Selasa, 13 Julai 2010

DS Nizar akan bawa isu saman ekor ke parlimen

IPOH: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, berkata beliau akan membangkitkan isu saman ekor dalam Dewan Rakyat kerana menimbulkan banyak masalah kepada orang ramai.

Beliau berkata, tindakan polis menguatkuasakan saman ekor bercanggah dengan undang-undang kerana pemilik kenderaan hanya boleh didakwa dan didapati bersalah di mahkamah dan bukannya diminta terus membayar saman.
"Pengeluaran saman itu agak samar...saya akan membawa perkara ini ke Dewan Rakyat dan minta ia diberhentikan serta-merta kerana ia satu penganiayaan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Pada 9 Julai lalu, Ketua Trafik Persekutuan, Datuk Abdul Aziz Yusof, mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya tidak merancang untuk mengkaji semula saman ekor berikutan rungutan orang ramai yang mendakwa tidak menerima notis saman.

Abdul Aziz berkata, dakwaan itu timbul akibat mereka tidak mengemas kini alamat masing-masing.

-Bernama-

4 ulasan:

SePoi Pening berkata...

Sy sebagai pengguna lebuhraya yg melibatkan kerjaya sy amat menyokong tindakan utk menghapuskan saman ekor. Bukan bermakna pengguna lebuhraya boleh memandu melebihi had laju,akan tetapi adalah lebih pratikal saman tersebut dikeluarkan dengan serta merta ditandatangani oleh individu terbabit sbg bukti soheh kesalahannya dan utk tindakan selanjutnya agar memandu ikut had, bukan dgn cara membabi buta tanpa ketahuan bilamana utk renew cukai jalan atau lesen memandu baru disedari oleh individu tersebut. Dan seperkara lagi, kerajaan menkaji semula hadlaju bagi kenderaan yg menggunakan lebuhraya agar had minimun juga diambilkira dimana sesetgh ada yg memandu krg dr 40km/j yg mana antara faktor yg boleh mengakibatkan kemalangan (halangan kpd kenderaan kelajuan 80km/j - 110km/j). Kerajaan seharusnya mengkaji hal ini, bukan hanya kerana mengaut keuntungan tapi keselamatan pengguna. Adalah lebih bagus, kerajaan mempromosikan pemanduan hemah yg dilaungkan, tatacara pemanduan ketika di lebuhraya, jalanraya samada laluan bandar mahupun laluan perkampungan. Kaji dimanakah sepatutnya had laju di jalan2 ini, adakalanya hadlaju yg ditetapkan tidak relevan dgn keluasan serta tempatnya. Ini hanyalah pandangan dari antara seorang pemandu bas di Malaysia.

SePoi Pening berkata...

sy ingin memaklumkan di negara2 maju mereka menggunakan teknologi di mana kenderaan di lengkapi sistem amaran mengesan situasi laluan di hadapan jika ada berlaku halangan seperti kemalangan atau kerja2 pembaikan.ini boleh membantu pengguna jalan raya lebih berwaspada.tidak hairan lah di setengah negara luar ada yang tiada mempunyai had kelajuan di lebuh raya tertentu, tetapi ada had minimun had kelajuan sebagai contoh 80km ke atas. jangan kerajaan memikirkan utuk mengaut keutukan semata mata...ingatlah rakyat 'tersayang'!?!?!?!?!?!?!?!?!?!?!?!?

SePoi Pening berkata...

seperkara lagi pengguna jalanraya atau lebuhraya harus lah mengamalkan sikap pemanduan bijak atau 'smart driving' jangan lah terburu buru, jangan mementingkan diri sendiri dan hormati pengguna lain, dengan cara ini dapat mengurangkan kadar kemalagan di malaysia.sekolah memadu di malaysia harus menekan aspek pemanduan yang bijak atau 'smart driving'...

Unknown berkata...

TQVM DSN, tidak sia-sia pengundi rakyat dun pasir panjang dan rakyat parlimen bkt gantang bijak meimilih Hj! Pls jgn kecewakan cina, india, melayu, singh dll bgsa yg berdiri teguh diblkg Tn. Hj!!Kami adalah Tn . Hj. dan Tn Hj adalah kami...kami semua manusia!