Jumaat, 8 Mei 2009

ADUN PR BUAT LAPORAN POLIS PAGI INI

Beberapa ADUN PR yang akan diketahui oleh YB Khalil Idham Lim akan membuat laporan polis terhadap kejadian yang berlaku di sidang DUN semalam.
Dalam kejadian semalam, segerombolan orang yang tidak dikenali dengan berpakaian kemas menyerbu DUN dengan lagak samseng dan kasar, mereka telah mengheret Speaker DUN Perak dan melarikan diri ke suatu tempat yang tidak diketahui, mereka juga turut mengkasari beberapa ADUN PR sehingga koyak baju, kesakitan dan sebagainya.
Laporan polis akan dibuat di IPD, Ipoh jam 11.00 pagi ini. Sebelum itu, sidang akhbar akan diadakan di pejabat DAP kira-kira jam 10.00 pagi ini juga.
Pihak PR juga sedang menimbang untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap perlantikan Speaker baru yang tidak sah dan haram itu.

Tiada ulasan: