Isnin, 23 Mac 2009

Saf Ajk Dppk Lumut sesi 2009-2011

Nizamuddin Majidi..Ketua Dppk Lumut 2009-2011

sebahagian ajk baru Dppk Lumut

Pada mesyuarat agong Dppk Lumut kali ke-22 yang berlansung semalam telah diadakan pemilihan bagi perlantikan ahli jawatan kuasa baru untuk sesi pentadbiran akan datang.

Saudara Nizamuddin Majidi telah diumumkan sebagai Ketua Dppk Lumut yang baru bagi mengantikan Ustaz Roslan Mat Esa.Saudara Nizamuddin yang sebelum ini menjawat jawatan sebagai timbalan ketua pemuda telah diberi kepercayaan oleh perwakilan untuk mengemudi 'bahtera' Dppk Lumut untuk sesi akan datang.Beliau juga sebelum ini telah diberi amanah untuk memangku jawatan Ketua Dppk Lumut setelah Ustaz Roslan Mat Esa mengambil keputusan untuk 'bersara' awal disebabkan perpindahan beliau ke negeri asalnya iaitu negeri Pahang Darul Makmur.


Berikut senarai penuh saf ajk Dppk Lumut yang telah terpilih bagi sesi pentadbiran 2009-2011:

Pengerusi Tetap : Abd Rahman b. Syamsuddin
Timbalan Pengerusi Tetap : Mohd Jabbar b. Khalidi

Ketua Pemuda : Nizamuddin Majidi
Timbalan Ketua Pemuda : Ustaz Badrulhisyam b. Baharuddin
Naib Ketua Pemuda : Ustaz Zaid b. Harith



Ajk :
1- Nohizam b. Ismail
2- Shahniman b. Hanafi
3- Huzaini b. Yusof
4- Meor Shafawi b. M.Mohamed Amin
5- Mohd Za'eem b. Zaid
6- Ahmad Bakee b. Md Asnawi
7- Ustaz Mohamad Asri Zainal Abidin
8- Ustaz Saufi Iskandari
9- Ustaz Nazrul Izwan b. Zolkifli
10- Khairul Razmin b. Abdurakman
11- Mus'ab b. Habib
12- Azizan b. Aziz

Pemeriksa kira-kira 1 : Syafie Zakaria
Pemeriksa kira-kira 2 : Abdel Walif b. Kamarudin

-Nur12-

Lagi gambar sekitar mesyuarat agong DPPK Lumut

pemandangan di perkarangan hotel Orchard Inn sebelum perasmian mesyuarat
ust zaid mewakili ajk membuat penggulungan

saudara Mat Nazelan mewakili perwakilan membuat ucapan pengulungan


antara perwakilan pemuda cawangan yang hadir

'pengerusi spr' sedang mengumumkan saf ajk dppkl sesi 2009-2011


pencatit minit mesyuarat..penuh teliti

perwakilan pemuda cawangan Lumut mengambil bahagian sesi soal jawab

perwakilan pemuda cawangan fasa 1d turut ambil bahagian

Saudara Radzi Zainon berucap merasmikan
mesyuarat agong Dppk Lumut kali ke-22

ajk mengalunkan lagu rasmi Pas

saf ajk DPPK LUMUT sesi 2007-09

jawatan kuasa panitia menyambut ketibaan saudara Radzi Zainon,exco DPP Perak.

saudara walif di meja pendaftaran kehadiran..

beberapa petugas sedang memasang banner mesyuarat agong di hadapan jalan masuk ke hotel Orchard Inn.

-Nur12-

Ahad, 22 Mac 2009

MESYUARAT AGONG DPP LUMUT KE 22- 2009

Banner cantik dibuat oleh saudara Azizan

Sekarang sedang berlansung mesyuarat DPPK Lumut kali ke-22 bertempat di dewan mesyuarat Hotel Orchard Inn,Lumut.Mesyuarat telah dirasmikan oleh saudara Radzi Zainon,exco DPP Perak.Seramai 60 orang daripada cawangan-cawangan pemuda hadir sebagai perwakilan.Turut hadir Tn.Hj. Ramli mewakiliki Jk Pas Kawasan.

Perwakilan Pangkor Ust Syahril sedang meneliti buku laporan

Kehadiran perwakilan pemuda cawangan


Saurada Radzi Zainon sedang berucap merasmikan mesyuarat.


lagi gambar akan menyusul...

Jumaat, 20 Mac 2009

Ustaz Khairul 'semangatmu' akan terus hidup dijiwa anak muda


Ustaz Khairul Azhar mungkin bukan nama besar. Tapi saya kenal secara peribadi dia tidak pernah letih dalam usaha dakwah. Dia orang yang pernah menitis air mata memikirkan nasib anak muda bangsa.
Ketua Pemuda PAS Tampin, Khairul Azhar Kamaruddin, 35 meninggal dunia akibat serangan denggi di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Seremban, Negeri Sembilan.
Beliau kembali ke rahmatullah jam 11 malam semalam dan akan dikebumikan selepas solat Jumaat di perkuburan Masjid Paroi hari ini.
Solat jenazah akan ditunaikan di masjid berkenaan dan pengkebumiannya akan dilakukan di makam Masjid Paroi.
Semalam saya mengisi sebagai penceramah pertama sebelum Dato' Seri Nizar (MB Perak) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Gantang. Sebaik sahaja selesai berceramah satu sms telah masuk ke telefon.
Kudin (Pegawai YB Taufek Abdul Ghani) memaklumkan Ustaz Khairul kritikal dan kini di ICU. Oleh kerana esoknya juga (hari ini) akan bertolak ke Sarawak maka selepas ceramah terus minta diri cadangnya ingin terus ke Seremban menziarahi Ust. Khairul.
Seperti biasa keletihan dalam kereta sering terlelap sekejap-sekejap sambil melayan Yasir membawa kereta. Namun mengantuk terus hilang diragut sms Kudin yang menyatakan Ustaz telah meninggal ........
Terus meningkatkan kelajuan kenderaan dan sampai ke Seremban (rumah mertuanya) sekitar jam 3.00 pagi.
Terkejut dengan berita itu. Rasanya baru sangat mendengar ceramah Maulidur Rasul beliau ketika Majlis Maulidur Rasul anjuran Keadilan Rembau minggu lepas.
Dua hari lepas semasa saya berceramah bersama Hj Mohamad Sabu beliau menjadi pengerusi Majlis. Memang beliau kata beliau demam. cheGuBard bergurau dengan dia selepas dia mula naik pentas untuk pembukaan.
"Demam apanya mengaum macam harimau berantai" kata padanya.
Dia jawab dengan senyuman dan mata yang sikit kuyu.
Isteri beliau sedang menunggu hari untuk bersalin anak ketiga dan anak sulungnya baru berusia empat tahun.Sama-samalah kita mendoakan rohnya dan kesejahteraan keluarganya
Khairul dikejarkan ke hospital berkenaan semalam selepas jatuh pengsan di Klinik Ampangan ketika mendapatkan rawatan susulan di klinik berkenaan sejak tiga hari lalu.
'Perginya' juga dalam keadaan mulia, walaupun dalam keadaan amat lemah dia meminta dibawa ke bilik air hospital untuk berwudu'. Selesai berwudu' dia ditolak isterinya atas kerusi roda. Tiba di katil dia telah dipanggil dalam keadaan berwudu'....
Menurut salah seorang ahli keluarganya, pihak doktor mendapati buah pinggang Khairul kini gagal berfungsi, selain hati membengkak dan darahnya dimasuki kuman.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama para Anbiya' syuhada' dan solohin. Sejambak Al-Fatihah buat Allahyarham dari kita semua.

Badrul Hisyam Shaharin
-harakahdaily.net-
Komen Nur12 : Pihak Dppkl dengan ini merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham.Pemerdiannya satu kehilangan besar kepada jemaah.Allahyarham telah mendapat kemuliaan berkat daripada istiqamah beliau dalam perjuangan Islam.Moga kita juga mendapat kemuliaan yang sama.Allahu Akbar!!

PROGRAM PEMUDA TERKINI

Kepada semua Pemuda khususnya kawasan Lumut, sila prihatin kepada maklumat ini dan tolong ambil tindakkan segera:
PROGRAM : SUKAN PASTI DI CHANGKAT IBOL
MASA : 8.00 PAGI (21 MAC 2009)
TANGGUNGJAWAB: DPPKLUMUT
**BERKUMPUL DI SRI TAKLIM JAM 6.30 PAGI ESOK UNTUK KE BKT GANTANG**
MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI: NIZAM (019-5714315)

PROGRAM : HIMPUNAN & PELANCARAN JENTERA PEMUDA PRK BUKIT GANTANG
MASA : 5.00 PETANG
TARIKH : 21 MAC 2009
TEMPAT : MARKAZ PAS TRONG
**SETIAP DPPK WAJIB MENGHANTAR 50 ORANG**

Khamis, 19 Mac 2009

Jais Anwar,Bekas Ketua DPPP Kembali Ke Rahmatillah

Al Marhum Al fadhil Ustaz Jaiz Anwar yang merupakan bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat bagi sessi 1968 - 1970 telah kembali Kerahmatillah di Hospital UCL London petang kelmarin [ waktu London ]
Al Marhum adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang ke 6 selepas [ Haji Ahmad Badawi ( jan 53 ) , Ustaz Haji Othman bin Abdullah ( ogos 53-56 ) , Ustaz Hassan Adli Mohd Arshad (1956-1959), Ustaz Abu Bakar Hamzah (1959-1962 ) , YB Senator Ustaz Amaluddin Darus (1962-1966) , Ustaz Abu Bakar Hamzah ( 1966 - 1968 ) ]
Selepas al Marhum Ustaz Jaiz Anwar , jawatan Ketua Pemuda disandang oleh [ Ustaz Hassan Shukri (1971-1973), YB Ustaz Abdul Wahab Yunus (1973-1975), YB Tuan Haji Mustafa Ali (1975-1987), Ustaz Abdul Halim Arshat (1987-1989), Ustaz Abu Bakar Chik (1989-1999) , YB Datuk Haji Mahfuz Omar (1999-2003 ) , Yb Tuan Haji Salahudin Ayub ( 2003 - sekarang ) . ]
Dewan Pemuda PAS Pusat dan seluruh warganya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga al marhum atas pemergian seorang pejuang yang kini menetap di London semoga Allah meredhai dan mencucuri rahmatNya ke atas ruh al Marhum dan menggolongkannya dalam golongan hambanya yang soleh .
Al Faatihah .
-http://episodeperjuangan.blogspot.com-

Rabu, 18 Mac 2009

TAHNIAH NIK NUR MADIHAH


Dewan Pemuda PAS Pusat sangat berbangga malah merakamkan setinggi - tinggi Tahniah atas kejayaan Adik Nik Nurmadihah binti Nik Mohd Kamal .
Kunjungan Exco DPPP ke kediaman Adik Nurmadihah yang berjaya mencipta kejayaan cemerlang dalam SPM baru baru ini dengan pencapai terbaik di peringkat Kebangsaan 20A [ 19 A1 dan 1 A2 ]
Dewan Pemuda PAS Pusat juga sangat berbesar hati menghulurkan sumbangan dan hadiah penghargaan buat Adik Nurmadihah atas kejayaannya . Semoga Allah mengukuhkan semangatnya untuk terus maju dan jaya dalam pengajian seterusnya menjadi insan yang mampu berbakti bukan sahaja kepada Tuhan dan ibubapa tetapi juga kepada perjuangan Islam di tanahair kita ini insyaallah .
Adik Nurmadihah memberitahu saya bahawa beliau sangat meminati bidang Fizik dan bercita - cita menyambung pengajian fiziknya di Timur Tengah . Minatnya terlalu tinggi untuk menjadi ahli fizik yang beriman dan bertaqwa , justeru itu barangkali beliau sanga berminat untuk ke Timur Tengah .
Saya yakin Adik Nurmadihah mampu melakukannya . Keupayaannya istiqamah berpuasa isnin dan khamis sebagai amalan rutin dan solat malam menjadi pemangkin kepada kejayaannya. Biarpun hidupnya tidaklah bernasib baik seperti orang lain yang jauh lebih senang dan mewah , Nurmadihah nyata sangat berdisiplin dan memanafaatkan sepenuhnya keadaan diri dan keluarganya untuk tegas dan yakin berdikari lalu membina kegemilangan akademi .
Semasa saya berbual dengan ayahnya Nik Mohd kamal , lafaz - lafaz syukur terus membasahi bibirnya yang turut terharu atas kejayaan anaknya . Beliau turut menafikan laporan akhbar yang mengatakan anaknya terpaksa berpuasa kerana faktor kemiskinan yang mencengkam keluarga mereka . Sebaliknya puasa isnin khamis telah menjadi ibadah dan amalan rutin anaknya sejak awal lagi .
Pelajar Maahad Muhammadi lil Banat Kota Bharu Kelantan ini berjaya membuka mata masyarakat bahawa sekolah yang berorientasikan agama mempunyai potensi tinggi untuk melakar kejayaan akademi yang baik . Sebelumnya Adik Fatimah dari sekolah yang sama juga merupakan pelajar terbaik peringkat Kebangsaan dalam peperiksaan SPM biarpun Kerajaan Persekutuan kelihatan enggan mengiktiraf kejayaan mereka berdua .
Kerajaan Negeri Kelantan juga telah mengambil langkah wajar dengan memberikan insentif yang sangat tinggi nilai moralnya buat kejayaan Nurmadihah apabila Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengumumkan satu lot rumah baru untuk didiami oleh keluarga bertuah ini .
Turut hadhir dalam kunjungan Dewan Pemuda PAS Pusat ini ialah Akhi Zuraidin , Adram dan Dr Rosli .
-http://episodeperjuangan.blogspot.com-

PERASMIAN KEM AKADEMI KEPIMPINAN PEMUDA




Alhamdulillah , 14 Mac 09 yang lalu , Dewan Pemuda PAS Pusat telah berjaya memiliki dan merasmikan sebuah Kem yang telah dibangunkan dan kini tersergam bagi membolehkan aktiviti - aktiviti pengkaderan berlangsung .
Kem yang bertempat di Kok Lanas Kelantan ini akan dimanafaatkan sepenuhnya untuk meningkatkan capacity building dikalangan pimpinan dan bakal pimpinan DPP disemua peringkat.
Bahkan Kem ini insyaallah akan menjadi salah satu pusat pembinaan fikrah , syakhsiyyah dan kemahiran kontemporari dalam pembinaan keterampilan diri , pengurusan , pengucapan awam , kemahiran berfikir , komunikasi interpersonal dan komunikasi global .
Saya sebagai Pengerusi Akademi Kepimpinan Pemuda ingin merakamkan setinggi - tinggi tahniah kepada Kerajaan Negeri Kelantan khasnya Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana sokongan padu yang diberi malah sudi merasmikan Kem AKP ini biarpun beliau tidak dapat hadhir kerana keuzuran dan teks perasmian beliau dibacakan oleh Yb . Tuan Hj. Abdul Fattah bin Mahmood selaku Exco Pembangunan Insan , Belia , Sukan dan Ngo Kerajaan Negeri Kelantan .
Yb. Tuan Hj. Abdul Fattah bin Mohmood juga adalah orang penting disebalik kejayaan pembinaan kem AKP ini . Semoga Allah swt memberikan ganjaran sewajarnya kepada beliau .
Tahniah juga ingin saya kalungkan buat semua ajk AKP bermula dengan Timbalan Pengerusi AKP sdr Zuraidin Abdullah , Pengarah AKP Dr. Supyan Hussin , Setiausaha AKP Khairulfahmi Mat Som dan seluruh Ajk AKP .
Kini AKP telah memiliki modul yang siap untuk diaplikasi dan dihayati oleh pesertanya kelak . Modul AKP berkait langsung dengan :
Teori Amalan Kepimpinan Organisasi
Keterampilan diri
Protokol dan etiket sosial
Pengucapan awam
Komunikasi Interpersonal
Pengurusan
Kemahiran berfikir
Komunikasi global
R & D
Komunikasi Bahasa Inggeris
Pengurusan Masa
Pengurusan Tekanan diri
War - game dan Kepimpinan
Nilai diri dan pasukan dalam Jamaah
Asas utama dalam Akademi kepimpinan Pemuda ialah membina circle kefahaman yang jelas terhadap pengurusan dan kepimpinan . Kefahaman yang dimaksudkan ini boleh dilihat secara garis kasarnya dalam membentuk :
Faham struktur , kepimpinan , sumber dan budaya dalam organisasi
Faham peranan pemimpin dalam organisasi
Faham kepentingan wawasan dalam kepimpinan.
Faham konsep plan , organize , lead dan control
Faham proses analisa scenario , swot dan sebagainya
Faham proses strategic planning
Faham asas pengwujudan struktur organisasi
Faham proses membuat keputusan berasaskan objektif
Faham kepentingan kawalan dan penambahbaikan
Faham disiplin bekerja untuk mencapai matlamat
Faham mekanisme kawalan dalan organisasi bukan berorientasikan keuntungan .
Faham asas politik secara tersusun
Faham asas pendekatan jamaah dalam pendekatan politik Malaysia
Saya harapkan AKP yang seketika dulu pernah diideakan oleh Yb. Dato' Hj. Mahfuz Omar [ bekas Ketua DPPP ] dalam ucaptama beliau pada tahun 2003 dan kini dijadikan satu gagasan besar dibawah kepimpinan Yb. Tuan Hj. Salahudin Ayub selaku Ketua DPPP dapat dilaksanakan dengan jayanya .
Kejayaannya pula pasti sahaja melalui sokongan dan dokongan seluruh anggota pemuda dipelbagai peringkat agar DPP akan senantiasa dapat melahirkan kepimpinan yang menepati piawaian standard sebagai seorang pemimpin warisan perjuangan Nabi saw .
Akhirnya saya juga mengucapkan tahniah buat DPP Negeri Kelantan yang kini dipimpin oleh Yb . Zaki Ibrahim di atas kerjasama gigih bagi menjayakan penubuhan dan perasmian Kem AKP DPPP ini . Tahniah jua buat semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak . Semoga segalanya menjadi amal soleh dan memperoleh ridha dari Allah swt .

Ulang tahun ke-52: Nizar diraikan di bawah 'pokok demokrasi'


IPOH, 18 Mac (Hrkh)- Semalam merupakan hari jadi Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin yang ke 52, dan pada tarikh yang sama pada tahun lalu (17 Mac 2008) beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang ke 10 sekaligus menandakan Pakatan Rakyat menerajui negeri ini setahun yang lalu.


Nizar telah diraikan secara mengejut oleh Adun Sitiawan yang juga Pengerusi DAP Perak, Dato' Ngeh Ko Ham dan Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming beserta beberapa adun lagi di bawah 'pokok demokrasi' iaitu di tempat berlangsungnya Sidang DUN yang mencipta sejarah baru-baru ini.
Meskipun hujan majlis ringkas tersebut disambut meriah yang turut dihadiri oleh ramai tetamu termasuk para wartawan.
Dalam majlis itu Nizar telah dihadiahkan dengan sebiji kek yang tertulis 'Hidup Rakyat' serta beberapa hadiah yang lain di samping hadirin mengucapkan selamat kepada beliau.
Nizar yang cukup terharu dengan sambutan yang diberikan kepadanya, merasa amat berbesar hati dan mengucapkan berterima kasih kepada semua yang hadir.
Seluruh pimpinan Pakatan rakyat, penyokong penyokong Pakatan Rakyat serta rakyat negeri ini mendoaklan agar beliau dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta di kurniakan kesihatan yang baik bagi meneruskan perjuangan menegaklkan keadilan, sekaligus 'mentalkinkan' BN di bumi Perak Darul Ridzuan.- harakahdaily.net
Komen Nur12 : Selamat hari jadi yang ke 52 Dato' Seri.Moga terus diberkati.Dan juga moga tabah hadapi dugaan mendatang.

Ahad, 15 Mac 2009

MBI roboh plak 'Pokok Demokrasi'


IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini merobohkan plak peringatan 'Pokok Demokrasi' yang dibina oleh Pakatan Rakyat untuk memperingati peristiwa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pokok pada 3 Mac lepas.Exco kudeta Perak, Mah Hang Soon berkata tindakan meroboh plak itu adalah mengikut undangundang kerana pembinaannya merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 46 (1) (a) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 iaitu menyebabkan halangan di tempat awam."Saya tidak anggap kes ini sebagai satu kes yang istimewa kerana sebarang pembinaan secara haram tanpa kebenaran MBI akan diambil tindakan sewajarnya mengikut undangundang," katanya mengulas mengenai tindakan pekerja MBI membersihkan kawasan berkenaan pagi ini.Semalam, MBI mengeluarkan notis mengarahkan pemilik plak 'pokok demokrasi' yang terletak di Medan Istana di sini supaya merobohkan tugu berkenaan dalam tempoh 24 jam.Notis itu ditampal pada pokok hujan berkenaan yang terletak kira-kira 200 meter dari Bangunan Perak Darul Ridzuan dan menjadi tempat persidangan 27 Anggota Dewan Undangan Negeri pembangkang yang gagal memasuki Dewan. Persidangan yang dikatakan sah itu meluluskan tiga usul termasuk pembubaran DUN.Notis yang ditandatangani Pegawai Undangundang MBI, Syahrul Azrin Ghazali bagi pihak Datuk Bandar Ipoh menyatakan pembinaan tugu itu menyalahi Seksyen 46 (1) (a) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 kerana menyebabkan halangan di tempat awam.Dua hari berturut-turut sebelum ini, plak berkenaan telah dipecah dan disimbah cat oleh pihak yang tidak diketahui.Sejak dibina dan penanaman lima anak pokok hujan oleh YAB. Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin minggu lepas, kawasan berkenan menjadi tumpuan ramai pelawat bukan sahaj dari negeri Perak malah seluruh negara termasuklah pelancong asing.
YB KHALIL IDHAM LIM
ADUN TT.SERONG
KOMEN Nur12- Tak mustahil pokok itu pun akan dirobohkan kelak..

Sabtu, 14 Mac 2009

Osman Jailo senyap dalam mesyuarat exco


Sepanjang 10 bulan Kerajaan Pakatan Rakyat menerajui negeri Perak, EXCO bermesyuarat setiap minggu. Dalam mesyuarat semua EXCO bebas memberi pandangan, cadangan dan teguran secara terus dan telus. Saya difahamkan, Osman & Jamaluddin antara EXCO yang kurang bercakap, pendek kata mereka tidak ada idea bernas bagi membantu kerajaan negeri Perak dari sudut ekonomi, sosial, apatah lagi yang berkaitan dengan agama. Mereka lebih suka berdiam diri dalam apa sahaja isu yang berbangkit dalam mesyuarat. Sekali sekala mereka bersuara, tetapi apa yang disuarakan tidak rasional.


Sekiranya mereka tidak mampu bersuara dalam mesyuarat disebabkan tidak upaya berhujjah atau mungkin pandangan mereka akan diperkecilkan oleh orang lain, mereka boleh berjumpa MB untuk menyatakan pandangan-pandangan dan teguran kalau betul MB mengikut telunjuk DAP. Pintu bilik MB sentiasa terbuka untuk EXCO bila-bila masa sahaja. Tidak ada sebab mereka tidak boleh berjumpa untuk berbincang dengan MB dalam isu-isu yang kononnya merugikan orang Melayu. MB cukup terbuka dalam hal ini. Tapi sayang mereka tidak pernah menggunakan kesempatan ini untuk tujuan tersebut.


Osman juga tidak berperanan dalam melaksanakan tugas sebagai EXCO dan juga wakil rakyat. Beliau adalah EXCO Pelancungan, NGO dan Pembangunan Insan. Apa yang beliau buat untuk pelancungan, melainkan selalu ke luar negeri dengan isteri barunya itu. Untuk Apa ? Beliau melantik dirinya sendiri sebagai pengerusi sebuah anak syarikat di bawah portfolio Exco Pelancungan, dan melantik isteri barunya itu sebagai Pengurus Besar syarikat tersebut. Majlis Pakatan Rakyat Negeri baru bercadang untuk menegurnya supaya letak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Syarikat tersebut kerana bercanggah dengan peraturan, dan menasihati supaya tidak melantik isterinya sendiri sebagai Pengurus Besar, tetapi belum sempat berbuat demikian, beliau telah hilang dan akhirnya keluar parti. Bagaimana pula dengan NGO dan Pembangunan Insan ? 10 bulan Osman tidak buat apa-apa pun untuk NGO dan Pembangunan Insan, tidak ada satu cadangan apatah lagi program yang dijalankan untuk portfolio tersebut.


Manakala prestasi beliau sebagai wakil rakyat juga cukup tidak popular, tanyalah pengundi Changkat Jering, berapa kali beliau bertemu rakyat ? Berapa kali pula beliau berjamaah di Masjid atau Surau seluruh DUN Chnagkat Jering ? Berapa kali beliau menziarahi orang sakit dan kematian ? Di Changkat Jering, ada 9 buah masjid, saya diberitahu oleh sumber yang boleh dipercayai, sepanjang 10 bulan sebagai ADUN, beliau tidak pernah sekali pun solat Jumaat di masjid-masjid tersebut. Bahkan saya sendiri tidak pernah melihat kelibatnya solat jamaah dan mendengar tazkirah Zohor di surau SUK, sedangkan beliau kerap juga berada di pejabatnya. Saya juga diberitahu, selama 10 bulan, belum sekalipun beliau hadir Mesyuarat Jawatankusa Tanah Daerah, dan hanya sekali pernah hadir dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah.


Osman Jailu ada menyatakan MB ikut telunjuk DAP dalam membuat keputusan dalam mesyuarat EXCO, saya cabar Osman Jailu, senaraikan keputusan-keputusan mesyuarat exco yang dikatakan MB ikut telunjuk DAP. Dan senaraikan isu yang melibatkan orang Melayu dan Islam yang beliau kononnya perjuangkan dalam mesyuarat EXCO. Tanya juga pimpinan PKR Perak, apa peranannya pula dalam parti ?Saya juga mendapat maklumat dalam komplot BN & UMNO berhubung dengan isu rasuah, beliau cukup takut jika disabitkan, sehingga beliau pernah menyebut akan keluar parti dan menjadi bebas dari masuk penjara. Beliau menafikan berkali-kali dakwaan rasuah itu , menurutnya dakwaan tersebut palsu dan komplot jahat BN untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan, tiba-tiba BN pula yang disokongnya.Allah maha adil, Allahlah yang akan menentukan siapa yang benar dan siapa yang salah, tidak di dunia, di akhirat juga akan tahu.


-MISBAHUL MUNIR MASDUKI-

SETPOL MB PERAK

Jumaat, 13 Mac 2009

PENDAFTARAN PENGUNDI BARU

SPR AKAN MENGADAKAN PENDAFTARAN PEMILIH BARU BERTEMPAT DI LOBI PASARAYA GIANT SERI MANJUNG PADA HARI SABTU 14 MAC 2009 MULAI JAM 10 PAGI HINGGA 10 MALAM.KEPADA SESIAPA YANG BELUM MENDAFTARKAN DIRI SEBAGAI PENGUNDI BERDAFTAR BOLEHLAH BERBUAT DEMIKIAN DENGAN MENGUNJUNGI DAFTAR PEMILIH BERGERAK INI.HEBAH DAN SEBARKAN.
-Nur12-

Plak Pokok Demokrasi Telah Dirosakkan

angkara golongan 'celaka'

tinggal kenangan

IPOH : Plak Papan Tanda Pokok Demokrasi yang dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perak, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin pada 8 Mac yang lepas didapati rosak teruk dan pecah berkecai dipercayai telah dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Demikian saya dimaklumkan melalui talipon oleh seorang warga Ipoh yang melawat tempat itu pagi ini.Beliau mempercayai papan tanda itu telah sengaja dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.Papan tanda itu diletakkan di situ sebagai memperingati satu Mesyuarat Tergempar DUN Perak yang berlangsung pada 3 Mac yang lepas. Mulai itu pokok tersebut mendapat perhatian dan mendapat kunjungan ramai dari berbagai pihak.Setelah plak diletakkan, lebih ramai pengunjung yang datang untuk bergambar di pokok itu. Blog ini pernah melaporkan sehingga 10 hingga 20 berada di pokok dalam satu-satu waktu tertentu.

YB KHALIL IDHAM LIM
ADUN TT.SERONG

Bantah PPSMI: Hj. Hadi,A.Samad Said dipanggil polis

KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Sasterawan, Negara Datuk A Samad Said dan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr Hasan Ahmad adalah antara mereka yang diminta polis untuk membantu siasatan berhubung perarakan pada Sabtu lalu. Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Samah Mat, berkata mereka diminta membantu dalam siasatan berhubung perarakan membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) ke Istana Negara Sabtu lalu kerana perarakan itu tidak mempunyai permit dan melanggar undang-undang mengikut Seksyen 27 Akta Polis 1967. Beliau juga meminta Timbalan Presiden Pas, Nasaruddin Mat Isa serta beberapa pemimpin kanan Pas termasuk Ketua Pemudanya Salahuddin Ayob, Mohamad Sabu dan Datuk Mahfuz Omar serta Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail untuk membantu siasatan itu.
Selain itu, Prof Shaharir Mohd Zain, Hasni Abas, Abdullah Hasan, Che Shamsudin Othman, Mohammad Faizal Abd Aziz, Aizad Mohd Saleh, Muhammad Haafizuddin Abirerah dan Kamarulzaman Mohamad turut diminta membantu. Turut tersenarai Shamsul Iskandar Mohd Akin, Suhaizan Kaiat, Ainon Simo@ Mohd @ Somo, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, Idris Ahmad dan Rozan Azen Mat Rasip. "Semua individu tersebut diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Suhaimi Muhamad di talian 012-6927362 atau Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Deputi Superintendan Lee Foong Koi di talian 013-8675507," katanya. -
-Bernama-

Khamis, 12 Mac 2009

MB MOHON MENGADAP PADUKA SERI SULTAN

PETALING JAYA: Surat mohon menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi menyembahkan tiga resolusi yang diluluskan ketika sidang tegempar di bawah pokok di Ipoh, Selasa lalu telah difakskan kepada pihak Istana semalam.Menurut Setiausaha Politik YAB. Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Mohd Misbahul Munir Masduki surat tersebut telah dihantar secara faks pada pukul 12 tengah hari semalam."Saya sendiri memfakskan surat mohon menghadap Sultan kepada pihak istana tengah hari. Insya-Allah esok kita akan menghantar surat tersebut secara rasmi dengan menggunakan perkhidmatan pos laju pula," katanya kepada mStar Online.Jelas Misbahul, Kerajaan Perak Pakatan Rakyat sedang menunggu tarikh menghadap untuk mempersembahkan tiga resolusi yang telah diluluskan minggu lalu."Kerajaan Perak Pakatan Rakyat yakin kita akan dapat perkenaan untuk mohon menghadap Sultan Perak secepat mungkin," katanya.Ditanya apakah kandungan surat yang dihantar itu, Misbahul berkata, surat tersebut merupakan prosedur yang perlu dilakukan bagi memohon perkenaan menghadap Sultan Perak."Tiga resolusi yang diluluskan dalam mesyuarat tergempar menjadi agenda utama kerajaan Pakatan yang mahu dipersembahkan kepada Sultan Perak," katanya.Selasa lalu, sidang tergempar DUN Perak yang berlangsung di bawah pokok 100 meter dari bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri Perak, meluluskan tiga usul.Usul-usul itu ialah menyatakan sokongan kepada Nizar sebagai Menteri Besar; membubarkan Dewan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan; dan mengesahkan keputusan Speaker V. Sivakumar melarang Menteri Besar Kudeta, Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri kudeta daripada menghadiri persidangan dewan.Persidangan itu, yang berlangsung selama 30 minit bermula 10.20 pagi, dihadiri semua 27 ADUN PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat.Usul pertama dibentangkan oleh wakil rakyat Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim, usul kedua oleh ADUN Teja, Chang Lih Kang, dan satu lagi oleh ADUN Pantai Remis, Datuk Ngeh Koo Ham. Mesyuarat itu ditangguhkan pada 10.33 pagi.Persidangan yang dipanggil oleh Sivakumar itu diadakan di situ selepas polis menghalang beliau dan 27 ADUN pembangkang daripada memasuki Dewan.Persidangan yang berlangsung sambil wakil-wakil rakyat terbabit berdiri dan ia dijalankan dengan bantuan Setiausaha Dewan yang baru dilantik, Mohd Misbahul Munir Masduki, dengan penggunaan alat pembesar suara.Kawasan persidangan yang berlangsung di sebuah lorong itu dipagari oleh sekumpulan penyokong pembangkang manakala lebih 500 orang berada di sekitar kawasan berkenaan.
YB KHALIL IDHAM LIM
ADUN TT.SERONG

PM NAFI BERBINCANG DENGAN ANWAR

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menafikan laporan kononnya beliau mengadakan perbincangan dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menghadiri satu majlis keagamaan di Hulu Langat, semalam. Abdullah yang juga Menteri Pertahanan berkata beliau menghadiri majlis itu atas undangan seorang tokoh agama, Syeikh Mahmud al-Majzub sempena sambutan ke-40 "Ritual Building Strength". "Saya dijemput dan saya pergilah, dan semasa kami sedang makan tengah hari, Datuk Seri Anwar Ibrahim datang. Beliau dijemput duduk dan menikmati hidangan. Itu saja.
"Tidak ada perbincangan. Syeikh Mahmud ada memberi pandangan kepada saya mengenai pelbagai masalah yang berlaku di dunia sekarang dan menekankan keperluan pemimpin negara ini untuk bersikap adil dan memastikan keamanan. "Dia(Syeikh Mahmud) cakap dengan saya, dia tak cakap dengan Anwar. Tidak lebih daripada itu," katanya kepada pemberita semasa melawat pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Sepanggar, dekat sini. Ketika ditanya sama ada laporan portal berita Malaysiakini cuba menimbulkan spekulasi mengenai perkara itu, beliau menjawab, "Dia (Malaysiakini) agak-agak aje".
Abdullah turut ditanya mengenai laporan Malaysian Insider yang mendakwabahawa beliau telah menyatakan kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak tarikh peralihan kuasa. "Saya perlu membuat pengumuman rasmi mengenai perkara itu. Kami berbincang tentang banyak perkara," katanya. Ditanya sama ada beliau sudah mempunyai satu tarikh tertentu, Abdullah berkata: "Kita mesti ada tarikh". Ditanya mengenai tindakan wakil rakyat pembangkang yang tidak berada dalam Dewan Rakyat ketika Najib, yang juga Menteri Kewangan membentangkan mini bajet semalam, Abdullah berkata ini membuktikan bahawa mereka tidak berminat untuk mengetahui apa yang kerajaan hendak lakukan dalam mini bajet itu.
"Mereka tak kisah. Boleh jadi mereka hanya bermain politik semata-mata, pada hal mereka mengatakan perkara yang berkaitan ekonomi penting, mereka nak tahu apa yang kerajaan nak buat, namun bila kerajaan umumkan di Parlimen, mereka tak nak dengar. "Pada saya, ini satu sikap yang tidak gentleman, saya percaya rakyat yang tahu tidak senang hati dengan kelakuan seperti ini. "Mereka terus bermain politik pada hal kerajaan sungguh-sungguh dan serius dengan wang yang diperuntukkan, memberi perhatian sepenuhnya untuk merancang ekonomi supaya ekonomi kita tidak merosot dan tidak berlaku kemelesetan, sebab itu kita peruntukkan wang yang besar untuk merangsang ekonomi kita," katanya.
-BERNAMA-