Khamis, 25 Februari 2010

Pejabat Tanah Manjung robohkan rumah tanpa belas ehsan

setelah rumah dirobohkan keluarga malang ini terpaksa makan dan berteduh dibawah pokok

Adun Sitiawan,Dato' Ngeh sedang menerima aduan

keadaan rumah setelah dirobohkan

Tanggal 23 Februari 2010 Encik Kaliapan yang tinggal di kediaman yang didirikannya, di rizab sungai Kampong Ban Joo Seng, Lumut sangat terharu apabila beliau pulang dari laut mencari ikan sebagai punca pendapatan telah dirobohkan oleh pihak Pentadbir Tanah Daerah Manjung. Rumahnya dirobohkan oleh pihak berkuasa dengan bantuan pihak Polis. Beliau yang mempunyai dua isteri dan 15 anak tinggal di rumah tersebut lebih 20 tahun, semata-mata memudahkan mereka untuk kelaut mencari ikan. "Tak tahulah apa sebabnya rumah ini dirobohkan" kata Kaliapan. Banyak lagi rumah-rumah berhampiran yang didirikan di Rizab Sungai tidak pula dirobohkan. Sikap double standard pihak berkuasa mengenai perkara ini menyedihkan keluarga ini. Sudahlah kehilangan tempat tinggal, tiada apa-apa bantuan oleh kerajaan, bagi membantu keluarga ini mendapatkan sebidang tanah bagi mendirikan sebuah rumah untuk mereka Jajarkan ke Tengahberteduh dan mencari rezeki.

Satu lagi lokasi ialah di tepi pantai Teluk Muruh, di mana empat buah rumah yang dijadikan stor menyimpan peralatan menangkap ikan juga dirobohkan. Mereka telah mengadu kepada Setiausaha Sulit Khas Menteri Besar, Rashidi Ibrahim, tetapi tiada apa-apa tindakan susulan membantu mereka. Mereka juga tidak berpuashati kerana, terdapat individu lain membina di tanah rizab sungai ditempat yang sama tetapi tidak dirobohkan. Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir selaku Menteri Besar dan ADUN Pangkor sepatutnya mengambil perhatian sewajarnya bukan duduk diam walaupun dia mengetahui perkara ini. Kepentingan rakyat marhaen perlu dibela, bukannya melakukan sesuatu untuk kepentingan pembangunan tetapi melupakan rakyat yang terhimpit.

-N51 Pasir Panjang-

Tiada ulasan: