Selasa, 9 Februari 2010

Sokongan padu buat DS Nizar


Esok keputusan siapa MB akan diumumkan.Moga berpihak kepada Pakatan Rakyat.Dato Seri Nizar,sebagaimana yang ditegaskan sebelum ini bahawa jika keputusan berpihak kepada PR maka DUN Perak segera akan dibubarkan bagi mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk menentukan kerajaan pilihan mereka.Inilah jalan penyelesaian hakiki terhadap permasalahan di Perak.
Dppkl dengan ini ingin mengambil kesempatan untuk menyatakan sokongan padu kepada DS Nizar dan seluruh warga Pakatan Rakyat terhadap apa saja keputusan yang dibuat pimpinan Pakatan Rakyat.
Dppkl dengan ini juga berdoa kepada Allah Yang Memiliki Segala Kerajaan,supaya memberi kekuatan kepada DS Nizar dalam menghadapi sebarang cabaran mendatang.Semoga Allah juga memberi kemenangan buat DS Nizar dan rakyat Perak seluruhnya.
Ya Allah,perkenankanlah.
-Nur12-

Tiada ulasan: