @ koma

9. Langkah2 kawalan:

-golongan2 yg berisiko, elakakn drpd kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai)

-menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran

-elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'

-jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan)

-jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask)

-utk org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat

-jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan

-jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus.

-tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!! !!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubt2 tersebut terlebih awal.

10. Vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada oktober dan hanya utk 'frontliner' shj. dan utk awam selewat2nya pada 2010.

11. Untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia. mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.

12. Tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbreak ini.

(ini adalah sumber dari taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dari Kementerian Kesihatan Malaysia di Pan Pasific KLIA pada 1-8-09)


-http://dppperak.blogspot.com-

HINDARI H1N1

Diantara bacaan yang baik dibaca agar dipelihara dari ditimpa bala-bencana yang mendadak adalah dengan mengamalkan membaca doa dibawah ini sebanyak 3x diwaktu pagi dan 3x diwaktu petang.

بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي اْلأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

Dalil:

عَنْ أَبَانَ بْنَ عُثْمَانَ رضي الله عنهما قَالَ: سَمِعْتُ عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ رضي الله عنه يَقُوْلُ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وآله وسلم: مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُوْلُ فِيْ صَبَاحِ كُلِّ يَوْمٍ ، وَمَسَاءَ كُلِّ لَيْلَةٍ : بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي اْلأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ، لَمْ يَضُرَّهُ شَيْئٌ

فَكَانَ أَبَانُ رضي الله عنهما قَدْ أَصَابَ طَرْفٌ فَالِجٌ ، فَجَعَلَ الرَّجُلُ يَنْظُرُ إِلَيْهِ ، فَقَالَ لَهُ أَبَانُ رضي الله عنهما: مَا تَنْظُرُ؟ أَمَّا إِنَّ الْحَدِيْثَ كَمَا حَدَّثْتُكَ، وَلَكِنِّيْ لَمْ أَقُلْهُ يَوْمَئِذٍ لِيَمْضِيَ اللهُ عَلَيَّ قَدَرَهُ (رواه أحمد وأبو داود والترمذي والنسائي)

Ertinya : Dari Aban bin ‛Usman رضي الله عنهما, beliau berkata : Saya mendengar ‛Utsman bin ‛Affan رضي الله عنه berkata: Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: “Tidak ada dari seorang hamba yang mengucapkan do‛a ini pada waktu pagi dan petang setiap hari :

بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي اْلأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

sebanyak tiga kali, nescaya tidak memudharatkannya sesuatu apapun.

Maka pada suatu hari Aban رضي الله عنهما telah ditimpa penyakit lumpuh (stroke), lalu seorang laki-laki memandang (curiga) kepada beliau, maka Aban رضي الله عنهما pun berkata kepadanya: Apa yang kau pandang? Adapun sesungguhnya hadits ini benar seperti apa yang aku riwayatkan kepadamu, akan tetapi pada suatu hari aku tidak membacanya, sehingga Allah pun menimpakan kepadaku ketentuanNya (qadar)“

Di dalam riwayat lain disebutkan, Aban رضي الله عنهما mengatakan; Demi Allah aku tidak mendustakan Utsman رضي الله عنه dan Utsman رضي الله عنه juga tidak mendustakan Rasululllah صلى الله عليه وآله وسلم , cuma pada hari aku ditimpa kelumpuhan ini, aku sedang marah dan aku lupa membacanya.

(Hadits riwayat: Ahmad, Abu Daud, at-Tirmidzi, an-Nasa’i dan lain-lain)

Perhatian:

1. Perbanyakkan Istighfar
2. Perbanyakkan Selawat ke atas Nabi
3. Yakin dengan pertolongan Allah
4. Ikhlaskan diri ketika berdoa.

Semoga DIA menghindari kita semua dari waba' ini.

-Nur12-

Isnin, 10 Ogos 2009

Blogers Lumut Bersama Pimpinan Pas Kawasan










1. Program ini telah mencatat 'sejarahnya' tersendiri.Para blogers Lumut yang sebelum ini bersua di 'rangkaian udara',maka semalam mereka dipertemukan di Restoran Hasnah Tomyam,Sri Manjung.Pertemuan dari mata ke mata membawa kepada hati ke hati.

2. Program ini sebenarnya khusus untuk mempertemukan para blogers dengan pimpinan Pas Kawasan Lumut.Antara pimpinan yang hadir YDP,Timb. Ydp,Ketua Penerangan,Pen. Su,Ajk Penerangan dan beberapa jemputan khas.

3. Antara blogers yang hadir iaitu yang tidak asing lagi seperti ManjongMari,Otai Manjung&TheGang,PemudaLumut,ManjungCorner,Infosendiri,PejuangMuda,ManirMadah,PusatKhidmatDunPasirPanjang,Taalim dan Nur12.Terima kasih buat mereka semua.

4. Blogers yang tidak hadir tetapi turut menyatakan sokongan ialah Hablumminannas,Manjung Center,TamanMelati dan Putra Aro.Terima kasih jua buat mereka.

5. YDP Pas Kawasan diberi penghormatan untuk menyampaikan sepatah dua ucapan.Ydp menegaskan Organisasi Pas Kawasan bukannya bertujuan untuk mengongkong para blogers dalam tulisan atau siaran mereka,tetapi menasihatkan mereka supaya bertanggungjawab dan menjaga kredibiliti masing-masing.Pastikan jangan tersilap langkah.

6. Di akhir pertemuan diteruskan dengan dialog antara para hadirin.Dialog rancak juga.Boleh dikata kebanyakan yang hadir mengambil bahagian.

7. Terima kasih kepada Lajnah Penerangan Pas Kawasan Lumutyang diketuai Sdr. Zakaria Yasin (Pakya) di atas inisiatif untuk menghimpun dan menggabungkan blogers yang beroperasi di Lumut.

8. Terima kasih jua buat Restoran Hasnah Tomyam.Walaupun ringkas tetapi tomyam memang sedap.

9. Manjung is Live !!


-Nur12-

Meminta

Harus meminta atau memohon.Lebih-lebih lagi 'sesuatu' benda yang dipinta itu adalah milik orang atau di bawah jagaan orang.Contohnya seperti rumah.Rumah kita atau rumah orang.Rumah dan segala isi yang ada dalam rumah adalah milik tuan rumah.Jika dalam rumah kita,maka kita lah tuannya.Jika rumah orang,dia lah tuannya.

Di rumah orang yang ada tuannya,kita tak boleh buat seperti rumah kita.Ini menjaga adab namanya.

Boleh kita meminta untuk masuk ke rumah orang.Ini minta izin namanya.Begitu juga orang lain boleh minta izin untuk masuk rumah kita.Kalau masuk tanpa izin ini mencerobohnya namanya.

Boleh juga kita meminta atau memohon untuk ambil sesuatu di rumah orang.Orang juga boleh meminta dan memohon sesuatu yang ada di rumah kita.Kita dan juga orang lain berhak untuk memberi atau menolak setiap permintaan atau permohonan.

Apa yang kita pinta,jika dapat ucaplah terima kasih.

Apa yang kita pinta,tetapi tak dapat,juga ucaplah terima kasih.Ini juga adab namannya.

Inilah feqah meminta.

P/s: maaf jika tidak faham.

-Nur12-

Sabtu, 8 Ogos 2009

Gambar Sekitar Majlis Sambutan Hari Kantin Seri/Semi At Taalim Sempena Sambutan 10 Tahun At Taalim


..dengan lafaz bismillahirramanirrahim saya merasmikan majlis pada hari ini..

potong elok-elok no..sama rata...

'orang kuat' Taalim bersama Ds. Nizar..

ibu-bapa dan hadirin..kita kena sokong Taalim..

ini hadiah utk cekgu..

berhibur tiada salahnya..yang salah pabila silap memilih hiburan..

pakat mai beli kupon..banyak lagi ni..

..peminat2 nasyid...

bubar bubar ! bubar dun perak ! mai le beli baju ni..

jangan tengok je dik..beli le satu..cantik baju ni..

Dr..jangan cucuk ye..tak cucuk lagi,test je dulu..

Dr..saya ok ke?..alhamdulillah bebas H1N1..

macam2 ayor ada..'water-canon' je takda..



ini blogers hj fawi..hablunminannas..meragam plak kamera ni..mahal beli ni..

ini 'blogers' pak ali..nak tau blog dia tanya dia...

makan2 juga..hulur le skit kat teman sebelah tu..

ada belon bulan..lani bulan syaaban,ramadan tak lama dah..

hai menega sakan nampak..

Dato Sri..singgah le pekena laksa kami dulu..terhebat kat manjung..

Salam syeh..lama tak nampak?..ok ke?

mesra rakyat..

ini bukan peluru gas pemedih mata..ini pemadam kebakaran bomba..jangan risau..

nak naik pi mana tu..hati2 jatuh kang..

kakak..nak pi mana tu..ada umah tebakor ke?..


-Nur12-