Isnin, 25 Januari 2010

Zulkifli double standard – Khalid

KUALA LUMPUR 24 Jan. – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad menganggap Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mengamalkan double standard dan tidak mempunyai pendirian konsisten apabila membuat laporan polis terhadapnya semalam.

Katanya, jika benar Zulkifli tidak bersetuju dengan pandangannya, beliau juga sepatutnya membuat laporan polis terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana mempunyai pendirian yang sama dengannya.

Tambahnya, beliau tetap berpegang dengan kenyataannya sebelum ini kerana berpendapat ia tidak bertentangan dengan pendirian rasmi Pas dan PKR.

“Saya tidak tahu kenapa dia ‘minat’ sangat dengan saya. Mengapa tidak dia buat laporan terhadap Anwar dan Nik Abdul Aziz kerana pendirian kami sama?

“Tok guru sendiri sebelum ini mengatakan penggunaan kalimah Allah itu harus. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri pula mengatakan di Sabah dan Sarawak boleh gunakan kalimah Allah.

“Buatlah laporan polis untuk semua sekali. Sebab itu saya kata beliau tidak konsisten dalam pendiriannya dan mengamalkan double standard,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Zulkifli semalam membuat laporan di Balai Polis Jalan Masjid India di sini dengan mendakwa Khalid mengeluarkan kenyataan yang memperlekeh dan menghina agama Islam.

2 ulasan:

Abu Rafiq berkata...

Bukan soal reprt tak report siapa YB..tp statemen YB terhadap Enakmen Syariah Negeri-negeri Melayu bersultan yg kononnya "Ketinggalan Zaman" agak keterlaluan dan bukan media medan YB mempertikaikannya tetapi di Parlimen atau melalui sidang DUN negeri2 berkenaan. Yb Zul tak saman Anwar dan Nik Aziz kerana beliau tak pertikai Enakmen Syariah Negeri2.

Komen saya,

Syabas YB Zul, tidak timbul persoalan apabila berbeza pendapat dgn PR bermakna Pro-Umno atau ditunggangi Umno. Kita sedang berbincang tentang survival islam di negara skular yg tidak mengguna pakai Hukum Hudud yg di sana ada undang2 yg boleh mengawal isu MURTAD. Sementara usaha PAS utk daulatkan undang2 Hudud maka Enakmen Pengawalan dan Pengembangan Agama bukan Islam terhadap orang Islam adalah releven dan YB Khalid MP PAS perlu ingat tentang tujuan PAS utk daulatkan undang2 Islam. Ironisnya, sudahlah matlamat PAS semakin kabur dari sudut itu ditambah pula korbankan sesuatu yg amat perlu untuk survival aqidah umat Islam di negara ini. YB Zul sudah terlibat dgn bnyk kes Murtad dan beliau faham kenapa harus dipertahankan Enakmen yg ada dan beliau merasai betapa hebatnya penentangan kuffar terhadap Islam dlm pelbagai usaha dan cara. YB Khalid di mana? Yg pastinya beliu amat gusar kehilangan kerusi MPnya yg empuk di Shah Alam jika "tidak berpendirian liberal" terhadap isu ini. Seperkara lagi tentang pandangan Dr Yusuf al-Qardhawi. Siapapun tak pertika kewibaan beliau tetapi perlu diingat Dr Yusuf bukan faham sangat hal ehwal kemaslahatan muslim melayu dan beliau membuat pandangan melalui sebelah pihak DSAI. Apakah Dr Yusuf Qardhawi sudah memanggil semua pihak termasuk semua ulama Malaysia berbahas dan berbincang? Jika belum, jgn salahkan Dr Yusuf Qardhawi tapi salahkan "pengahasut, pencacai, pengipas" Dr Yusuf yg tidak berlaku adil atas nama KeAdilan. Sedangkan ijtihad Imam Syafie boleh berbeza pada ketika di Mesir berbanding dgn Baghdad, sudah pasti jika diperhalusi Dr Yusuf Qardhawi juga boleh berbeza ijtihadnya di Qatar dan di Malaysia. Fikir2kanlah.

mohd shahran berkata...

yb zul b***h