Selasa, 30 Jun 2009

Debat: Surat tawaran belum dihantar, namun Najib sudah tolak

KOTA BHARU, 30 Jun (Hrkh) - Belum pun surat rasmi tawaran debat dihantar kepada Dato� Seri Najib Razak, namun perdana menteri dari awal lagi menolak pelawaan tersebut.

Sedangkan surat pelawaan debat oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz akan dihantar Khamis ini.

Bagaimanapun semalam Najib menolak pelawaan debat terbuka dengan Mursyidul Am PAS, sebaliknya mencadangkan diadakan musyawarah bagi menyelesaikan kekalutan politik di antara PAS dan Umno.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, surat berkenaan tidak akan menyebut tempoh atau waktu yang sesuai untuk diadakan debat, sebaliknya ia terbuka dan boleh diadakan bila-bila masa sahaja.

Menurutnya debat yang dicadangkan bukan berniat untuk tujuan politik, sebaliknya ingin mengetahui sebab sebenar kenapa Umno menolak Islam.

"Nak mengangkat diri (Umno) sebagai pejuang Islam macam mana perjuangan parti itu tak ikut Islam. Dan pada masa yang sama menentang PAS yang bersungguh-sungguh mendaulatkan Islam," katanya di sini, petang semalam.

Menurutnya timbul idea debat kerana Pemuda Umno membuat laporan polis berhubung kenyataannya sebelum ini yang menganggap Umno membawa ajaran sesat kerana memisahkan agama dan politik.

"Umno sepatutnya tak perlu buat report polis. Ada masalah sikit terus report kepada emak dan bapak. Itu tak betul.

"Kalau kita bertengkar sikit-sikit nak panggil emak, ayah, nampak sangat kita lemah. Bila betul biarlah kita berlawan secara berdepan, tak payah buat report polis, kita berdebat," ujarnya.

Ketika ditanya masalah perpaduan di kalangan Melayu yang kini dikatakan semakin retak, beliau berkata, Islam mengajar perpaduan melalui agama.

"Kalau ingin perpaduan atas dasar bangsa itu bukan cara Rasulullah saw, bahkan Rasulullah saw melawan bapa mentua dan bapa saudara sendiri kerana memperjuangkan Islam.

"Kalau kira nak bersatu gengstar pun nak bersatu, ah long pun nak bersatu, semuanya nak bersatu, tetapi atas dasar apa," katanya.

Ketika ditanya penolakan debat oleh dua bekas perdana menteri iaitu Tun Mahathir Mohamed dan Tun Abdullah Ahmad Badawi beliau berkata, perbincangan telah berlangsung sejak sekian lama antaranya perbahasan di parlimen.

Malah katanya perbincangan, nasihat, ceramah dan usrah sudah lama dilakukan, dan sekarang ada baiknya debat pula digunakan bagi menyelesaikan masalah umat Islam.

Sementara itu dalam perkembangan lain katanya, PAS tidak pernah mengubah manifesto pilihan rayanya iaitu mendaulatkan Islam sejak dahulu sehingga sekarang.

Beliau berkata walaupun pihak lawan memperkenalkan pelbagai manifesto, namun PAS tetap dengan dasarnya, iaitu mendaulatkan agama Islam dalam kehidupan.

-harakahdaily-

Komen Nur12: Antara Najib dan TGNA,Najib bertubuh sasa,TGNA kecil je orangnya.Najib dimomokkan pencacainya orang hebat.Ada yang dah buat jangkaan TGNA akan kalah debat dengan Najib.Ada yang minta buat saringan lagi.TGNA kena debat dengan dia dulu lepas tu jika menang baru boleh debat dengan Najib.

TGNA hanya ajak debat,bukan bertumbuk.Bukan juga tinju tapi berhujjah.

Isnin, 29 Jun 2009

TGNA mengorak langkah untuk 'PAS ganti UMNO'.


2 hari lepas TGNA umum kepada media bahawa beliau sedang mengutus sepucuk surat kepada PM Najib ajak berdebat dan berhujjah.

Umum mengetahui Umno bukan penggemar debat.Kalau adapun saja nak tunjuk berani tapi akhirnya kantoi.Contohnya Menteri Ahmad Shebery Chik.Sebelum debat dengan DSAI cakap berdegar-degar sehingga kata nak letak jawatan menteri jika kalah debat.Ternyata Shebery kalah tapi jawatan tak letak juga.Syok sendiri mengaku dia yang menang.Kita pun tak kata DSAI yang menang.Tapi hujjah kebenaranlah yang menang.

Inilah yang dikatakan hujjah kebenaran akan mengatasi kebatilan.

Maka atas dasar inilah saya merasakan TGNA mengajak Najib debat.

TGNA sebagaimana yang diberitahu anaknya Ust Nik Abduh bahawa beliau hidup dengan hujjah.Beliau suka mendengar hujjah.TGNA amat tidak suka 'borak kosong' bahkah dibencinya.Sebab itulah TGNA selalunya kelihatan diam walau bersama khalayak.Tapi di medan berhujjah walau di mana pun TGNA begitu petah sekali.

Bekas PM Mahathir dalam reaksinya ketika ditanya berkenaan isu terbaru ini berkata Najib tidak perlu layan Nik Aziz,tiada faedah,buang masa dan hiburan semata-mata.

Penulis tidak hairan dengan bekas PM ini jika benar beliau berkata demikian.Beliau tidak gemar berhujjah.Sebab itulah zaman dia jadi PM tiada pentas untuk rakyat berhujjah.Hanya dia seorang yang berhujjah.Atau lebih tepat lagi beliau mahu orang lain mendengar hujjahnya dan beliau tidak mahu mendengar hujjah orang lain.

Ada seorang lagi bekas PM Paklah Badwi pun turut respon isu debat ini.Yang ini lunak sikit bunyinya.Katanya daripada berdebat elok berbincang.Patutlah di zaman dia jadi PMlah ada perbincangan 'sulit' antara PAS-UMNO.Di zaman dia jugalah dibuka pentas untuk rakyat berhujjah.Walaupun tidak beliau sendiri yang berhujjah tapi diarahkan kuncu-kuncunya untuk berhujjah dengan 'wakil rakyat'.Menantunya pun jenis suka berhujjah.Sebab itulah menantunya boleh datang berhujjah walaupun di Kota Bharu.Disebabkan polisi inilah rakyat mula sedar dan tahu membuat perbandingan yang mana benar dan yang mana salah bila kedua-dua hujjah boleh didengar dan diteliti.

Bagaimana dengan PM terkini?Beliau belum bersuara.Tapi beliau pun seorang yang petah.Jarang tersasul.Maknanya ada kemampuan untuk berhujjah.Saya tidak mahu mengulas sebelum beliau buat keputusan.

TGNA sudah bersedia.Jika tidak bersedia mana mungkin diajak Najib debat.Lebih-lebih lagi debat dikhalayak.Yang nak didebatkan bukan calang-calang isu.Ianya isu yang besar.Isu hidup dan mati kedua-dua parti.Pas parti Islam.Umno pun mengaku kata parti Islam juga.

Tapi dalam pada Umno mengaku parti Islam,mengapa TGNA kata Umno bukan parti Islam?Bahkah TGNA kata umno seperti komunis dan 'ayah pin'.Ini tuduhan yang berat.Tidakkah Najib selaku ketua parti Umno teringin nak menjawab hujjah dengan TGNA.Jika Najib yakin partinya tidak sebagaimana yang dituduh TGNA beliau perlu berhujjah dengan TGNA.

TGNA pernah berkata,jika Umno boleh yakinkan beliau bahawa Umno Parti Islam maka tiada sebab adanya PAS.Pas akan bubar dan seluruh ahli Pas wajib masuk Umno.Waktu itu haram adanya Pas.

Bagi penulis inilah masa terbaik untuk Najib berhujjah dengan TGNA.Tanggungjawabnya mudah saja iaitu berikan keyakinan dan buktikan kepada TGNA bahawa Umno parti Islam.Penulis yakin TGNA bukan bebal orangnya.Beliau seorang yang terbuka dan senang berbicara jika hujjah itu selari dengan Qur'an dan Sunnah.Mudah saja kan?

Bagi penulis lagi inilah 'jalan pintas' terbaik untuk sama-sama kita melihat perpaduan antara Pas dan Umno.Jika ini berlaku bukan sahaja kerajaan perpaduan boleh wujud bahkan lebih daripada itu lagi boleh wujud.

-Nur12-

Ahad, 28 Jun 2009

Ada 'bukan ceramah politik' di Sg. Wangi

Jika di Sungai Sumun,Bagan Datoh ada 'bukan ceramah politik',malam tadi di Sg. Wangi ada juga 'bukan ceramah politik'.

Juga beratap langit,beralas simen 4 segi,bercahayakan lampu puteh malap2 sekali lagi pemuda-pemuda Dppkl hadir berentap.Kali ini berentap dengan pemuda Sg. Wangi dalam perlawanan badminton persahabatan yang buat julung2 kalinya diadakan.

Bukan pemenang yang dicari,bukan juga yang kalah.Semuanya pemenang.Yang pasti Zambry tak berani lagi datang ke Sg. Wangi.









-Nur12-

Sabtu, 27 Jun 2009

SENARAI JAWATAN KUASA PAS PERAK 09-11

PESURUHJAYA : USTAZ ABU BAKAR HUSEIN

TIMBALAN –TIMBALAN PESURUHJAYA
1. YB DATO’ SERI IR HJ MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN
2. DR. KHAIRUDDIN BIN DATO’ ABDUL MALEK
3. USTAZ MUSTAPHA SHAARI

SETIAUSAHA : SDR. MOHD MISBAHUL MUNIR HJ MASDUKI

PENOLONG SETIAUSAHA : SDR. ISMAD SHAHRIL BIN CHE MAT

BENDAHARI : TN. HAJI ABDUL RAHIM MAT ARIP

PENGARAH PILIHANRAYA NEGERI : TN. HAJI ASMUNI AWI

KETUA PENERANGAN : YB USTAZ KHALIL IDHAM LIM BIN ADBULLAH

AHLI-AHLI PERHUBUNGAN YANG DILANTIK :
1. TUAN HAJI AMINUDDIN BIN ZULKIFLI
2. SDR. MUHAMMAD K. Y. TIANG ABDULLAH
3. TUAN HAJI OSMAN MASERI
4. TUAN HAJI AZHAR RIFAEI
5. SDR. KHAIRUL ANUAR BIN ISMAIL
6. DR. NAJIHATUSSALEHAH BT AHMAD
7. PUAN AMIZAN BT. BAHARUDDIN


-http://misabah.blogspot.com-

DUN Manek Urai: Fauzi wakili PAS

KUALA KRAI: PAS mengumumkan Fauzi Abdullah sebagai calonnya bertanding bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan bulan depan.

Fauzi, 50, yang merupakan pemborong ikan, juga adalah Bendahari PAS kawasan Kuala Krai.

Pengumuman itu dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kg. Manek Urai Lama, Manek Urai dekat sini sebentar tadi.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga hadir.

Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai diadakan selepas penyandangnya, Ismail Yaakob dari PAS meninggal dunia pada 22 Mei lalu di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu akibat pelbagai komplikasi.

Pada pilihan raya umum 2008, Ismail menewaskan calon BN, Zulkepli Omar dengan majoriti 1,352 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihan raya kecil kawasan tersebut akan diadakan pada 14 Julai manakala penamaan calon 6 Julai.

BN akan mengumumkan calonnya esok.

-mstar-

Jumaat, 26 Jun 2009

Bapa Salahuddin Ayub kembali ke rahmatillah

BAPA Naib Presiden Pas, Sallahuddin Ayub telah kembali ke Rahmatullah tengah malam tadi. Menurut Sallahuddin yang ketika itu dalam perjalanan ke Kota Bharu menerima pemakluman daripada adiknya.

Beliau yang ketika itu sudah sampai di Raub membatalkan perjalanannya ke Kota untuk bergegas pulang ke Batu Pahat bagi menguruskan jenazah ayahnya.

Menurut Sallahuddin ayahnya sakit sejak beberapa waktu lalu akibat satu kemalangan jalan raya dan pernah dimasukkan ke ward ICU.

Jenazah akan disempurnakan selepas solat Jumaat hari ini. Tahziah diucapkan kepada Sallahuddin serta keluarganya. Semoga roh Allahyarham dicucuhi rahmat. Al Fatihah.

-msomelayu-

Khamis, 25 Jun 2009

Mufti Perak kurang terdedah sejarah politik Islam - Nik Aziz

KOTA BHARU, 25 Jun (Hrkh) - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dianggap tidak terdedah dengan sejarah politik Islam sehingga menganggap PAS sebagai punca perbalahan orang Melayu di negara ini.

"Kalau betullah PAS menjadi punca balah, maka Nabi Muhammad saw juga menjadi punca masyarakat Arab ketika itu berbalah.

"Ini kerana PAS meniru apa yang dilakukan Nabi Muhammad saw. Apakah Nabi Muhammad saw menjadi punca belah. Sedangkan apa yang berlaku punca pecah belah datang daripada orang yang lawan Islam," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAS itu bertanya sekarang siapa punca berpecah belah, parti Islam atau parti kebangsaan yang berteraskan sekular.

Menurutnya, orang Islam kena tengok semula sejarah, adakah Nabi Muhammad saw menjadi punca perbalahan masyarakat ketika itu atau orang yang melawan ajaran dibawanya.

"Kalaulah Nabi Muhammad saw menjadi punca balah, maka apa yang dikatakan Mufti Perak itu betullah.

"Sedangkan baginda berbalah dengan bapa saudara dan masyarakat Arab bagi menegakkan Islam. Jadi siapa yang menjadi punca balah," katanya di sini.

Sebuah akhbar hari ini menyiarkan kenyataan Mufti Perak yang dianggap kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan bagi menegakkan ideologi politik mereka.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang Menteri Besar Kelantan berkata, PAS ditubuh di Pulau Pinang oleh alim ulama yang asal berada dalam Umno.

Namun katanya mereka keluar daripada Umno dan menubuh sebuah parti Islam pada 1951.

Beliau juga berkata, Umno ialah United Malay National Organization yang memperlihatkan parti itu berjuang berteraskan kaum.

"Jadi mengapa dia sibuk dengan kita, sedangkan dia parti Melayu. Pelawalah orang Melayu seramai yang boleh kerana mereka parti orang Melayu.

"Tetapi sekarang mengapa pula orang Melayu sudah ramai yang lari daripada Umno. Orang Melayu sudah lari kepada PAS, KeADILan dan DAP," tambahnya.

Menurutnya juga Umno selama ini secara jelas menyebut agama lain dan politik lain dalam perjuangan mereka.

Sedangkan beliau berkata, Islam meminta manusia berpadu sama ada dengan orang Melayu, Cina dan India.

"Kalau perpaduan sebenar biarlah semua kaum dalam BN dan Pakatan Rakyat berpadu," katanya.

Oleh itu beliau meminta supaya mufti terbabit supaya lebih baik menggunakan masa yang berharga untuk mempengaruhi Umno supaya tukar dasar kebangsaan kepada Islam.

"Berapa sen harga kaum Melayu atau bangsa Arab di Padang Mahsyar kelak. Dalam keadaan PAS masuk Perikatan dahulu lalu dengan dijemput pun PAS ditendang keluar.

"Inikan pula kita yang cuba sorong-sorong kepala. Sebab itu saya tengok sehari dua ini Umno macam orang gila talak pula," katanya.

Sebelum ini ketika mengadakan pertemuan dengan warga pendidik di Kuala Krai, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut perpaduan hanya diminati antara PAS dan Umno sahaja dan bukan melibatkan parti lain.

-harakahdaily-

Rabu, 24 Jun 2009

Jangka PRK Perak selepas Manik Urai

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Hrkh) - Pilihan Raya Kecil Negeri Perak dijangka akan berlaku selepas pilihan raya kecil Dun Manik Urai, demikian kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman.

"Saya menjangkakan pilihan raya Negeri Perak mahu atau tidak akan diadakan, sebab itu kita cadang mahu buat persiapan apa yang patut hadapi pilihan raya Perak.

Beliau melihat bertapa pentingnya kini JPP yang dikendalikan bersedia awal dengan memantapkan ahli-ahli jawatankuasa mengenai nilmu pilihan raya.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara bersama Harakah di bangunan Parlimen baru-baru ini.

Beliau merupakan Pengarah JPP yang baharu sahaja dilantik selepas pemilihan jawatankuasa PAS Pusat pada Muktamar ke-55 yang lalu.

Menyentuh isu persiapan, ujarnya JPP akan meneliti dari segi 'finding' yang perlu dilakukan lebih awal agar ia tidak sekadar menjadi 'ad hoc' semata-mata.

Di Perak katanya pada pilihan raya umum yang lalu, PAS telah bertanding 21 kerusi dan hanya menang enam.

Namun ujar Ustaz Halim, ada beberapa kerusi lagi PAS kalah bawah 1500 undi, justeru kerusi-kerusi ini akan difokuskan.

"Kita kalah tipis dalam 10 kerusi. Jika boleh menang 6 lagi, boleh jadi 16 kerusi, di bawah 1500.

"Dalam PRK Bukit Gantang apa yang kami lihat ialah jentera di peringkat kawasan di sana tak begitu bermaya, kerja pilihan raya tidak berjalan dengan baik jika tiada bantuan negeri dan kawasan susahlah, kita kena melihat itu," katanya.

Begitupun jika diadakan pilihan raya kecil di Perak, Ustaz Halim yakin PAS akan menang lebih kerusi berbanding sekarang.

Tetapi katanya gerak kerja perlu dicantumkan dengan politik dan strategi dengan mengemuka calon bukan Islam dan taktikal strategi dengan soal wang semua perlu disiapkan.

"Selepas Manik Urai kita akan turun di Perak," ujarnya ringkas.

-harakahdaily-

Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 rakyat 30 Jun ini

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Hrkh) - Pakatan Rakyat akan menganjurkan Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 rakyat pada 30 Jun nanti.

Menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, program tersebut diadakan bagi menjelaskan kekeliruan terhadap segala fitnah dan konspirasi yang ditimbulkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) dengan tujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat.

Beliau yang mewakili Sekretariat Pakatan Rakyat menyeru orang ramai hadir ke program tersebut yang akan diadakan di Stadium MPPJ, Kelana Jaya bermula pukul 9.00 malam.

"Program ini diadakan bagi menerangkan kepada orang ramai terhadap fitnah dan konspirasi yang dimainkan oleh Umno-BN yang bertujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat," jelas beliau kepada Harakah.

Satu ceramah perdana akan diadakan pada malam tersebut dimana kesemua pemimpin utama Pakatan Rakyat dijangka hadir.

Antara yang telah menyatakan persetujuan untuk hadir pada malam tersebut; Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Tokoh DAP Lim Kit Siang dan pemimpin-pemimpin utama ketiga-tiga parti.

-harakahdaily-

Isnin, 22 Jun 2009

Kerajaan perpaduan: Nik Aziz tarik balik kecaman terhadap Nasharudin

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menarik balik kenyataan yang dilemparkan terhadap Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa berhubung idea kerajaan perpaduan.

Malah pimpinan PAS yang bermesyuarat hari ini bersetuju sebulat suara untuk memberhentikan serta merta polemik kerajaan perpaduan.

"Oleh yang demikian saya selaku Mursyidul Am PAS menarik segala kenyataan saya terhadap YB Nasharudin dan dengan itu ianya tidak berbangkit lagi.

"Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa polemik kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang diputuskan oleh Presiden PAS bersama pimpinan Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di Parlimen yang menolak idea kerajaan perpaduan," katanya dalam sidang media di bangunan PAS di sini hari ini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS juga bersetuju untuk melupakan perihal salah tanggapan yang berlaku antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politIk murahan Umno.

"Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu untuk terus memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulatkan Islam di persada tanahair," katanya dalam satu kenyataan empat perenggan yang dibaca dalam sidang media tersebut.

Dalam pada itu, Nasharudin yang ditemui selepas sidang media itu berkata hubungan antara beliau dan Nik Aziz tidak mempunyai masalah.

"Hubungan kami baik dan segalanya sudah selesai...itu sahaja, tiada lagi komen," katanya ringkas.

-mstar-


Komen Nur12:Alhamdulillah,kemelut yang menghantui ahli Pas selama ini sudah menampakkan jalan keluar.Diharap semua ahli patuh dan wala pada pimpinan.Tiada lagi fitnah selepas ini.Masing-masing punyai peranan untuk mempertahan jihad suci ini.

Tidak ada lagi bincang kerajaan perpaduan - Presiden PAS


KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) - Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini menegaskan pihanya menolak sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendieri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut.

Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno/BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen hari ini.

Turut hadir ialah, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Dato' Seri Nizar Jamaluddin.

Sementara di pihak KeADILan, Presiden, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan, Dr Syed Husin Ali; Naib Presiden, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah; anggota MT KeADILan, Saifuddin Nasution, dan di pihak DAP pula, Setiausaha Agungnya, Lim Guang Eng; Dato' Ngeh Ko Ham.

Sementara itu, Anwar yang membacakan kenyataan mewakili Pakatan Rakyat menyebut, akatan Rakyat menolak pengwujudan kerajaan perpaduan.

"Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan datang," katanya.

Majlis pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan Perpaduan dengan Umno/BN, yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan serta tindakan terdesak Umno mengugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat, tegas Anwar.

Menyokong pandangan itu, Salahuddin Ayub pula menyatakan kenyataan tersebut sebenarnya adalah muktamad dan ini bermaka tidak akan ada lagi 'unity talk' dengan Umno.

Malah Salahuddin kelihatan gembira dengan perkembangan itu yang seterusnya dilihat akan membuatkan Umno kelemasan.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Mahfuz pula memberi analogi bahawa 'Umno kini kehilangan tabung oksigen' apabila isu kerajaan perpaduan ini telah ditamatkan dengan kenyataan pimpinan pakatan.

Kenyataan itu juga sebagai satu usaha menutup talian hayat yang ada pada Umno/BN yang selama ini mengucarkacirkan pakatan dnegan penyelewengan isu kerajaan perpaduan.

-harakahdaily-

Pemuda Sg. Pinang 'belasah' Dppkl







Pada petang kelmarin (21.6.2009) Dppkl sekali lagi berkunjung ke Pulau Pangkor.Kunjungan kali ini bagi memenuhi jemputan perlawatan bolasepak persahabatan 11 sebelah menentang pemuda Cawangan Sg. Pinang.Perlawanan diadakan di padang bola Pan Pasific Resort.

Rombongan Dppkl diketuai sendiri ketua pemudanya saudara Nizamuddin Majidi dan disertai beberapa ajk Dppkl yang lain.Rombongan juga turut disertai pelajar-pelajar Pondok Manabiul Ulum,Bt.10 Lekir yang mana mereka merupakan sebahagian besar pemain-pemain yang mewakili Dppkl.

Manalaka pemuda Sg. Pinang diketuai sendiri ketua cawangannya saudara Awis Husin.

Perlawanan cukup menarik.Kedua-dua pasukan berjaya menunjukkan skil yang tinggi dan gaya permainan yang hebat.Sekali sekala terselit adegan-adegan lucu dikalangan pemain.

Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada pemuda Sg. Pinang 6-Dppkl 2.

Sebenarnya Dppkl bukan lawan sebenar.Lawan sebenar kepada pemuda Sg. Pinang ialah Zambry Mugabe.Pemuda Sg. Pinang mesti melipatkan gandakan usaha untuk membenam Zamry Mugabe dari terus bertapak di Pulau Pangkor.Dengan semangat yang ditunjukkan dalam perlawanan semalam cukup menyakinkan untuk menyahkan Zambry dari bumi Pangkor.Semoha hasrat ini tercapai.

Dengan ini pihak Dppkl ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat kedua-dua pasukan yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.Dan kepada pihak penganjur juga diucapkan jutaan terima kasih kerana telah berjaya mengadakan acara ini.

Majulah sukan untuk jamaah.Hidup Islam!!

-Nur12-

Sabtu, 20 Jun 2009

MAKLUMAN

Assalamualaikum,

Kepada pengungjung setia blog Dppkl,atas sebab-sebab tertentu buat sementara waktu ini pihak admin blog terpaksa mengeluarkan ruangan 'HIWAR' daripada paparan blog ini.

Insyaallah ruangan 'HIWAR' akan ke paparan skrin blog bila keadaan mengizinkan.

Harap maklum,sekian terima kasih.

(Admin Blog Dppkl)

Jumaat, 19 Jun 2009

Mahkamah Persekutuan tetapkan 9&10 Julai ini tentukan kes Nizar

PUTRAJAYA, 19 Jun (Hrkh) Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan bagi permohonan kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan, yang mengisytiharkan Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Menurut Nizar, permohonan itu bakal didengar pada 9 dan 10 Julai ini dan beliau sangat berharap satu sejarah tercipta dengan 11 hakim diangkat mendengar permohonan beliau.

Nizar berkata beliau terpaksa bertindak demikian walaupun panel hakim Mahkamah Rayuan belum mengemukakan hujah bertulis mereka dalam membuat keputusan itu bulan lalu.

Datuk Md Raus Shariff, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop sebelum ini memberi jaminan untuk memberi hujah bertulis bagi menyokong keputusan mereka yang telah mengejutkan pelbagai pihak

Beliau kecewa ulasan penghakiman'yang masih tidak diterima selepas Mahkamah Rayuan membuat keputusan pada 22 Mei lalu.

Menurut Nizar, beliau hairan mengapa hakim berkenaan melewat-lewatkan penyerahan ulasan bertulis sedangkan ketiga-ketiga mereka hanya mengambil masa 5 minit untuk menyampaikan keputusan secara lisan.

Seolah-olah ada unsur ketidakadilan dalam aspek ini kerana rayuan Zambry mengambil masa 24 jam sahaja untuk dilaksanakan tetapi hal ini pula masih tertangguh, kata Nizar lagi.

Ujar Nizar, kerenah hakim terbabit menjejaskan usaha beliau dan panel peguamnya untuk membuat rayuan untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu dengan memberikan alasan-alasan yang setimpal.

-harakahdaily-

Khamis, 18 Jun 2009

Ahli PAS diminta bertenang, tunggu arahan rasmi

Ustaz Idris Ahmad

SEMUA ahli PAS diminta bertenang dalam menghadapi ujian yang begitu mencabar dalam kepimpinan parti. Semua ini akan menguji kematangan pemimpin untuk menguruskan krisis.

nsya-Allah PAS yang mempunyai bahtera yang kuat dan kukuh mampu untuk menghadapi semuanya ini. Kalau Umno-BN yang mempunyai bala tentera dan kewangan daripada "qarun-qarun" yang ada di atas muka bumi ini pun kita mampu hadapi.

Maka sudah barang pastilah masalah yang berlaku pada hari ini, insya-Allah dapat diatasi dengan baik dan elok.

Saya yakin bahawa ahli PAS yang matang dalam sepak terajang politik akan merasa tenang apabila kita tahu kekuatan yang ada pada PAS dan organisasinya.

Ini kerana PAS adalah milik kita semua. Ia tidak boleh dimonopoli oleh sesiapa pun. PAS ada peraturan dan perlembagaan yang kemas dan teratur.

Iltizam kita ialah bersama dengan Pakatan Rakyat dan berhadapan dengan Umno-BN dalam apa suasana sekalipun.

Media cuba memainkan isu bahawa PAS hendak mewujudkan perpaduan Melayu. Secara tidak langsung mereka cuba melontarkan fitnah bahawa PAS hendak meninggalkan Pakatan Rakyat. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato' Setiausaha Agung pada 17 Jun lalu telah menjelaskan kekeliruan ini.

Kerajaan Perpaduan hanyalah lontaran idea sahaja daripada Presiden PAS. Sebarang keputusan dan polisi parti yang hendak dibuat akan dibincang terlebih dahulu dalam parti.

Insya-Allah, segala keputusan yang diputuskan itu akan kita sampaikan kepada semua pihak sehingga ke peringkat akar umbi melalui majlis taklimat khas.

Yakinlah firman Allah SWT, yang bermaksud: "Hendaklah kamu bermesyuarat dalam urusan kamu." Dan maksud sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Berjamaah itu rahmat."

Oleh itu kita boleh berbincang untuk mendapat maklumat sahih melalui mesyuarat, muzakarah, usrah, liqa. Inilah mekanisme parti yang paling baik untuk kita menyuarakan masalah dan kritikan kepada parti. Sekarang zaman canggih, maka bolehlah kita hubungi pimpinan untuk mendapat penjelasan.

Bersandarkan nas syara'

Segala keputusan politik yang PAS buat selama ini semuanya bersandarkan kepada nas syara' dan fiqh siasi.

Kita bertahalluf dengan parti bukan Islam dan ideologi yang berbeza, semuanya merujuk kepada nas syarak. Bukan senang hendak meyakinkan ahli bagaimana kita dibenarkan mengundi calon bukan Islam yang bertanding atas tiket parti yang bertahalluf dengan kita.

Semua ahli PAS perlu berhati-hati dalam menghadapi isu ini. Ini kerana musuh sentiasa memasang perangkap untuk menjayakan misi mereka bagi memecah-belahkan di kalangan ahli dan pimpinan.

Dapatkan maklumat rasmi daripada akhbar rasmi Harakah, laman web Harakahdaily dan akhbar Siasah supaya tidak menimbulkan kekeliruan.

Tunggu dan sabarlah untuk mendapatkan penjelasan rasmi daripada pimpinan dalam isu ini. Rapatkan saf jamaah supaya syaitan tidak menyusup masuk ke dalam parti kita.

-harakahdaily-

Tindakan spontan, wakili reaksi rakyat Perak - Nizar

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Hrkh)- Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menegaskan,tindakan beliau melaungkan perkataan "Bubar Dun" Perak sebaik sahaja selesai mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat kelmarin adalah reaksi spontan yang tidak langsung dirancang.

Namun, kata beliau, tindakan yang dilakukan sebaik mengangkat sumpah merupakan 'sesuatu yang perlu dilakukan'.

Nizar menjelaskan, tindakan beliau itu merupakan reaksi meluahkan perasaan dan mewakili seluruh rakyat Perak berhubung krisis politik yang berlaku di negeri tersebut.

"Tindakan itu berlaku secara spontan dan tidak dirancang sama sekali.

"Saya mengangkat sumpah untuk menjaga kedaulatan perlembagaan tetapi dalam masa yang sama Umno dan Barisan Nasional melanggar perlembagaan di Perak.

"Bagaimana perasaan saya ketika itu... mengangkat sumpah untuk menjaga kedaulatan perlembagaan tetapi di negeri saya ia dilanggar?" kata beliau dalam satu sidang media di lobi Parlimen.

Nizar pada 15 Jun lalu diperintahkan keluar dewan oleh Speker Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebaik sahaja menurunkan tandatangan angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.

Turut sama diarah keluar bersama Nizar ialah lima lagi ahli Parlimen Dato' Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Dr Zulkefeli Ahmad (Kuala Selangor), Ngeh Khoo Ham (Beruas), Nga Kor Ming (Taiping) dan N Gobalakrishnan (Padang Serai).

Mahfuz pula berhujah dengan Speaker bahawa beliau hanya mengenakan lilitan di lengan dan harus dibenarkan.

Beliau kemudian meninggalkan Dewan Rakyat.

Nizar berkata, saat tersebut adalah peluang keemasan untuk beliau melaungkan perkataan itu kerana semua menteri termasuk Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak berada di dalam Dewan.

"Ia adalah peluang keemasan. Ketua yang merampas Perak tidak ada hari ini, jadi bila lagi masa yang terbaik.

"Saya percaya apa yang saya buat adalah apa yang saya patut buat," katanya.

Sementara itu, Ngeh meminta Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta maaf atas tindakan beliau menghalau mereka keluar kerana katanya, tidak ada peruntukan khusus yang menyatakan lilitan seperti yang dipakai mereka Isnin lalu adalah menyalahi peraturan Dewan.

"Speaker Parlimen tidak ada hak menghalau kami keluar kerana tidak ada dalam perintah tetap Parlimen di mana Speaker ada kuasa menggantung kami kerana memakai lilitan itu," katanya.

-harakahdaily-

Isnin, 15 Jun 2009

Hari Pertama di Parlimen

Lima minit angkat sumpah, Speaker arah Nizar keluar dewan

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Hrkh) - Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diarah keluar Dewan Rakyat tidak sampai lima minit selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Arahan itu dikeluarkan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia ekoran tindakan Nizar melaungkan slogan "bubar Dewan Undangan Negeri" sebaik sahaja menurunkan tandatangan angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.

Sebelum itu, Nizar mengenakan lilitan di kepalanya sejurus mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat Bukit Gantang.

Tindakannya mencetuskan kekecohan apabila Speaker mengeluarkan arahan itu dan turut disokong oleh ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional.

Nizar yang kembali semula ke tempat duduknya di Blok F setelah menanggalkan lilitan kain di kepalanya terus didesak meninggalkan Dewan oleh Speaker.

Bagaimanapun Nizar terus diminta keluar Dewan Rakyat ketika beberapa wakil rakyat pembangkang turut mengenakan lilitan tersebut.

Turut diarah keluar ialah beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat yang memakai lilitan itu antaranya Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming; Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham; Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar; Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta.

-harakahdaily-

Jumaat, 12 Jun 2009

Lawatan Dato Seri Hj Nizar ke Kampung Teluk & Telaga Nenas - Jumaat 12 June 09




Mercu tanda kpg Teluk













Mercu tanda Kpg Telaga Nenas













Dato Seri Hj Nizar bersalaman dgn jemaah solat Jumaat selepas mengimamkan solat Jumaat












Bersalaman dgn para jemaah Kpg Teluk












Menemubual penduduk kampung sambil bertanya masalah yg dihadapi oleh kariah Kpg Teluk.











Senyum En Zaid....

Kini Dun Pasir Panjang dah ada van utk kemudahan di sekitarnya










Bonzer kpg Dusun : Sayap kanan dan kiri Hj Nizar di dun Pasir Panjang. Saudara Pak Itam dan saudara Azam






Beramah mesra di rumah Ayahanda Cikgu Amir dan saudara Nasaruddin Takaful selepas solat Jumaat










Bergambar kenangan utk album
Ahli keluarga bersama Hj Nizar. Terima Kasih kpd Tuan rumah kerana sudi menjemput kami semua.







Hj Nizar di jemput utk bergambar bersama dgn pengantin dan ahli keluarga.











Hj Nizar sedang menemu-bual En Velul mengenai kemalangan yg berlaku. Gambar keluarga simati bersama Hj Nizar tak dapat disiarkan ( ada kesilapan teknikal) Isteri meninggal dunia dan anak perempuan terlantar di hospital. Mangsa dipercayai dilanggar dan diseret dgn treler.
Semoga lawatan Dato Seri ke Kpg Teluk dan Telaga Nenas mampu memberi sinar harapan kepada penduduk kariah2 di Dun Pasir Panjang. Syabas Dato Seri.


-fawi-

3 KETUA PEMUDA PAKATAN DEBAT HALATUJU PAS


Tiga Ketua Pemuda parti komponen Pakatan Rakyat akan berkongsi pentas 16 Jun ini untuk membincangkan halatuju PAS ekoran isu-isu yang timbul selepas muktamar parti itu minggu lalu.


Mereka ialah Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan Tantawi; Ketua Pemuda Sosialis DAP yang juga ahli parlimen Rasah, Anthony Loke dan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin.Seorang lagi panelis ialah bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.


Majlis tersebut - Sembang Kopitiam anjuran Angkatan Muda PKR (AMK) Selangor dan Shah Alam - membawa tajuk 'Pasca muktamar PAS - kerajaan perpaduan?'Dalam satu kenyataannya, ia berkata majlis tersebut diadakan mulai jam 8 malam bertempat di Dewan MBSA, Seksyen 11, Shah Alam.


Menurutnya, banyak isu yang kontroversi timbul selepas muktamar PAS minggu lalu, antaranya penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno, pemansuhan 30 peratus ekuiti bumiputera dan usul menggesa pengharaman Sistem in Islam (SIS) yang membawa aliran Islam liberal.Pekembangan tersebut, kata kenyataan itu, telah menjadi topik perbincangan yang hangat di kalangan orang ramai, termasuk golongan muda yang ingin melihat perubahan tulen selepas tsunami politik yang berlaku tahun lalu.


Menurutnya lagi, empat persoalan utama yang bakal dibincangkan dalam majlis tersebut ialah:


Dengan pimpinan baru yang dipilih, ke manakan PAS ingin menuju selepas muktamar?


Mengapakah Presiden PAS ingin mengutarakan tentang konsep kerajaan perpaduan?


Apakah persediaan untuk mengambil alih Kerajaan Persekutuan telah dijalankan dalam Pakatan Rakyat?


Bagaimana hubungan di antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat?


"Kesemua persoalan akan dikupas oleh penceramah-penceramah yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin muda masakini," kata kenyataan tersebut.



-malaysiakini-

Khamis, 11 Jun 2009

Perak dapat Pesuruhjaya baru

Ustaz Abu Bakar Husin (jubah putih) bersama Ustaz Ahmad Awang dalam satu program di Markaz Tarbiyah Pas Air Kuning.
Jawatankuasa Pas Pusat yang bermesyuarat pada hari ini telah melantik Ustaz Abu Bakar Husin menggantikan Ustaz Ahmad Awang bagi meminpin Pas Perak.

Ustaz Abu Bakar sebelum ini adalah timbalan pesuruhjaya 1 .Perlantikan ini berikutan pengunduran Ustaz Ahmad Awang yang telah meminpin Pas Perak selama beberapa penggal sebelum ini.

Berikutan dengan ini DPPKL ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada Ustaz Abu Bakar Husin.DPPKL akan memberikan sokongan penuh terhadap segala usaha untuk memajukan Pas Perak khususnya dalam mengembalikan kerajaan Pakatan yang telah dirampas oleh UBN.

Sementara itu Ustaz Harun Taib dilantik pesuruhjaya negeri Terengganu yang baru menggantikan Dato Mustafa Ali yang telah dilantik sebagai setiausaha agung Pas yang baru.Sementara negeri-negeri lain tiada sebarang perubahan dilakukan.


-Nur12-

Presiden PAS umum saf kepimpinan baru,Mustafa dilantik setiausaha agung, Husam dan Mat Sabu sebagai Ajk

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi mengumumkan perlantikan Dato' Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agung yang baru menggantikan Dato' Kamaruddin Jaffar.
Pengumuman dibuat pada sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS sejurus selesai Mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat yang bermula jam 10 pagi tadi.
Pada sidang itu, Ustaz Hadi mengumumkan Ustaz Idris Ahmad sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat dan mengekalkan Dr. Mohd Hatta Ramli sebagai Bendahari.
Tinbalan Pengarah 1 Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman pula dilantik menggantikan tempat Mustafa sebagai Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.
Bekas-bekas Naib Presiden, Dato Husam Musa dan Mohamad Sabu yang tewas dalam pertandingan kerusi Timbalan Presiden dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa tambahan.
Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani dan Wan Ubaidah Wan Omar ialah dua muka baru yang dilantik.
Dr Mariah Mahmod dan Anuar Tahir turut dilantik semula.
-harakahdaily-

Rabu, 10 Jun 2009

Misi Naib Presiden Pas yang baru,Salahuddin Ayub mahu hancur leburkan Umno

KUALA LUMPUR: Memastikan Umno hancur dan Pakatan Rakyat dipilih sebagai kerajaan baru selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) nanti merupakan misi utama Naib Presiden PAS yang baru, Salahuddin Ayub, lapor IRWAN MUHAMMAD ZAIN.
Beliau yang baru dipilih memegang jawatan tersebut pada pemilihan Muktamar Tahunan PAS ke 55 lalu akan memastikan Umno dan Barisan Nasional (BN) tewas teruk dalam PRU13.
Selain itu, Salahuddin turut berhasrat mengerakkan seluruh rakyat berbilang kaum dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk memastikan misi menghancurkan Umno/BN mencapai kejayaan."Menghancurkan Umno dan BN merupakan misi utama saya sekarang selepas dipilih sebagai Naib Presiden PAS. Kegagalan Umno/BN mentadbir negara selama 50 tahun dan tidak menghiraukan suara rakyat perlu ditamatkan dengan menumbangkan mereka dalam pilihan raya umum ke-13 nanti."Saya akan berusaha mengerakkan rakyat berbilang kaum dan NGO bagi memastikan misi utama ini berjaya," tegas Salahuddin.
Beliau berkata lagi, buat masa ini perlu bagi semua pimpinan PAS mengukuhkan Pakatan Rakyat kerana ia semakin diterima rakyat. Untuk mencapai tujuan tersebut Salahuddin menjelaskan, beliau akan memastikan segala bentuk persefahaman dan kerjasama yang telah dibina dalam Pakatan Rakyat akan terus diperkukuhkan.Mengulas lanjut, beliau menegaskan, pemimpin Umno tidak layak bercakap soal perpaduan kerana mereka tidak mampu menjaga perpaduan dalam BN.
Pergeseran dalam Umno seperti krisis di Terengganu dan krisis dalaman BN yang melibatkan PPP dan Gerakan merupakan bukti Umno tidak tahu menjaga perpaduan, tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian."Jika perpaduan sesama parti yang telah lama bersama mereka pun tidak boleh dibina dan dijaga macam mana mahu membina perpaduan bersama pihak lain?" soal Salahuddin yang telah melepaskan jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat pada muktamar dewan itu baru-baru ini.
Justeru, tegas beliau adalah amat penting bagi semua pimpinan PAS berusaha menyakinkan rakyat untuk bersama menghancurkan Umno.
-sanggahtoksago-
Komen Nur12: Salahuddin pejuang sejati.

Tubuh Suruhanjaya Diraja, bersihkan kerajaan Perak

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Hrkh) - Pemuda PAS Perak mendesak supaya ditubuhkan segera Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat perubahan kuasa di Perak ekoran rentetan perkembangan politik di negeri ini bermula awal Februari lalu hingga sekarang.
Setiausahanya Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata tujuan penubuhan badan itu adalah untuk menyiasat secara terperinci insiden 'rampasan kuasa' itu demi kepentingan rakyat dan perlu diperjelaskan serta dibersihkan oleh Kerajaan Negeri.
"Kita percaya ada unsur tertentu dan sebab kenapa tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat bertindak keluar parti dan menjadi ADUN Bebas pada awal Februari dahulu.
"Tindakan mereka itu jelas mengkhianati serta menafikan hak rakyat yang memilih mereka di atas nama Pakatan Rakyat dan demokrasi," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Pemuda PAS negeri itu katanya akan mempersembahkan cadangan tersebut kepada Paduka Seri Sultan Perak demi menegakkan demokrasi dan akan juga membersihkan pentadbiran Kerajaan Negeri di samping yakin usaha ini akan memberikan perkembangan positif kepada palabur dan juga pemulihan ekonomi kepada Kerajaan Negeri kelak.
"Kita amat yakin dan percaya jika usaha ke arah penubuhan suruhanjaya ini dan akan menjalankan siasatan yang bakal mendedahkan kepada seluruh rakyat bagaimana perubahan kuasa Kerajaan Pakatan Rakyat yang dirampas oleh Umno / Barisan Nasional (BN)," katanya.
-harakahdaily-

Hentikan kenyataan keliru, tiada hasrat bawa PAS kepada BN - Timbalan Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Hrkh) - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa bersetuju dengan saranan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali agar seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat menghentikan segala kenyataan yang boleh mengelirukan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat khususnya mengenai Kerajaan Perpaduan.
Jelasnya sewaktu dihubungi Harakah hari ini, isu kerajaan perpaduan ini telah menimbulkan banyak salah faham pelbagai pihak.
"Apa yang dimaksudkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ialah PAS tidak menutup ruang perbincangan dengan sesiapa dan tidak pula menyebut hendak membawa PAS kepada Umno dan Barisan Nasional.
"Jadi, akibat daripada kekeliruan kenyataan ini, saya ingin menyebut sebagaimana saya nyatakan dalam ucapan penggulungan Muktamar PAS, PAS tidak pernah mempunyai hasrat untuk membawa PAS kepada Umno dan Barisan Nasional," tegasnya.
Nasharudin menjelaskan PAS tidak pernah membesarkan mengenai Kerajaan Perpaduan ini dan sehubungan itu katanya, tumpuan PAS ialah untuk memperkukuh parti dan Pakatan Rakyat serta bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Kecil Manik Urai.
Sementara itu, Mustafa dalam sidang akhbar yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini merayu seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat supaya menghentikan kenyataan yang berkait dengan isu-isu yang boleh memberi kekeliruan kepada penyokong PAS khususnya berkaitan dengan kerajaan perpaduan.
"Saya menggunakan perkataan merayu kerana saya tidak ada autoriti untuk arah. Jadi saya merayu khususnya pimpinan PAS agar tidak ada sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan yang akan memberikan barangkali gambaran serta persepsi negatif.
"Tugas saya hari ini bersama jentera pilihan raya PAS ialah lawan dengan Barisan Nasional. Berbicara mengenai Kerajaan Perpaduan adalah tidak relevan pada waktu ini. Sebab apabila kita menggunakan apa istilah pun mengenai kerjasama ini, ia 'misleading'.
"Sebab kerjasama kita hari ini adalah dengan Pakatan Rakyat. Kalau 'engagement' ya. Kita nak bercakap dengan MCA dan MIC tidak ada masalah. Bercakap tidak salah,"katanya.
Dalam pada itu beliau turut memberi respons kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang meminta PAS memberi penjelasan mengenai pembentukan kerajaan perpaduan.
"Saya tidak salahkan Guan Eng membuat kenyatan itu. Saya tahu memang ada dilontarkan oleh Presiden PAS mengenai Kerajaan Perpaduan ini. Tapi ia hanya satu teori dan konsep. Pada saya sekadar melontarkan itu tidak salah,"katanya.
Jelas Mustafa, isu mengenai Kerajaan Perpaduan pernah dilontarkandalam mesyuarat PAS tetapi tidak pernah dibincangkan sehingga menjadi satu keputusan.
Mustafa juga menyatakan beliau dimaklumkan ada perbincangan antara Abdul Hadi dengan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim tentang konsep Kerajaan Perpaduan.
Beliau turut difahamkan Abdul Hadi, Anwar dan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi memberi penerangan mengenai perkara tersebut.
"Saya tidak tahu apa respons Tuan Guru Nik Abdul Aziz selepas itu. Dan selepas itu berlaku peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Najib.
"Sebab itu, bagi saya mungkin Tuan Guru Abdul Hadi apabila beliau maklumkan perkara tersebut kepada Anwar sebagai pemimpin Pakatan Rakyat, mungkin dia mengandaikan maklumat tersebut sampai kepada DAP.
"Tetapi apabila DAP mengatakan tidak tahu mengenai perkara ini, maknanya maklumat tersebut tidak sampai kepada DAP," jelasnya.
Beliau berpandangan, kenyataan yang timbul adalah disebabkan berlaku salah faham mengenai isu Kerajaan Perpaduan ini. Bagaimanapun katanya, isu ini tidak akan berbangkit setelah diberi penjelasan.
Justeru katanya, dalam perjumpaan dengan pemimpin Pakatan Rakyat akan datang, isu mengenai Kerajaan Perpaduan ini akan dapat diterangkan oleh Presiden PAS.
-harakahdaily-

Mahfuz cadang Husam, Mohd Sabu dilantik jawatan utama PAS

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar mencadangkan agar Dato' Husam Musa dan Mohamad Sabu diberikan jawatan yang penting dalam Dewan Harian PAS Pusat.
Mahfuz menegaskan kedua-dua pemimpin tersebut merupakan aset penting dalam PAS dan tidak seharusnya ia dipersia-siakan.
Jika keduanya tidak diberikan jawatan-jawatan penting ia pastinya akan merugikan parti, jelas beliau.
"Saya mencadangkan agar Dato' Husam dan Mohamad sabu diberikan jawatan penting dalam Dewan Harian.
"Mereka berdua merupakan aset penting kepada parti dan ia merugikan jika kita tidak melantik keduanya memegang apa-apa jawatan penting," tegas Mahfuz.
Mahfuz juga menjelaskan, kedua tokoh tersebut merupakan public figure yang mampu menarik sokongan terhadap PAS.
Kedua-dua tokoh tersebut juga tegas beliau, mampu mengukuhkan kepimpinan PAS jika diberikan jawatan penting dalam Dewan Harian.
Mengulas perkara yang sama, seorang lagi Naib Presiden, Salahuddin Ayob turut sependapat dengan Mahfuz yang mahukan kedua tokoh penting PAS itu diberikan jawatan penting dalam parti.
Salahuddin menegaskan, beliau akan berusaha memastikan Husam dan Mohamad Sabu diberikan jawatan penting dalam Dewan Harian PAS Pusat.
"Kedua tokoh tersebut masih sangat-sangat diperlukan oleh PAS, jadi perlu keduanya dilantik jawatan penting dalam Dewan Harian.
"Andai kita membiarkan keduanya tanpa jawatan ibarat membiarkan kilauan permata malap kerana tidak tahu menjaganya," tegas Salahuddin.
Beliau juga menegaskan kedua tokoh penting itu mampu mengukuhkan kepimpinan PAS untuk menguatkan lagi Pakatan Rakyat dan memastikan kemenangan dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti.
Dato' Husam Musa dan Mohamad Sabu sebelum ini merupakan Naib Presiden PAS.
-harakahdaily-

Isnin, 8 Jun 2009

PAS bahtera yang selamat-Presiden


SHAH ALAM, 7 Jun (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan 'PAS sebagai bahtera yang selamat' kepada seluruh rakyat Malaysia.


Beliau berkata demikian ketika berucap dalam sesi ucapan penangguhan Muktamar PAS ke-55 di Stadium Malawati hari ini.
Presiden PAS menegaskan, sesiapa yang meninggalkan bantera itu, pastinya akan tenggelam.
PAS disifatkan demikian kerana parti itu memperjuangkan Islam yang sebenar, tatkala suasana hari ini penuh dengan rasuah, kerosakan akhlak dan masalah ekonomi, katanya.
Kini PAS katanya, sudah diterima pelbagai pihak samda kawan mahupun lawan, samada Islam mahupun bukan Islam.
Dalam ucapan yang sama, beliau menyatakan komitmen bahawa PAS adalah bahtera yang diakui lawan akan kekuatannya, selain akan tetap dengan bahtera tersebut juga.
Beliau turut menjelaskan beberapa isu membabitkan 'tahaluf siyasi' hari ini yang dilakukan PAS dalam mendepani politik nasional.
Penubuhan Kelab Penyokong PAS disentuh selain persefahaman dengan pelbagai pihak dalam isu-isu tertentu ketika adanya krisis tertentu.
Sebelum ini Barisan Alternatif dan kini Pakatan Rakyat menjadi medan PAS bersepakat dalam kerjasama politik, katanya.
"Allah memerintahkan supaya kita mengutamakan perdamaian kerana matlamat adalah untuk menyelamatkan manusia," ujarnya.
Beliau turut menyatakan PAS tidak boleh menutup ruang kepada mana-mana pihak, sebaliknya terbuka untuk menerima semata-mata untuk memberi kebaikan kepada manusia.
Presiden PAS juga menyatakan, muktamar PAS kali ini berjalan baik "walaupun ada keriuhan tetapi tidak ada kekacauan".
Beliau menyeru sidang muktamar meneruskan perjuangan dengan tema muktamar 'Islam Memimpin Perubahan'.


-harakahdaily-

Ahad, 7 Jun 2009

Pemuda bertekad pelihara ketulinan manhaj perjuangan

SHAH ALAM, 7 Jun (Hrkh) - Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan menaruh kepercayaan dan harapan terhadap Ucapan Dasar Presiden PAS yang menggalakkan Pemuda PAS memainkan peranan sebagai semak dan imbang agar landasan perjuangan PAS dan kerajaan Pakatan Rakyat terus berjalan sebagaimana tuntutan Islam dan harapan rakyat.
Beliau yang berucap dalam membahaskan penggulungan muktamar berkata 103 perkara penting yang disebut dalam Ucapan Dasar Presiden itu memerlukan buruh untuk berkerja.
Justeru katanya, barisan Pemuda PAS bersedia menjadi pejuang-pejuang dan petugas yang akan membawa Islam memimpin perubahan.
"Saya ingin menegaskan tentang harapan Presiden itu. Harapan tersebut telah diikat oleh Rasulullah. Pemuda pada zaman Rasulullah bersama-sama berjuang dengan Baginda.
"Pemuda PAS sentiasa menjadi penyokong yang hebat dalam perjuangan Rasullullah. Mereka menyatakan, kami tidak akan menjatuhkan air muka Rasullullah. Justeru Pemuda juga tidak akan mencemar wajah Presiden dan Mursyidul Am.
"Dewan Pemuda PAS akan memelihara manhaj ketulinan perjuangan dan akan menjaga indentiti dan jati diri parti dengan dakwah, tarbiyah, siasah, fundamental, kontemporari dan futuristik," katanya.
Dalam pada itu, Nasruddin turut menegaskan Pemuda PAS akan sentiasa segar dan tegar untuk memberi kritikan kepada pemimpin yang mana dalam masa yang sama kami juga bersedia untuk dibimbing.
"Saya tertarik dengan ingatan PAS Kelantan bahawa Umno berpecah belah dan dikenali sebagai spesis yang berbahaya tidak diberi ruang untuk menghancurkan perjuangan," katanya.
Sementara itu, Nasruddin turut mengingatkan seluruh ahli PAS, walaupun benci kepada Umno dan Barisan Nasional, jangan keciciran daripada menyampaikan dakwah.
"Kalau Allah pernah mengutuskan Nabi Musa untuk bertemu dengan Firaun, kita juga berharap dapat mengembangkan dakwah untuk mereka kembali kepada Islam bagi mengemuka perubahan," katanya.
-harakahdaily-

Komen Nur12: Benar Allah pernah utuskan Nabi Musa untuk bertemu Firaun untuk mengembangkan dakwah.Tapi bukan untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan Firaun.

Amaran Pemuda Pas: Jangan sekali-kali bersekongkol dengan Umno,perbuatan demikian umpama munafik dan najis

SHAH ALAM, 7 Jun (Hrkh) - Perwakilan Dewan Pemuda PAS Pusat, Dzulkifli Ahmad mengancam mereka yang menyertai PAS untuk mengetengahkan agenda peribadi apatah lagi untuk bersama-sama Umno-BN.
"Kita takut ada yang akan menggunakan perjuangan Islam untuk kepentingan agenda perjuangan mereka, kita mengancam golongan mereka yang melakukan tindakan sedemikian.
"Pemuda juga tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan individu yang terbabit," katanya ketika membahaskan usul mewujudkan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat insiden rampasan kuasa di Perak.
Tegasnya, tiada istilah bekerjasama dengan Umno-BN dalam apa jua bentuk memandangkan PAS tidak memerlukan parti itu malah ia perlu dikuburkan.
"Kita adalah penentang-penentang Umno yang tegar dan tidak akan berkompromi dengan mereka.
"Jika ada pemimpin yang berbincang dengan Umno, mereka harus ingat bahawa Umnolah yang harus ditarik kepada PAS dan bukan kita yang pergi untuk berbincang dengan mereka," tegasnya.
Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai munafik dan najis dalam perjuangan ini.
"Tolonglah jangan menjadi seperti najis dalam perjuangan," ujarnya.
Beliau yang juga Pemuda PAS Pandan mengingatkan agar semua pihak khususnya mereka yang telah dipilih menduduki saf kepimpinan agar sentiasa menyedari bahawa tanpa sokongan daripada perwakilan di peringkat kawasan bahawa mereka tidak mungkin berada di tempat tersebut.
"Bak kata satu pepatah india yang berbunyi 'kamu hendaklah bekerja dan rajin dan jangan cemburu dengan jawatan orang lain' kerana mereka tidak mungkin dapat berada di sana tanpa sokongan daripada cawangan dan kawasan.
"Tidak mungkin mereka dapat menjadi wakil rakyat ataupun apa-apa tempat yang tinggi kerana kesemua itu bukanlah bergantung kepada kekuatan diri sendiri semata-mata," ujarnya lagi.
Oleh yang demikian, beliau menegaskan bahwa pimpinan perlu mengukuhkan Pakatan Rakyat dan tidak mengadakan kerjasama dengan Umno-BN.

-harakahdaily-

USUL TERGEMPAR: Tubuhkan Suruhanjaya Bebas DiRaja Siasat Rampasan Kuasa di Perak

SHAH ALAM, 7 Jun : - Satu usul tergempar mendesak penubuhan Suruhanjaya Bebas Diraja siasat pengambilan secara haram kerajaan Pakatan Rakyat Perak diterima sebulat suara.
Usul yang dibawa oleh PAS Kawasan Tambun, Perak itu diterima untuk dibahaskan setelah menyedari tindakan Umno/BN merampas kerajaan Pakatan Rakyat Perak merupakan perbuatan yang biadap dan tidak menghormati suara rakyat. Perwakilan Perak, Dr Khairuddin Abdul Malik yang juga bendahari PAS Perak ketika membawakan usul tersebut menegaskan perlunya penubuhan suruhajaya tersebut bagi menyiasat perbuatan Umno/BN yang merasuah wakil rakyat bagi membolehkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.
"Kami mencadangkan usul tergempar ini kerana tidak mahu lagi peristiwa yang berlaku di Perak berulang dinegeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain."Kerana itu kami mendesak supaya Suruhanjaya Bebas DiRaja perlu segera ditubuhkan bagi menyiasat perbuatan rampasan kuasa itu," tegas Dr Khairuddin.
Kerajaan tegas beliau perlu segera menubuhkan suruhanjya ini bagi membolehkan segala perbuatan tidak bermoral yang dilakukan untuk merampas kerajaan Pakatan Rakyat Perak dapat didedahkan kepada umum.
Usul yang dibawakan itu disokong sepenuhnya oleh PAS Kawasan Shah Alam dan juga Dewan Pemuda PAS Pusat melalui perwakilan mereka yang membahaskan usul tersebut.
Perwakilan Shah Alam, Khalid Samad yang membahaskan usul tersebut menegaskan, penubuhan suruhanjaya tersebut perlu disokong tanda penolakan terhadap Umno/BN.Beliau juga menyeru semua perwakilan supaya tidak mudah terpedaya dengan agenda yang dimainkan Umno/BN yang cuba memerangkap dengan tawaran-tawaran yang amat menarik.
Selain Khalid, perwakilan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Dzulkifli Ahmad juga menyokong penuh usul tergempar yang dibawa oleh PAS Kawasan Tambun dan menolak sebarang kerjasama dengan Umno.

-harakahdaily-

Buat yang terpilih


Muktamar Pas ke-55 yang bermula pada 5 Jun lalu akan melabuhkan tirai lewat petang ini.Seperti kebiasaannya pada setiap kali muktamar yang ada pemilihan pucuk pimpinan ianya akan mendapat tunpuan dan perhatian yang lebih sedikit dari muktamar biasa.
Cuma kali ini dari pemerhatian penulis tumpuannya lagi hebat dari seluruh politikus seluruh negara.Ini kerana berlakunya pemilihan pada jawatan kedua tertinggi parti,timbalan presiden.
Pas bukan tak pernah berlaku pertandingan peringkat timbalan presiden.Sebelum ini telah dua kali berlaku pemilihan bahkan sudah lebih dari dua kali.
Kalau ditanya kenapa pemilihan kali ini hangat sedikit,semua tahu menjawabnya.
Bagi penulis hangat lah nak hangat pun,panaslah nak panas pun apa yang penting kerjasama dan ukhuwwah.Setakat ini penulis melihat semangat kerjasama dan ukhuwwah masih belum luntur dan pudar.Inilah yang termustahak perlu kita jaga.
Pemilihan kali ini agak lain.Sebab itu ia mendapat tumpuan lebih dari biasa.
Lainnya kerana penulis melihat semua calon-calon yang bertanding memiliki auranya tersendiri.Siapa tak kenal Abang Mat Sabu dengan ceramahnya yang sentiasa memukau ribuan hadirin.Siapa tak kenal tokoh seperti Dato Husam yang juga petah berhujah sehingga Menteri Zahid Hamidi dua kali 'miss' debat dengannya.Dan siapa tidak kenal Ust Nasruddin Mat Isa yang telah dua kali menang jawatan timbalan presiden.
Bagi penulis kesemua mereka sebenarnya ada peluang cerah masa hadapan.Merekalah pemimpin masa depan.
Sebagai ahli Pas penulis berhak untuk melontarkan apa-apa pandangan,cadangan dan kritikan dan mungkin juga luahan atau keluhan.
Di sini penulis hanya ingin titipkan satu perkara sahaja.
Iaitu,walau siapa pun presiden,walau siapa pun timbalan presiden,walau siapa pun naib-naib presiden dan walau siapa pun yang terpilih sebagai jawatan kuasa kerja Pas Pusat,ingatlah akan amanah yang anda semua pikul.
Saya memberi cadangan kepada yang baru terpilih belajarlah dengan yang telah lama terpilih atau mereka yang berpengalaman dalam parti.Dan yang terpenting sekali buat yang baru terpilih bacalah buku bidang tugas masing-masing yang telah digariskan oleh parti sebagai panduan melaksanakan amanah yang berat ini.
Begitu juga kepada yang sudah lama berada dalam parti.Lihatlah kembali gerak kerja yang telah kita usahakan.Apakah ada kesannya atau perkara sebaliknya berlaku?
Memahami bidang tugas adalah perkara yang teramat penting sekali bagi yang berjawatan.Tanpa memahami bidang tugas sudah tentu segala gerak kerja entah ke mana.Tiada kesan.Bak kata Ydp Pas Lumut kerja tanpa mengetahui skop kerja ataupun bidang tugas pasti akan berlaku pertembungan seperti kereta bertembung di jalan raya.Apabila kereta bertembung rosaklah kereta.Apabila pekerja parti bertembung 'di tengah jalan' rosaklah parti.
Prinsip penulis biar individu itu yang rosak bukan parti yang rosak.
Penulis cukup tersentuh dengan beberapa perwakilan ketika dalam perbahasan yang menyarankan setiap ahli Pas agar mencontohi dan meneladani Tuan Guru Nik Aziz,Al-Mursyidul Am Pas.
Sebagai manusia kita kadang-kadang lupa,bahkan alpa.
Tok guru Nik Aziz masih di depan mata kita.Dia masih bersama kita.Penulis masih ingat semasa belajar dulu seorang pensyarah ada mengatakan seseorang ulama'/tok guru kebiasaannya dia akan 'hidup' selepas dia mati.Bagaimana ini boleh terjadi?Kerana biasanya selepas kematian seseorang ulama' maka ramailah murid-muridnya akan mencungkil dan membongkar segala ilmu dan 'rahsia' ulama' itu.Ada yang diterjemahkan dalam bentuk buku,teater dan juga cerita di layar.Semua akan mengkisahkan perihal tok guru itu bermula dari cerita semasa lahirnya sehinggalah ke akhir hayatnya.Ramai juga yang sebelum itu hanya mendengar cerita tok guru dari jauh tetapi selepas ketiadaan tok guru itu berbondong-bondong ingin mengetahui rahsia kehebatan tok guru itu.
Apa kata rutin ini kita ubah.Faham betul-betul maksud penulis.Penulis bukan bermaksud untuk mengubah atau melarang sesiapa yang ingin membukukan riwayat hidup tok guru selepas ketiadaannya.Bukan ini maksud penulis.
Yang penulis maksudkan ialah sementara tok guru masih ada,Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hj. Hadi,marilah kita sama-sama bongkar riwayat hidup mereka,teliti sejarah mereka,cungkil rahsia-rahsia kehebatan mereka dan sebagainya.Penulis merasakan dengan cara ini kita akan mendapat maklumat yang 100% tepat berbanding apabila rahsia mereka dicungkil selepas ketiadaan mereka.
Bagi penulis kedua-dua tok guru ini adalah 'qudwah mutaharrikah' bagi setiap ahli Pas.Mereka hidup berpandukan Al-Qur'an dan Al-Hadis.Tiada siapa pun yang mempertikaikan keikhlasan mereka.Terpancar diwajah mereka berdua 'atharis sujud' yang tulus dan luhur.Mereka terlalu sayangkan perjuangan ini,mereka teramat cintakan kepada parti.Sedetik pun mereka tidak pernah tergelincir dari landasan jihad ini.Inilah rahsia yang perlu kita cungkil sekarang ini sementara mereka masih bersama kita.
Jika keseorangan penulis akui tidak mampu untuk mencungkil apa yang tersebut tadi.Tapi biarlah setiap orang ada usaha ke arah itu.Penulis juga akui jika pun kita tidak mampu untuk mengikuti jejak langkah pentarbiayah diri mereka sepenuhnya tapi sekurang-kurangnya tempiasnya terkena kepada kita semua.Penulis yakin generasi akan datang yang tidak sempat sezaman dengan kedua-dua tok guru ini akan bertanya kepada generasi yang sempat bersama dengan mereka berdua,iaitu kita semua inilah.Apa akan kita jawab kepada mereka nanti jika kita alpa pada hari ini.Peringatan ini penulis tujukan buat diri penulis yang terutamanya.


-Nur12-

Ds.Nizar terkejut,Dr. Lo' Lo' terkilan

SHAH ALAM, 6 Jun (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin terkejut ketika diumumkan sebagai AJK PAS Pusat dengan memperolehi jumlah undi terbanyak 854.
Beliau ketika ditemui berkata tidak menyangka akan diundi oleh perwakilan kerana menganggap dirinya masih baru dalam PAS.
Katanya, kemungkinan ada konflik diantara calon di peringkat Timbalan Presiden PAS yang menyebabkan perwakilan berbelah bagi sehingga mereka mahu menumpukan penyatuan dan menimbulkan semula suasana tersebut.
Bagaimanapun beliau tetap mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh perwakilan yang telah memberikan keyakinan untuk memikul tanggugjawab yang berat dalam PAS Pusat.
"Sebagai orang baru saya kena belajar daripada AJK yang lama," katanya.
Sementara itu, Dr Lolo Mohamad Ghazali yang merupakan wakil tunggal dipilih oleh perwakilan untuk kekal sebagai AJK PAS Pusat meluahkan rasa tidak gembira kerana tidak ramai calon muslimat yang terpilih.
Beliau membayangkan perwakilan yang majoriti muslimin hendak meraikan muslimat kerana calon muslimat yang bertanding untuk jawatan AJK PAS Pusat seramai lapan orang.
Ini kerana katanya, calon muslimat kali ini ada dikalangan exco, Ahli Parlimen, Senator manakala Dr Siti Mariah Mahmood merupakan ahli Parlimen yang mendapat undi majoriti tertinggi daripada rakyat.
Bagaimanapun perwakilan PAS tidak boleh memberi undi kepada Dr Mariah mungkin calon yang lain itu baru tetapi bagi Mariah merupakan orang lama dalam AJK PAS Pusat.
" Saya terkilan dan kecewa kerana tidak ada satu anjakan paradigma perwakilan daripada sudut sokongan dan penghargaan untuk meletakkan Muslimat dalam badan tertinggi membuat keputusan," tegasnya.
Beliau mengucapkan terima kasih dan menghargai sokongan daripada perwakilan kerana memberi undi kepadanya selama lima penggal.
"Saya sangat optimis yang Dr Mariah akan terpilih kerana beliau merupakan AJK yang lama dan dilantik dikalangan muslimat," katanya
-harakahdaily-
Komen Nur12: Dr. Lo' Lo' usah terkilan.Jawatan hanya satu wadah untuk berkhidmat kepada parti,disamping banyak lagi ruang terbuka untuk berkhidmat.Pemimpin sebenarnya perlu mencipta banyak wadah-wadah baru yang bertujuan untuk mempelbagaikan dan memperluaskan skop dakwah sekali gus melebar luaskan pengaruh parti.
Ruang amat luas sekali sebagaimana luasnya bumi Allah ini.
Buat semua murabitun Pas dari atas sehinggalah ke bawah,terus istiqamah mempersada perjuangan suci ini.

Sabtu, 6 Jun 2009

PAS Perak desak henti rundingan dengan Umno

PAS Perak menggesa kepimpinan PAS pusat agar tidak meneruskan rancangan untuk mengadakan rundingan sulit dengan Umno demi kepentingan sokongan terhadap parti tersebut bagi memenangi pilihanraya umum yang ke-13.
"Saya cadangkan jangan ada rundingan sulit dengan Umno sama ada di peringkat negeri atau pusat. "Lupakan sahaja Umno, tetapi dalam masa yang sama, jangan sisihkan orang Umno," kata Dr Khairudin Abdul Malik.
Katanya, kemelut politik yang berlaku di Perak sejak Februari lalu, adalah disebabkan oleh rampasan kuasa 'ala Fiji dan Zimbabwe' yang dilakukan oleh Umno.Beliau berkata demikian sewaktu membahaskan ucapan dasar presiden yang bertemakan "Islam Memimpin Perubahan".
Dr Khairuddin juga menyatakan keyakinan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat mampu merampas kembali negeri tersebut, kerana jasa dan khidmat gabungan tersebut sudah berada di dalam minda rakyat Perak.Kemampuan PAS dan Pakatan Rakyat mentadbir dalam masyarakat majmuk di Perak, turut memberi keyakinan kemenangan parti dalam pilihanraya akan datang, tambahnya.
Sementara itu, Yang dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengingatkan pemimpin-pemimpin PAS yang cenderung untuk bergabung dengan Umno supaya tidak berbuat demikian."Umno bukan jenis boleh buat kawan. Dia (Umno) spesis tikam belakang. Bergabung dengan Umno seperti merelakan orang Melayu terdedah kepada ajaran sesat seperti ajaran Ayah Pin," katanya.
Wan Abdul Rahim turut mengingatkan bahawa kerjasama dengan Umno sangat ditentang keras oleh Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
-malaysiakini-

PAS Perak lancar kempen bubarkan Dun Perak


SHAH ALAM, 6 Jun (Hrkh) - Kira-kira jam 4.20 petang Stadium Malawati bergema dengan laungan takbir dan bubarkan Dun Perak apabila barisan pimpinan yang berada di pentas dipakaikan 'arm band' hitam bertulis "Bubarkan Dun" oleh perwakilan Perak.


Sejurus itu juga seluruh hadirin berdiri untuk memberi sokongan apabila Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa diberi penghormatan untuk melancarkan kempen pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak sempena persidangan Muktamar Tahunan ke-55 hari ini.
Pelancaran tersebut biarpun berlangsung tidak sampai sepuluh minit namun ia meninggalkan kesan atau catatan sejarah kepada semua perwakilan dan hadirin.
Ini dapat disaksikan apabila secara sepontan dewan bagaikan berada di 'medan tempur'.
Suasana dewan bertambah semangat apabila Bendahari Agung PAS, Dr Hatta Ramli mengetuai hadirin melaungkan "bubar Dun Perak".


Sebelum itu, Nasharuddin yang bangun berucap dengan penuh semangat berkata, pelbagai usaha dilakukan untuk pertahan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.
"Hari ini sudah sampai ke peringkat maksimum ditunjukkan rakyat Perak. Kesabaran mereka terbukti dalam pilihan raya di Bukit Gantang.
"Cuma rakyat Perak tidak turun di jalan raya walaupun hak mereka dicabul dan dirampas kerajaan Barisan Nasional," katanya.
Sehubungan itu katanya, hari ini sekali lagi pimpinan PAS dan rakyat mendesak Dun Perak dibubarkan secepat mungkin.


-harakahdaily-

Umno spesis suka tikam belakang kata perwakilan Kelantan

SHAH ALAM, 6 Jun (Hrkh) - Perwakilan Kelantan, Dato' Wan Abdul Rahim Abdullah mengingatkan pimpinan PAS agar tidak menjalinkan hubungan dengan Umno kerana dengan berbuat demikian ia boleh membuatkan orang Melayu terus sesat kerana bagi Umno, politik suku dan agama suku dan ia bukan satu ajaran Nabi Muhammad s.a.w.
Selain itu katanya, Umno merupakan jenis spesis yang suka tikam kawan daripada belakang.
Menurut beliau, di Kelantan masyarakat Cina terlalu hormat dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana beliau melarang segala kerjasama dengan Umno sehingga menyebabkan Kelantan dapat bertahan selama 10 tahun.
Selain itu beliau berharap unsur fitnah yang sudah mula timbul dalam PAS sesama sendiri akan berakhir selepas diumumkan pimpinan baru dalam Muktamar ini.
Dalam menangani masalah fitnah dalam PAS beliau mengingatkan semua pimpinan supaya meniru cara berfikir dan tindakan Nik Aziz.
Katanya, Nik Aziz merupakan seorang pimpinan dan ulama yang betul-betul ikhlas, jujur tidak ada perasaan dendam dan tidak ramai pimpinan PAS yang mempunyai sikap seperti beliau.
Menjelang pilihan raya kecil di Dun Manek Urai, Kelantan beliau mengajak ahli, perwakilan dan pimpinan PAS untuk membantu memenangkan calon PAS.
"PAS Kelantan sudah menyediakan rumah dan makan minum, ahli PAS dari negeri-negeri hanya menyediakan tenaga saja," katanya.
Beliau turut berharap pimpinan yang baru dipilih dapat menggembeling tenaga bagi menghadapi Umno di Manek Urai yang mempunyai 99.9 peratus pengundi Melayu.
Dalam sesi perbahasan ucap dasar itu, beliau mencadangkan supaya pimpinan memberikan sumbangan kepada Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (Anak) sebanyak RM1 juta.
"Saya minta pimpinan tangguhkan dahulu pembinaan Kompleks PAS di Putrajaya, kita mesti lawan Umno secara berdepan dan matikan Umno dulu kerana inilah peluang kita untuk mengkuburkan Umno," tegasnya.
-harakahdaily-