Ahad, 6 September 2009

Sumbangan kepada dhuafa' di Kg. Sg. Wangi










1. Pagi kelmarin,atas inisiatif Hj.Fawi (Bendahari Dppkl) telah membawa wakil dari Klinik Zarina dan Lumut Power Plant,En.Hairul untuk menyampaikan sumbangan kebajikan kepada para dhuafa' di Kg Sg Wangi.Rombongan turut disertai beberapa Ajk Dppkl.

2. Sumbangan berupa beras,tepung,gula,buah tamar dan sedikit wang saku dihulurkan bagi meringankan beban yang terbabit ketika menjalani ibadah dibulan yang mulia ini.

3. Kegembiraan jelas terlihat diwajah mereka setelah dihulurkan bantuan.Kebanyakan mereka yang dikunjungi ialah keluarga yang tidak mempunyai sumber pendapatan tetap,ketua keluarga tempat bergantung harap sedang lumpuh,penoreh getah dan kebanyakkan mereka mempunyai bilangan keluarga yang ramai.Bayangkan sebuah rumah yang hanya muat dihuni untuk 5 orang,dihuni oleh 15 orang.

4. Pihak Lujnah kebajikan Pas Sg. Wangi yang diketuai En. Salahuddin (017-5162302) amat mengharapkan bagi sesiapa yang budiman untuk menghulurkan sebarang sumbangan bagi membantu golongan yang memerlukan khususnya untuk bulan ramadan ini dan Syawal yang bakal menjelma.

5. Terima kasih kepada En.Hasbullah Ali (orang kuat Pas Sg Wangi) yang turut bersama dari mula hingga akhir program.

6. Terima kasih yang tidak terhingga kepada En.Hairul (Lumut Power Plant) dan Klinik Zarina atas sumbangan yang sangat bermakna ini.Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.Jazakumullah.


-Nur12-

Tiada ulasan: