Khamis, 30 April 2009

NIZAR : ADUN PR AKAN HADIR SIDANG DUN 7 MEI

Sebentar tadi dalam sidang akhbar sesudah Mesyuarat Pimpinan dan ADUN Pakatan Rakyat di Pejabat badan Per, YAB Menteri Besar Perak, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin mengumumkan keputusan muktamad secara rasmi ADUN Pakatan Rakyat akan hadir pada sidang 7 mei akan datang.
"Oleh itu kita harapkan pesidangan mengikut agenda yang ditetapkan Speaker." katanya.
Beliau juga berharap semua pegawai patuh dengan arahan speaker sebagaimana kami berjanji akan patuh dengan peraturan yang ditetapkan. Apa -apa kenyataan sebelum ini kita tidak akan hadir tidak dipakai lagi, kami akan hadir sidang. Kata DS Nizar.
Dalam sidang media yang sama Speaker DUN Perak, V. Sivakumar mengesahkan ada usul yang sampai kepadanya mengenai usul menukar speaker.
Sivakumar juga menjelaskan banyak isu-isu yang dibangkitkan akan diadakan beberapa perbincangan dengan pihak polis, setiausaha kerjaan negeri dan pihak-pihak yang terlibat dengan sidang ini, sperti isu keselamatan. Perbincangan dengan pihak berkenaan dalam beberapa hari ini.Katanya.
Apabila ditanya oleh rakan media adakah dia ada kuasa untuk menolak mana-mana usul Siva menyatakan "Seperti mana kita tahu bahawa speaker ada kuasa untuk menerima dan menolak mana-mana usul. Seperti di melaka , di Parlimen, beratus-ratus usul ditolak, memang ada kuasa untuk tolak. Saya tidak kata saya akan terima atau tolak, saya kata atas kuasa speaker. Katanya.

Gempa bumi lemah landa Seri Manjung

KUALA LUMPUR: Penduduk di beberapa kawasan di Manjung, Perak, merasai gegaran akibat gempa bumi lemah berukuran 2.6 skala Richter melanda kawasan itu pada jam 9.35 malam tadi. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu berpusat di latitud 4.3 utara dan longitud 100.6 timur dan terletak 11 km dari utara Pulau Pangkor. Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dan kemusnahan berlaku akibat gempa bumi itu. -
-Bernama-
Komen Nur12: Nur12 dengan penuh keinsafan menyeru diri Nur12 dan seluruh penghuni Seri Manjung,Lumut dan Pulau Pangkor agar sama-sama memperbanyakkan istighfar memohon keampunan Allah atas segala dosa dan kelalaian kita selama ini.
Sebelum bala lebih besar menimpa,sama-samalah kita menadah tangan memohon diperteguhkan Iman,thabat di atas jalan kebenaran,istiqamah dalam perjuangan.
Sementara blog Cina Islam melaporkan :
Sementara itu seorang penduduk Pulau Pangkor, Syed Shahril bin Syed Halim, mengesahkan pada malam semalam kira-kira pada jam 9.35 minit selama sekitar 1 minit telah berlaku gempa tersebut.
Menurutnya tidak ada kerosakan yang dilaporkan berlaku. "Saya menganggap besar kemungkinan ada kaitan program "jom heboh" kerana sebelum itu berlaku ribut di Pangkor.
Malah katanya semasa jom heboh ada arahan seorang pegawaitentera supaya azan tidak payah pakai mike sebab menggangu orang berseronok".KatanyaSelain itu tempak diadakan Jom Heboh adalah kawasan kawalan keselamatan tentera yang sangat dikawal ketat termasuk pada semasa pilihanraya yang lepas. Pada hari program dibenarkan masuk lebih 30,000 tanpa apa-apa kawalan dan pemeriksaan.
Seorang penduduk Seri Manjung , Mohamad Rizuan bin Sudin berkata dia berada di sekitar bandar malam tadi dan tidak menyedari berlaku gempa tersebut. Namun beliau mengesahkan beberapa hari lepas ada ribut di waktu 2.00 pagi hingga 5.00 pagi mengakibatakan atap 5 rumah mengalami kerosakan.Katanya program jom heboh dipertakaikan dan dibantah oleh penduduk tempatan. sepatutnya kawasan larangan tentera laut itu tidak dibenarkan sebarang program diadakan.(http://idhamlim.blogspot.com/)

PAS: 'Mi celup' lawan 'Mi goreng'

Nik Abduh - anak kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat - menjadi sasaran kritikan keras dua pemimpin yang dikaitkan dengan "Kumpulan Erdogan" selepas menghentam pembantu bapanya dalam isu kerajaan perpaduan yang dicadangkan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Ahli jawatankuasa PAS pusat, Khalid Samad menyifatkan "tuduhan secara borong" Nik Abduh itu sebagai "tidak bertanggungjawab", "kurang matang" dan "mengundang fitnah"."Tuduhan semberono macam ini bagi saya tidak bertanggungjawab dan mengundang fitnah. Hasil daripada tuduhan ini, akan wujud suasana syak-wasangka dan saling tuduh-menuduh di antara pembantu-pembantu yang entah mana satu," coretnya dalam blognya hari ini.
Sebelum ini, Nik Abduh menghentam pembantu bapanya yang didakwanya bertanggungjawab menyebabkan Nik Aziz pada mulanya menolak cadangan kerajaan perpaduan yang dicadangkan Abdul Hadi.Dalam blognya sebelum ini, Nik Abduh juga menyifatkan pembantu-pembantu bapanya sebagai "mereka yang hanya belajar ugama sekadar ‘mi celup', lalu mendakwa diri mereka pun ulama juga".
Mengulas lanjut, Khalid menasihatkan budaya "menggunakan istilah menghina terhadap sahabat seperjuangan" dalam parti hendaklah dihentikan."Saya harap budaya ini ditamatkan. Dan sebagai pemimpin Pemuda peringkat nasional, Nik Abduh patut menunjukkan contoh yang baik.'Sikap angkuh'"Istilah-istilah seperti 'pejuang nafsu', 'ulama mi celup' dan sebagainya amat tidak sesuai digunakan.
Ia menghina orang lain dan menzahirkan satu sikap yang terlalu angkuh," coretnya lagi.
Khalid juga berkata, dakwaan Nik Abduh bahawa bapanya "menerima muzakarah atau muqabalah, selepas bermatian menolaknya" sebagai "tidak tepat". "TGNA (Tuan Guru Nik Aziz) tak pernah menerima ‘muzakarah' dan itulah sebabnya mengapa akhirnya istilah yang diguna ditukar kepada ‘muqabalah'. "Ulama 'mi celup' pun faham beza muzakarah dan muqabalah, takkan yang 'ulama mi goreng' tak faham? Yang mi goreng ini lama sikit berada dalam kuali," sindirnya.
Sementara itu, Exco Pemuda PAS Pusat, Abdullah Abdul Karim mendesak rakan sejawatannya itu mendedahkan nama pembantu Nik Aziz yang didakwanya cuba melaga-lagakan mursyidul am PAS itu dan Abdul Hadi berhubung isu tersebut.
Ini kerana, kata Abdullah, tindakan tidak menamakan identiti pembantu Nik Aziz secara terperinci, boleh mendorong berlaku pepecahan dalam parti."Untuk mengelak daripada berpecah-belah, tolong namakan segera.'Tunjuk bukti'"Jangan berselindung di sebalik tulisan.
Namakan segera," katanya ketika dihubungi Malaysiakini."Untuk mengelak dan menyelesaikan perkara ini, tolong namakan dan tunjukkan bukti," tambahnya.Tindakan Nik Abduh yang mendakwa pembantu-pembantu bapanya dengan tuduhan tersebut, adalah satu "tuduhan yang serius", tambahnya.
Ekoran itu, kata Abdullah, hal tersebut menyebabkan ahli dan pimpinan yang lain, tertanya-tanya siapakah pembantu bapanya yang dimaksudkan."Mereka tertanya-tanya. Adakah ia ditujukan kepada (setiausaha politik Nik Aziz) Anual Bakri Haron atau (Naib Presiden PAS) Datuk Husam Musa?"Dia (Nik Abduh) tak sebut nama menyebabkan orang yang dituduh tak boleh bela diri."Mengikut prinsip Islam, orang yang menuduh kena tunjuk bukti. Ini tidak, dia buat tuduhan orang lain kena buktikan," kata Abdullah lagi.
-malaysiakini-

Usul lucut jawatan Sivakumar sebagai Speaker

Pejabat Setiausaha Dewan Negeri Perak telah menerima satu usul untuk melucutkan V Sivakumar dari jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.
Usul tersebut dicadangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan disokong oleh ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman.
Menurut Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri, usul tersebut telah diberi notis untuk dibawa di dalam mesyuarat pertama, penggal kedua, DUN Perak ke-12 pada 7 Mei depan."Sekiranya usul ini diluluskan di dalam mesyuarata tersebut, maka urusan mesyuarat berikutnya ialah pemilihan Speaker DUN yang baru akan dibuat," katanya dalam surat yang dihantar kepada ADUN Perak.
ADUN Tebing Tinggi, Ong Boon Piow dari DAP, mengesahkan telah menerima surat tersebut jam 2 petang ini. Ia dihantar melalui khidmat hantaran laju.Sehubungan itu, Abdullah meminta ADUN-ADUN mngemukakan cadangan nama Speaker yang baru.Borang pencalonan Speaker baru itu turut dikepilkan bersama surat tersebut.
Menurut Abdullah, borang pencalonan itu hendaklah dikemukakan beserta borang persetujuan ahli yang dipilih kepada pihak pentadbiran (DUN) selewat-lewatnya esok, 30 April.
Sementara itu, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, ketika dihubungi Malaysiakini berkata, ia adalah insiden pertama dalam sejarah Malaysia untuk melucutkan seorang Speaker.Beliau yang juga ADUN Sungai Remis dan ahli Parlimen Taiping merasa terkejut dan menyifatkannya sebagai satu tindakan yang luar biasa.Sehubungan itu, Nga mengecam BN kerana menggunakan Abdullah yang telah dipecat oleh Speaker sebelum ini, utnuk mengeluarkan surat tersebut.
Katanya, semua itu menunjukkan bahawa BN telah bertindak sewenang-sewenangnya.Katanya, menurut peraturan tetap DUN Perak, Speaker (Sivakumar) mempunyak hak untuk menerima atau menolak sebarang usul, termasuk usul untuk memecatnya.
Nga menyamakannya dengan tindakan Speaker DUN Melaka menolak usul tidak percaya yang dibentangkan oleh wakil DAP terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam minggu lalu.Beliau mendakwa tindakan Zambry itu menghina mahkamah, kerana prosiding kes sama ada beliau merupakan menteri besar Perak yang sah. masih belum selesai.
-malaysiakini-

Rabu, 29 April 2009

Perhimpunan membantah keputusan kabinet

Saidah Hairan

KUALA LUMPUR, 29 April (Hrkh) - Lajnah Dakwah dan Pembelaan Dewan Pemuda PAS Pusat bersama Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyeru seluruh umat Islam hadir dalam perhimpunan membantah keputusan kabinet berkaitan isu akidah umat Islam.
Pengerusinya, Ustaz Ridwan Mohd Noor berkata, demonstrasi itu akan diadakan di perkarangan masjid kampung Baru selepas menunaikan solat Jumaat, 1 Mei.
Kabinet Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan.
Keputusan kabinet Najib itu dibuat berdasarkan pandangan jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyelesaikan kes Pathmanaban atau nama Islam, Mohd. Ridzuan Abdullah, 40.
Mengulas keputusan itu, Ridwan mendesak supaya Najib mengkaji semula keputusan itu berdasarkan beberapa kes yang telah berlaku dinegera ini.
"Sudah tentu keputusan itu Umno mahu menarik sokongan daripada pengundi bukan Melayu dalam pilihan raya akan datang," tegasnya.
Beliau berkata, keputusan itu akan memberi satu implikasi dan intikasi yang buruk pada masa depan umat Islam di negara ini.
Menurut beliau, himpunan 1 Mei itu mengajak seluruh rakyat Islam untuk menyatakan sikap mereka dan bukti kasih sayang kepada agama Islam.
"Jika tahun 1950 isu Natrah yang telah dimurtadkan melalui proses undang-undang pada hari ini kes itu berulang. Himpunan membantah isu Natrah itu juga telah berjaya menyatukan umat Islam tanpa mengira etnik," katanya.
Selain itu tambah beliau, ada usaha terancang untuk menjayakan misi permurtadan umat Islam di negara ini kerana kes itu telah berjalan lama.
Beliau berharap Pathmanaban atau nama Islam, Mohd. Ridzuan Abdullah, 40 bertanggungjawab menyelamatkan akidah anak-anak dan isterinya.
"Dalam Islam hak membela anak diberikan kepada bapa yang beragama Islam begitu juga jika ibu yang memelok Islam," tegasnya.
-harakahdaily.net-

Majlis Diskusi Ajk Dppkl bersama Ustaz Azman Syafawi (Naib Ketua DPPP)

Pada 27 April 2009,bertempat di surau Taman Samudera,Seri Manjung telah diadakan satu program diskusi melibatkan Ajk Dppkl bersama Ustaz Azman Syafawi,Naib Ketua DPPP.Program ini diadakan sempena dengan kehadiran Ustaz Azman Syafawi yang memenuhi jemputan kuliah magrib di surau tersebut.Program diadakan sejurus selepas solat Isya'.
Banyak perkara telah dibangkitkan semasa diskusi tersebut yang berkisar persoalan politik semasa khususnya yang melibatkan isu kepemudaan.
Beberapa anggota pemuda Lumut juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan penjelasan tentang beberapa isu hangat yang dibincangkan sekarang ini seperti isu 'kerajaan perpaduan',isu politik Perak dan juga kemelut di Terengganu.
Diakhir pertemuan yang turut dihadiri beberapa ahli Pas cawangan Taman Samudera, Ustaz Azman Syafawi telah mmengingatkan para pemuda khususnya agar meningkatkan elemen tarbiyah dan kefahaman tentang ilmu perjuangan dalam parti khususnya bagi menghadapi suasana politik baru yang sedang menular di kalangan anggota masyarakat di bumi bertuah ini.








-Nur12-

KERJA-KERJA BODOH DALAM PAS -vol 2


NIK ABDUH NIK AZIZ



Salam Kamunting,

1)
Saya menyegerakan penjelasan ini lebih awal daripada niat asal saya untuk menangguhkannya selang beberapa hari lagi. Bagi seorang blogger, adalah sayugia dan menarik untuk memerhatikan tindak balas daripada para pembaca dan masyarakat di luar terhadap apa yang dilontarkannya.
Saya tahu tulisan saya akan masuk akhbar dan menghangatkan dunia blog dan politik. Justeru apabila ia benar - benar terjadi, saya memerlukan sedikit masa untuk melihat, mengukur dan memutuskan sesuatu yang akan lebih mencorakkan apa yang saya inginkan daripada tulisan asal saya. Saya akan gagal jika arus luar menghanyutkan dan memesongkan saya daripada tempat tuju saya.
Saya tidak suka berbicara mengenai arus. Saya tidak beriman dengan arus kerana saya dilarang beriman dengan arus. Kuasa rakyat, Makkal Sakti atau apa nama yang bersifat arus, itu bukan makanan kegemaran saya.
Saya akan berbicara tentang sesuatu yang mencipta arus itu. Saya akan berbicara mengenai angin. Anginlah yang mencipta arus dan gelombang. Saya tidak beriman dengan angin juga. Tetapi saya akan meredah mencari punca angin. Di situ saya menemui apa yang saya inginkan.
Saya menemui Allah. Allah mencipta angin dan Allahlah yang mengarahkan angin mencipta arus dan gelombang. Allahlah tuhan saya. Saya beriman dengan Allah yang satu. Dalam gelombang jenis mana pun, saya mahu tenang. Allahlah sumber ketenangan saya dan seluruh pembaca yang inginkan ketenangan yang benar dan abadi.
Justeru saya tidak akan fana dan luluh dalam gelombang kuasa rakyat atau kemarahan dan ridha rakyat. Rakyat hanyalah mainan pemimpin. Pemimpin adalah angin. Pemimpinlah yang mencetuskan kuasa rakyat dan mengemudi halanya. Dalam kebangunan dan kejatuhan sesebuah negara, pemimpin digunakan Allah untuk menentukan kejayaan dan kehancurannya.
Allah mengarahkan pemuka - pemuka negara melakukan kebaikan dan keadilan. Jika mereka melakukannya, Allah perteguhkan negara tersebut dengan keadilan dan keamanan. Jika pemuka - pemuka itu engkar, malah melakukan kefasiqan dan kezaliman, Allah pasti menghancurkan negara itu sehancurnya. Ia berpindah dari gelap menuju gelap atau lebih gelap lagi.
Saya bercakap mengenai pemimpin. Rakyat perlukan pemimpin yang benar dan jujur. Kemudian dia mesti berani dan amanah. Jika seorang pemimpin mencetuskan arus, maka arus itu biarlah benar, berguna dan dinikmati hasilnya.
Semalam saya dihubungi ayahanda dari Kota suci Makkah. Saya tengah menulis pasal bola sepak dan tahniah saya pada pasukan Kelantan dan Selangor yang telah menyajikan permainan yang bagus dalam perlawanan akhir piala FA.
Saya pastinya tersentak. Saya tahu saja apa isinya perbualan nanti. AlhamduliLlah, ia mengesankan walaupun perbualan hanyalah sekitar dua tiga minit. Saya gembira dihubungi kerana saya dapat menjelaskan beberapa perkara yang saya fikir perlu.
Ayahanda menegur dan meminta saya tulis lagi agar kekeliruan dipadamkan. Jangan tinggalkan kekeruhan bertapak lama. Saya kata ya, saya akan tulis dan segera tulis sebagaimana ayahanda mahu.
Pastinya tulisan kedua ini lebih ringan bebanannya. Saya dapat lampu hijau daripada ayahanda. Sebelumnya, saya hanya memohon lampu hijau daripada Allah. Anda akan lihat bagaimana ketenangan mengalir dalam tulisan saya. Saya lebih yakin.
Selang beberapa jam, belum pun saya mula menulis, saya diberitahu bahawa sekumpulan insan sedang bergembira kerana hal Nik Abduh telah selesai. Ayahandanya telah mengarahnya berhenti buat cerita! Saya tersentak lagi. Wah, ada insan yang begitu teliti pekerjaannya sehingga dia tahu isi perbualan saya dengan ayahanda!
Sekarang anda tahu betapa saya sedang menempuh jalan yang sukar. Anda tahu saya perlukan keberanian yang sudah lama saya pohon daripada Tuhan saya. Betapa saya sering menangis memohon keberanian daripada Allah. Mengapa saya harus mendiam diri, takut dan dilanda kecewa sendirian? Dalam blog ini, saya sering menyeru agar jangan bersedih, berani kerana benar dan pelbagai dorongan ugama, tetapi saya sendiri kelu dan bisu di hadapan kebenaran yang mesti saya sampaikan kepada ayahanda. Saya melukut di hadapan pembohongan dan pemalsuan yang dipaksakan ke atas orang yang saya kasihi.
Sehingga saya tiba - tiba diberikan keberanian itu. Ia melanda - landa datang. Allah memperkenalkan saya jalan dan masanya. Saya kenal diri saya. Saya mampu mengesan, dengan izinNya bahawa sesuatu itu daripada nafsu atau daripada suluhan taufikNya. Ini untuk saya dan diri saya. Justeru saya mulakan dengan nama Allah. Anda pun telah membacanya.
AlhamduliLlah, dalam seketika sahaja saya dihujani tahniah. Ia tidaklah mengujakan saya sehinggalah saya menerima ucapa terima kasih daripada seorang yang saya sayangi. Dia guru saya dan guru ratusan ribu ahli PAS seluruh negara. Saya bertanya adakah saya telah mengganggu dan merosakkan jamaah? Jawabannya tidak. Ia dinikmati oleh mereka yang cintakan keharmonian dan para ulama yang saya maksudkan daripada tulisan saya.
Akhirnya, keberanian turut melanda mereka yang faham tetapi takut dan bersimpati daripada kalangan guru dan sahabat saya. Mereka berjanji untuk turut bersama. Saya bersyukur kerana saya sedang mencetuskan keberanian untuk semua. Kekuatan saya bertambah - tambah dan Allah memberikan saya ketenangan yang saya perlukan saat ini.
Anda bacalah komentar para penjengok blog ini. Ia berbaur antara puji dan keji. Inilah suara rakyat. Inilah suara yang saya mahukan setiap pemimpin bersimpati dan bertanggung jawab ke atas mereka. Mereka memuji dan mencela dalam arus yang diciptakan ke atas mereka. Justeru arus mestilah benar agar mereka tiada tertipu oleh pemimpin.
Sekarang masanya saya menjelaskan..


2)
Saya dengan sengajanya memilih perkataan ‘pembantu - pembantu ayahanda’ dan menjadikannya umum. Saya tembak terus kerana saya mahu semua orang kena. Semua mereka yang merasakan masing - masing adalah pembantu ayahanda. Saya mahu mereka bertanya, adakah aku yang dimaksudkan?
Pastinya mereka yang tidak pernah bercakap dan menyumbang idea kepada ayahanda mengenai isu - isu politik yang saya maksudkan akan merasakan mereka terkeluar. Keluarlah anda. Sesungguhnya Allah membalas pekerjaan anda dengan kebaikan yang melimpah daripadaNya.
Saya kenal kebanyakan pembantu ayahanda. Mereka inilah kaki dan tangan ayahanda yang telah banyak menyumbang dan berkorban. Daripada Abang Lah pemandu ayahanda yang telah berkhidmat sedari saya kecil sehinggalah YB Dato Ahmad Yaacob, Timbalan Menteri Besar Kelantan, ada ratusan pembantu ayahanda samada di pejabat PAS Kelantan, di pejabat SUK dan di luarnya.
Saya hormati mereka dan saya tabik mereka. Kerja dan bantuan mereka mengatasi saya. Saya hanyalah seorang anak yang menjadi pembantu dalam soal - soal kekeluargaan. Ayahanda pernah meminta saya menjadi Setiausaha Akhbarnya. Saya mohon derhaka. Ayahanda pernah bertanya tahun lepas, di kawasan mana saya mahu bertanding? Saya mohon derhaka. Ayahanda pernah meminta saya menjadi Pegawai Peribadi di DUNnya. Saya mohon derhaka. Ayahanda akur kerana dia tahu maksud dan bebanannya ke atas saya.
Saya mahu kekal sebagai pembantu di rumah. Saya meyakini kekuatan para pembantu ayahanda di luar. Saya tidak banyak masuk campur walaupun kadang - kala bonda bersungut mengenai beberapa pembantu yang dilihat gagal berperanan.
Kepada mereka saya doakan kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Adapun maksud saya adalah para pembantu yang membantu dalam isu politik. Mereka ramai, mungkin berpuluh - puluh. Semua mereka adalah benar dan betul. Kerana jasa merekalah ayahanda jadi perkasa dalam dunia politik Islam dan tanah air.
Pekerjaan bodoh hanyalah satu. Dan atas pekerjaan yang satu inilah saya menyerang dengan panas. Apabila anda memuji saya, ia tak pun meredakan kemarahan saya. Apabila anda memaki saya, ia tak pun memarakkan kemarahan saya. Saya kekal panas sehinggalah ayahanda dibebaskan daripada kerja - kerja bohong, bodoh dan jahat ini.
Ayahanda adalah ayah saya. Darah dan dagingnya mengalir di tubuh saya. Jika anda berjutaan memerangi saya, anda tak akan mampu memisahkan di antara darah dan daging kami. Saya mempertahankan ayahanda sebagaimana saya mempertahankan saya.
Saya enggan melihat kepanasan ayahanda disebabkan pembohongan dan pemalsuan. Saya enggan melihat mendung di langit perjuangan Islam. Saya enggan melihat kekecewaan daripada hukuman yang salah dan palsu.


3)
Yang menghubungkan kita dengan langit adalah al Quran dan al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam. Apabila baginda wafat, para ulama adalah pewaris. Ulama mewarisi ilmu, iman dan taqwa. Itulah legasi kenabian. Al Quran adalah punca ilmu yang benar. Ia dijaga kekuasaannya sehingga qiamat. Allah mempersiapkan para ulama dengan ilmu, iman dan taqwa demi kelangsungan perjuangan menegakkan kekuasaan al Quran ke atas manusia.
Ulama adalah cahaya yang menyinari kehidupan. Ketika PAS kesakitan, Allah mencetuskan idea kepimpinan ulama. Ia memberkati kebangkitan PAS. Allah bekalkan kita dengan para ulama yang menerajui dan menyatukan kekuatan.
Jika anda ingin berubah, berubahlah dalam kesatuan yang telah dibina para ulama. Jika anda ingin pembaharuan, bergeraklah bersama mereka.
Jangan tukarkan makanan dari langit dengan bawang putih dan bawang merah semata - mata anda sudah jemu dengan makanan syurga. Jangan tiru Bani Israel!
Ulama menyatukan kita sedang sesetengah anda memecahkan di antara ulama. Inilah kerja bodoh! Pemberi komen bernama MuhaiminSulam kata, tukarkan bodoh kepada jahat!
Saya memaksudkan mereka ini dan saya memaksudkan kerja seperti ini. Saya tidak memaksudkan kerja mereka yang lain walaupun ada lagi yang lain.
Saya menulis kerana ia sedang mengancam kesatuan dan ketenangan. Bukan saya, bahkan semua merasa tidak tenteram. Saya menyerang dipuncanya agar anda tahu puncanya. Apabila anda menguasai puncanya anda akan kembali dengan ketenangan dan kekuatan.


4)
Saya nukilkan perbualan saya dan ayahanda pasal idea Unity Government dan Pakatan Rakyat. Saya kemukakan titik persamaan dan perbezaan. Jawaban ayahanda adalah di sebalik yang anda perolehi di luar. Saya kata ayahanda menerima hujah keharusan itu.
Saya tak kata ayahanda dah setuju dibentuk kerajaan bersama BN. Saya tak tanya pun adakah dia setuju atau tidak. Itu tidak penting. Ia tidak mengganggu apa yang saya mahukan daripada jawabannya itu.
Anda dan surat khabar hanya mentafsirnya. Jika anda mahu tafsiran terbaik, tanya dia sendiri. Saya tidak memerlukan jawaban itu.
Ingat, saya bukan mendodoi Unity Government di sini. Nak berhujah, cari di tempat lain. Saya hanya mahu anda faham mengapa wujud percanggahan di antara sebelum dan selepas pertemuan itu? Mengapa sejuk sesudah panas? Saya memberitahu anda sebabnya. Sebabnya adalah pekerjaan bodoh itu.
Kerja bodoh bukan menolak Unity Government. Kerja bodoh ialah memahamkan maksudnya dengan maksud yang tak benar dengan tujuan yang tak benar di sisi ugama.
Jika anda mahu lawan, cukup anda buktikan bahawa saya telah berbohong tentang kewujudan kerja bodoh itu. Jika anda sangsi, usah percaya dan usah bohongi. Saya menulis kepada pembaca di blog saya yang yakin bahawa saya tidak berbohong. Kepada mereka saya mahu memberikan rasa tenang dan yakin.
Saya juga menulis untuk disampaikan kepada pembantu - pembantu itu agar bertaubat. Kerja kamu itu sia - sia di sisi tuhan walau kamu digilai manusia dan haiwan pun.
Kemudian saya tambahkan perencah. Wujud mereka ( pembantu ) yang berang sesudah ayahanda tersenyum lebar di JKR 10 selepas pertemuan di antara anggota Majlis Syura. Mereka gagal memisahkan di antara ulama.
Jika anda mahu lawan, cukup anda buktikan saya bohong. Tidak wujud keberangan itu. Jika tidak, anda melibas pedang di angin, lalu mendakwa tubuh saya telah putus seribu.
Saya perhatikan seni hujahan anda. Tumpul dan rapuh. Saya jentik, terbang bagai abu di hujung rokok. Sila datang kepada saya di luar, mari bersabung. Saya tunjukkan anda seni berhujah yang digemari agama dan malaikat.


5)
Saya berpegang sebagai mana ahli PAS berpegang. Pakatan Rakyat adalah sebaik - sebaik temuan dan alternatif hari ini. Tulisan saya sebelum ini menyokong DSAI sebagai peneraju jika ianya disepakati. Hujah agama membenarkan. Tulisan saya sebelum ini menolak pakatan dengan BN, apatah masuk BN. Sehingga BN bersetuju untuk berubah, hukum agama mengambil tempat.
Saya menyeru kepada pembukaan. Jangan tutup apa yang Allah mahu ianya terbuka. Anda akan bernafas lebih lega dan harmoni. Anda akan lebih gagah melangkah.
Ini siasah syar’ieyah. Dua tuan guru ini adalah pakar ilmu ini. Apabila mereka bertelagah saya tak rimas pun. Saya tahu mereka akan bertemu dan bersetuju. Saya diberitahu TGHH dinasihat untuk tidak berjumpa ayahanda ketika panasnya, tetapi beliau enggan. Beliau tahu ayahanda akan reda. Reda dan ridha dengan temuan ilmu dan hujah. Itulah yang berlaku.
Tetapi, kerja - kerja bodoh mengambil tempat. Mereka inilah batu api. Batu api inilah satu kerja dosa besar yang merosakkan jamaah dan ummah. Atas kerja bodoh inilah saya doakan Allah membalas mereka di dunia agar mereka kembali sedar dan bertaubah.
Itu hikmah Allah membalas di dunia. Anda alim, ingat ayat itu. Anda jahil, tanya orang alim. Jangan meracau tak tentu pasal marahkan saya menamakan sesetengah manusia sebagai ulama ‘mi celup’. Apa tak adakah di dunia ini orang jahil yang mengaku alim?
Macam peniaga makanan kesihatan dalam MLM. Habis kursus sebulan pasal produk, mereka keluar bersyarah macam seorang doktor. Anda marahkah jika saya namakan mereka doktor ‘mi celup’?
Saya belajar ugama. Maka saya tahu saya bukan taraf ulama. Saya tahulah siapa ulama yang benar dan palsu. Saya ada neracanya mengenal kaca dan permata. Kerana itu saya mempertahankan ulama yang saya kenali dan akui ilmu, iman dan taqwa mereka.
Mereka di hadapan anda. Menyayangi ulama adalah iman. Memusuhi ulama adalah perang terhadap Allah. Ingat al hadis itu. Justeru jangan mencetuskan kebencian dan kerenggangan di antara awam dan ulama, apatah memecahkan saf para ulama.
Jangan lupa blog saya. Doakan saya terus mampu menulis demi perjuangan meruntuhkan kekuasaan BN durjana.

Tahniah!



Selasa, 28 April 2009

Kebakaran Di Sg Rotan, Trong (Parlimen Bukit Gantang)

















Pasangan yg di timpa musibah bersama Pak
Ngah Radhi (berlebai) dan saudara Zulkhairi Sg Batu.





Kesedihan tergambar di wajah mereka. Semoga ALLAH memberikan yg terbaik buat mereka.



Salam

Bersama ini di sertakan gambar yg sempat dirakam pagi tadi semasa saya pergi menziarahi saudara se Islam kita yg di timpa musibah di pekan Bruas, Perak. Selepas kebakaran, mereka cuma tinggal pakaian sehelai sepinggang dan buat masa ini menumpang di rumah adik Pak Noordin di Kpg Padang Serai.

Alamat : Kpg Padang Serai
Batu Hampar, 32700
Perak

Di bawah ini di sertakan detail mereka bg sesiapa yang hendak menziarahi atau memberi sumbangan peribadi.

Suami : Noordin b Mat Noh
i/c no.: 430313-08-5413
Acc. BSN (Giro) : 08228-41-00001451-2

Isteri : Mah Bt Abdullah
I/c no. : 751223-08-5118
Acc Maybank : 1581 8116 0171
Acc. BSN (giro) : 08239-41-00001399-4

No. tel : 019-557 3391

Ataupun boleh berurusan dengan Hj Mokhtar@ Pak Ngah Radhi ( didlm gambar memakai kopiah putih)
No. tel : 017-561 9351. Beliau yang banyak menolong menyelesaikan segala urusan bg keluarga
Pak Noordin.




HJ NIZAR EMPATI DAN SIMPATI KEPADA KELUARGA NORDIN MAT NOR
Jenazah kanak-kanak Mohd Yusuf Nordin 2 tahun rentung terbakar pada 24 April 2009 .Datin Seri Fatimah kelihatan sedih melihat jenazah Mohd Yusuf
Jenazah Mohd Saiful Nordin 7 tahun dan Jenazah Amirul mati terbakar dalam keadaan berpelukan- Kelihatan Hj Nizar dan isteri
Hj Nizar dan Isteri menenangkan Nordin Mat Nor 66 tahun dan Mah Abdul 34 tahun.Terong- Satu kejadian menyayat hati berlaku ke atas satu keluarga miskin tegar Nordin Mat Nor yang kehilangan 3 orang anak dalam kebakaran di Pondok Di Ladang Kelapa Sawit Kg Sungai Rotan,Batu Hampar.
HJ Nizar sewaktu kejadian di Lumut dalam satu Program Lumut Bandar Tentera Laut,bergegas untuk melihat kejadian rakyat miskin tegar kehilangan tiga anak dalam kebakaran di Sg Rotan.
Beliau meminta pihak sekretariat Parlimen Bukit Gantang membantu pengurusan jenazah tiga beradik itu. Dengan kerjasama Ketua Kg Bt 26,Bt Hampar, pengurusan jenazah selesai pada 10.30 malam. Hj Nizar berharap pihak Sekretariat menguruskan pembinaan rumah baru untuk Nordin Mat Nor.

http://parlimen059.blogspot.com/2009/04/hj-nizar-empati-dan-simpati-kepada.html.




- fawi -

Isnin, 27 April 2009

Konsert Jom Heboh-XPDC Dakwah Berjaya

Tahniah dan syabas kepada semua Pemuda Pas Lumut yang telah menjayakan xpdc dakwah edar risalah sempena konsert Jom Heboh malam tadi.Semoga usaha kecil ini mendapat ganjaran di sisi Allah s.w.t.

-SU DPPKL-


*Xpdc dakwah bermula dari jam 6 petang berakhir jam 11.30 malam.

Ust Nazrul memulakan langkah diikuti saudara Walif...


ini bukan pengunjung konsert tetapi pekerja Bangladesh baru pulang dari kerja..kelihatan beberapa Ajk Dppkl sedang berkumpul di hadapan masjid Teluk Muroh sebelum xpdc dimulakan.


beberapa petugas Dppkl sedang menyelinap di celah-celah kereta mengedarkan risalah...


saudara Mus'ab dan Wan Ghani komited walau berjalan kaki...



Ust Hasri (berserban) turut ikut serta..jangan baring atas jalan sudah..:)



ambil sikit sorang..Ust Nazrul,Su Dppkl dll,Mat Bakee sedang membahagi-bahagikan risalah..



inilah antara para pengunjung...happy sekali....

Duhai ibu @ kakak...ke mana mereka hendak dibawa??....



Pergaulan bebas tanpa batasan....


beberapa pengunjung muda tanpa malu menggayakan 'tanduk setan'..lihat atas kepala mereka berwarna merah...

Inilah antara adegan yang sempat kami rakam di konsert Jom Heboh semalam.Seorang remaja melayu Islam belasan tahun sedang bergaya dengan 'tanduk syaitan' yang dijual secara terbuka di tempat konsert tersebut.Inilah antara produk keluaran Jom Heboh.Kepada penganjur dan semua yang terlibat dengan program ini...renungkanlah..

Kesimpulan :
1. Sedih : Rata-rata pengunjung terdiri dari muda-mudi berumur belasan tahun.Tanpa segan silu menggayakan 'tanduk setan'.
2. Pilu : Sebahagian datang dengan keluarga (galakan ibu-bapa),berkopiah,pak lebai,pak aji dll.
3. Hiba : Berpakaian menjolok mata,ibu-bapa pendorong.
4.Cemas : Beberapa petugas Dppkl dihalang dari memasuki kawasan utama pentas konsert.Arahan dari pihak atasan.Namun secara keseluruhannya dengan kekuatan hampir 20 anggota Dppkl sebanyak 3000 risalah pelbagai tajuk (Jangan Hampiri Zina,Jaga Solat 5 waktu,Fatwa Haram Konsert Heboh) telah berjaya diedarkan.Ya Allah..kami bekerja untuk menyampaikan risalahMu..kami hanya menyampaikan...hidayah dan petunjuk di TANGANMU jua.
-Nur12-

Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring Pasti Kawasan Lumut 2009

1. 25 April 2009 (Sabtu) 5.30 pm
Beberapa jawantan kuasa persiapan yang terdiri dari Ajk Dppkl sedang menyiapkan padang tempat permainan.





2. 26 April 2009 (Ahad) 7.30 am - 12.00 pm
Acara sukan bermula.Hampir 15o peserta terlibat yang terdiri dari pelajar-pelajar Pasti dari 13 buah sekolah Pasti yang beroperasi di Lumut.
Saudara SU Dppkl sedang menyampaikan cenderahati kepada Af. Ust Muhammad Che Ghani



Af. Ust Muhammad Che Ghani (Timb. YDP) sedang menyampaikan ucapan perasmian.


Meriah sekali..acara bola sepak bermula...


Goallll.......tapi goal sendiri...hempeh...


yeahh..yeahh...siapa cepat dia dapat...



Tunas-tunas Islam...kepada merekalah harapan untuk menggalas perjuangan suci ini..


Antara ibu-bapa yang hadir memberi sokongan...ada yang berkain pelikat..hati-hati bebbb....terlucut kain kes naya..




Bersedia...ingat apa yang ustazah ajar..jaring gol banyak-banyak.....:)



Lompak dik lompat...tapi ini bukan aksi 'katak lompat' Behrang,Ckt Jering&Jelapang...


Bakal serikandi...bersemangat waja...


ish jangan la tarik..orang nak kejar bola ni..kacau la mak ni...



ibu-bapa melihat aksi anak-anak mereka..girang sekali...



tadah apa tu dik..tadah betul-betul..jangan terlolos...

hahaha.. baguaihnya anak aku...insyaAllah suatu hari nanti dapat wakil negara...


semangat kesukanan yang tinggi..



upin dan ipin..betul betul betull...emmm...


hati-hati skit...sepak bola jangan sepak orang...

kejor yob kejor...

inilah jaguh masa depan...


bola itu bulat...
-Nur12-

Sabtu, 25 April 2009

Ops Bantah Konsert Jom Heboh

Program Edar Risalah Kesedaran Menjauhkan Diri Dari Maksiat
Tarikh : 26 April 2009
Masa : 6 Petang
Tempat : Pintu Masuk Utama Ke kem TLDM (Pintu masuk melalui Teluk Muroh)
(Berhimpun di Masjid Teluk Muroh)
Anjuran : Badan Bertindak Bantah Konsert Jom Heboh Dppkl
Sekalian umat Islam khususnya pemuda-pemuda diseru supaya turun beramai-ramai bagi menyatakan sikap kita terhadap program Konsert Jom Heboh yang nyata boleh menjerumuskan muda-mudi ke lembah maksiat dan pergaulan bebas.Ini sekali gus melanggar batas-batas akhlak yang dianjurkan agama.
Matlamat kita ialah untuk menyedarkan para pengunjung akan bahayanya menghadiri program yang dilarang agama.
Tugas kita ialah untuk menyelamatkan bangsa yang seakidah dengan kita.
Kepada Allah jualah kita menyerahkan segala-galanya.
-Nur12-

MAKLUMAN

AYAHNDA KEPADA EN. ZULKIFLI B. YUSOFF (SU PAS KAWASAN LUMUT) TELAH KEMBALI KE RAHMATILLAH PAGI TADI.
SOLAT JENAZAH AKAN DIADAKAN SELEPAS SOLAT ZOHOR HARI INI DI RUMAHNYA DI SEBERANG PERAK.
DENGAN INI PIHAK DPPKL MERAKAMKAN UCAPAN TAKZIAH BUAT EN ZUL SEKELUARGA.DIHARAP SELURUH KELUARGA REDA DENGAN KETENTUAN ILAHI.DAN SEMOGA ALLAHYARHAM DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN BERSAMA-SAMA PARA SYUHADA' DAN SALIHIN.AMIN.
-Nur12-

KONSERT JOM HEBOH-PEMUDA LUMUT AKAN BERTINDAK

Kepada pihak penganjur,pihak Dppkl mohon untuk sembah derhaka !!
Pihak Dppkl telah memutuskan untuk mengambil beberapa tindakan segera untuk membendung kehadiran orang ramai khususnya anak-anak muda ke Konsert Jom Heboh yang akan membariskan beberapa artis terkenal tanah air yang bakal berlansung pada malam akhir program Jom Heboh anjuran TV3 di Kem TLDM Lumut.
Pihak Dppkl juga kesal dengan sikap Mufti negeri Perak yang sehingga ke saat ini masih membisu seribu bahasa dan belum mengeluarkan apa-apa kenyataan walaupun didesak oleh beberapa pihak.Beliau sebelum ini terkenal dengan fatwanya yang mengharamkan program Jom Heboh di Perak.
Pihak Dppkl juga dengan ini mendesak pihak penganjur supaya menghormati sensitiviti Umat Islam setempat dengan tidak menganjurkan perkara-perkara yang ditegah agama seperti acara konsert terbuka yang menggalakkan pergaulan bebas,percampuran antara lelaki dan perempuan tanpa batas,dan lain-lain perkara yang boleh menjejaskan dan merosakkan akhlak muda mudi.
Pihak Dppkl juga dengan ini meminta pihak penganjur bertanggung jawab sepenuhnya terhadap segala gejala buruk yang akan berlaku semasa dan selepas program tamat.
Pihak Dppkl juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada saudara Azhan Atan (Juara Akademi Nasyid TV9) kerana telah membatalkan kehadiran beliau ke program Jom Heboh ini.Beliau sebelum ini telah dijemput sebagai pembaca doa untuk majlis perasmian.Beliau telah memaklumkan perkara ini kepada Ketua Dppkl pada petang semalam.
Pihak Dppkl juga dengan ini menyeru orang ramai khususnya pihak berkuasa agama,pihak jawatan kuasa masjid dan surau berdekatan,pihak berkuasa agama TLDM (Kagat) dan masyarakat setempat yang amat prihatin dengan isu ini untuk turun bersama-sama Dppkl bagi membendung gejala maksiat seterusnya untuk menyedarkan para pengunjung dan juga pihak penganjur akan bahayanya kesan buruk jika program maksiat ini diteruskan.
Sekian.Sekali lagi sembah derhaka dipohon !!
-Nur12-

Jumaat, 24 April 2009

KERJA-KERJA BODOH DALAM PAS


NIK ABDUH NIK AZIZ


Salam Kamunting,
Di meja makan di bahagian dapur di rumah ayahanda yang saya masih kekal tinggal bersama sedari kelahiran dulu, selalulah saya bersembang dengan ayahanda pasal macam - macam hal kehidupan yang biasanya akan panas dan panjang bila ianya berulamkan politik dan perjuangan.
Terbaru saya lontarkan kepadanya hujahan para ulama daripada buku yang saya baca mengenai keabsahan seorang muslim untuk hadir dan turut sama menjawat dan memerintah di dalam sebuah kerajaan yang bukan Islam.
Saya sebutkan kepada ayahanda bagaimana para ulama mengambil bahagian cerita Nabi Yusuf alaihissalam menjawat jawatan sebagai menteri kewangan di dalam sebuah kerajaan syirik Mesir kuno sebagai hujah utama dan vital yang membenarkan penawaran untuk turut membantu pemerintahan bukan negara Islam.
Syarat terpenting yang menjadi pemutus ialah jemputan kepada jawatan itu mestilah dalam kemuliaan dan kekuatan. Mereka meminta dan kita berhak memutus, bukan mereka. Kemudian kita tidak diikat dengan syarat - syarat yang menghalang unsur keadilan Islam untuk ditegakkan. Masuk dengan kemuliaan sebagaimana Nabi Yusuf dijemput untuk turut mempersembahkan kebijaksanaan dan keadilannya ke atas rakyat dalam pemerintahan tersebut.
Saya kemukakan untuk memukaddimahkan perbincangan mengenai kerajaan Pakatan Rakyat dan Unity Government yang dicadangkan sebagai alternatif kepada kerajaan BN hari ini sedang merasai kepedihan dihimpit kemarahan rakyat yang melata.
Saya memberanikan untuk berhujah bahawa samada BN atau Pakatan Rakyat, kedua - duanya bukan daripada jenis negara Islam. Maka menerima kerajaan mana pun, hujahnya ada dan hujah itu terpakai dengan syarat ketat sebagaimana yang digariskan ugama tersebut.
Selamba saja ayahanda memberi komen. “Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan - jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.”
Saya memiliki banyak cerita menarik di sebalik apa yang anda tahu mengenai ayahanda. Komennya di atas bukankah mencetuskan persoalan ini di benak anda, bukankah Tok Guru lantang menolak Unity Government? Bukankah Tok Guru berang dengan cadangan Tuan Guru Hj Hadi ini?
Biar saya bagitahu anda, ayahanda hidup dengan hujah. Itulah makanan berkhasiat yang memanjang dan memberkati umurnya. Bila hujah ugama itu ada, bagaimana ayahanda akan tolak mentah - mentah?
Justeru fahami ini bahawa ‘Unity Government’ yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu - pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH.
Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!
Bukankah anda dapat lihat bagaimana semacam ayahanda menghentam ‘kerajaan campuran’ bukan unity Government? Bukankah selepas pertemuan kurang sepuluh mata bersama TGHH, ayahanda tidak lagi menyerang. Ertinya sesuatu yang baru dan meyakinkan telah diperolehinya daripada TGHH. Itulah yang disembunyikan secara sengaja daripadanya.
Di mana pergi pembantu - pembantu ayahanda yang sesat pekerjaan mereka itu di sisi tuhan!? Semoga Allah melaga- lagakan di antara mereka pula di dunia ini agar mereka segera bertaubat!
Modus Operandinya sama. Selepas pertemuan ayahanda dengan ulama PAS di JKR 10 beberapa bulan lepas, ayahanda menerima muzakarah atau muqabalah selepas bermatian menolaknya. Saya diberitahu daripada sumber yang diyakini, sesetengah pembantu ayahanda ini menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana keruh dan panas dengan TGHH. Mereka gagal selepas mereka yakin berjaya. Allah menggagalkan usaha jahat mereka.
Ayahanda seorang yang hebat. Antara kehebatannya adalah ‘husnuzhan’ dengan semua orang. Semua orang boleh hidup di sekelilingnya. Pembantu, pengampu, pencacai dan sesiapa pun. Tolak babi dan anjing! Tuhan membalas atas pekerjaan masing - masing.
Adapun penghormatan ayahanda terhadap TGHH, maka ia adalah penghormatan yang gagal diperolehi kecuali oleh para ulama. Ayahanda sering memuji TGHH. Saya pernah mendengarnya menakjubi ucapan TGHH di Parlimen yang dibacanya di dalam Harakah sedang masa itu suasana panas isu muzakarah masih memuncak. Sesetengah pembantu ayahanda merasa iri dan hasad selepas penghormatan itu gagal menempati diri mereka.
Bagaimana mereka akan memperolehinya, sedang mereka hanya belajar ugama sekadar ‘mi celup’, lalu mendakwa mereka pun ulama juga dengan istilah - istilah ugama yang dihafal, bukan difaqihi?
Dunia ulama adalah penuh disiplin. Taqwa adalah disiplin terbaik. Taqwa adalah milik ulama, bukan milik orang yang mengaku ulama atau ulama mini sekali pun. Kita tidak mampu merebutinya kerana ia adalah kurniaan khas daripada Allah. Kita hanya mampu meminta daripadaNya.
Menghampiri proses pemilihan menjelang Muktamar PAS nanti, anda sedang menyaksikan usaha daripada pelbagai sudut dan penjuru, jauh dan dekat oleh sesetengah yang mungkin saja saya sifatkan sebagai sekumpulan ‘pejuang nafsu’ yang tersusun untuk memisahkan di antara ulama yang disayangi rakyat.
Ayahanda digunakan. Inilah calon restuan Tuan Guru Nik Abdul Aziz! Inilah calon restuan Kelantan!Bukankah sebelum ayahanda berangkat ke Mekah, beliau secara jelas mengumumkan untuk tidak berpihak dan menyatakan keenggananya bersuara, bimbang ia mengganggu emosi ahli PAS di dalam kebebasan memilih?
Di mana adab? Di mana kesetiaan? Di mana sifat malu?
Masihkah anda mahu hanyut dalam dunia politik yang kotor hatta dalam PAS? Jika begitu, sayalah musuh anda!


Komen Nur12: Bila baca tulisan ini baru saya faham situasi antara Tok Guru Nik Aziz-Tok Guru Haji Hadi.

Jom Heboh esok di Lumut, apa penjelasan Mufti Perak?


KUALA LUMPUR, 24 April (Hrkh) - Sudah lama tidak kedengaran Konsert Jom Heboh TV3 di Perak namun esok pesta ria ini akan mengambil tempat di TLDM Lumut yang berlangsung sehingga Ahad ini (26 April).


Bezanya kali ini, belum lagi terdengar ungkapan sama daripada Mufti Perak Dato' Seri Harussani Zakaria yang pernah mengeluarkan fatwa pada 30 Julai 2004 berhubung konsert ini.
Dalam keputusan itu Majlis Mufti-Mufti Malaysia melalui Harussani Zakaria telah mengeluarkan kenyataan bahawa konsert Sure Heboh TV3 adalah haram kerana ia melalai dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda.
Justeru, Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) telah menghantar surat kepada Harussani merujuk kepada keputusan Majlis Mufti-Mufti Malaysia tersebut.
Ketua Pemudanya Salman Salleh meminta penjelasan adakah penguatkuasaan Undang-Undang terhadap mereka yang memberikan kebenaran, menganjur, menghadiri dan menonton konsert tersebut akan dikenakan tindakan atau sebaliknya.
"Selepas majlis penutup Muzakarah Ulama 2004 sempena Hari Keputeraan Sultan Perak Ke-76 di Ipoh, kami mahu penjelasan daripada Dato' Seri adakah Majlis Fatwa Kebangsaan telah membuat keputusan berhubung perkara tersebut?
"Kami memohon agar Dato' Seri dapat memberikan penjelasan berhubung perkara tersebut agar rakyat Negeri Perak tidak keliru didalam perkara ini," katanya dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily sebentar tadi.




-harakahdaily.net-



Komen Nur12: Alahai Pemuda Lumut..cam mana boleh pemuda Ipoh Timur yang buat memo dulu ni,padahal benda ni akan berlaku kat Lumut,depan mata kita semua.Bila nak hantar memo atau apa2 ke?..

BN pengacau besar di Perak,rakyat makin benci!

Baru dua bulan lebih merampas kuasa di Perak, BN mula menunjukkan sikap dan sosok tubuhnya yang sebenar. sesuatu yang sangat malang dan tidak kami jangkakan apabila dengan rakus kerajaan kudeta BN memecat semua Ketua Kampung yang dilantik secara pemilihan semasa kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Perak.
Perlantikannya adalah untuk jangkamasa dua tahun dan akan berakhir pada tahun 2010 nanti. Kalau kami sebelum ini tidak memaksa Ketua kampung yang masih sah jawatannya sehingga akhir 2008 untuk melepaskan jawatannya, rupanya BN sudah hilang pertimbangan akal yang waras. Semua 817 orang Ketua kampung telah ditamatkan perkhidmatannya bermula 16 April yang lepas.
Persoalannya sekarang kenapakah Zambry dan kumpulan kudetanya sangat gopoh bertindak kepada satu institusi yang sangat dihormati diperingkat rakyat bawahan. Ketua Kampung yang bukan hanya dilihat sebagai penyalur maklumat kepada peringkat lebih tinggi namun ianya satu jawatan yang sekian lama didambakan untuk berkerja dengan telus adil tidak mengira bulu.
Di sanalah kejayaan yang dicipta oleh semua Ketua Kampung semasa Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Perak. Sesudah 50 tahun ketua Kampung menjadi badan yang diperalatkan namun semasa dibawah teraju Pakatan Rakyat mereka bebas berkerja tanpa kongkongan dan arahan melampaui tugas yang sebenar.
Kerana itu mereka cukup selesa bersama PR walaupun gajinya tidak seberapa. Baru tahun ini sahaja mereka dihargai dengan kenaikan elaun dari RM 200 ke RM 400. Setiausaha JKKK pula diberi elaun sebanyak RM 200.Walaupun tidak diberikan apa-apa imbuhan semacam mereka sanggup berbakti untuk anak desa masing-masing, ditambah mereka kebanyakannya ada pendapatan tetap atau dikalangan mereka yang pencen dari jawatan kerajaan dan swasta. Sesetengahnya semacam mengahabiskan sisa hidup untuk berbakti dengan jawatan yang diamanahkan itu.
Kini rampasan kuasa kepada jawatan ketua Kampung yang dilantik oleh rakyat dan kerajaan Pakatan Rakyat menyebabkan rakyat makin meluat dan benci kepada Ketua Kampung JKKP yang kembali berkuasa. Begitulah kebencian kepada kerajaan Kudeta BN di Perak, ianya semakin dibenci oleh rakyat bawahan.Sesungguhnya rakyat dapat menilai yang mana kaca yang mana intan.
Saya cadangkan kepada Zambry dan kumpulan kudetanya, lakukan banyak lagi perkara yang akan menambahkan rakyat membenci BN. Kerana realitinya BN sudah siap untuk ditolak secara total dalam tempoh masa yang mendatang, cepat atau lambat itu tidak penting, yang lebih penting rakyat telah pun membuat keputusannya.
YB KHALIL IDHAM LIM
ADUN TT. SERONG.

Khamis, 23 April 2009

GMP mohon maaf kepada Malaysiakini

IPOH: Gagasan Melayu Perak (GMP) hari ini menjelaskan bahawa laporan polis yang dibuatnya semalam tidak mempunyai kaitan langsung dengan laman web Malaysiakini berhubung artikel menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Muda, Raja Dr Nazrin Shah.
Presiden GMP, Datuk Seri Mohd Hilmi Ismail, berkata laporan polis yang dibuat gagasan itu adalah terhadap seorang pelayar internet yang menggunakan nama samaran Pasok.
Katanya individu berkenaan adalah pihak bertanggungjawab menulis komen terhadap Sultan Azlan dan Raja Nazrin dalam sebuah laman web.
"GMP memohon maaf kepada Malaysiakini kerana telah tersilap menyatakan ia adalah pihak yang menyiarkan artikel tidak bertanggungjawab itu," katanya.
Mohd Hilmi berkata laporan polis itu dibuat oleh GMP kerana ia mahu memastikan pihak yang terlibat menghina Sultan Perak dan Raja Muda dikenakan tindakan.
- Bernama -

Kenangan Berjuang Bersama Dato' Seri Presiden


Ustaz Nasruddin Tantawi



Assalamualaikum , salam perjuangan terlebih dahulu saya hulurkan buat Ayah Chik semoga senantiasa dikurniakan taufiq dan hidayah , jua ketabahan jiwa yang tinggi dan mantap dalam memimpin sebuah bahtera perjuangan yang besar meredah samudera luas dan buas .
Saya memohon maaf berbanyak maaf jika kenangan on line ini mengganggu penumpuan Ayah Chik dalam mengemudi bahtera saat laut kian bergelora dan gelombang kian mengganas .
Saya yakin , melalui susur galur pentarbiyyahan yang pernah dilalui oleh Ayah Chik pula berbekalkan pengalaman yang luas sebagai seorang pejuang yang tidak pernah penat dan lelah mengharungi cabaran , rintangan dan halangan di sepanjang jalan , Ayah Chik cekal menghadapi apa jua situasi sukar .
Biarpun kini wajah dan jasad Ayah Chik semakin dimamah usia namun jiwa kental dan hati waja seorang pejuang yang diamanahkan oleh ummah untuk menjulang panji syariah masih terserlah . Pastinya semangat Ayah Chik tidak akan luntur apalagi mundur hanya kerana kedengaran dentuman petir dan kilat di langit , kerana sebelum ini sudah biasa basah dihujan dan goyang diribut .
Saya telah mengikuti dari dekat perjuangan Islam yang digerakkan oleh Ayah Chik sejak tahun 1984 , sedang tika itu saya hanyalah seorang murid bertatih baca alif , ba , ta di tingkatan 2 sekolah menengah kebangsaan . Setiap hujung minggu saya akan ke pekan sehari untuk membeli kaset ceramah Ayah Chik dan Ayah Ziq [ Tok Guru Nik Aziz ] yang diterbitkan oleh Pustaka Jihad [ kalau tidak silap saya ] .
Amanat Hj. Hadi
Tidak perlulah saya meriwayatkan kisah yang sedia diketahui umum . Cuma apa yang saya mahu kenangkan kembali ialah bagaimana Ayah Chik telah membawa satu gelombang kebangkitan Islam dengan meletakkan PAS sebagai sebuah Gerakan Islam yang benar - benar menepati piawaian sebuah gerakan Islam yang tulen .
Bergandingan dengan Al Marhum Tuan Guru Hj Yusuf Ar Rawa , Al Marhum Tuan Guru Hj. Fadhil Noor dan Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat , Ayah Chik mara memobilisasi kesedaran rakyat yang bermula dengan pemantapan aqidah perjuangan mereka .
Amanat Hj Hadi menjadi popular malah seluruh markaz PAS ketika itu akan menyimpan amanat tersebut di dalam frame tergantung di dinding . Bermula dari mak cik dan pak cik di kampung dan desa hinggalah kepada ikhwah dan akhawat mahasiswa university mula menyahut seruan jihad ke arah mendaulatkan Islam di atas tanahair tercinta .
Nabi Hadi dan Nabi Fadhil
Ayah Chik gigih ke serata negeri memenuhi undangan membelah kubu kuat UMNO yang berserakan di seluruh negara . Membangkitkan kesedaran , menyemarak semangat juang , membekalkan ilmu , menambah ahli serta cawangan dan menggerakkan jentera parti di semua peringkat agar aktif mendepani cabaran faham sekular yang dibawa oleh UMNO dan BN .
Melihat sambutan luar biasa rakyat dari seluruh negara terhadap dakwah Ayah Chik bersama PAS , akhirnya Ayah Chik dan Al Marhum Tuan Guru Fadhil Noor difitnah oleh UMNO dan BN kononnya mereka berdua [ Ayah Chik dan Ust Fadhil Noor ] akan menjadi nabi Melayu menjelang usia 40 tahun . Fitnah ini terpampang di dada - dada akhbar . Ya ... saya masih ingat !
Nyata segalanya tidaklah melemahkan semangat Ayah Chik untuk terus menongkah cabaran . Melalui Kuliah pagi jumaat dan Khutbahnya di Masjid Rusila , Ayah Chik membina fikrah Islami yang syumul dikalangan ahli yang rata - rata belum jelas hala tuju perjuangan mereka . Suara mimbar Rusila terus bergema menguasai ruang udara , membentengi ummah dari wabak sekular yang disebarkan oleh UMNO dan BN .
Masjid Rusila menjadi pangkalan kebangkitan Islam ketika itu . Nama Masjid Rusila terus masyhur ke serata dunia serentang dengan kehebatan al Qum di zaman pemerintahan Khomeini. Malah para pemimpin Gerakan Islam di peringkat antarabangsa lebih mengenali Rusila berbanding Taman Melewar pada waktu itu .
Seangkatan dengan kemasyhuran Masjid Rusila ialah Masjid Pulau Melaka di Kelantan yang di pimpin oleh Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nikmat .
Bertolak dari dua masjid inilah , bersama sentuhan 2 Tok Guru [ Ayah Chik dan Ayah Ziq ] , sinar Islam terus memancar menerangi kegelapan ummah . Sehingga kini , hampir tidak kedengaran lagi mereka yang berani mengatakan politik suku agama suku sebagaimana sebelumnya , kalimah ini senantiasa meniti di bibir pemimpin UMNO dan BN .
Ayah Chik juga dinobatkan sebagai ulama' bertaraf antarabangsa . Sebaris Dr Yusuf Al Qaradhawi , Qadhi Hussein , Mehdi Akif , dan lainnya dalam menganggotai majlis Gerakan Islam antarabangsa , Majlis Pembebasan Al Quds dan Majlis Taqrib Mazahib di peringkat antarabangsa .
Tentu sahaja air tangan Al Marhum Mujahid ulung Said Hawa rhm ini benar - benar menjadi , bak mutiara buat ummah sepanjang zaman khasnya bagi ummat Islam di blok Nusantara ini .
Jauh Ayah Chik meniti ranjau , sehinggalah kini Ayah Chik diamanahkan sebagai Presiden PAS . Al Marhum Yusuf Rawa dan Al Marhum Ustaz Fadhil telah lama meninggalkan kita semua . Kini tinggal Ayah Chik bergandingan dengan Ayah Ziq memimpin parti .
Malang cabaran mutaakhir ini ternyata lebih liar dan cukup menguji ketahanan kepimpinan 2 Tok Guru ini . Namun saya doakan agar mereka terus diberikan kekuatan luar biasa bagi menyerap segala tekanan dan terus gemilang memacu perjuangan yang masih jauh destinasinya .
Ayah Chik , usahlah resah dan risau biarpun diluar sana kedengaran suara kritikan keras ke atas gaya dan cara kepimpinan Ayah Chik . Bagi saya , mereka berhak untuk melahirkan rasa tidak puas hati selama mana masih dalam frame akhlak dan adab berbeza pandangan . Segala kritikan boleh diambil secara positif untuk muhasabah dan sempadan dalam gerakkerja kita memimpin perjuangan ini .
Selama Ayah Chik benar dan ikhlas memimpin perjuangan ini , saya sangat yakin pertolongan Allah swt akan senantiasa mengiringi perjuangan dan kepimpinan Ayah Chik sementara anak - anak buah yang dididik sekian lama akan terus mengantar doa restu mereka agar Ayah Chik sabar dan tabah seterusnya dipelihara oleh Allah swt .

23 April 2009-Kes Nizar vs Zambry

Untuk makluman semua perbicaraan Kes Nizar vs Zambry untuk menentukan siapakah Menteri Besar Perak yang sah akan diadakan seperti berikut :
Pada: 23 April 2009
Jam : 2.30pm
Tempat : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta, Kuala Lumpur
Peguam-Peguam Dato Seri Nizar :
1) Tuan Hj. Sulaiman
2) Tuan Edmund Bon
3) Tuan Ranjit Singh
4) Tuan Amer
5) Tuan Hanipa
6) Tuan Zul
7) Tuan Chan KK
8) Tuan Leong

Rabu, 22 April 2009

Zambry mohon Mahkamah Persekutuan isytihar beliau MB

PUTRAJAYA: Menteri Besar (Kudeta) Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menfailkan notis usul di Mahkamah Persekutuan untuk merujuk persoalan undang-undang berhubung tafsiran Fasal 63 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak supaya mahkamah itu memutuskan beliau adalah Menteri Besar yang sah.
Dr Zambry menfailkan notis usul itu di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan, di sini, semalam, melalui Tetuan Zul Rafique and Partners.
Notis usul itu diedarkan kepada media petang ini.
Dalam notis usul itu yang disertakan dengan afidavit sokongannya, Dr Zambry memohon supaya Mahkamah Persekutuan memutuskan dan mentafsir peruntukan Fasal-Fasal 16(2) dan 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak iaitu;
- sama ada Sultan Perak mempunyai hak untuk memperkenan permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak (sidang DUN) apabila Mohammad Nizar tidak lagi mendapat kepercayaan sebahagian besar anggota-anggota Dewan;
- sama ada apabila Sultan Perak tidak berkenan untuk menggunakan prerogatif diraja baginda untuk membubarkan sidang DUN, adakah ia merupakan suatu kehendak peruntukan Fasal 16(6) bahawa Mohammad Nizar harus meletakkan jawatan beliau dan ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan;
- sama ada berikutan keengganan Mohammad Nizar meletakkan jawatan dan ahli-ahli mesyuarat kerajaan, Sultan Perak mempunyai hak untuk melantik Zambry sebagai menteri besar.
Zambry dalam notis usulnya berkata, sekiranya Mahkamah Persekutuan memutuskan ketiga-tiga persoalan itu memihak kepadanya, maka mahkamah itu perlu mengisytiharkan bahawa pada 6 Februari 2009, beliau telah dilantik dengan sewajarnya sebagai Menteri Besar Perak.
Mahkamah Persekutuan menetapkan Selasa depan untuk mendengar permohonan notis usul itu.
Zambry berkata keputusan mahkamah itu juga nanti akan meleraikan kebuntuan politik yang berlaku di Perak di mana Mohammad Nizar menegaskan beliau masih Menteri Besar yang sah, sidang DUN tidak dapat bersidang dan kerajaan negeri Perak tidak berupaya untuk melaksanakan tugasnya dengan efisyen dan/atau bebas.
- Bernama -

Selasa, 21 April 2009

Badai kecil landa Seri Manjung..petanda apa?

Semalam Nur12 bersama beberapa ajk Dppkl menghadiri sesi perjumpaan dengan Jpc Bt. 10 Lekir.Perjumpaan ini adalan lanjutan acara lawatan ajk ke cawangan-cawangan.
Ramai juga pemuda cawangan Bt. 10 yang turun.Perjumpaan diadakan di Markas Bt. 10.Sayang Nur12 terlupa bawa kemera,maka tiadalah gambar untuk paparan di sini.
Dalam pertemuan semalam banyak perkara telah dibincangkan.Antaranya berkaitan program kerjasama antara pemuda kawasan dan pemuda cawangan,keahlian dan beberapa hal lain berkaitan hal ehwal pemuda.Juga dibangkitkan berkenaan isu 'Jom Heboh' anjuran TV3 yang akan berlangsung pada 25-26 April bertempat di kem TLDM Lumut bersempena dengan peristiharan 'Lumut Bandar Tentera Laut'.Ada cadangan dari pemuda Bt. 10 supaya semua pemuda cawangan terutama cawangan yang berhampiran setiap jalan masuk utama ke Lumut dinaikkan 'banner' bantahan akan program tersebut.
Cadangan ini telah dipertimbangkan untuk dilaksanakan.
Kira-kira jam 11.30 malam pertemuan berakhir.
Selesai saja mesyuarat Nur12 terus balik ke rumah.Biasanya balik umah terus buka laptop untuk update blog,tapi dek kerana laptop meragam maka tak boleh lah nak urus blog.
Di luar rumah kedengaran tiupan angin agak deras juga.Ada juga bunyi hujan turun tapi perlahan.Selang beberapa minit kemudian angin dan hujan tiba-tiba menerjah dengan begitu kuat sekali.
Seingat Nur12,selama berada di Seri Manjung ada juga berlaku hujan dan angin serentak tapi tak sekuat semalam.
Pagi tadi seperti biasa pagi-pagi Nur12 menghantar anak ke sekolah Pasti.Kebiasannya juga selepas hantar anak Nur12 akan ke pasar Manjung.
Dalam perjalanan ke pasar Nur12 terlihat sebatang pokok besar berhampiran pagar hospital Seri Manjung tumbang menyembah bumi sekali gus meranapkan sebidang pagar yang berhampiran.Apa lagi ambil kamera terus 'snap'.
Selepas abis beli barang2 dapur terus balik umah,bersiap untuk ke 'office' tempat cari makan.Office Nur12 berada berhadapan dengan pasaraya Billion di tengah-tengah bandar Manjung.
Sampai disimpang Manjung kelihatan ramai pekerja-pekerja MPM sedang mengerumuni ruang tempat pasang 'banner'.Nur12 cuba memerhati dengan dekat,rupa-rupanya pagar besi tempat 'banner' digantung pun roboh dan musnah sama sekali.Nak kata perbuatan 'mat gian' mustahil juga sebab tempat sangat terbuka dan kenderaan 24 jam dok lalu lalang kat sini.Rupa-rupanya...
YA ALLAH..dahsyat juga penangan angin semalam,sampai pagar besi pun roboh.
Dalam hati kecil Nur12 berkata padan muka MPM,sebab di situlah 1 banner ceramah yang digantung tempoh hari telah direntap oleh mereka yang tidak bertanggung jawab.Tidak bermaksud untuk menuduh sapa2.Tapi siapa lagi kalau bukan ........
Tapi dalam hati kecil Nur12 juga ada terlintas mungkin ini peringatan Tuhan.Peringatan Tuhan buat penghuni bandar Manjung dan juga Lumut agar lebih berhati-hati dalam tingkah laku mereka.Jangan sesekali melakukan sesuatu perkara yang dimurka Tuhan.Baik yang nyata atau pun tersembunyi.Setiap perkara yang bernama mungkar pasti mengundang azab dan bala Tuhan.
YA ALLAH,selamatkan penghuni Seri Manjung dan kawasan sekitarnya dari bala dan azabMU.










-Nur12-