Ahad, 31 Mei 2009

Mansor menang, PKR kekalkan Penanti


BUKIT MERTAJAM: Sebagaimana telah dijangkakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti dalam saingan empat penjuru tanpa kehadiran Barisan Nasional (BN).
Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Mansor Othman menang dengan majoriti 5,558 undi.
Walaupun majoriti PKR kali ini meningkat dua kali ganda, tetapi jumlah undi yang diperoleh calon parti itu menurun berbanding pilihan raya umum ke-12 tahun lalu.
Mansor yang memperoleh 6,052 undi manakala tiga calon Bebas iaitu Aminah Abdullah memperoleh 392 undi, Nai Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56).
Sebelum ini Mansor disebut-sebut akan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang jika menang pilihan raya kecil hari ini.
Dalam reaksinya, Mansor mengucapkan terima kasih kepada para pengundi, pemimpin PKR, penyokong dan pekerja pilihan raya yang telah berusaha kerja membawa kemenangan kepada beliau.
"Saya bersyukur dengan kemenangan ini dan berterima kasih kepada pimpinan parti dan rakanrakan dari DAP dan PAS serta kepada pengundi Penanti," katanya.
Sehubungan itu tambah Mansor, beliau akan terus berkhidmat untuk rakyat Pulau Pinang apabila memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang mulai minggu depan.
Keputusan pilihan raya diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahaya pada pukul 8.24 malam di Dewan Perdana, Institut Kemahiran Belia Negara di Jalan Berapit di sini.
Ketika pilihan raya umum 2008, seramai 12,667 daripada 15,421 pemilih berdaftar keluar mengundi.
Calon PKR ketika itu, Mohammad Fairus Khairuddin menerima 7,346 undi manakala calon BN, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid memperoleh 5,127 undi.
Majoriti diperoleh Fairus ialah 2,219 undi.


KEPUTUSAN PENANTI: SEPINTAS
- Mansor Othman (PKR) 6,052 undi
- Aminah Abdullah (Bebas) 392 undi
- Nai Khan Ari (Bebas) 494 undi
- Kamarul Ramizu Idris (Bebas) 56 undi
Jumlah mengundi: 7,100
Peratus: 46.15
Undi rosak: 106 undi
Majoriti: 5,558 undi


Dalam pada itu, semua sembilan pusat mengundi bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti ditutup pada 5 petang tadi.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ngah Senik berkata, sepanjang tempoh mengundi dari 8 pagi hingga 5 petang ini, sebanyak 46.15 peratus atau 7,100 daripada 15,384 pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka.
Ketika dihubungi Bernama, beliau berkata sebaik pusat pengundian ditutup, proses mengira undi di 32 saluran yang ada di sembilan pusat mengundi itu dijalankan sebelum semua kertas undi dibawa ke pusat penjumlahan. Peti undi pertama tiba di IKBN pukul 5.45 petang.
Ngah juga berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian yang lancar dan tenang.
Pilihan raya umum Mac lepas mencacatkan peratusan keluar mengundi yang jauh lebih tinggi iaitu 82.08 peratus atau 12,657 orang daripada 15,421 pengundi.
Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob menyifatkan perjalanan pilihan raya itu paling aman tanpa sebarang kejadian tidak diingini.
"Keadaan tenang dan aman dan saya berharap jika ada lagi pilihan raya pada masa akan datang, biarlah keadaannya sama seperti ini," katanya.
Bagaimanapun, beliau melarang pihak yang menang pilihan raya kecil ini daripada meraikan kemenangan dengan cara yang boleh mengganggu ketenteraman awam dan lalu lintas.
Kerusi DUN Penanti kosong apabila penyandangnya yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin meletak jawatan dengan alasan mahu melanjutkan pelajaran.


-Mstar-

Jumaat, 29 Mei 2009

PKM=UBN

PULAU PINANG,28 Mei. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Parti Komunis Malaya (PKM) tidak jauh bezanya dengan Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan nasionalisma.
Menurut beliau lagi tindakan yang dilakukan oleh BN selama ini adalah mirip kepada apa yang dilakukan oleh PKM.
"Jika pada zaman PKM ramai mereka yang tidak bersalah dan berdosa dibunuh dan dizalimi.Apa bezanya pada zaman ini dimana mereka yang tidak bersalah mudah dizalimi oleh pemerintahan BN. Oleh kerana itu ada persamaan antara PKM yang dahulu dan BN yang wujud sekarang. Kedua-duanya sama saja.
"Oleh kerana itu siapa sahaja yang mengamalkan fahaman nasionalisma maka ia juga adalah serupa dengan PKM yang melakukan kezaliman,pembunuhan,kerosakan dan bermacam-macam lagi ancaman pada zaman darurat dahulu sehingga ramai yang sengsara.
"Kesan yang ditinggalkan oleh PKM pada ketika itu dapat dirasai sehingga sekarang.Begitu juga dengan kerajaan BN yang mengamalkan ISA sebagai satu akta yang menzalimi rakyat yang tidak bersalah.Bukankah ini juga semacam dengan mereka."
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah di Kampung Guar Jering, Penanti, Bukit Mertajam.
Dalam ceramah itu beliau juga menyentuh mengenai kedudukan BN yang semakin terancam dengan perpecahan yang begitu ketara berlaku semasa pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kita lihat apa yang berlaku dalam parti PPP.Mereka mulai berpecah kepada dua presiden.Begitu juga di Trengganu yang berpecah dalam kumpulan Umno yang memerintah negeri disana.
"Di Perak juga berlaku kemelut yang sehingga ini rakyat tidak dapat menerima apa yang telah diputuskan walaupun hak rakyat untuk meimilih harus diserahkan kepada rakyat membuat pilihan terbaik," katanya.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PKR, Azmin Ali, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin.



http://siasahdaily.blogspot.com

Khamis, 28 Mei 2009

Program penutup puasa sunat dan mogok petang ini

Program penutup Puasa Sunat dan mogok lapar sampai kekemuncaknya pada petang ini apabila Majlis berbuka pada waktu maghrib nanti dan kumpulan 200 orang yang mogok lapar akan makan setelah 72 jam cuma minum setiap 6 jam tiga hari yang lepas.
Paling menarik dalam program pakatan Rakyat kali ini ialah perhatian pihak keselamatan yang melampau sehingga membawa kepada 21 orang yang ditangkap dan setiap hari sehingga hari ini ada sahaja polis yang berkeliaran di sekitar wisma DAP tempat acara dipusatkan.
Petang ini pun masih kelihatan pasukan polis dengan sebuah black maria dan van polis berada tidak jauh dari wisma DAP dan saya yakin keberadaan mereka ada kaitan dengan acara yang berlangsung.
Malam tadi semasa ceramah berlangsung ditingkat atas wisma, puluhan polis berkeliaran dibawah.Saya baru menerima panggilan dari teman baik yang juga bekerja sebagai polis, dia sangat kesal dengan dakwaannya arahan dari pihak atasan yang melampau dan menimbulkan kekecohan dan tangkapan.Sambil mengiakan kenyataannya itu kami dalam perbualan dalam talipon tadi bersetuju kemuncak program dengan diadakan majlis berbuka pada petang ini tidak akan mendapat gangguan seperti sebelumnya.
Sementara itu pada jam 6.00 petang dijangka YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, Tuan Lim Guang Eng akan hadir bersama YAB Menteri Besar Rakyat Perak, DS. Nizar dalam program penutup yang akan diadakan di wisma DAP .

Kelantan bayar gaji ikut taqwim Islam

KOTA BHARU, 27 Mei :- Kelantan akan menjadi negeri pertama di malaysia bila perlaksanaan skim pembayaran gaji mengikut kalendar Islam oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) tidak berapa lama lagi.
YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat mengumumkan perkara tersebut semasa melancarkan Skim Bantuan Imam Ghazali oleh Perbadanan tersebut di sini hari ini.Beliau mengumumkan dasar tersebut akan dimulai pada bulan Rejab akan datang dan terdapat berpuluh syarikat berminat untuk mengikuti langkah tersebut.
Komen Nur12: Dppkl menyokong 100% kaedah yang cuba dipraktikkan Kerajaan Kelantan.Dengan langkah ini boleh membantu umat Islam agar lebih cakna dengan taqwim Islam.Jika tidak orang Islam siapa lagi yang mahu besarkan bulan atau taqwim Islam.
Syabas Tok Guru!!

DUN MANEK URAI: Pilihanraya kecil 14 Julai


PUTRAJAYA: SPR menetapkan 6 Julai ini sebagai hari penamaan calon pilihan raya kecil kerusi DUN Manek Urai, Kelantan.
Jika ada pertandingan, pengundian akan berlangsung 14 Julai.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di sini hari ini.
Menurut beliau, penetapan tarikh itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk keupayaan pegawai-pegawai SPR untuk menyediakan daftar pemilih yang lengkap, aspek logistik, masa yang mencukupi utk petugas-petugas, aspek keselamatan dan mengambil kira peristiwa-peristiwa lain khasnya di Kelantan.
Abdul Aziz berkata, walaupun hari penamaan calon dan pengundian ditetapkan pada hari bekerja namun ia tidak menimbulkan sebarang masalah kerana 90 peratus pengundi adalah penduduk tempatan yg tinggal di kawasan tersebut dan bekerja sendiri.



MAKLUMAT PILIHAN RAYA KECIL DUN MANEK URAI


Tarikh keluar writ: 1 Jun 2009 (Isnin)

Tarikh keluar notis: 7 Jun 2009 (Ahad)

Tarikh penamaan calon: 6 Julai 2009 (Isnin)

Tarikh pengundian: 14 Julai 2009 (Selasa) *jika ada pertandingan

Pegawai pengurus: Adnan Husin (Ketua Jajahan Kuala Krai)

Jumlah pemilih berdaftar: 12,293 pemilih berdaftar terdiri daripada 12,268 pemilih biasa dan 25 pemilih pos

Pusat penamaan calon dan penjumlahan rasmi undi: Dewan Petra, SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.


-Mstar Online-

Rabu, 27 Mei 2009

Di Penanti ada minah ronggeng..haha

Dah lama tak dengar gelaran ini.Minah Ronggeng.Cerita-cerita melayu dahulu kala banyak cerita pasal minah ronggeng.Kadang-kadang ceritu itu lucu,ada juga lucah.
Di kampung gelaran 'minah ronggeng' biasanya ditujukan kepada perempuan liar,suka berpoya-poya,keluar kampung masuk kampung,keluar pekan masuk pekan,ratu pasar malam,pasar pagi dan sebagainya.Biasanya wanita berumur dan belum kahwin,tapi gatal nak kawin.
Kini gelaran ini muncul kembali.Kali ini di Penanti.
Dalam kerancakan kempen PRK Penanti muncul kalimah ini.Minah Ronggeng.Apakah di Penanti ada 'minah ronggeng'?Hanya orang Penanti saja yang tahu.
Saudara Azmin Ali tentu arif dengan minah ronggeng Penanti.Beliaulah orang pertama memunculkan gelaran ini.Sila baca di sini www.malaysiakini.com/news/105217
Rupa-rupanya minah ronggeng yang dimaksudkan itu ditujukan kepada salah seorang calon bebas dalam PRK tersebut.
Beliau sebelum tidak berapa dikenali.Kali ini beliau dikenali.Beliau tawar diri bebagai calon untuk rakyat Penanti.Beliau dikira antara calon yang paling menonjol kali ini.Wajahnya tiap-tiap hari keluar di media,mengalahkan Wanita Pertama 1Malaysia.
Ditengah kesibukan semua calon-calon bertanding sedang berkempen,minah ronggeng ini kata beliau cuba disogok orang-orang tertentu dengan RM80 ribu dan jawatan-jawatan tertentu dalam kerajaan negeri Pulau Mutiara ini jika beliau tarik diri tidak bertanding.
Logikkah kenyataannya ini.Hanya orang Penanti juga yang tahu.Atau adakah Penanti kali ini bakal memiliki wakil rakyat bergelar 'minah ronggeng'?
Sama-sama kita tunggu.Haha...
-Nur12-

Ulama' pro-umno usah hipokrit


Isu mogok lapar masih panas dibincangkan.Bagi penyokong PR tiada apa-apa sebenarnya,mereka sudah faham kenapa tindakan ini diambil.

Bagi khalayak di Malaysia,khususnya yang jauh dari negeri Perak tentunya terpinga-pinga bila mengetahui berita mogok lapar.Yang tidak peduli politik lagilah terpinga-pinga.

Lebih-lebih lagi apabila 2 'orang' agama berpengaruh memberi respon isu mogok lapar.Noh Gadut dan Mufti Harussani.Kesimpulannya kedua-dua mereka mengatakan mogok lapar tiada dalam Islam.Haram hukumya jika dibuat juga.

Maka yang tak faham dan tidak ikuti isu Perak dari mula makinlah terlopong kebingungan.

Sudah beberapa kali pimpinan PR menjawab dan menjelaskan isu mogok lapar.Mogok lapar hanya untuk penyokong-penyokong yang bukan Islam.Ini dilakukan sebagai tanda protes dan usaha akhir supaya Dun dibubarkan.Takkanlah kepada mereka kita nak kata tak boleh mogok lapar kerana mufti kata 'haram'.

Kepada umat Islam dianjurkan berpuasa sunat selama 3 hari berturut-turut.Pesuruhjaya Pas Perak,Ustaz Ahmad Awang yang mengerahkan demikian.Matlamatnya sama,agar dengan puasa boleh mendekatkan diri kita dengan Allah untuk memudahkan doa dan munajat kita dimaqbul Allah,juga agar diperkenan Dun dibubarkan.Kenapa Dun perlu dibubarkan?Kerana bagi PR dengan cara inilah krisis di negeri ini dapat diselesaikan.

Untuk kedua-dua 'orang' agama tadi,satu bekas mufti dan satu lagi masih mufti,anda berdua perlu menjawab persoalan yang ditanya oleh peguam Hanifa Maidin,jika anda berdua ikhlas ingin membela agama.

Antara persoalan yang anda perlu jawab:

a. Apakah hukumnya bagi Umno yang bertindak “ menculik” tiga orang bekas Adun PR bagi menjatuhkan sebuah Kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat secara sah dalam Pilihanraya Umum 2008 yang lalu?

b. Apakah hukumnya Umno menggunakan segala institusi keadilan seperti Polis dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah ( SPRM ) bagi memberi tekanan dan ancaman kepada Speaker Perak meskipun perbuatan pihak polis dan SPRM tidak ada sebarang asas di bawah undang-undang ? Adakah hanya kerana V. Sivakumar bukan beragama Islam maka kezaliman boleh dilakukan kepada beliau ? Jika ya, bagaimanakah kedua –dua tokoh agama ini ingin menjawab ayat Al-Quran yang menyatakan “ Janganlah kebencian kamu kepada satu kaum menyebabkan kamu berlaku tidak adil, berlaku adillah kerana dengannya ( melakukan keadilan ) akan mendekatkan kepada taqwa.”

c. Apakah hukumnya ke atas mereka yang memfitnah Dato Seri Nizar siang dan malam bahawa beliau adalah penderhaka kepada Raja hanya kerana Nizar menyatakan kalimah “ patik memohon sembah derhaka” tatkala beliau diminta untuk meletakkan jawatan oleh Sultan Perak ? Bukankah fitnah lebih dahsyat dari membunuh ?

d. Mengapakah kedua-dua tokoh agama tersebut tidak pernah bersuara menyokong Kerajaan PR yang dipimpin oleh Nizar yang memberi semula bantuan per kapita kepada Sekolah Agama Rakyat ( SAR ) dan memberi tanah sebanyak 1000 hektar kepada SAR sedangkan semua orang tahu Umno telah bertindak untuk mematikan SAR dan pernah juga menuduh SAR adalah sarang pengganas.

e. Apakah hukumnya tindakan biadap pihak polis dan disokong dan direstui oleh Umno yang menangkap orang ramai dengan sesuka hati hanya kerana mereka memakai baju hitam dan berhimpun secara aman bagi meminta Dun Perak dibubarkan ? Tidakkah kedua-dua tokoh agama ini sedar bahawa Haji Mohamad Sabu ditangkap kerana hanya ingin menganjurkan solat hajat di Perak ?

f. Adakah menangkap sesuka hati adalah sebahagian ajaran Islam ? Kalau ya terangkan kepada kami ayat Al-Quran atau Hadith manakah yang membenarkan hal tersebut ? Adakah diri dan jasad manusia tanpa mengenal agama tidak perlu dihormati ? Tidakkah Al-Quran menyatakan “ Sesungguhnya kami memuliakan Bani Adam” ? Bukankah Syaidina Umar r.a pernah menegur dengan keras Gabenor Mesir Amru Al’As apabila anaknya Muhammad memukul seorang rakyat qibti dengan kata-kata berikut “ Sejak bila kamu diberi lesen/permit memperhambakan sesama manusia sedangkan manusia itu dilahirkan oleh ibu-ibu mereka dalam keadaan bebas”.

g. Apakah hukumnya Umno menggunakan polis yang bersenjata masuk ke dalam Dun Perak pada 7 hb Mei 2009 meskipun tiada sebarang undang-undang yang membenarakan polis berbuat demikian dan tindakan polis itu semata-mata kerana ingin mewujudkan kekacauan di dalam Dun . Adakah terdapat di dalam Islam hukum mengheret keluar dengan kasar seseoarang seperti Sivakumar ( termasuk dengan mengangkat kerusinya sekali ) dan meletakkannya di dalam bilik stor tanpa membenarkan beliau masuk ke dalam sidang Dun meskipun beliau adalah seorang ADUN yang sah . Adakah hanya kerana dia bukan Islam maka mulut kedua-dua tokoh agama ini dikunci dari berkata-berkata ? Tidakkah kedua-dua tokoh agama ini ingat apa yang Rasulullah s.a.w. katakana kepada sahabat yang menegur Baginda apabila Baginda bangun mengormati mayat seorang yahudi yang lalu di hadapan Baginda. Bukankah Rasullullah s..a.w mengatakan begini “ Alaisat Nafsan ! ( Tidak mayat itu juga makhluk ? ). LihatlahRasulullah s.a.w bukan sahaja menghormati orang bukan Islam tetapi juga mayat orang Islam !!!

h. Islam mengajar pendamaian . Dalam konteks kes Perak semua orang tahu keadaan haru biru hanya dapat diselesaikan apabila dibubarkan Dun dan diadakan pilihanraya semula. Mengapakah kedua-dua tokoh agama ini tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan supaya Dun Perak dapat dibubarkan agar kedamaian dapat pulih semula di Perak.

i. Islam melarang sebarang amalan diskriminasi dan pilih kasih. Mengapakah kedua-dua tokoh agaman ini tidak bersuara apabila Mahkamah Rayuan dengan secara mudah dan cepat menggantung keputusan Mahkamah Tinggi apabila Zambry memohon penggantungan tersebut pada 12 hb Mei 2009 iaitu pada hari sama beliau membuat permohonan. Tidakkah kedua-dua tokoh agama tersebut melihat amalan pilih kasih apabila Nizar membuat permohonan bagi membatalkan penggantungan pada 13 hb Mei 2009 permohonan beliau hanya ditetapkan untuk pendengaran pada 21 hb Mei 2009 iaitu 8 hari selepas permohonan dibuat. Itupun pada tarikh 21 hb Mei permohonan Nizar tidak didengar kerana Rayuan Zambry juga ditetapkan pada tarikh yang sama . Bolehkah Islam menjustifikasi amalan tidak adil tersebut ?(lihat http://peguampas.blogspot.com/)

Jika anda berdua tidak boleh menjawab soalan-soalan mudah ini,anda berdua perlulah menyahut seruan DPPN Perak agar meletakkan jawatan masing-masing dan turun bertanding dalam pilihanraya dengan memakai baju parti yang anda sokong.Inilah jalan terbaik buat anda.Usahlah berselindung disebalik baju mufti yang anda pakai.


-Nur12-

'Gugat Kestabilan Politik'


Mstar Online ada memetik kenyataan Zambry bahawa mogok lapar strategi pembangkang gugat kestabilan politik Perak.


Sebenarnya politik Perak telah lama tergugat.


Politik Perak tergugat akibat rampasan kuasa tidak bermaruah UBN.Di mana maruah Zambry?


Politik perak tergugat akibat salah guna kuasa oleh UBN.Undang-undang hanya terpakai ke atas pembangkang,tetapi tidak kepada UBN.Pembangkang tayang vcd sidang Dun kena rampas,bila UBN tayang polis tidak ambil apa-apa tindakan.


Politik Perak tergugat apabila UBN terus menerus memperalat pihak berkuasa khususnya polis dan Fru menyekat kemaraan pembangkang.Mereka bawa polis sehingga ke persidangan DUN.Mereka pergunakan polis seret Speaker keluar Dewan.Mereka tangkap orang tanpa usul periksa.Mereka guna polis ganggu program politik walaupun di premis parti.


Inilah perkara-perkara yang menggugat kestabilan politik Perak.


-Nur12-

Menteri Pertahanan pengecut


Ini bukan kali pertama,tapi kali kedua.


Kali pertama ketika kempen PRK Parlimen Bukit Gantang iaitu pada hari terakhir kempen.Program debat perdana yang turut membariskan Zahid vs Husam dan beberapa panel lain.Semua ahli panel hadir kecuali Zahid.Para hadirin hampa sekali walaupun sudah menjangka situasi tersebut.


Lepas kuliah magrib dan solat Isya' tadi saya bergegas balik rumah untuk menyaksikan program Hujjah Tv9 yang diberitakan bakal membariskan Zahid Hamidi (Menteri Pertahanan Negara) akan berentap dengan Husam Musa (Exco Kerajaan Kelantan).Kedua-duanya 'figure' parti masing-masing.Layaklah kedua-duanya berdebat,tapi hampa bila buka tv tengok-tengok Mat Ezam Mat Nor tengah berentap sorang diri,sekali sekala diprovok moderator Hujjah,Prof Agus.


Terus tutup tv,ajak member pekena sup ekor kat Manjung.Best jugak.


Zahid layak mengetuai 'Kementerian Hal Ehwal Wanita',bukan Menteri Pertahanan.Bahaya orang seperti Zahid ini berada di kementerian starategik seperti ini.Kalau nak tahu lagi cerita Zahid sila ke http://misabah.blogspot.com/.



-Nur12-

Kepada 'cipan laut',sila baca ini..

Anda ada bertanya puasa sunat ini atas niat apa?
Ketua Penerangan Pas Perak ada menjawab soalan anda.
Semua ahli dan penyokong seluruh Perak khususnya diseru berpuasa sunat dan solat hajat mulai esok selama tiga hari berturut-turut. Demikian ditegaskan oleh Pesuruhjaya PAS Perak dan juga turut ditegaskan oleh Dato' Seri Hj Nizar. Berpuasa dan Solat Hajat hendaklah diniatkan bagi memohon pertolongan kepada Allah swt supaya diberi ketabahan, kesabaran, kecekalan dan akhirnya kemenangan dalam menghadapi kemelut politik di negeri Perak..
Sementara mogok lapar adalah dianjurkan kepada ahli-ahli dan penyokongya yang tidak beragama Islam. Mogok lapar adalah protes rakyat terhadap kemelut dan kekalutan yang berlaku di negeri Perak.
Program puasa sunat akan bermula esok dan akan berakhir petang Khamis . Walau bagaimanapun pogram puasa sunat masih boleh diteruskan bila-bila masa sahaja. BPP Perak akan menganjurkan majlis berbuka puasa pada petang Khamisnya dan Solat Hajat di sebelah malamnya di Pejabat Perhubungan PAS Perak.(lihat di http://misabah.blogspot.com)
-Nur12-

Selasa, 26 Mei 2009

'Anjing' BN ganggu program puasa sunat dan mogok lapar

Setakat ini 8 orang lagi termasuk Adun dan Ahli Perlimen PR ditangkap polis.Polis juga mengarahkan khemah yang didirikan diperkarangan pejabat DAP dirobohkan.Khemah ini dipasang kerana acara pelancaran puasa sunat dan mogok lapar yang akan disempurnakan Ds. Nizar.
Polis kemudian mengarahkan supaya program ini dilansungkan di dalam pejabat DAP.
Dato Ngeh Koo Ham dalam reaksi sepontannya berkata beliau begitu kesal sekali dengan tindakan polis pagi ini.Mereka menangkap orang sesuaka hati.Apakah negara ini negara polis?Soalnya.
Sekurang-kurangnya 100 orang anggota polis berunifom dan berpakaian biasa dilihat 'berkeliaran' sejak dari pagi lagi di hadapan pejabat DAP Perak.
Apakah rasionalnya kehadiran mereka yang begitu ramai?Apakah mereka menerima laporan akan berlaku kejadian jenayah?
Sekali lagi Dppkl ingin mengingatkan anggota keselamatan terutama polis agar bekerja berdasarkan prinsip dan undang-undang negara.Bukannya seperti lembu dicucuk hidung.Polis tidak boleh memihak kepada UBN.Negara ini negara undang-undang.Bukan negara polis.Tolong faham ini.
-Nur12-

TERKINI: Orang puasa sunat dan mogok lapar ditangkap polis

Pada pagi ini diberitakan 5 orang telah ditangkap oleh polis di Wisma Dap Perak kerana menghadiri pelancaran 'mogok lapar' yang diadakan di bangunan tersebut.
Kesemua mereka ialah orang awam ditangkap sepasukan anggota Fru yang menyerbu bangunan Dap pagi ini.
Tindakan ini adalah amat tidak wajar sekali.Para pimpinan yang berada ditempat kejadian cuba untuk berbincang dengan pegawai polis tetapi tidak berjaya.
Apa dah jadi sebenarnya?
Jika sbelum ini pada sidang Dun 11 Mei lepas polis menangkap sesiapa saja yang berpakaian hitam,kini orang berpuasa pula ditangkap.
Sekali lagi anggota keselamatan telah diperalat penguasa rakus BN.
Kepada rakyat Perak beragama Islam,teruskan berpuasa.
Kepada yang bukan beragama Islam,teruskan bermogok lapar.
-Nur12-

Isnin, 25 Mei 2009

DS.Nizar teruskan perjuangan menuntut keadilan

Hari ini peguam Hj Nizar dijangka akan menfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lepas ke Mahkamah Persekutuan di Putrajaya. Tarikh perbicaraan juga akan diketahui hari ini.
Kedudukan Zambry sebagai MB yang sah belum selamat lagi. Mahkamah Persekutuan akan bersidang bagi mendengar rayuan Hj Nizar. Sepatutnya perintah boleh dikeluarkan juga bagi menangguhkan keputusan Mahkamah Rayuan sementara menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap rayuan Hj Nizar, sebagaimana Mahkamah Rayuan memutuskan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan bahawa Hj Nizar adalah MB yang sah ditangguhkan. Saya tidak pasti samada boleh ataupun tidak perintah tersebut dipohon.
Apapun Hj Nizar tidak akan luntur semangat perjuangannya. Beliau tetap di hati rakyat. Kemelut politik di Perak akan berakhir juga nantinya melalui penghakiman rakyat. Tidak dalam masa yang terdekat, Insya Allah dalam jangka masa yang tertentu. Rakyat tidak akan lupa peristiwa rampasan kuasa ini. Hj Nizar boleh hilang majoriti di Dewan Undangan Negeri, tetapi majoriti rakyat tetap bersamanya. Zambry dan BN tidak boleh berbangga dengan kuasa kerdilnya yang diperolehi melalui rompakan kuasa.
Kalau BN yakin akan sokongan rakyat terhadapnya, ayuh ! segeralah menghadap Tuanku, mohon perkenan DUN dibubarkan, kita minta semula mandat rakyat, barulah kerajaan yang dibentuk benar-benar kerajaan sah yang mendapat majoriti rakyat.
Misbahul Munir Masduki
Ketua Penerangan PAS Perak.

Puasa sunat dan mogok lapar diputar belit pihak tertentu

IPOH, 25 Mei :- Program Puasa Sunat yang dianjurkan oleh PAS Perak yang berkebetulan dengan Program Mogok lapar yang diadakan oleh Pakatan Rakyat telah diputar belit oleh pihak tertentu sehingga memerlukan pejelasan lebih lanjut. Demikian antara kenyataan awal yang diberikan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Ahmad Awang kepada saya semasa dihubungi sebentar tadi.
Menurut beliau apa yang dianjurkan oleh PAS Perak adalah yang dianjurkan dalam ajaran Islam iaitu pada setiap awal bulan kalender Islam kita dianjurkan puasa sunat 3 hari berturut. Berkebetulan esok adalah tepat 1 jamadal akhir dan kita berpuasa sehingga Khamis ini.
"Saya juga telah mengarahkan Ketua penerangan PAS Negeri Perak, Ust. Misbah untuk memaklumkan kepada semua kawasan mengenai program ini, dimana kemuncaknya diperingkat negeri kita adakan solat hajat mohon dibubarkan DUN ditempat yang ditentukan kemuadian sementara di peringkat kawasan dibuat di markaz PAS" Jelas beliau.
Ust. Ahmad Awang juga menjelaskan diperingkat Negeri akan disediakan juadah berbuka pada setiap hari sehingga Khamis dan beliau mengalu-alukan warga sekitar Ipoh untuk berbuka bersama-sama di Pejabat PAS Ipoh di Medan Istana Ipoh.
Selain itu beliau menafikan mogok lapar yang dianjurkan menyusahkan dan membawa mudarat yang besar kerana mereka yang terlibat masih boleh minum setiap 6 jam dan penganjur juga menyediakan doktor pakar sebagai persedian jika ada kecemasan.

Puasa sunat 3 hari,tingkatkan munajat dan doa

InsyaAllah esok adalah 1 Jamadal Akhir dalm kelendar Islam, Islam menganjurkan puasa sunat 3 hari dalam sebulan dan kebetulaan pula esok hari teman-teman yang bukan Islam mula mengadakan mogok lapar juga selama 3 hari sehingga khamis ini.
Bersempena itu saya berseru kepada semua pembaca blog ini untuk meningkatkan ibadah disisi Allah SWT dengan memperbanyakkan amalan sunat termasuklah puasa.
Marilah kita berpuasa 3 hari berturut-turu bermula esok hari.Semasa itulah kita perbanyakan berdoa dan bernunajat kepada Allah supaya Allah mempermudahkan segala usaha kita untuk menegakkan benaran dan meruntuhkan kebathilan dibumi tercinta ini.
Doakan semuga pejuang-pejuang kebenaran diberikan kekuatan dan keyakinan dengan tanpa jemu untuk terus berjihad walaupun mengahadapi tribulasi dari musuh-musuh dikalangan jin dan manusia.Semuga Ibadah sunat ini dapat melahirkan kita sebagai insan yang tetap sabar menghadapi ujian dan cobaan yang datang dan pergi dalam kehidupan dan perjuangan ini.
Yb. Khalil Idham Lim
Adun Tt. Serong.

Sabtu, 23 Mei 2009

Kesan daripada penghakiman Mahkamah Rayuan semalam

Ada 3 noktah penting yang terkesan hasil daripada penghakiman yang dibuat 3 panel hakim Mahkamah rayuan semalam.
Salah seorang peguam yang mewakili Ds. Nizar,saudara HAnifa Maidin menulis dalam blognya http://peguampas.blogspot.com telah merumuskan 3 perkara berikut:
a. Seorang Menteri Besar ( di peringkat Negeri ) atau Perdana Menteri ( PM ) di peringkat Pusat secara tersirat boleh dipecat atau diminta letak jawatan jika Sultan atau YDPA memutuskan bahawa MB atau PM tidak lagi mendapat sokongan majoriti ADUN atau Ahli-Ahli Parlimen.
b. Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak atau Perkara 43 ( 4 ) Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut bahawa kaedah bagi menentukan bahawa seorang MB atau PM hilang keyakinan majoriti ADUN atau ahli-ahli Parlimen adalah melalui undi tidak percaya ( votes of no confidence ).
c. Kes Stephen Kalong Ningkan ( 1966 ) iaitu kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di Sarawak yang memutuskan bahawa Governor atau Sultan tidak ada kuasa memecat Ketua Menteri atau MB dan satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya tidak boleh lagi dipakai.
Diawal penulisannya untuk posting ini juga beliau ada menyelitkan satu sketsa menarik berhubung politik masa depan negara yang agak menarik untuk dibaca.
-Nur12-

Baru kalah,tapi bertanding lagi


Sebagaimana semua sedia maklum PRK Penanti bakal menyaksikan pertembungan 4 penjuru.Seorang calon dari Pkr akan ditentang 3 calon bebas.

Mungkin ramai juga menjangka penyertaan calon bebas kali ini akan lebih ramai dari yang pernah berlaku di Bukit Selambau,tapi tidak terjadi demikian.

BN telah mengotakan janji mereka untuk tidak bertanding.Pada mulanya ramai juga yang ragu-ragu keputusan BN tidak bertanding,tetapi setelah disahkan Spr memang benar BN tidak bertanding kali ini.Apa pun alasan yang diberi,rakyat tetap mengatakan BN pengecut.

Sementera itu pujian harus diberikan kepada bekas calon bebas Prk Parlimen Bukit Gantang bulan lalu,saudara Kamarul Ramizu Idris kerana telah sekali lagi menawarkan diri bertanding pada Prk Penanti kali ini.Beliau muncul pada masa penamaan calon calon pagi tadi dan seteruskan mengemukakan pencalonan bersama calon-calon yang lain.Pada Prk Bukit Gantang tema kempen saudara Kamarul Ramizu ialah 'Politik Iman'.Apa pula tema kempennya kali ini.

BN sepatutnya belajar dari saudara Kamarul Ramizu.Tak serik kalah.

Apa-apa pun selamat bertanding kepada semua calon-calon Prk Penanti.Biarkan BN terjun dengan 'kote' mereka.


-Nur12-

Mogok Lapar

Para pimpinan Pakatan Rakyat Perak akan mengadakan mogok lapar selama 3 hari bermula Selasa depan.Ini antara langkah yang terpaksa diambil supaya Dun Perak dibubarkan segera bagi menyelesaikan krisis politik di negeri ini.
Ds. Nizar sebagai mana dilaporkan Mstar Online berkata bahawa langkah ini telah lama dipersetujui iaitu sebelum keputusan mahkamah diumumkan lagi.
Setakat ini 8 wakil rakyat termasuk dari Pas,Pkr,Dap dan pimpinan Ngo tempatan telah mendaftarkan diri untuk menyertai mogok lapar tersebut.
Beliau menyeru kepada orang ramai yang ingin menyertai acara ini agar mendaftarkan diri kepada sekretariat yang bertempat di Bangunan Dap Perak.
-Nur12-

Jumaat, 22 Mei 2009

PEGUAM NIZAR FAIL RAYUAN DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN

Ketua Pasukan Peguam Ds. Nizar,Hj. Sulaiman Abdullah telah memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau akan menfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan sebentar tadi di mahkamah tertinggi di negara ini iaitu Mahkamah Persekutuan.
-Nur12-

TERKINI: MAHKAMAH RAYUAN PUTUSKAN ZAMBRY MB PERAK

Dalam masa tak sampai 10 minit selepas prosiding bermula,panel hakim Mahkamah Rayuan mengisytiharkan Zambry Abd. Kader sebagai MB Perak.Ini sekali gus membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei lalu yang mengisytiharkan Ds. Nizar sebagai MB Perak.
-Nur12-
Mahkamah Rayuan: Tiga hakim putus Nizar kalah
PUTRAJAYA, 22 Mei (Hrkh) - Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah dengan undian tiga hakim memberi keputusan menyebelahi Zambry.
Hakim Dato' Md Raus Shariff, yang bersidang bersama Hakim Dato' Zainun Ali dan Hakim Dato' Ahmad Maarop memberi keputusannya itu jam 3.50 petang tadi.
Semalam, panel tiga hakim itu mendengar selama tujuh jam penghujahan oleh tiga pihak yang terlibat terdiri Zambry, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail selaku pencelah.
Permohonan Nizar agar rayuan itu didengar oleh panel lima hakim telah ditolak.
Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Dato' Abdul Aziz Abdul Rahim menetapkan bahawa Nizar tidak melepaskan jawatan Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri Perak.
Berhujah bagi pihak Nizar, peguam Sulaiman Abdullah, berkata mengikut Perkara 16(6) Perlembagaan Perak, Menteri Besar tidak memegang jawatan atas perkenan Sultan.
Tetapi tambahnya, berdasarkan keyakinan anggota dewan undangan negeri, yang beliau mempunyai tanggungjawab terhadap mereka.
"Oleh yang demikian, Nizar tidak boleh dipecat oleh Sultan. Nizar hanya boleh dipecat selepas undi tidak percaya diluluskan terhadap beliau oleh anggota dewan undangan negeri," katanya.
Sulaiman berkata Hakim Abdul Aziz bertindak betul apabila beliau mengguna pakai keputusan dalam kes bekas Ketua Menteri Sarawak Stephen Kalong Ningkan iaitu satu-satunya cara bagi memecat Nizar daripada jawatan ialah melalui undi tidak percaya.
"Oleh itu, kami menyatakan bahawa tidak ada sebab bagi mahkamah ini untuk tidak mengikut dan mengguna pakai kes Ningkan bagi kes kami ini," katanya.
"Sama ada Menteri Besar berkenaan telah tidak lagi mendapat keyakinan majoriti, bukan diputuskan oleh rakyat Perak, dan bukan juga diputuskan oleh Sultan, tapi hanya diputuskan oleh anggota dewan undangan negeri yang dipilih," kata Sulaiman.
Sulaiman mengakhiri sesi penghujahan sebelum mahkamah ditangguhkan pukul 5 petang semalam.
Sementara itu di sebelah paginya peguam Dato' Cecil Abraham yang mewakili Zambry, menyenaraikan 24 alasan bagi membuat rayuan, dengan meminta mahkamah membuat ketetapan mengenai sembilan isu.
"Soalnya ialah sama ada hakim yang mengendalikan kes itu membuat tafsiran yang betul mengenai Perkara 16, 18 dan 36 Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak. Saya ingin berhujah bahawa Yang Arif Hakim berkenaan telah terkhilaf," katanya.
Beliau berkata Perkara 16 amat jelas bahawa apabila seorang Menteri Besar hilang kepercayaan majoriti anggota Dewan, dia perlu meletak jawatan.
"Ia tidak menyatakan beliau mesti kembali ke Dewan (untuk hadapi undi tidak percaya)," katanya.
Beliau berkata hakim berkenaan juga tersilap kerana mengandaikan bahawa Sultan Perak tidak ada kuasa untuk memastikan sama ada terdapat satu kebuntuan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) atau sama ada Nizar telah hilang kepercayaan majoriti anggota Dewan.
"Kami juga ingin mengemukakan di sini bahawa undi tidak percaya bukanlah satu-satunya jalan untuk memastikan bahawa responden (Nizar) tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti anggota," katanya.
Cecil berhujah bahawa mengikut Perlembagaan, tidak ada peruntukan khusus supaya undi tidak percaya diluluskan oleh DUN bagi memastikan Menteri Besar telah kehilangan kepercayaan.
Dalam penghujahannya, Cecil juga berkata Mahkamah Tinggi membuat keputusannya tanpa mengambil kira fakta tepat dan dokumen yang mempunyai kaitan dengan kes itu.
"Penghakiman itu, secara menyeluruh, tidak mengambil kira fakta dan dokumen berkenaan dan ini menjadikan pengisytiharan yang dibuat Mahkamah Tinggi, adalah silap," katanya.
Cecil berkata, bukti dokumen menunjukkan tidak wujud kebuntuan dalam politik Perak sebelum Nizar menghadap Sultan Perak pada 4 Feb.
"Ini kerana, pada 3 Feb, tiga anggota dewan undangan negeri Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang), telah mengemukakan surat kepada Sultan Azlan Shah bagi memaklumkan kepada baginda bahawa mereka telah hilang keyakinan terhadap Nizar dan berikrar menyokong Barisan Nasional.
"Surat berkenaan diterima Sultan pada pukul 3 petang, iaitu sebelum Sultan menerima menghadap Nizar pada pukul 5 petang.
"Sehingga 5 petang semalam, apabila Nizar memohon pembubaran itu, bagaimanakah keadaan politik di Perak ketika itu? Yang Arif hakim perbicaraan telah gagal menimbangkan dan mengambil kira sepenuhnya perkara ini dalam penghakiman beliau," kata Cecil.
Sementara itu, Abdul Gani berkata Nizar tidak boleh mendakwa beliau mendapat keyakinan majoriti kerana terdapat jumlah undi sama banyak iaitu 28 bagi keduadua pihak (Pakatan dan Barisan Nasional).
"Dalam kes ini, 50-50. Ia bererti tidak ada majoriti atau minoriti. Malah, responden (Nizar) mendapat 28 undi, termasuk Speaker V.Sivakumar, tapi mengikut peraturan tetap, speaker tidak boleh mengundi," katanya.
Abdul Gani juga berkata apabila Nizar menghadap Sultan Azlan Shah pada 4 Feb, beliau mengaku berlaku kebuntuan dalam dewan undangan negeri itu.
"Kebuntuan bererti tidak ada undi majoriti atau minoriti. Bagaimana pula, pada mulanya, Nizar berkata beliau mendapat undi majoriti, tapi pada waktu yang sama, mendakwa wujud kebuntuan," katanya.
Selepas selesai perbicaraan semalam, Nizar berkata beliau yakin akan sokongan rakyat Perak terhadapnya.
"Apa yang kami minta ini adalah untuk mereka dan apa yang kami lakukan ini hanyalah untuk mendapatkan keadilan melalui proses mahkamah," katanya.
Terdahulu sebelum persidangan bermula, barisan peguam kedua-dua pihak mula memasuki mahkamah pada pukul 9 pagi tadi.
Nizar tiba kira-kira 15 minit kemudian bersama isteri dan beberapa penyokongnya.
Pasukan polis kelihatan mula melakukan kawalan sejak awal pagi.
Isu perundangan melibatkan Zambry dan Nizar telah bermula sejak Februari lalu apabila Dr Zambry telah dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Nizar selepas BN mengambil alih pemerintahan Perak daripada Pakatan Rakyat.
Berikutan itu, pada 13 Februari lalu, Nizar memfailkan permohonan untuk mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.
Kemudiannya pada 11 Mei, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Zambry bagaimanapun membuat rayuan berhubung keputusan itu pada 12 Mei dan Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi sehingga kes rayuan Zambry selesai.
Nizar keesokannya pula membuat permohonan bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu bagi penangguhan pelaksanaan itu.
-harakahdaily-

Kawalan keselamatan ketat, menanti keputusan Mahkamah Rayuan

PUTRAJAYA, 22 Mei (Hrkh) - Mahkamah Rayuan hari ini bakal memberi keputusan berhubung rayuan Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan bahawa Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Ketika ini, kawalan keselamatan mula diperketatkan bilamana, orang ramai dan penyokong dilarang untuk menghampiri sekitar ruang depan kamar 3 Mahkamah Rayuan, tempat berlangsungnya perbicaraan.
Berlaku kekecohan apabila beberapa media daripada daripada dalam dan luar negara dilarang masuk. Malah Adun Titi Serong Drs Khalil Idham Lim dan Adun BN, Dato' Ahmad Pakeh yang hadir tidak dapat memasuki mahkamah.
Kelihatan orang ramai dan penyokong kedua-dua pihak Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) hampir 200 orang mula memenuhi ruang mahkamah manakala dua buah stesen televisyen Malaysia sedang dalam persiapan membuat lintas langsung, berhubung keputusan yang bakal didengar jam 3.30 petang ini.
Keputusan itu bakal dibacakan oleh Hakim Dato' Md Raus Shariff, yang bersidang bersama Hakim Dato' Zainun Ali dan Hakim Dato' Ahmad Maarop berhubung keputusan perintah Mahkamah Tinggi bahawa Mohammad Nizar Jamaluddin daripada PAS adalah Menteri Besar yang sah.
Semalam, panel tiga hakim itu mendengar selama tujuh jam penghujahan oleh tiga pihak yang terlibat terdiri Zambry, Mohammad Nizar dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail selaku pencelah.
Permohonan Mohammad Nizar agar rayuan itu didengar oleh panel lima hakim telah ditolak.
-harakahdaily-

Adun Pas Manik Urai,Kelantan meninggal dunia


KOTA BHARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manik Urai, Ismail Yaacob, 60, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini kira-kira 5.55 pagi tadi kerana sakit jantung. Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan untuk menerima rawatan sejak bulan lalu. Allahyarham meninggalkan isteri Siti Zaharah Ibrahim dan 10 orang anak.


Ismail yang mewakii Pas mula memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai pada pilihan raya umum 1985. Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak mempertahankan kerusi itu, sebaliknya diwakili oleh Zamzuri Mat Lazim. Namun Ismail dipilih semula bertanding di DUN berkenaan pada pilihan raya umum tahun lalu dan menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohamed Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352 undi.
Beliau merupakan Timbalan Yang Dipertua Pas bahagian Kuala Krai. Manik Urai terletak di dalam kawasan Parlimen Kuala Krai, yang turut mempunyai DUN Dabung, Guchil dan Mengkembang.


-Bernama-
Komen Nur12: Dewan Pemuda Pas Kawasan Lumut merakamkan ucapan Takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham.Moga bersabar dan reda dengan ketentuan Illahi.DaripadaNYA kita datang kepadaNYA kita kembali.Al-Fatihah.

Khamis, 21 Mei 2009

TERKINI: KEPUTUSAN SIAPA MB DIUMUMKAN JAM 3.30 PETANG ESOK

Hakim baru mengumumkan sebentar tadi kewputusan penghakiman akan diumumkan pada jam 3.30 petang esok. Keputusan yang dinanti-nanti itu nampaknya akan berlaku pada hari Jumaat.
Pengumuman itu menyusul setelah kedua-dua pihak dan termasuklah peguam pencelah Ghani Patail mengemukan hujahnya masing-masing dalam prosiding pembicaraan sejak pagi tadi dan bersambung pada sesi petang.

Perbicaraan masih diteruskan, giliran Peguam Nizar berhujah

PUTRAJAYA, 21 Mei (Hrkh) - Setelah Mahkamah berehat kira-kira 15 minit, kini giliran peguam Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengemukakan hujah setelah pihak peguam Dato' Dr Zambry Abdul Kadir melakukan yang sama pagi tadi sehingga tengah hari tadi.
Perbicaraan bermula jam 9.45 pagi, apabila peguam Zambry, Dato' Cecil Abraham memulakan hujah berhubung status Menteri Besar Perak.
Dijangkakan, tiada sebarang keputusan akan dibuat pada hari ini, memandangkan mahkamah perlu mendengar terlebih dahulu hujah kedua-dua belah pihak.
Setakat ini, kira-kira 150 penyokong Nizar dan Pakatan Rakyat sudah mula memenuhi luar pekarangan kamar Mahkamah Rayuan 3 berbanding pagi tadi.
Setakat ini, tiada sebarang kenyataan dibuat oleh peguam kedua-dua belah pihak biarpun diasak dan diaju soalan oleh puluhan wartawan yang mengikuti secara dekat perbicaraan ini.
Lebih menarik, para wartawan dan jurugambar mengekori sahaja mana-mana VVIP (orang kenamaan) yang keluar masuk ke kamar Mahkamah tersebut hatta menuju ke tandas sekalipun , menjadikan suasana begitu 'gamat' dengan aksi-aksi spontan mereka.
Baru-baru ini keputusan mahkamah tinggi itu ditangguhkan berikutan Mahkamah Rayuan melalui Hakim Dato' Ramly Ali membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan pengisytiharan itu oleh Dato' Dr Zambry Abdul Kadir.
Isnin lalu, Peguam Leong Cheok Keng, yang mewakili Mohammad Nizar telah menghantar surat melalui faks ke pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan memohon panel lima hakim untuk mendengar kes tersebut
Alasan permohonan itu ialah membabitkan kepentingan awam, selain melibatkan isu dan persoalan perlembagaan, katanya.
Sungguhpun kawalan keselamatan di pekarangan Mahkamah tidak terlalu ketat namun bagi oarang ramai yang ingin mengikuti perbicaraan ini akan dilakukan pemerikasaan yang rapi oleh anggota polis.
Kelihatan puluhan wartawan luar dan dalam negara memenuhi kawasan sekitar kamar Mahakmah Rayuan 3, sejak awal pagi tadi, bagi membuat laporan dan liputan mutakhir kes ini.
Jam 9.00 pagi tadi, Peguam Sulaiman Abdullah dan Hanipa Maidin yang mewakili Nizar memasuki kamar mahkamah dengan diikuti pula oleh Peguam Umno Dato' Hafarizam. Turut hadir, Peguam Negara Tan Sri Ghani Patail dan peguam Tun Majid.
-harakahdaily-

MAHKAMAH RAYUAN BERSIDANG JAM 9.30 PAGI

Mahkamah Rayuan jam 9.30 pagi pada hari ini akan bersidang bagi mendengar kes rayuan DS. Nizar terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang telah menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei yang lepas.Mahkamah Rayuan juga pada hari ini akan memulakan sidang bagi membicarakan rayuan Zambry terhadap keputusan hakim Mahkamah Tinggi yang telah memutuskan bahawa Zambry adalah MB Perak yang tidak sah sekaligus mengistiharkan Nizar adalah MB Perak yang sah.

3 HAKIM DENGAR RAYUAN HJ. NIZAR HARI INI

Hari ini kes rayuan Hj Nizar yang membantah keputusan Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan Mahkamah Tingg akan didengari oleh tiga orang hakim iaitu Yang Arif Dato' Md. Raus bin Sharif, Yang Arif Dato' Wira Abu Samah bin Nordin, Yang Arif Datuk Sulong bin Matjeraie.
Berdoalah semuga para hakim ini akan diberi hidayah dan inayah Allah swt. supaya menghakimi dengan penuh keadilan dan membuat keputusan di atas prinsip kebenaran. Jauhilah sebarang usaha jahat dari mana-mana pihak yang cuba mencampuri urusan penghakiman hari ini.
Misbahul Munir Masduki
Setpol MB.

Isnin, 18 Mei 2009

NIZAR MOHON 5 HAKIM MENDENGAR KESNYA

PUTRAJAYA: Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mengemukakan permohonan bagi mendapatkan panel lima hakim Mahkamah Rayuan untuk mendengar permohonannya mengetepikan keputusan mahkamah itu minggu lepas yang membenarkan penangguhan pengisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah.
Peguam Leong Cheok Keng, yang mewakili Mohammad Nizar, ketika dihubungi berkata, surat permohonan itu telah dihantar melalui faks ke pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan di sini, pada pukul 4 petang tadi.
Alasan permohonan itu ialah kerana kes tersebut, yang ditetapkan pendengarannya Khamis ini, membabitkan kepentingan awam, selain melibatkan isu dan persoalan perlembagaan, katanya.
Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Ab Rahim mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati Mohammad Nizar tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.
Berikutan keputusan itu, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengemukakan permohonan penangguhan pelaksanaan pengisytiharan itu yang telah didengar dan dibenarkan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali.
Mohammad Nizar kemudian memfailkan permohonan Rabu lalu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu.
-BERNAMA-
Komen Nur12: Kepada pengunjung setia blog Dppkl Nur12 memohon berbanyak kemaafan kerana 'miss' untuk update blog sehari dua kebelakangan ini.Ini disebabkan Nur12 mengalami demam yang agak 'kuat' jugak,sakit sendi,sakit tekak dll (tapi bukan selsema ....,Doktor Hospital Sri Manjung telah mengesahkan hanya demam biasa saja),insyaallah pabila sembuh nanti blog ini akan kembali dengan paparan berita-berita panas yang berlaku dalam negeri Perak.Insyaallah kita juga akan sama-sama mengembeling tenaga untuk mengalahkan BN suatu hari nanti.
Mohon kepada sahabat seperjuangan agar mendoakan kesihatan Nur12 kembali pulih dengan segera.
Wassalam.

Sabtu, 16 Mei 2009

PUAN FARIDAH DAWAN; TOKOH GURU PASTI KEBANGSAAN 09


Dilahirkan Pada 2 Mei 1968 di kg Gajah PerakTerlibat dengan PASTI dari 1988 selepas tamat peperiksaan STPM mengajar pada mualanya suka2 lama2 membuatkan beliau tertarik dengan PASTI walaupun imbuhan untuk mendidik anak2 PASTI tidak seperti tawaran yang pernah beliau dapat namun hatinya sudah terpaut dengan PASTI beliau juga terlibat dengan PAS seiring dengan penglibatan beliau di dalam PASTI...
Pada 1987 beliau menjadi AJK penaja penubuhan DMP Kg Gajah..dan pada umur 22 tahun beliau telah diberi amanah sebagai ketua DMP kawasan Kampung Gajah.
Beliau telah bertemu jodoh dengan Mohd Hasyim bin Yahya dan telah dikurniakan 7 orang cahaya mata namun pada tanggal 26 Julai 2006 ..
Telah berlaku satu kemalangan maut semasa dalam perjalanan menziarahi anaknya di Ma'ahad Al-Islah Sungai Lampam (Jalan kampung Gajah - Teluk Intan) yang melibatkan beliau sekeluarga..suaminya telah meninggal dunia didalam kejadian itu..beliau dan 2 orang anaknya cederah parah dan dimasukkan ke wad ICU Ipoh.
Berita kematian suami tercinta hanya diketahui setelah 5 hari kejadian berlaku ,dengan tabah beliau meneruskan kehidupan sebagai ketua keluarga dengan pendapat dari imbuhan guru PASTI sebanyak RM3oo sahaja serta sumbangan dari orang ramai..
Hasil tarbiyyah yang diterima beliau cekal meneruskan kehidupan membesar dan mendidik anak2nya walaupun keseorangan sebagai ketua keluarga,beliau tidak pernah memberi alasan untuk tidak terlibat dengan apa saja program anjuran PASTI atau parti Puan Faridah Dawam seorang yang sentiasa berfikir untuk memajukan PASTI dan parti..
Bersama iltizam dan sokongan2 dari teman2 seperjuangan..beliau bertekad meneruskan perjuangan memastikan anak2nya..murid2 PASTI dan masyarakat keseluruhannya memahami Islam dan seterusnya syariat Islam tertegak di bumi Malaysia yang tercinta ini. Kini beliau diamanahkan sebagai Ketua Majlis Guru PASTI Kawasan Pasir Salak dan Timbalan Ketua Majlis Guru PASTI Negeri Perak.

MENGAPA MAHKAMAH PINDA TARIKH?

Rakyat mempersoalkan mengapa Mahkamah Rayuan yang sepatutnya bersidang pada 18hb ini dipinda pula ke 21hb. ?. Rakyat menjadi keliru dengan pindaan tarikh ini. Perbicaraannya sama pula dengan perbicaraan rayuan Zambry.
Dengan pindaan ini, rakyat semakin pra sangka berlaku ketidakadilan dan penganiyaan terhadap Hj Nizar. Selang dua tiga hari sementara menunggu perbicaraan, Zambry masih berkuasa dan dengan kuasa haramnya itu, beliau boleh melakukan apa sahaja termasuk mengadakan sidang haram bagi mengusulkan undi tidak percaya kepada Dato' Seri Hj Nizar sebagaimana yang disaran oleh Dr. Mahathir dan beberapa pemimpin UMNO yang lain.
Sebab itulah usaha dibuat bagi membolehkan sidang diadakan secepat mungkin. Bagi membolehkan sidang haram itu diadakan tarikh perbicaraan rayuan Hj Nizar dipinda ke 21hb.
Sementara itu, saman Sivakumar terhadap Ganesan masih belum ditentukan tarikh perbicaraannya. Semua proses ini dilambatkan bertujuan Zambry terus berkuasa dengan cara yang haram, dan mereka bebas melakukan apa sahaja mengikut kemahuan mereka.
Ini semua mengundang ketidakyakinan rakyat terhadap institusi kehakiman di negara ini. Rakyat sebenarnya sudah lama mempertikaikan institusi kehakiman sejak lama dahulu, lebih-lebih lagi selepas isu peguam Linggam yang gempar suatu ketika dulu. Apabila unsur ini berlaku pula kepada kes Hj Nizar, rakyat semakin tidak percaya kepada mahkamah di Malaysia. Kita bimbang rakyat akan bertindak di luar batasan undang-undang setelah ketidak percayaan kepada mahkamah sampai kemuncaknya. Adakah ini yang pemimpin BN mahu ?
Misbahul Munir Masduki
Setpol MB.

MB: LANTIK DAN PECAT,NAJIB TAK FAHAM ATAU BUAT-BUAT TAK FAHAM?


Prof. Dr. Hamirdin b. Ithnin

Assalamualaikum,
Adalah amat memalukan sekiranya mereka yang memegang jawatan awam profil tinggi tidak memahami perjalanan undang undangserta perlembagaan negara. Sekiranya anda dan saya yang bukan dalam bidang ini tidak begitu memahaminya, ia boleh dimaafkan. Tetapi sekiranya perdana menteri tidak memahaminya, itu adalah sesuatu yang amat memalukan.

Perdana menteri mengatakan bahawa sultan yang melantik Nizar, dan sultan yang sama juga melantik Zambry, kenapa rakyat tidak boleh terima perlantikan Zambry? Inilah yang dimenterakan oleh UMNO dan umnoriyyun untuk mentashihkan onar mereka. Juga untuk mengelirukan rakyat. Atau mungkin juga mereka sendiri yang keliru, atau mereka sememangnya benak.

Dalam perjalanan kemelut politik di Perak ini, banyak pihak yang menyokong UMNO/BN membuat kesilapan, samada tidak disengaja, atau disengaja atau sebab bebal. Sebab itulah banyak penghakiman tidak menyediakan hujah bertulis kenapa keputusan penghakiman itu dibuat sedemikian rupa.

Dalam kes perlantikan MB Perak Nizar, prosesnya jelas, dan ia telah dilakukan mengikut peruntukan perlembagaan. Tetapi dalam kes pemecatan MB Perak Nizar, ia tidak dibuat mengikut apa yang diperuntukkan oleh perlembagaan. Ini telah ditashihkan oleh mahkamah tinggi yang mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah.

Jadi melantik MB punyai tatacara tersendiri. Menurunkan MB juga mempunyai tatacara tersendiri yang berbeza dengan tatacara melantik. Ini yang UMNO tidak paham. Ini yang umnoriyyun tidak paham. Dan semua yang berkomplot dengan mereka tidak paham.

Kalau semudah itu pun tak paham, itu apa tandanya?



Komen Nur12: Tanda bengong.Maaf,Prof. bagi bola tanggung,saya 'smash' le.Atau jika tuan-tuan ada jawapan lain,silakan.Masih terbuka untuk dijawab.

KEMPEN SUARA HATI RAKYAT PERAK

Kempen bubarkan DUN Perak diteruskan dengan lebih pro aktif lagi melalui Kempen Suara Hati Rakyat Perak. Program tersebut telahpun dilancarkan petang tadi di Pusat Khidmat DUN Hulu Kinta, Tg. Rambutan.
Hujan lebat yang turun petang tadi tidak menghalang orang ramai menghadirinya.Program tersebut dianjurkan oleh Sekretariat Wanita Pakatan Rakyat. Ketiga-tiga Ketua Wanita DAP, PKR dan Ketua Muslimat Pusat turun bagi melancarkan program tersebut.
Sekretariat Wanita Pakatan Rakyat akan jelajah seluruh negeri bagi mengutip sejuta tandatangan rakyat dalam tempoh seminggu.Wakil-wakil Ketua-ketua Kampung Pakatan Rakyat Perak telah hadir dan menerima poskad serta borang list tandatangan rakyat, mereka akan berperanan mendapatkan tandatangan rakyat di kampung masing-masing bagi menyokong pembubaran DUN.
Kesemua tandatangan rakyat akan dipersembahkan nanti kepada Tuanku Sultan Perak bagi memohon perkenan pembubaran DUN.

Rayuan Nizar: Mahkamah tangguh lagi

PETALING JAYA: Mahkamah Rayuan akan mendengar Rayuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah pada Khamis ini.
Mahkamah itu juga akan mendengar permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi pada hari yang sama.
Sebelum ini mahkamah menetapkan untuk mendengar rayuan Nizar pada Isnin depan.
Peguam Nizar, Amer Hamzah berkata beliau berharap mahkamah akan mendengar rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dahulu supaya mengekalkan pelaksaan keputusan yang memutuskan Nizar sebagai Menteri Besar yang sah.
Isu perundangan melibatkan Nizar dan Zambry telah bermula sejak February lalu apabila Zambry telah dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Nizar.
Pad 13 Februari lalu, Nizar memfailkan permohonan untuk mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.
Sehinggalah pada Isnin lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ialah Menteri Besar Perak yang sah.
Bagaimanapun Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Ali membenarkan Datuk Seri Dr. Zamry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.


-Mstar-

Jumaat, 15 Mei 2009

60,000 anggota jentera penerangan UMNO tak faham tugas - Ahmad Maslan

KUALA TERENGGANU 15 Mei — Lebih 60,000 anggota jentera penerangan Umno di seluruh negara gagal menjalankan tugas kerana tidak memahami tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka, kata Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan.
Beliau berkata ramai yang tidak tahu apa yang hendak dilakukan kerana tidak dimaklumkan tentang tugas sebenar mereka sebagai anggota jentera penerangan parti.
Katanya terdapat 20,000 anggota jentera penerangan di peringkat cawangan parti, tidak termasuk 18,000 Ketua Penerangan Wanita, 15,000 Ketua Penerangan Pemuda dan 7,000 Ketua Penerangan Puteri di peringkat itu.
“Jumlah mereka ramai tetapi ramai yang tidak tahu tugas dan tidak tahu apa yang hendak dibuat,” katanya kepada pemberita pada perjumpaan dengan jawatankuasa penerangan Umno Terenggani di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said.
-Bernama-

Komen Nur12: Patut la jenis Umno ni mangkuk hayun belaka.

Tapi Nur12 ada pendapat sendiri.Mereka bukan tak faham tugas tapi mereka boikot tugas.Mereka bermatian buat kerja,yang dapat hasilnya orang atasan.Mungkin juga pimpinan peringkat bawah ni tak mahu menipu sebagaimana pimpinan atasan menipu.

'Siakap senohong,gelama ikan duri,cakap bohong lama-lama jadi .......'

Najib nafi punca kemelut politik di Perak

MANADO: Datuk Seri Najib Razak menafikan beliau punca kemelut politik di Perak dan meminta rakyat tidak menyalahkan Sultan Perak kerana pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar mematuhi undang-undang.
Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Sidang Kemuncak Segi Tiga Terumbu Karang (CTI) di sini, hari ini. Najib berkata, beliau akan menetapkan tarikh pertemuan dengan pemimpin Pakatan Rakyat bagi membincangkan kemelut politik di negeri itu.


Bagaimanapun, katanya pemimpin pembangkang tidak harus menetapkan sebarang syarat bagi pertemuan itu.
-BH Online-
Komen Nur12: Najib usah bohongi rakyat.Rakyat tahu siapa punca.Kepada Najib-jangan sorok najis selepas berak.

V.Sivakumar fail saman R.Ganesan

IPOH: V Sivakumar memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini pagi ini terhadap Datuk R Ganesan kerana pelantikannya sebagai Speaker DUN Perak pada 14 Mei lalu adalah tidak sah.

Saman itu difailkan oleh dua peguam Sivakumar, Leong Theok Keng dan Chan Kok Keong di pejabat pendaftar mahkamah jam 11.45 pagi tadi.
Dalam notis saman itu, Sivakumar mendakwa Ganesan bukannya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan dengan itu kehadirannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), 14 Mei lalu tidak mengikut peraturan Dewan dan Perlembagaan Negeri Perak.

Beliau berkata, kehadiran Ganesan juga dakwannya satu penghinaan terhadap DUN Perak.
-BH Online-
Komen Bur12: Saman jangan tak saman.

Tidak perlu pilihan raya baru-Tun.M


CYBERJAYA 14 Mei - Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak perlu bersidang bagi menentukan siapakah yang layak menjadi Menteri Besar melalui usul undi tidak percaya.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pilihan raya tidak perlu diadakan bagi menamatkan kebuntuan kemelut politik yang berlarutan di negeri itu sejak Februari lalu.
''Jika Barisan Nasional (BN) benar-benar mempunyai majoriti, mereka boleh membawa usul tidak percaya terhadap Menteri Besar atau kerajaan, kemudian kerajaan baru, boleh ditubuhkan.
"Jadi mengapa perlu untuk mengadakan satu pilihan raya yang baru kerana rakyat sudah berasa perit dengan pilihan raya," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan bertajuk, Malaysia - Ekonomi Berasaskan Ilmu Pengetahuan pada majlis pasca program Sidang Kemuncak Penyumberan Luar Asia-Pasifik (APOS) 2009 di sini hari ini.
Dr. Mahathir ditanya mengenai pandangan pelbagai pihak termasuk beberapa pemimpin parti komponen BN bahawa pilihan raya perlu diadakan di Perak bagi menyelesaikan krisis politik di negeri itu.
Menurut beliau, pilihan raya di seluruh negeri memerlukan kos yang tinggi selain ramai yang mengetahui bahawa keputusannya pasti tidak akan menyebelahi BN.
''Hasilnya ialah satu kesimpulan yang sudah dapat dijangka. Itulah perasaan saya bahawa pakatan pembangkang akan menang. Jadi mengapa hendak pilihan raya.
''Bagaimanapun saya tidak membuat sebarang kajian dan tinjauan pandangan umum. Ia hanya perasaan saya selepas pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan sebagainya," katanya.
Lagipun katanya, rakyat negeri itu telah membuat pilihan melalui undi mereka dengan memilih orang yang bersedia untuk melompat parti.
Mengenai pandangan bahawa pilihan raya kecil hanya perlu diadakan di tiga DUN yang membabitkan wakil rakyat Bebas kerana ia menjadi punca pergolakan politik di Perak, Dr. Mahathir berkata: ''Yang itu saya tidak ada pandangan."
Sementara itu ditanya adakah krisis politik Perak akan memberikan kesan terhadap BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13, beliau secara berseloroh berkata: ''Saya harap orang akan mudah lupa (tentang krisis itu)."
Kepada soalan tentang masa depan UMNO dan BN berasaskan kepada trend yang berlaku sekarang beliau berkata: "Saya mohon tidak menjawab soalan itu dan kalau ada sekali pun, ia hanya pandangan peribadi saya.
"Jadi biarlah saya menyimpannya untuk saya sendiri," katanya.



-Utusan Online-


Komen Nur12: Inilah gaya 'ular' bercakap.Jangan terpedaya dengan 'ular'.Orang politik kena faham cakap 'ular' politik.
Tun Mahathir,siapa tak kenal Tun.Semua orang kenal Tun.Walaupun usia dah 'senja' tapi masih licik persis ular.Maaf Tun.

Khamis, 14 Mei 2009

Krisis Perak: Pakatan sedia bincang dengan BN


Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat bersedia untuk mengadakan perbincagan dengan Barisan Nasional (BN) namun mereka telah menetapkan pendirian bahawa krisis politik Perak perlu dikembalikan kepada rakyat untuk penyelesaian.
Ia diputuskan pada pertemuan khas di sini petang ini.
Kesemua pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat hadir iaitu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Dalam pada itu Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat berkata krisis politik Perak perlu diselesaikan segera dan meminta Sultan membubarkan DUN Perak bagi mengadakan pilihan raya kecil.


Berikut kenyataan penuh pimpinan Pakatan Rakyat:



Kenyataan Akhbar
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat
14 Mei 2009


Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat PAS Jalan Raja Laut dan telah mengambil keputusan berikut:
Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan YAB Perdana Menteri untuk memperkukuhkan demokrasi dan institusi kerajaan negeri Perak. Kami mengulangi pendirian bahawa mandat seharusnya diserahkan kembali kepada rakyat Perak untuk menentukan kerajaan yang sah.
Kami mengambil maklum bahawa terdapat badan-badan dan individu seperti Yang DiPertua Dewan Negara, institusi seperti Suhakam, Majlis Peguam, ahli akademik, pemimpin dari parti komponen BN dan pelbagai pihak lain yang berpandangan bahawa penyelesaian terbaik bagi masalah Perak adalah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan pilihanraya baru diadakan.
Pakatan Rakyat juga kesal dengan tindakan junta Myanmar yang telah menangkap pejuang hak asasi Myanmar Aung San Suu Kyi atas tuduhan rasuah. Tuduhan tersebut adalah tidak munasabah dan tidak dapat diterima. Sehubungan dengan itu pihak kami menggesa kerajaan ASEAN untuk mengambil tindakan dan mendesak Myanmar membebaskan beliau tanpa syarat.


Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang
Lim Kit Siang


-Mstar/http://anwaribrahimblob.com-

NAJIB: BN tidak khuatir hadapi pilihanraya baru di Perak

PUTRAJAYA: Pilihan raya semula adalah satu daripada opsyen yang ada untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak tetapi ia bukanlah sesuatu yang harus, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata keputusan sama ada untuk mengadakan pilihan raya negeri di Perak bergantung kepada budi bicara Sultan Perak Sultan Azlan Shah.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di sini hari ini, Najib berkata Barisan Nasional tidak gentar untuk menghadapi apa jua kemungkinan termasuk pilihan raya sekiranya itu yang diputuskan.
"Kita sedia berdepan dengan rakyat," katanya.
Mengenai Konvensyen Barisan Nasional yang sepatutnya diadakan awal tahun ini, Najib berkata, ia hanya akan dijalankan selepas beberapa perkara yang perlu diberi keutamaan diselesaikan.
"Kita ada beberapa perkara yang patut kita selesaikan dulu. Kita tak nak ada konvensyen tapi pengisiannya belum kita tentukan kerana apa yang penting ialah penghasilannya," katanya.
Mengenai status Senator Datuk T. Murugiah sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ekoran kemelut dalaman Parti Progresif Penduduk (PPP), beliau berkata ia belum diputuskan.
"Kita akan tengok dulu perkembangan dan keadaannya," kata Perdana Menteri.
BERNAMA

Kenyataan balas dari Cina Islam: Benarkah BN tidak khuatir?

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) tidak bimbang untuk menghadapi pilihan raya baru di negeri Perak jika diadakan.Benarkah ini hakikat yang sebenarnya sedangkan masalah Penanti masih dalam keadaan samar walaupun untuk satu DUN inikan 59 DUN BN tidak gentar ?Bagaimanapun kata Najib, keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) terserah kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah.Kalau benar itu hasrat Najib kita cadangkan dia melakukan sesuatu untuk mempercepat proses kea arah pembubaran DUN yang ditunggu oleh banyak pihak termasuk Ku Li, Suhakam dan banyak lagi.