KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda Pas Pusat akan menyediakan kertas cadangan mengenai kawalan dan garis panduan penjualan arak di negeri-negeri yang ditadbir pakatan pembangkang, kata Timbalan Ketuanya Azman Shapawi Abd Rani hari ini.
Bagaimanapun, katanya, kertas cadangan itu, yang dijangka siap penghujung tahun ini, tidak akan mengharamkan penjualan arak secara menyeluruh di negeri-negeri itu .
"Kertas cadangan itu (lebih kepada) bentuk kawalan kerana orang bukan Islam ada hak untuk minum. Tetapi mungkin ada tempat yang diharamkan penjualannya...Mungkin di negeri yang majoriti orang Islam terlalu ramai," katanya pada sidang berita di sini, hari ini.
Ketika ditanya kenapa Perak turut menjadi senarai negeri yang akan menerima kertas cadangan itu selain Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang, Azman Shapawi berkata PAS masih menganggap negeri itu ditadbir oleh pakatan pembangkang.

Sementara itu, beliau berkata Pemuda PAS akan mengemukakan beberapa tuntutan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) termasuk mengenai keinginan mereka untuk bertemu kira-kira 5,000 pengundi pos untuk berkempen.
Kita rasa dalam pilihan raya kecil ini, benda (kempen) itu boleh dilakukan kalau SPR beri kebenaran kepada kita. Kalau orang lain boleh masuk, tak kanlah calon nak bertemu dengan pengundi dan cerita manifesto pun tak boleh," katanya.-bERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan