Ahad, 21 Februari 2010

Konvensyen Blogger Pas Perak capai sasaran

wakil Lumut ke konvensyen bloggers Pas Perak,dari kiri En.Hamidon(Pusat Khidmat),PejuangMuda,Nur12 dan sdr. Ikmal.


PARIT BUNTAR , 20 Feb. :- Konvensyen Blogger PAS yang diadakan di sini telah mencapai sasaran penganjur apabila berjaya mengumpulkan sekitar 50 orang Blogger PAS .

konvensyen sehari itu telah menampilkan perbentangan beberapa kertas kerja yang disampaikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Dr. khairuddin Dato Abdul Malik dan Mantan SU Akhbar MB Pakatan Rakyat Perak, Hj. Anuar Hashim. Manakala slot khas pula ialah perbentangan isu semasa dan dailog bersama DS. Nizar serta persembahan dan pelancaran album nasyid kumpulan Q-Har.

Majlis penutup pula di sempurnakan oleh Tuan Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Abu Bakar Hussain.

Selain itu konvensyen pada hari ini menyaksikan penubuhan Sekretariat Blogger PAS Perak.

-CINAISLAM-

Komen Nur12: Lagi laporan di ajijoi.blogspot,albanjari.

Tiada ulasan: