Selasa, 29 Disember 2009

Sekat bantuan ke Gaza: Pemuda Pas akan adakan demo bantah Mesir

KUALA LUMPUR, 28 Dis: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan mengadakan demonstrasi bagi menyerahkan satu memorandum bantahan kepada Kedutaan Mesir pada Jumaat, 8 Januari, 2010 selepas solat jumaat di Masjid Tabung Haji, Jalan Ampang.

Ketuanya, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan berkata, demonstrasi berkenaan sebagai menunjukkan bantahan keras terhadap tindakan kerajaan Mesir yang tidak memberi kebenaran dan laluan kepada Viva Palestina Convoy 3 untuk meneruskan perjalanan bantuan ke Gaza.

Konvoi yang dikendalikan oleh Palestine Solidarity Campaign tersebut kini tersekat di Aqaba, Jordan setelah disekat masuk oleh kerajaan Mesir.

Kerajaan Mesir telah menyekat deligasi sukarelawan tersebut yang diterajui oleh ahli Parlimen Britain, George Galloway yang telah berjaya mengumpulkan lebih dari 240 ambulan dan kenderaan pelbagai jenis untuk menghantar bantuan ubat-ubatan dan lain-lain barang keperluan ke Gaza.

Rombongan ini telah bertolak dari London pada 05 Disember 2009 dan merentasi jalan darat melalui benua Eropah dan sepatutnya dijadualkan sampai ke Gaza semalam sempena ulang tahun serangan biadap dan pembunuhan zalim rakyat Gaza oleh regim zionis, kerajaan haram Isreal.

Sehubungan itu, Pemuda PAS berharap agar seluruh rakyat Malaysia terdiri dari muslim dan non-muslim serta seluruh badan bukan kerajaan (NGO) yang cintakan keamanan dapat bersama hadir membantah tindakan Kerajaan Mesir menghalang Viva Palestina Convoy 3 yang dikendalikan oleh Palestine Solidarity Campaign agar dapat meneruskan perjalanan memasuki Gaza.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Lo' Lo' Ghazali kesal dengan sikap berdiam diri Kementerian Luar Negeri berhubung sekatan Kerajaan Mesir itu.

Beliau dalam satu kenyataan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Harakahdaily berkata, PAS mesti membuat bantahan rasmi terhadap kementerian berkenaan berhubung isu ini kerana ianya melibatkan nyawa umat Islam di Palestin.


-harakahdaily-

Ahad, 27 Disember 2009

10 maut bas kemalangan: PR Perak ucap takziah kepada keluarga mangsa

IPOH, 27 Dis: Pakatan Rakyat Perak merakamkan ucapan takziah kepada semua mangsa kemalangan bas dua tingkat di Jelapang di samping menuntut agar diadakan siasatan menyeluruh serta diberikan pampasan yang sewajarnya.

Dalam kenyataan medianya, Setiausaha Pakatan Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, Pakatan sangat bersimpati dengan nasib yang menerima mangsa.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau yang dikeluarkan semalam:

Berikutan dengan 10 penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat Sani Express terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM 272.8, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini, dengan ini saya mewakili Pakatan Rakyat Negeri Perak mengeluarkan beberapa kenyataan seperti berikut :-

1. Pakatan Rakyat Perak turut bersimpati dan bersedih dengan keluarga mangsa dan mengucapkan takziah kepada mereka yang terlibat,harapan kami semuga semuanya bersabar dan sentiasa berdoa kepada Allah supaya semua yang meninggal dunia ditempatkan oleh Allah SWT dikalangan roh orang yang beriman. Kepada semua marilah kita menyedekahkan bacaan Al Quran kepada mereka semua..Al Fatihah...

2. Satu sisatan yang terperinci dan menyelurh mesti dilakukan dengan segera bagi memastikan pihak yang bertanggugn jawab diadili dengan sebaik mungkin termasuklah pemandu yang memandu bas ketika kemalangan itu yang telah ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

3. Siasatan juga perlu melibatkan keadaan jalan, pembahagi jalan dan lain-lain aspek yang berkaitan supaya kejadian seumpama itu tidak akan berulang lagi dimasa akan datang.

4. Walaupun tidak setimpal dengan nilai kehilangan nyawa, pihak yang terbabit mestilah membayar pampasan yang sepatutunya bagi membela keluarga mangsa tersebut.

Kenyataan Media/ 26 Disember 2009

YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
Setiausaha,
Sekretariat Pakatan Rakyat
Negeri perak.


-harakahdaily-

Khamis, 24 Disember 2009

Perjumpaan blogger dan pimpinan kawasan lumut

Bertempat di Kedai Air kelapa abg wan,pertemuan kali ke-2 secara santai mendapat sambutan walaupun beberapa orang blogger dari lumut tidak dapat hadir kerana mempunyai komitmen yang lebih mustahak,antara blogger yang hadir pada hari tersebut ialah Habluminannnas,pejuang muda,infosendiri,n51 pasir panjang,manjungcorner/ex-lynxcrew serta kelab penyokong pas.Pimpinan yang hadir pulak ialah YDP,ketua penerangan serta kepimpinan dari angkatan muda keadilan dan cabang keadilan kaw lumut.






'Raja Nazrin arah guna senarai asal'

Orang Besar Jajahan (OBJ) Batang Padang, Datuk Seri Yeop Junior Yeop Adlan berkata beliau telah menerima arahan dari Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah supaya membuat pelantikan jawatankuasa masjid dalam mukim Slim berdasarkan senarai asal yang dipersetujui sebelum ini.

Raja Dr Nazrin juga merupakan yang dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perak (MAIAIMP).

Berikutan itu, Yeop Junior berkata, beliau telah mengarahkan pegawai tadbir agama (PTA) daerah berkenaan supaya mengeluarkan surat pelantikan secepat mungkin.

Katanya, beliau berharap majlis penyerahan watikah pelantikan tersebut dapat disempurnakan sebelum akhir tahun ini.

Menurutnya, senarai yang dipersetujui itu adalah bertarikh 2 Ogos 2009.

"Senarai yang dipinda itu tidak diterima," katanya ketika dihubungi Malaysiakini mengenai perkembangan terkini isu berkenaan.

Sebelum ini, majlis penyerahan watikah pelantikan itu ditangguhkan ekoran timbulnya dakwaan bahawa Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah menukar senarai jawatankuasa beberapa masjid di negeri itu dengan memasukkan nama penyokong PAS.

Perkara itu dibangkitkan oleh ADUN Slim Datuk Khusairi Abdul Talib minggu lalu yang mendakwa perbuatan itu 'tidak beretika dan membelakangkan senarai yang telah diperkenankan oleh Raja Dr Nazrin'.

Beliau mendakwa antara masjid dalam mukim Slim yang dikesan terlibat adalah Masjid Sultan Idris Shah II, Masjid Kampung Kelan, Masjid Jamek Kampung Kuala Slim, Masjid Jamek Slim Village, Masjid Jamek Kampung Balun, Masjid Jamek Kampung Pasir dan Masjid Jamek Kampung Rasau, manakala dalam mukim Hulu Bernam pula, ia melibatkan Masjid Behrang 2020, Masjid Jamek Tanjung Malim, Masjid Jamek Kampung Sungai Dara dan Masjid Jamek Behrang Stesen.

Kelmarin, kenyataan JAIPk dalam laman web rasminya menjelaskan pelantikan ahli jawatankuasa masjid dibuat berdasarkan kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 dan Kaedah-Kaedah Jawatankuasa Kariah 1998.

Menurut kaedah tersebut, pegawai tadbir agama dan penghulu - setelah berunding dengan Orang Besar Jajahan - akan mencadangkan kepada MAIAIMP melalui pengerusi jawatankuasa agama Islam, nama ahli jawatankuasa kariah masjid.

Selain itu, Jabatan Agama Islam Perak juga turut menerima cadangan senarai nama daripada ahli jawatankuasa sedia ada, individu dan organisasi tertentu.

Bagaimanapun, menurut kenyataan tersebut, ada nama yang digugurkan, antaranya kerana terdapat calon yang meninggal dunia, tinggal di luar kariah dan beberapa nama yang dikenali tidak bermoral tinggi di kalangan masyarakat.

"Oleh kerana tidak ada satu senaraipun yang menepati kehendak Kaedah-Kaedah Jawatankuasa Kariah 1998, maka prosedur asal terpaksa digunakan bagi mengemukakan senarai nama kepada MAIAIMP.

Kenyataan itu juga menjelaskan bahawa pindaan yang dikatakan dilakukan oleh PTA daerah adalah dilakukan berdasarkan peruntukan undang-undang dan dilakukan sebelum ianya dikemukakan bagi mendapatkan kelulusan Persidangan MAIAIMP.

