Jumaat, 26 Februari 2010

Bekas Pembaca Berita Terkenal RTM, Datuk Chek Hashim Embi Meninggal Dunia

Assalamualaikum w.b.t,

Bekas pembaca berita terkenal Radio Televisyen Malaysia (RTM) Datuk Chek Hashim Embi meninggal dunia pada pukul 10.57 pagi tadi akibat kanser prostat.

Sebelum ini Allahyarham dirawat di Hospital Sri Manjung, Perak dan selepas itu ditempatkan di rumah kakaknya.

Jenazahnya akan disembahyangkan di surau Madah, Manjung dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Teluk Pencalang, Pasir Panjang, Perak selepas solat Asar hari ini.

Dengan ini seluruh warga Pas kawasan Lumut mengambil kesempatan merakamkan ucapan Ta'ziah kepada seluruh ahli keluarga Dato Chek Hasyim Embi dan mendoakan semoga Almarhum ditempatkan bersama para Salihin.Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas ruhnya.Amin.

-Nur12-

2 ulasan:

al-brangi berkata...

Al-Fatihah semoga rohnya bersama dengan orang2 yang mendapat RedhoNya.

saya amat meminati bacaan beritanya suatu ketika dulu.

anakmuaallaf berkata...

Al Fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat...