
Selasa, 27 Julai 2010
Selasa, 13 Julai 2010
DS Nizar akan bawa isu saman ekor ke parlimen
Isnin, 12 Julai 2010
Ust Ibrahim dihalang berceramah

Namun kerinduan penduduk terhadap beliau terubat dan perasaan lega orang ramai terbayang kerana beliau yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Perak tidak ditahan berpanjangan di Mesir dan apabila pulang tidak dikenakan tindakan tahanan lanjut.
Program ceramah itu membabitkan Timbalan Pengerusi Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar PAS Pusat, Haji Ahmad Idzam Ahmad, Exco Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Fakhrulrazi Mokhtar dan Yang DiPertua PAS Lenggong, Haji Razman Zakaria dengan kehadiran lebih 500 penduduk.
Program sempena majlis akikah seekor lembu itu turut dimeriahkan dengan acara pertandingan membaca teks khutbah peringkat menengah yang berjaya dimenangi oleh adik Muhammad Muzammil Jamaluddin, di mana hadiah disampaikan oleh Razman.
Sementara itu, ketika ditemui selepas program ceramah, Muhammad Zulkifli yang lebih mesra dengan panggilan Ustaz Ibrahim, berkata selama 25 hari berada dalam tahanan, beliau terpaksa menerima deraan seperti berdiri tiga hari tiga malam, sehari semalam dan dikenakan kejutan elektrik.
Katanya, deraan itu sebagai denda kerana pihak berkenaan tidak dapat menerima alasan-alasan yang diberikannya selepas disoalsiasat, seperti mengenai sijil diploma yang terlupa dibawanya menyebabkan beliau tidak diterima untuk menduduki pengajian/peperiksaan peringkat sarjana.
"Bila dia tanya tidak adakah orang yang boleh menghantar sijil itu, saya jawab tidak ada, dia tidak terima alasan itu, saya pun didenda berdiri sehari semalam, mula waktu asar sampai waktu asar keesokannya," katanya.
Muhammad Zulkifli berkata, antara soalan-soalannya hanya mengenai tujuannya ke Mesir, di mana memang beliau ke sana untuk menyambung belajar ke peringkat sarjana dan tidak ada tujuan lain selain itu.
Katanya, apabila dibebaskan dan sampai di Lapanganterbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), beliau ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia pula, di mana beliau ditanya apa yang berlaku di Mesir yang mengakibatkan beliau ditahan.
Beliau seterusnya melahirkan rasa kesyukurannya kerana dibebaskan tanpa terpaksa menjalani tahanan lanjut dan berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan supaya beliau dibebaskan segera.
"Saya amat bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat saya dan keluarga saya, termasuk yang sama-sama mendoakan supaya saya dibebaskan segera dan dapat pulang dengan selamat," katanya.
-harakahdaily-
'27 hari kena gari, mata ditutup'

Khamis, 8 Julai 2010
Ustaz Ibrahim bebas

Isnin, 5 Julai 2010
Ahad, 4 Julai 2010
Laungan Tak Nak Judi bergema di masjid negara


Beliau yang juga presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) turut berkata, pihak GMJ membuat keputusan meneruskan kempen Tak Nak Judi itu untuk memberikan kesedaran secara serius kepada masyarakat tentang bahana judi.
"Kita buat keputusan kempen ini penting kerana kita nak menyebarkan kesedaran yang serius dan bersungguh bahawa judi ini tidak bermanfaat sama sekali baik dari sudut ekonomi, sosial, dan keluarga," katanya.
Justeru katanya, kempen berkenaan yang secara rasminya bermula hari ini akan berterusan sehingga tahun hadapan dengan pelbagai program kesedaran di setiap negeri.
"Yang penting kita mendidik kesedaran ini. Kita tunjukkan semua bukti apa kesan kepada mereka yang terlibat dengan judi. Apa kesan kepada ekonomi dan budaya."
"Jadi kita akan teruskan kempen ini sepanjang tahun sehingga tahun hadapan. Kita akan bagi kesedaran kepada kaum ibu, golongan profesional dan pekerja-pekerja melalui progaram ceramah, edar risalah dn poster dan akan dilakukan di setiap negeri," katanya lagi.
Sebelum itu, seramai kira-kira 3 000 orang membanjiri perkarangan Masjid Negara bagi menyatakan bantahan tak nak judi kepada kerajaan. Himpunan tadi bermula dengan solat Asar berjemaah di Masjid Negara.
Mereka kemudian berhimpun di perkarangan masjid bagi mendengar ucapan dari penganjur dan pimpinan Pakatan Rakyat.Himpunan yang pada mulanya dijadualkan pada jam dua petang itu ditangguhkan ke jam lima petang tadi bagi menghormati majlis pengkebumian Allahyaraham Toh Puan Norashikin Mohd Seth yang merupakan balu kepada bekas timbalan perdana menteri Malaysia, Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman.
Pada perhimpuan tersebut, Mohd Azmi turut melancarkan buku terbitan GMJ, berkaitan kesan judi kepada masyarakat.Golongan muda dilihat mendominasi perhimpunan aman yang dikawal kira-kira 50 anggota polis itu.
Laungan 'Kami tak nak judi, kami benci judi', 'tolak judi, jauhi judi' dan beberapa slogan lagi bergema di perhimpunan itu.
-harakahdaily-
Isnin, 28 Jun 2010
Usrah Pemuda Pas Kaw Lumut




Khamis, 24 Jun 2010
Pemuda Perak mahu Mesir jelaskan penahanan Ust Ibrahim

LUMUT, 24 Jun: Pemuda PAS Perak menggesa kerajaan Mesir mempercepatkan proses siasatan dan berharap hak Muhamad Zulkifli Zakaria, 41, diberikan untuk mengetahui kedudukan sebenar beliau ditahan.
Naib ketuanya, Salman Saleh berkata, ini kerana sehingga kini masih tidak mendapat maklumat rasmi daripada Kerajaan Mesir punca sebenar penahanannya.
Sebagai tanda simpati, Pemuda PAS Perak semalam telah menyerahkan bantuan kepada keluarga Muhamad Zulkifli yang ditahan pihak berkuasa Mesir pada 13 Jun lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah.
Sumbangan telah diserahkan oleh Salman kepada isteri Zulkifli, Nurul Hidayah @ Icanna Lagago di rumahnya di Taman Samudra, Manjung. Turut serta hadir adalah Safarizal Saleh, Penolong Setiausaha Pemuda PAS Perak.
Kepimpinan PAS Kawasan Lumut, Pemuda PAS kawasan dan Pusat Khidmat Masyarakat Adun Pasir Panjang turut serta bersama. Sumbangan berupa kewangan dan barangan keperluan harian telah diserahkan bagi meringankan masalah yang dihadapi.
Manakala pada hari yang sama juga di Kuala Lumpur, usaha pembebasan diteruskan oleh Pemuda PAS Perak yang telah diketuai oleh Mohd Munir Ali, timbalan ketuanya telah menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Mesir.
Hadir sama ialah Raja Ahmad Al-Hiss, Setiausaha Pemuda PAS negeri dan juga Mohd Nazri Din, Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Perak.
-harakahdaily-
Selasa, 15 Jun 2010
Gambar Jenazah Ustaz Hassan Shukri. Pejuang PAS

jenazah arwah nampak ceria dan bersih
tanda-tanda pejuang islam

semoga ALLAH merahmati rohnya kerana arwah sudah banyak berjasa dalam menegakan agama islam di negara kita.
al fatihah
sumber gambar misai merah
Isnin, 14 Jun 2010
Ustaz Hassan Shukri kembali ke rahmatullah
![]() Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke 56 di sana. Turut serta bersama beliau malam tadi adalah Haji Subky Latif dan Haji Abdul Rahman. Ustaz Hassan telah berada di Kota Bharu sejak Rabu 9 Jun lagi kerana menyertai mesyuarat Majlis Syura Ulama pada petang hari tersebut. Pada malamnya beliau menyertai majlis perasmian dewan-dewan oleh Mursyidul Am di Putik dan pada hari Khamis beliau menyertai Muktamar Dewan Ulama di Markas Dewan Ulama (Madu) di Machang. Menurut Puan Naznah Taha, isteri Haji Subky, Ustaz Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada. Sesampai mereka di rumah jam 10.30 malam tadi, Ustaz Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi. Selepas tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang. Selepas itu dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) dan meninggal dunia kira-kira jam 2.00 petang. Jenazah beliau masih lagi di hospital kini. Naznah yang merupakan rakan rapat keluarga Ustaz Hassan ketika bercerita kepada Harakahdaily berkata, buat pertama kalinya beliau dan isteri Ustaz Hassan, Puan Hamidah tidak mengiringi bersama suami masing-masing ke muktamar. "Kali ini, Kak Midah berbolak-balik antara hendak pergi atau tidak ke muktamar kerana ada kenduri dekat sini. Hasilnya dia tidak pergi dan saya hanya pergi ke muktamar Dewan Muslimat dan terus pulang," cerita Naznah. Sebelum timbalan Presiden, Ustaz Hassan pernah menjadi Naib Presiden dan juga Setiausaha Agung PAS. Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut. Semasa menggulung perbahasan ucapan dasar, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Mujahdi Yusof menyebut Ustaz Hassan adalah orang penting di belakang draf perlembagaan untuk memboleh tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Ini kerana, Ustaz Hassan adalah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal pindaan perlembagaan untuk membolehkan DHPP ditubuhkan. Harakahdaily Berita lanjut menyusul |
Demonstrasi Judi Piala Dunia: Pakai Jersi Tanda Protes
Demonstrasi bantahan judi bola sepak anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat pada 3 Julai depan bakal tampil kelainan apabila orang ramai yang terlibat digesa memakai jersi pasukan bola sepak sebagai simbolik bantahan.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, cadangan memakai jersi bola sepak sama ada pasukan tempatan ataupunantarabangsa perlu dipandang serius bagi menggambar perubahan gerakanbantahan rakyat yang sangat serius.
"Dan setiap peserta boleh juga bawa bola seorang sebiji, inilah simbolik kepada demonstrasi menentang judi bola sepak... kita nak sampaikan mesej bahawa bola tak mengapa, tapi judi tak boleh," katanyaketika menggulung ucapan perbahasan Muktamar PAS ke-56 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) di sini hari ini.
Demonstrasi bantahan terhadap tindakan kerajaan meluluskan lesen judi itu akan diadakan di Masjid Negara dan seterusnya berarak menuju ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
Selain itu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berharap demonstrasi berkenaan disertai oleh seramai mungkin rakyat di seluruh negara bagi menunjukkan bantahan berkenaan.
"Walaubagaimanapun yang penting anda semua datang, jangan takut kepada pihak polis... semangat anda semua itu lebih penting," katanya.Mstar
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
Isnin, 31 Mei 2010
Serangan Israel : Presiden PMIUTM seru seluruh masyarkat ISlam lakukan Solat Hajat dan Qunut Nazilah
Skudai, 31 Mei 2010 – PMIUTM menyeru seluruh warga Malaysia bangkit menyatakan bantahan terhadap serangan rejim zionis Israel keatas kapal milik konvoi misi bantuan ke Palestin. Bantahan ini dilihat sebagai tekanan kepada pihak rejim zionis Israel yang nyata telah melanggar hak asasi manusia kerana menghalang sebarang bantuan berbentuk kemanusiaan kepada rakyat Palestin.
Menurut laporan daripada Malaysiakini, setakat ini mangsa yang terkorban akibat serangan itu adalah seramai 16 orang manakala puluhan yang lain mengalami kecederaan.
Mengulas la

“Negara Islam perlu bangkit untuk menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan rejim zionis Israel ini. Malaysia yang diwar-warkan sebagai negara Islam oleh pemimpinnya harus menyatakan pendirian dan tindakan terhadap rejim zionis Israel. Kita mahu Malaysia menghentikan segala bentuk perhubungan dengan rejim zionis Israel termasuklah dengan syarikat yang mempunyai kaitan dengan Israel iaitu Apco Worldwide”, ulas beliau lagi.
Pihak rejim zionis Israel dalam pada itu enggan mengulas lanjut terhadap serangan terhadap kapal tersebut dan kapal tersebut telah pun terputus hubungan dengan penganjur misi bantuan kemanusiaan.
Kapal yang membawa seramai 700 orang sukarelawan itu telah disekat oleh pihak rejim zionis Israel beberapa hari lalu dalam misi menghantar 10,000 tan bekalan banggunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejak 2007.
Makan malam Sempena Hari Guru PASTI