"Tidak berlaku langsung apa yang didakwa sebagai pertukaran dibuat setelah mendapat perkenan DYTM Raja Muda Perak, sebagai Yang Dipertua Majlis memandangkan tidak ada pihak yang mengetahui senarai yang dikemukakan kepada MAIAIMP," kata kenyataan itu lagi.

-malaysiakini-

Sabtu, 19 Disember 2009

UMNO MINAT ISI JK MASJID,BUKAN ISI MASJID

Di Perak beberapa hari ini sibuk dengan masalah JK masjid. Sebenarnya sejak rampasan kuasa oleh KUDETA Zamry Mac lalu, Perak terus dirundung krisis. Bukan sahaja jawatan Menteri Besar dan Exco menjadi rebutan, Jawatan speaker dan Pengerusi GLC, Pengarah jabatan kerajaan dan ketua kampung malah jawatan iman dan JK masjid turut menjadi rebutan.

Isu MB dan sepeaker "digaduhkan" di hadapan hakim mahkamah. Tak ketinggalan jawatan ketua kampung...semuanya tidak selesai...kini umNO sedang berhempas pulas ingin merampas JK masjid. Umum mengetahui, umNO bukan berminat sangat dengan masjid, namun yang mereka inginkan ialah penguasaan masjid. Di sesetengah masjid, bukan sahaja apabila JKnya dikuasai oleh umNO, imam dan bilal bertukar malah seluruh aktiviti masjid dibekukan dan disemak semula. Guru yang mengajar di pastikan memiliki "tauliah umNO" . Tauliah yang diberikan oleh Paduka Sultan seakan tidak bernilai berbanding sekeping kertas ahli tak berbayar umNO.

umNO menyedari hubungan masyarakat melayu islam dengan masjid. Paling malas pun seminggu sekali mereka akan ke masjid. Paling benci kepada JK masjid pun, Tahlil, Yasin dan urusan pengkebumian jenazah mesti memerlukan orang masjid. Ada beberapa masjid yang menghadapi masalah untuk mengadakan mesyuarat kerana sukarnya menghubungi masjid yang kebanyakannya adalah ketua kampong atau ketua cawangan umNO.

Ada pengerusi masjid yang tak tahu menguruskan masjid dan mungkin tak tahu apa berlaku di masjid sebelum ini kerana beliau tidak pernah ke masjid melainkan setelah dilantik sebagai JK atau pengerusi masjid. Ada JK masjid yang tidak tahu nama mereka dilantik oleh umNO menjadi JK masjid kerana kekurangan orang. Pernah berlaku di suatu surau diri jumaat, lapan orang JK lantikan umNO terpaksamenarik diri setelah menyedari nama mereka disenaraikan sebagai JK masjid. Lapan orang ini adalah jenis yang sedar diri tentang kelayakan mereka .

Apapun umNO sebenarnya adalah parti yang menggunakan agama untuk politik mereka..... bukan PAS., Merekalah menggunakan masjid untuk kepentingan kuasa politik mereka......... bukan PAS....


-anaksengat-

Isnin, 14 Disember 2009

Futsal PIala Dato Seri




Semalam bertempat di mp3 sri manjung telah berlangsung perlawanan futsal piala dato seri ir nizar yang disertai oleh 24 pasukan.Perlawanan telah dirasmikan oleh Ust Akmal dari dppn.Pertandingan dimenangi oleh Lumut FC.Johan akan bertanding pulak diperingkat negeri pada 27 dec 09 di Tambun Ipoh.

Rabu, 2 Disember 2009

"SEPETANG BERSAMA BLOGGERS @ LUMUT"

MAKLUMAN

SEKALI LAGI LAJNAH PENERANGAN PAS KAWASAN LUMUT AKAN MENGADAKAN PERTEMUAN BERSAMA PARA BLOGGERS DI KAWASAN LUMUT. BUTIRAN PROGRAM ADALAH SEPERTI DI BAWAH :

TARIKH : 5 DIS 2009 (SABTU)
MASA : 5 PETANG
TEMPAT : RESTORAN CHE WAN KELAPA MUDA,KG. PERMATANG.

ADALAH DENGAN INI,PIHAK PROGRAM AMAT BERBESAR HATI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN SEMUA PARA BLOGGERS BAGI MENJAYAKAN MAJLIS INI.

SEKIAN,TERIMA KASIH.


*Untuk apa-apa pertanyaan sila rujuk En.Hamidon 013-4220773