Ahad, 5 April 2009

Pemuda Gempur Bukit Gantang

Pada hari Sabtu 4 April 2009,Pemuda Pas seluruh negara turun menggempur Parlimen Bukit GAntang.Langkah kali ini begitu bersepadu mantap sekali.Dewan Pemuda Pas Kawasan-kawasan di seluruh negara telah dikerah untuk turun bagi melaksanakan misi pecutan akhir kempen dan rayu undi.
Kesemua pemuda-pemuda diminta melapurkan diri di markaz operasi Pemuda Pas Batu 8,Trong.Mereka kemudian diagihkan kepada beberapa kumpulan kecil dengan setiap kumpulan diketuai pimpinan ajk Dpp Pusat.
Dun Trong telah dipilih untuk memulakan operasi ini.Mereka diarah untuk menyelinap masuk ke segenap pelusuk kampung dengan menjadikan pengundi atas pagar sebagai sasaran utama gerak gempur ini.
Operasi ini diketuai sendiri oleh Timbalan Ketua Dpp Pusat,Ustaz Nasruddin Tantawi.
Dppk Lumut turut serta dalam operasi ini dengan menghantar beberapa orang wakil yang diketuai Saudara Nizamuddin Majidi.
Turut serta dalam operasi ini juga beberapa orang doktor sukarelawan Dewan Pemuda Pas.
Operasi yang bermula jam 8.00 pagi berakhir pada jam 1.00 tengahari.
Berikut gambar-gambar yang sempat dirakam semasa operasi dijalankan.


beberapa orang petugas sedang menyiapkan bahan-bahan kempen

lagu Pas dialunkan untkmembangkit semangat,kelihatan beberapa wakil Dppk Lumut begitu semangat sekali.

turut serta saudara Khalil Abd Hadi (sedang berdiri atas kerusi)

saudara Mustafa selaku penyelaras program sedang memberi ucapan aluan
saudara Sabki,S/U Dpp Pusat turut memberi ucapan

Ustaz Nasruddin Tantawi sedang menyampaikan amanat dan taujihat


Ketua Dewan Pemuda Pas Perak,Ustaz Nor Azli sedang membaca doa

Doktor Hisham sedang bertanya kabar pakcik Mail yang sedang terlantar di atas katil,sudah hampir 2 tahun beliau dalam keadaan begini dengan ditemani isteri dan seorang anak kurang upaya.Beliau memberi jaminan walaupun dia tidak mampu mengundi seluruh isi rumahnya akan mengundi Pas.

beberapa petugas sedang menyantuni makcik jah yang sedang menyapu halaman rumah,beliau mengaku sebagai penyokong 'tegar' Pas semenjak arwah suaminya masih ada lagi.

Doktor Hisham sedang memeriksa abg Din



beberapa petugas sedang bertanya khabar beberap penduduk kg.Tebuk disebuah warung kopi,ketika sampai kelihatan di atas meja beberap helai kertas tertera dakyah dan propaganda jahat Umno/BN terhadap Pakatan Rakyat.Moga pakcik-pakcik tidak termakan dengan dakyah jahat tersebut.

*Operasi seterusnya akan diadakan di Dun Changkat Jering iaitu pada hari Ahad 5 April,dan pada 6 April di Dun Kuala Sepetang.

-Nur12-

Jumaat, 3 April 2009

Senarai penuh 13 tahanan ISA yang dibebaskan

KUALA LUMPUR: Berikut adalah senarai 13 orang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dibebaskan serta merta seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini:
1. Pakana Salama
2. Amir Hussain
3. Sundaraj Vijay
4. San Khaing
5. R.Kenghadharan
6. V.Ganabatirau
7. Wan Amin Wan Hamat
8. A Artas A Burhanuddin
9. Francis Indanan
10. Mohd Nazri Dollah
11. Mohd Arasad Patangari
12. Idris Lanama
13. Binsali Omar
- Bernama -
Komen Nur12: Syukur kerana sahabat baik Nur12 iaitu tahanan nombor 10 Mohd Nazri Dollah turut dibebaskan.Beliau adalah naqib usrah sewaktu kami di bumi Urdun dulu.Beliau ditahan kerana disyaki terlibat dengan kumpulan Darul Islam Nusantara.Moga beliau terus komited dengan perjuangan yang belum selesai ini.

MAKLUMAN UNTUK HEBAHAN 2

PESTA BOLA SEPAK DAN BOLA BALING PASTI KAWASAN BUKIT GANTANG AKAN DI ADAKAN PADA AHAD 5 APRIL BERTEMPAT DI PADANG TAMAN MEWAH,KAMUNTING.ACARA AKAN BERMULA JAM 8 PAGI.PERASMIAN AKAN DISEMPURNAKAN OLEH YB. IR MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN,CALON PAS PARLIMEN BUKIT GANTANG.
DPPK Lumut telah diamanahkan sebagai penyelaras bagi program tersebut.Oleh itu diminta kepada semua AJK Dppk Lumut untuk turun padang bagi menjayakan acara tersebut.
Sekian terima kasih.

-S/U Dppk Lumut-

MAKLUMAN UNTUK HEBAHAN

1. SELURUH PASTI NEGERI PERAK AKAN BERCUTI PADA HARI SELASA 7 APRIL 2009.
2. SEMUA GURU PASTI DIARAHKAN BERTUGAS DI UPU SELIAAN KAWASAN MASING-MASING DI KAWASAN PIHANRAYA PARLIMEN BUKIT GANTANG.
3. SEMUA GURU-GURU PASTI DIMESTIKAN MEMAKAI PAKAIAN RASMI GURU PASTI/MGP PADA HARI TERSEBUT.
*Maklumat diperolehi dari saudara Nizamuddin Majidi,Ketua DPPK Lumut.Untuk maklumat lanjut sila hubungi penyelia Pasti di kawasan masing-masing.

Gula-gula pertama Najib

Dato' Seri Najib,PM ke-6 dalam ucapan sulungnya sebentar tadi yang disiarkan seluruh stesyen tv seluruh negara telah memgumumkan bahawa kerajaan telah menarik balik penggantungan 2 akhbar pembangkang iaitu Harakah dan Suara Keadilan.Kerajaan juga katanya telah membuat keputusan untuk membebaskan seramai 13 tahanan ISA dan tambahnya kerajaan juga akan mengkaji akta ISA tersebut.
Maka jelas sekali penahanan beberapa individu di bawah akta ISA adalah bermotif politik.Penggantungan permit Harakah dan Suara Keadilan juga bermotif politik.Malang sekali nasib rakyat Malaysia kerana nasib mereka ditentukan oleh 'nafsu' serakah pemimpin-pemimpin politik,bukannya di bawah keluhuran undang-undang.

Sementara Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Dato' Seri Anwar Ibrahim dijangka akan membuat kenyataan rasmi berhubung perlantikan DS Najib di Bukit Selambau esok.


-Nur12-

Nizar dibenar cabar Zambry sebagai MB

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini diberi "lampu hijau" oleh Mahkamah Tinggi di sini untuk mencabar kesahihan pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak.Ini berikutan keputusan Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim bahawa permohonan yang difailkan oleh Mohammad Nizar pada Ferubari lepas adalah tidak remeh, tidak menyusahkan dan mempunyai kes prima facie untuk dihujah di mahkamah.
Hakim Abdul Aziz berkata bahawa semasa hujahan, kedua-dua pihak iaitu peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Mohammad Nizar, dan Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaludin Said yang mewakili Pejabat Peguam Negara, bersetuju bahawa keputusan Sultan Azlan Shah melantik Dr Zamry sebagai Menteri Besar dan tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak tidak boleh dihakimi, tetapi Mohammad Nizar dalam permohonannya tidak mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh Sultan Azlan Shah cuma mempersoalkan mengenai kesahihan pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar.
Hakim Abdul Aziz menetapkan Rabu depan untuk pengurusan kes itu dan memerintahkan Sulaiman supaya memfailkan dokumen yang sedia ada dan juga yang baru antaranya afidavit kepada mahkamah selewat-lewatnya Selasa depan.Mohammad Nizar, yang tidak hadir hari ini, memohon mahkamah mengisytiharkan beliau masih menteri besar yang sah selain memohon injunksi melarang Zambry daripada menjalankan tugas sebagai menteri besar.
Beliau memohon bagi mendapatkan tafsiran Perkara 16 (6) UndangUndang Tubuh Kerajaan Perak sama ada jawatan menteri besar boleh dikosongkan disebabkan menteri besar telah menasihatkan Sultan supaya membubarkan dewan undangan negeri; tidak berlaku sebarang pembubaran dewan; tiada usul tidak percaya terhadap beliau pada persidangan dewan; dan beliau tidak meletak jawatan.
Sulaiman memberitahu pemberita bahawa soal Mohammad Nizar derhaka kepada Sultan Azlan Shah tidak timbul kerana Mohammad Nizar tidak pernah mempersoalkan kuasa sultan.Kamaludin pula berkata beliau akan mendapat arahan lanjut daripada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sama ada untuk membuat permohonan sebagai pencelah semasa perbicaraan kes itu atau pun memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.
-Mstar-.

Respon arahan JAIP: Kami akan terus guna masjid dan surau

Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) kelmarin mengingatkan ahli-ahli politik tidak menggunakan masjid dan surau untuk memberi ceramah politik.Dalam kenyataan itu mengatakan ini amat bertentangan dengan status dan kedudukan masjid dan surau yang mulia sebagai rumah Allah.
Amalan ini boleh menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan orang-orang Islam sendiri, katanya dalam satu kenyataan dengan menggunakan nama Pengarahnya sendiri.Namun saya berkeyakinan arahan ini adalah arahan dari UMNO bukan dari Pengarah Jaip sebagaimana yang didakwa.
Demikian lah episod-episod yang menampakkan demokrasi semakin sempit dan semakin terhakis dengan beberapa tindakan seperti di atas dalam PRK Bukit Gantang.BN dan UMNO sangat takut untuk menghadapi Pakatan Rakyat. Walaupun mereka mempunyai pelbagai saluran untuk menyampaikan malkumat melalui media cetak dan elektronik milik rakyat yang disalahgunakan namun mereka masih takut dengan gelombang maklumat yang disampaikan oleh Parti PAS dan komponen PR yang lain walau pun ianya bersifat agak tradisional seperti ceramah dan khutbah.
Sebab itulah kebimbangan ini cuba dihalang dengan arahan dari JAIP, namun saya berkeyakinan ia tidak akan memeri apa-aoa kesan dan ianya akan tetap diteruskan.Kenapakah cuba menghalang, bukankah UMNO juga kononnya memperjuangkan Islam dan pemimpinnya pernah mendakwa adalah parti Islam yang ke dua terbesar di dunia, gunalah mesjid dan surau seperti yang PAS gunakan.
Itupun apa yang berlaku dimesjid Simpang pada malam selepas penamaan calon membuktikan UMNO juga guna mesjid.Islam tidak dapat dipisahkan dengan mesjid sebagaimana Islam juga tidak berpisah dengan politik. kerana itu arahan itu adalah arahan "bodoh" yang tidak akan kami patuhi.

HANTAR ISYARAT TOLAK NAJIB JADI PM

Isu perlantikan PM baru, sedikit mencuri tumpuan dari Bukit Gantang, Selambau dan Batang Ai. Ianya penentu masa depan negara. Berita angin tak kurang banyaknya. Ia mungkin sebahagian dari harapan yang menggunung tinggi rakyat Malaysia agar Najib tidak memimpin negara.
Rakyat sebenarnya tiada pilihan kerana sistem demokrasi negara menentukan bilangan kerusi parlimen dalam memerintah negara , bukan undi popular. PM adalah dari parti majoriti dengan perkenan YDP Agong. Meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada YDP Agong menongkah arus adalah tidak wajar.

Menentang Najib menjadi PM hampir mustahil.Kita terpaksa menunggu sekitar 3 atau 4 tahun lagi merubah suasana. Namun takdir Ilahi yang menentukan pilihanraya kecil yang berlaku di ambang kuasa Najib sebagai PM mampu menyampaikan sedikit suara rakyat. Namun dengan segala jentera yang dimiliki Najib mungkin sukar. Apapun suara Rakyat adalah suara keramat!

Pilihanraya kecil mesti memberi isyarat yang jelas bahawa rakyat tidak senang dengan pelbagai tuduhan yang terpalit di tubuh bakal PM. PM mesti membersihkan diri dari sebarang tuduhan melalui sistem yang diyakini, bukan dengan mengelak, menghalang dan melepaskan diri dari tuduhan tersebut. Seluruh dunia akan melihat rakyat Malaysia sebagai tidak bermaruah jika isyarat pilihanraya kecil tidak memperlihatkan penentangan dan kebencian rakyat Malaysia.

Rakyat di ketiga tiga kawasan mestilah menjadi nadi isyarat penentangan tersebut. Rakyat lain pula mestilah berusaha bekerja membantu pemilih di ketiga kawasan membuat pilihan yang tepat. Apa yang berlaku bukanlah perubahan pemerintahan Malaysia, ia hanya peralihan kepada seseorang yang lebih diragui lagi.

Pemimpin mestilah seorang yang bersih. Ia juga mestilah juga dilihat bersih. Najib bukan seorang yang dilihat bersih. Belum pernah berlaku dalam sejarah satu tuduhan yang terlalu berat kepada bakal pemimpin sebuah negara. Jika rakyat menganggap tuduhan itu perkara biasa dalam politik,ia isyarat betapa rendahnya moral dan akhlak rakyat yang bakal dipimpin beliau. Rakyat Amerika pun menolak bakalpresiden yang ada skandal seks atau rasuah. Negara haram Yahudi juga tidak menerima pemimpin yang tidak dilihat bersih.

SEmoga rakyat di tiga kawasan bakal menjadi suara seluruh rakyat Malaysia dalam protes awal menentang kepimpinan PM yang dipalit berbagai tuduhan moral dan jenayah.


Laporan TV3 dan Utusan Malaysia berniat jahat

Mohamed Hanipa Maidin
Laporan Buletin Utama TV3 semalam (1/4/2009) dan akhbar Utusan Malaysia hari ini (2/4/2009) mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh menolak permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, V Sivakumar untuk membatalkan saman terhadapnya oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas tidak menggambarkan keputusan sebenar Mahkamah Tinggi tersebut.
Utusan melaporkan seperti berikut:-
IPOH 1 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, V Sivakumar untuk membatalkan saman terhadapnya oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas.
Keputusan ini secara tidak langsung membolehkan ketiga-tiga Adun Bebas iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kapt (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi DUN berkenaan tidak kosong.
Laporan di atas khususnya perenggan yang menyatakan "keputusan ini secara tidak langsung membolehkan ketiga-tiga Adun Bebas iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kapt (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi DUN berkenaan tidak kosong" adalah amat mengelirukan dan boleh dianggap sebagai mala fide (berniat jahat) di atas alasan?alasan berikut:
1. Mahkamah Tinggi Ipoh hanya menolak permohonan Sivakumar bagi membatalkan saman pemula yang difailkan oleh ketiga-tiga Adun tersebut ke atas beliau.
2. Keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Sivakumar tidak bermakna mahkamah mengisytiharkan ketiga-tiga Adun Bebas itu kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi Dun berkenaan tidak kosong kerana isu tersebut belum didengar dan diputuskan oleh Mahkamah.
3. Apabila Hakim mendengar mana-mana permohonan untuk membatalkan saman (sama ada Writ Saman atau Saman Pemula - dalam kes ini ianya adalah Saman Pemula) yang mana permohonan tersebut dibuat di bawah Aturan 18 Kaedah 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (juga dikenali sebagai permohonan "to strike out pleading"), hakim hanya memutuskan permohonan tersebut sahaja. Ini bermakna di dalam kes di Ipoh, hakim hanya memutuskan sama ada membenarkan permohonan Sivakumar atau menolak permohonan Sivakumar bagi membatalkan Saman Pemula ketiga-tiga Adun tersebut.
4. Di dalam kes ini Mahkamah memerintahkan permohonan Sivakumar bagi membatalkan Saman Pemula ketiga-tiga Adun tersebut ditolak. Itu sahaja perintah yang Mahkamah berikan. Tiada perintah lain diberikan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh.
5. Selepas Mahkamah memerintahkan permohonan Sivakumar bagi membatalkan Saman Pemula ketiga-tiga Adun tersebut ditolak, Mahkamah yang sama telah menetapkan untuk meneruskan pendengaran Saman Pemula yang difailkan oleh ketiga-tiga Adun Bebas tersebut dan tarikh pendengaran Saman Pemula telah ditetapkan pada 8 April 2009 ini.
6. Selagi Mahkamah belum mendengar dan memutuskan isu yang dibangkitkan di Saman Pemula yang difailkan oleh ketiga-tiga Adun tersebut, ketiga-tiga mereka belum boleh dikatakan sebagai wakil rakyat yang sah dan kerusi mereka juga tidak boleh dikatakan tidak kosong seperti mana yang dilaporkan oleh TV3 dan Utusan Malaysia.
7. Pasukan Peguam Sivakumar telah memutuskan untuk memfailkan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh tersebut dan terdapat kemungkinan besar keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh tersebut akan diketepikan oleh Mahkamah Rayuan kelak seperti mana Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Dato' Ridzuan yang melarang Sivakumar diwakili oleh peguam.
Saya harap penjelasan di atas dapat sedikit sebanyak membetulkan salah faham para pembaca di atas laporan putar belit TV3 dan Utusan Malaysia di atas.
-harakahdaily.net-

Siti Nurhaliza, Dato' K temui TG Nik Aziz




Salmah Mat Husain Foto Rizal Tahir
KOTA BHARU, 2 April ((Hrkh) - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza Taruddin hari ini melakukan kunjungan hormat terhadap Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas sekian lama menyimpan hasrat bertemu tokoh ulama tersebut.Ketika ditemui selepas kunjungan itu beliau melahirkan rasa syukur kerana hasrat yang telah lama diidamkan akhirnya menjadi kenyataan."Selama ini saya hanya mengenali Tuan Guru melalui media massa sahaja tanpa bertemu secara dekat."Alhamdulillah Tuan Guru bersedia menerima kunjungan hormat saya dan suami. Pertemuan ini sebenarnya tiada sesuatu yang istimewa, maksudnya tiada agenda apa-apa."Orang kata sepanjang hidup ni nak jugalah bertemu dengan Tuan Guru kerana saya begitu menghormati beliau secara peribadi," ujarnya.Beliau berkata, Menteri Besar Kelantan seorang yang berpegang pada prinsip serta ajaran agama.Pertemuan yang diadakan di Pejabat Menteri Besar berlangsung kira-kira setengah jam turut dihadiri suaminya, Dato' Seri Khalid Jiwa atau lebih dikenali dengan panggilan 'Dato' K'.Siti Nurhaliza yang lebih mesra dengan panggilan 'Siti' mengambil peluang bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz kerana diundang membuat persembahan pada majlis Sultan Kelantan sempena keputeraan baginda malam tadi.Sempena kunjungan itu, Siti turut menyampaikan cenderahati kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Menteri Besar juga menyampaikan cenderahati kepada mereka.Pada pertemuan tersebut Dato' K juga bertanya tentang kesihatan Menteri Besar yang dihidapi sebelum ini.Sementara itu kakitangan Pejabat Menteri Besar dan pejabat berdekatan turut mengambil peluang bertemu dengan selebriti ternama itu sambil bersalam dan bergambar.


-harakahdaily.net-

Komen Nur12: Rupa2nya Dato' Siti pun ada 'menaruh' perasaan pada Tok Guru..Syabas Dato' Siti&Dato' K,moga mendapat berkat.Harap Dato' Siti boleh abadikan satu lagu istimewa buat Tok Guru..

Khamis, 2 April 2009

Menteri jaga agama bersama gadis seksi pancing undi BN?




Kehadiran Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ismail Saffian di majlis makan malam di Kampung Baru Kuala Sepetang - sebuah perkampungan nelayan di DUN Kuala Sepetang di parlimen Bukit Gantang - kini menjadi bahan perbualan.

Majlis tersebut diserikan dengan konsert tiga gadis manis berimej seksi selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dan calon BN selesai menyampai ucapan meminta hadirin menyokong BN dalam pilihanraya kecil parlimen itu.

Tiga artis Cina berseluar pendek dan singlet biru itu menari dan menyanyi lagu rancak sewaktu Zahid sedang mengadakan sidang media di depan pentas tersebut.

Majlis makan malam perpaduan dihadiri kira-kira 1,500 orang.Sebelum beredar, para wartawan menemuinya untuk meminta penjelasan berhubung ucapannya sebelum itu.

Dalam sidang akhbar, beliau ditanya mengenai keberkesanan pendekatan nyanyian dan tarian bagi menarik pengundi Cina.Beliau, yang juga ahli parlimen Bagan Datoh, menegaskan bahawa ia "harus dihormati kerana ia sebahagian daripada budaya Cina."


Di kawasan saya, saya bukan memenangi hati orang Cina dengan tarian rancak begini."Tetapi kita mesti hormat, ini adalah satu kebudayaan orang Cina."Di kawasan saya ada 20 peratus pengundi Cina, saya juga pergi ke tokong Cina dan menghadiri majlis pengkebumian orang Cina."Saya tahu bagaimana hendak menghormati keluarga orang Cina dan orang mudanya," tegas Zahid, yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Perak.


Ditanya mengenai sokongan pengundi kaum itu kepada BN, beliau percaya sokongan kepada BN semakin meningkat kerana kerajaaan persekutuan dan kerajaan sudah berusaha untuk menyelesaikan masalah orang mereka."Sokongan pengundi Cina, mengikut laporan, semakin bertambah sekarang ini. Kerajaan pusat mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

"(Sokongan bertambah) setelah kita mengangkat semua masalah (mereka) ini kepada menteri berkenaan. Dan tindakan segera sedang dilakukan," katanya.

Beliau turut menafikan undi sesuatu kaum tertentu menjadi faktor penentu keputusan pilihanraya kali ini."Semua kaum menjadi penentu. Dan semua undi penting, sama ada undi Cina, India atau Melayu. Dalam keadaan pilihanraya umum, lebih lagi pilihanraya kecil, kita tidak boleh abaikan mana-mana undi, daripada mana-mana kaum."Satu undi pun sangat bermakna (kepada BN) dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang ini," katanya.Sebelum itu dalam ucapannya, kerajaan telah mengenal pasti beberapa masalah utama nelayan di kawasan itu, termasuk gangguan lanun dan tentera Indonesia, masalah subsidi petrol dan operasi bot haram.Tindakan lanjut sedang diusahakan kementerian yang berkaitan, tambahnya.


-Malaysiakini-.

FRU diguna untuk pasang poster BN


BUKIT GANTANG :"liputan kepada calon PAS ditahap tidak membanggakan tetapi saya tetap ucap terima kasih" demikian antara kenyataan awal Pengarah Pilihanraya PAS Bukit Gantang yang juga Timbalan Presiden PAS, Ust. nasharuddin Mat Isa dalam sidang akhbar di Markas Operasi PAS di bini sebentar tadi.
Beliau juga menyatakan pendirian PAS untuk teruskan program yang diatur termasuk isu panas seperti altantuya, raja dan sebagainya kerana inilah waktu terbaik rakyat dengar isu dari pihak kedua..
"Dalam keadaan kepimpinan baru yang tinggal beberapa jam akan angkat sumpah tetapi demokrasi semakin sempit dan kita menyesali dengan salah guna kuasa pihak berkuasa dalam pilihanraya ini begitu ketara" katanya.
Ust. Nasruddin menjelaskan antaranya polis yang membantu BN pasang alat kempen, dengan bukti gambar yang ditunjukkan kepada wartawan.
Beliau juga mengulas menteri perumahan dan kerajaan tempatan, ong ka chuan bersama Zambry yang kononnya akan menyerakan tanah kepada kaum Cina, namun tidak ada suara bantahan dari pemuda UMNO, sedangkan sebelum ini pemuda umno bangkit mencela dasar pemberian tanah kepada orang cina dan sekolah agama rakyat dan sekolah cina. Semalam pemberiaan tanah kepada orang cina tidak ada respon. kita bertanya kepada peminpin baru yang di lantik. soalnya.
Dalam sidang media itu beliau mewakili PAS merakam ucapan terima kasih YAB Nizar selama memerintah negeri ini dan banyak membawa perubahan, dan sikap beliau disenangi oleh rakyat adalah faktor mengekalkan kemenangan. Selain itu faktor almarhum Hj. Roslan shahrum yang memberi khidmat yang baik.
"Sokongan masyarakat berbilang kaum juga akan memenangkan calon kita, tema PAS For All akan diteruskan, inilah politik baru yang dilakukan oleh DS. Nizar.
Ust. Nasa jugta menegaskan "kami sedia bayar polis kalau boleh jaga kesleamatan pasang bendera.bagi saya adalah keterlaluan."
"Perkara ini akan dilaporkan, kita ada adveden yang jelas.sepatutnya layanah diberikan sama.'tegasnya.
Mengulas politik baru dijelaskan beberapa contoh yang dilakukan, seperti pilih ketua kampung, pemilihan ahli majlis dari NGO's, bekalan air percuma 10 meter padu,dan semua parti politk dibenarkan guna bangunan untuk rakyat.
Mengenai slogan "mohon restu rakyat", kita tidak menolak rakyat boleh memilih pemimpin rasuah, tinbul pertanyaan ada orang yang rasuah digantung tidak betanding, ada yang rasuah dibenar bertanding. Jawapan nya jangan berikan lagi sokongan kpd mereka."saya tidak nampak perubahan dari pemilihan umno, orang berubah tapi dasarnya masih sama, kalau ini lah restu yang diminta kita tidak memberi sebarang restu."kata Ust. Nasa.
Mengulas kenyataan Mohyiden ada angin perubahan dikalangan orang melayu, katanya "angin ini pada kita, itu kenyataan politik. sedangkan kesangsian rakyat kepada BN masih tinggi, terus menerus isu tidak dapat dijawab, kita mohon kerajaan saman akhbar asing tentang keterlibatan Najib dalan kes Altantuyya. Kita saman akhbar the herold bila dikaitkan Hj. hadi orang no, 3 pengganaas dunia dan ditahan di guatama, kita minta dibersihkan, kalaun tidak jangan pergi jumpa agong esok".
Kalau senyap seolah-oleh redha dalam Islam, seolah-olah kenyataan itu betul, ini akhbar antarabangsa, kalau boleh saman kalau petang ni, jelasnya.Mengenai kempen Mahadhir di Bukit Gantang,kata beliau Tun adalah barang dikitar semula, tidak keluar tidak masuh, dia sendiripun tidak percaya kepad umno macam mana dia nak kempen, kita percaya tidak dapat memberi kesan kepad proses kempen.

Nizar difitnah

Musuh politik PAS dan Hj Nizar sudah semakin terdesak, rakyat Bukit Gantang sudah mual dan muak dengan BN. Mereka sudah turun habis-habisan dengan jutaan wang ringgit. Projek "mee segera" terus dilaksanakan kepada rakyat dan berbagai janji manis ditaburkan, namun tidak ada petanda baik untuk BN menang di Bk. Gantang.
Mereka perkudakan blogger-blogger yang bersama dengan mereka. Sebelum ini, blogger tersebut membuat ancaman bunuh ke atas Hj Nizar, menghina Hj Nizar dengan membuat aturcara kononnya Hj Nazir akan menghadiri majlis melapah daging babi, main telur anjing, merasmikan kuil dan sebabagainya. Rakyat semakin benci kepada BN. Fitnah baru pula dihamburkan iaitu kononya Hj Nizar mempunyai girl friend yang akan dinikahinya nanti. Inilah fitnah jahat dari agen-agen upahan murahan UMN BN untuk cubaan memburukkan imej Nizar supaya ditolak oleh pengundi. Tetapi kita percaya, UMNO BNlah yang akan ditolak oleh pengundi dan rakyat Bukit Gantang.
-Misbahul Munir Masduki-

Mahkamah Tinggi tolak permohonan speaker DUN Perak

IPOH: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V.Sivakumar untuk mengenepikan saman pemula yang difailkan oleh tiga anggota DUN masing-masing bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang.
Hakim Datuk Balia Yusof Wahi turut menolak permohonan enam pihak termasuk tiga Exco kerajaan negeri Perak Pakatan Rakyat iaitu A.Sivanesan, Tai Sing Ng dan Chan Fook Chye serta tiga pengundi DUN berkenaan untuk bertindak sebagai pencelah dalam kes berkenaan dengan kos.
Keputusan sementara ini bukan berarti ketiga-tiga Adun bebas berkenaan iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kpt (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) sehingga hari ini masih kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi DUN berkenaan tidak kosong kerana perbicaraan seterusnya akan ditentukan bermula 8 April nanti.
Dalam saman pemula itu, tiga Adun berkenaan yang menamakan Sivakumar sebagai defendan memohon supaya mahkamah mengisytiharkan kerusi masing-masing tidak kosong dan mereka masih wakil rakyat yang sah setelah Sivakumar memutuskan yang mereka telah mengosongkannya.
Februari lepas, ketiga-tiga wakil rakyat itu keluar parti masing-masing, iaitu Jamaluddin dan Mohd Osman daripada PKR dan Hee daripada DAP, dan ini mendorong Sivakumar mengisytiharkan tiga kerusi itu kosong kerana mendakwa mereka telah menandatangani surat peletakan jawatan selepas menang dalam pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas.
Beliau berkata mahkamah juga telah menetapkan Rabu depan sebagai tarikh pendengaran saman pemula berkenaan.Bagaimanapun ia bergantung kepada sebarang penghakiman yang akan dibuat di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya berhubung beberapa persoalan perlembagaan pada Jumaat ini.
Sebelum ini, pihak plaintif telah memohon untuk merujuk kepada Mahkamah Persekutuan berhubung tafsiran Undang-undang Tubuh Negeri Perak mengenai sama ada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau Speaker Dewan Undangan Negeri Perak adalah pihak yang berhak dan berkuasa untuk menentukan sesuatu kerusi DUN itu kosong atau sebaliknya.
Antara alasan yang diberikan oleh hakim untuk menolak permohonan pencelahan oleh enam pihak itu adalah kerana mereka bukan pihak diperlukan dalam kes itu, hak mereka tidak terjejas dengan penghakiman terhadap plaintif manakala bagi tiga Exco yang mendakwa masih Exco yang sah dan akan hilang hak serta elaun jika tidak mencelah pula, hakim menganggap itu hanya hak komersial sedangkan penghakiman memerlukan hak daripada segi undang-undang.
"Bagi tiga pengundi di kawasan DUN berkenaan pula mereka hanya memohon untuk kepentingan politik mereka yang mana bukan dari segi hak dan kepentingan undang-undang di dalam kes ini," katanya.
Esok (hari ini), Mahkamah Tinggi Ipoh dijadual mendengar satu permohonan deklarasi mahkamah oleh Menteri Besar Perak yang merampas kuasa Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exconya supaya mahkamah mengisytihar tindakan Sivakumar menggantung mereka daripada menghadiri persidangan DUN sebagai tidak sah dan menyalahi Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.
Pada 18 Februari lepas, Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exco berkenaan daripada menghadiri persidangan DUN masing-masing selama 18 bulan dan 12 bulan.

Rabu, 1 April 2009

Fakta: UMNO/PEKEMBAR gadai tanah rezab Melayu

Ust. Idris Hj. Ahmad


Umno Perak terutama Dato’ Zambry ketika Pakatan Rakyat memerintah Perak antara orang yang lantang menuduh Dato’ Seri haji Nizar boneka kepada China DAP kerana beri tanah kepada orang China di Perak. Modal yang sama juga sedang difitnah oleh jentera Umno/BN kepada pengundi Bukit Gantang. Fitnah kalau undi Pas/Pakatan Rakyat bermakna menggadai tanah orang melayu kepada bangsa asing.
Ini adalah jawapan kepada Dato’ Zambry dan kuncu-kuncu Umno, bahawa yang khianat tanah orang Melayu ialah pemimpin Umno, bukan Pas, bukan DAP dan bukan PKR.
Fakta yang Dato’ Seri haji Nizar kemukakan sudah cukup untuk membuktikan Umno pengkhianat kepada orang Melayu bukan Pakatan Rakyat. Sebagaimana kita sudah buktikan Umno kepala bapa penderkahaka kepada Raja-Raja Melayu.
Sekarang fakta menunjukkan Umno yang khianat tanah orang melayu dan rakyat di negeri Perak.
Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
Melayu sangatkah Umno, sehingga buat bising fasal tanah 3000 ekar yang diberi kepada orang China yang memang haknya untuk dapat kerana mereka adalah rakyat di negara ini, mereka bukan China Singapura atau China Vietnam.
Kalau Umno tuduh Pakatan Rakyat boneka China dan khianat tanah orang Melayu kenapa tanah yang dipohon oleh Tuan Guru Haji Abdul Latif (Pondok Pak Teh Kroh Grik Perak) sejak 1996 telah diluluskan oleh Exco PR pada 2008 sebanyak 45 ekar. Kalau kerajaan yang dipimpin oleh Dato’ Seri Haji Nizar boneka China sudah tentulah permohonan ini tidak diluluskan. Adakah pemimpin Umno ingat Pak Teh ini China Taiwan sehingga permohonan beliau tidak diluluskan. 12 tahun Pak Teh menunggu kelulusan. Tiba-tiba kerajaan yang kononnya boneka China meluluskan permohonan tersebut walaupun tidak sampai sepuluh bulan memerintah. Manakala Umno yang mendakwa tonggak orang Melayu telah kianat kepada bangsa sendiri walaupun tanah itu untuk kegunaan pondok.
Ini fakta menunjukkan Umno penjahanam tanah orang Melayu;
22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur).
Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.
Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umnolah pengkhianat dan menggadai tanah orang melayu, Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP. Sebenarnya slogan Umno “Hidup Melayu” perlu ditukar kepada slogan sebaliknya, iaitu “di mana Umno kuat di situ Melayu merempat”.

Permohonan Nizar MB yang sah didengar esok

IPOH: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan esok untuk mendengar permohonan kebenaran (leave application) oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mendapatkan perintah mahkamah beliau masih Menteri Besar Perak yang sah.
Kes itu akan didengar oleh Hakim Datuk Aziz Abdul Rahim, yang baru ditukarkan dari Mahkamah Tinggi Kuching, Sarawak, ke sini.
-BH ONLINE-