Rabu, 10 Jun 2009

Misi Naib Presiden Pas yang baru,Salahuddin Ayub mahu hancur leburkan Umno

KUALA LUMPUR: Memastikan Umno hancur dan Pakatan Rakyat dipilih sebagai kerajaan baru selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) nanti merupakan misi utama Naib Presiden PAS yang baru, Salahuddin Ayub, lapor IRWAN MUHAMMAD ZAIN.
Beliau yang baru dipilih memegang jawatan tersebut pada pemilihan Muktamar Tahunan PAS ke 55 lalu akan memastikan Umno dan Barisan Nasional (BN) tewas teruk dalam PRU13.
Selain itu, Salahuddin turut berhasrat mengerakkan seluruh rakyat berbilang kaum dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk memastikan misi menghancurkan Umno/BN mencapai kejayaan."Menghancurkan Umno dan BN merupakan misi utama saya sekarang selepas dipilih sebagai Naib Presiden PAS. Kegagalan Umno/BN mentadbir negara selama 50 tahun dan tidak menghiraukan suara rakyat perlu ditamatkan dengan menumbangkan mereka dalam pilihan raya umum ke-13 nanti."Saya akan berusaha mengerakkan rakyat berbilang kaum dan NGO bagi memastikan misi utama ini berjaya," tegas Salahuddin.
Beliau berkata lagi, buat masa ini perlu bagi semua pimpinan PAS mengukuhkan Pakatan Rakyat kerana ia semakin diterima rakyat. Untuk mencapai tujuan tersebut Salahuddin menjelaskan, beliau akan memastikan segala bentuk persefahaman dan kerjasama yang telah dibina dalam Pakatan Rakyat akan terus diperkukuhkan.Mengulas lanjut, beliau menegaskan, pemimpin Umno tidak layak bercakap soal perpaduan kerana mereka tidak mampu menjaga perpaduan dalam BN.
Pergeseran dalam Umno seperti krisis di Terengganu dan krisis dalaman BN yang melibatkan PPP dan Gerakan merupakan bukti Umno tidak tahu menjaga perpaduan, tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian."Jika perpaduan sesama parti yang telah lama bersama mereka pun tidak boleh dibina dan dijaga macam mana mahu membina perpaduan bersama pihak lain?" soal Salahuddin yang telah melepaskan jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat pada muktamar dewan itu baru-baru ini.
Justeru, tegas beliau adalah amat penting bagi semua pimpinan PAS berusaha menyakinkan rakyat untuk bersama menghancurkan Umno.
-sanggahtoksago-
Komen Nur12: Salahuddin pejuang sejati.

1 ulasan:

Yong berkata...

Sebelum mike nak hancurkan UMNO, mike convince dulu orang ateh mike yang giler meroyan kat UMNO tu. Camne mike nak bawak bahtera untuk hancurkan UMNO kot jurumudi pusing hala ke lain. Nasihat Nakhoda (TGNA) deme tak dengor. Inikan pulak nasihat mike. Cuba mike turun padang bagi tahu orang kampung camne caranya nak hancurkan UMNO dengan keadaan orang ateh asyik masuk kelambu deme? Kesedihan orang kampung Perak sebab hilang negeri tak habih lagi udah ditimpa musibah peluk-cium dengan UMNO. Apekehei?