Usul-usul itu ialah untuk mengesahkan laporan Jawatankuasa dan Kebebasan yang bertarikh 27 Julai 2009 dan 12 Ogos 2009; pelantikan anggota bagi tiga jawatankuasa bagi penggal yang baru iaitu Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam dan Jawatankuasa Perintah-perintah Tetap.
Ia juga mengesahkan usul tergempar mengutuk tindakan polis yang menggunakan kekerasan bagi menghalang anggota dewan daripada memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan bagi mengadakan persidangan itu.
Mesyuarat itu, yang berlangsung selama dua jam mulai 11.45 pagi, dihadiri kesemua 24 Adun kecuali tiga orang Adun yang ditahan polis pagi tadi dan Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim Abdullah, yang sedang mengerjakan ibadah umrah.
Persidangan yang dipengerusikan oleh Speaker, S.Sivakumar, membincangkan usul pertama yang dibawa oleh Adun Changkat Jong, Mohd Anuar Sudin, usul kedua oleh Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, manakala usul tergempar dibawa oleh Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming. Mesyuarat itu kemudiannya ditangguhkan pada 1.37 petang.
Usul pertama yang dibawa Mohd Anuar mahu persidangan itu meluluskan laporan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang telah membuat ketetapan antaranya menggantung Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir selama tiga bulan daripada menghadiri sidang DUN dan didenda RM250,000 kerana Zambry telah menghadiri sidang DUN pada 7 Mei lepas walaupun telah digantung sebelum itu.
Selain Zambry, jawatankuasa itu turut menggantung Datuk Hamidah Osman yang juga Adun Sungai Rapat bagi tempoh yang sama serta didenda dengan nilai yang sama.
Hee Yit Foong, pula dicadang untuk dipenjarakan selama enam bulan dan didenda RM500,000.
Pada 27 Julai 2009,jawatankuasa itu mengesyorkan supaya R Ganesan, dihukum penjara enam bulan atau didenda RM500,000 kerana memegang jawatan Speaker secara tidak sah sewaktu persidangan DUN Perak pada 7 Mei lalu.
Usul yang dibawa oleh Dato Seri Nizar diluluskan tanpa dibahas manakala usul tergempar oleh Nga dibahas oleh empat orang Adun sebelum diluluskan.
Pada sidang akhbar kemudian, Mohammad Nizar yang ditanya sama ada Adun Pakatan akan hadir pada persidangan yang dipanggil oleh R Ganesan kelak, berkata Ganesan tidak mempunyai hak untuk memanggil persidangan itu.
"Jadi notis memanggil sidang DUN itu adalah tidak sah," katanya.
-Bernama-(dengan edit)
Komen Nur12: Sejarah sekali lagi tercipta.Syabas kepada semua Adun Pakatan Rakyat.BUBAR BUBAR...BUBAR DUN PERAK!!
2 ulasan:
Tahukah anda terdapat cara mudah bagi mendapatkan topup percuma setiap hari dan pendapatan sehinggan 5 angka dan lebih... Ingin tahu? Lawatilah website kami.
http://newpromotion.webs.com/
Tahukah anda terdapat cara mudah bagi mendapatkan topup percuma setiap hari dan pendapatan sehinggan 5 angka dan lebih... Ingin tahu? Lawatilah website kami.
http://newpromotion.webs.com/
Keagungan
Rakan "Home Business" Anda
Catat Ulasan