Sabtu, 27 Februari 2010

Jenazah Dato Che Hasyim Embi disolatkan di surau Madah




Jenazah bekas Pengarah Penyiaran Negeri Pahang dan penyampai berita RTM,Dato Che Hasyim Embi telah selamat disembahyangkan di surau Madah selepas solat Asar pada petang kelmarin.

Almarhum meninggal dunia pada pagi kelmarin dirumah anaknya di Sri Manjung akibat kanser prostet.

Solat jenazah telah diimamkan oleh Ydp Pas Kawasan Lumut dan disertai kira-kira 50 ahli jemaah surau Madah.Turut hadir beberapa rakan karib dan sanak saudara terdekat Allahyarham.

Sejurus selepas solat jenazah dibawa ke tanah perkuburan Islam kampung Teluk Penchalang untuk dikebumikan.

-Nur12-

Jumaat, 26 Februari 2010

Bekas Pembaca Berita Terkenal RTM, Datuk Chek Hashim Embi Meninggal Dunia

Assalamualaikum w.b.t,

Bekas pembaca berita terkenal Radio Televisyen Malaysia (RTM) Datuk Chek Hashim Embi meninggal dunia pada pukul 10.57 pagi tadi akibat kanser prostat.

Sebelum ini Allahyarham dirawat di Hospital Sri Manjung, Perak dan selepas itu ditempatkan di rumah kakaknya.

Jenazahnya akan disembahyangkan di surau Madah, Manjung dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Teluk Pencalang, Pasir Panjang, Perak selepas solat Asar hari ini.

Dengan ini seluruh warga Pas kawasan Lumut mengambil kesempatan merakamkan ucapan Ta'ziah kepada seluruh ahli keluarga Dato Chek Hasyim Embi dan mendoakan semoga Almarhum ditempatkan bersama para Salihin.Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas ruhnya.Amin.

-Nur12-

Khamis, 25 Februari 2010

Pejabat Tanah Manjung robohkan rumah tanpa belas ehsan

setelah rumah dirobohkan keluarga malang ini terpaksa makan dan berteduh dibawah pokok

Adun Sitiawan,Dato' Ngeh sedang menerima aduan

keadaan rumah setelah dirobohkan

Tanggal 23 Februari 2010 Encik Kaliapan yang tinggal di kediaman yang didirikannya, di rizab sungai Kampong Ban Joo Seng, Lumut sangat terharu apabila beliau pulang dari laut mencari ikan sebagai punca pendapatan telah dirobohkan oleh pihak Pentadbir Tanah Daerah Manjung. Rumahnya dirobohkan oleh pihak berkuasa dengan bantuan pihak Polis. Beliau yang mempunyai dua isteri dan 15 anak tinggal di rumah tersebut lebih 20 tahun, semata-mata memudahkan mereka untuk kelaut mencari ikan. "Tak tahulah apa sebabnya rumah ini dirobohkan" kata Kaliapan. Banyak lagi rumah-rumah berhampiran yang didirikan di Rizab Sungai tidak pula dirobohkan. Sikap double standard pihak berkuasa mengenai perkara ini menyedihkan keluarga ini. Sudahlah kehilangan tempat tinggal, tiada apa-apa bantuan oleh kerajaan, bagi membantu keluarga ini mendapatkan sebidang tanah bagi mendirikan sebuah rumah untuk mereka Jajarkan ke Tengahberteduh dan mencari rezeki.

Satu lagi lokasi ialah di tepi pantai Teluk Muruh, di mana empat buah rumah yang dijadikan stor menyimpan peralatan menangkap ikan juga dirobohkan. Mereka telah mengadu kepada Setiausaha Sulit Khas Menteri Besar, Rashidi Ibrahim, tetapi tiada apa-apa tindakan susulan membantu mereka. Mereka juga tidak berpuashati kerana, terdapat individu lain membina di tanah rizab sungai ditempat yang sama tetapi tidak dirobohkan. Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir selaku Menteri Besar dan ADUN Pangkor sepatutnya mengambil perhatian sewajarnya bukan duduk diam walaupun dia mengetahui perkara ini. Kepentingan rakyat marhaen perlu dibela, bukannya melakukan sesuatu untuk kepentingan pembangunan tetapi melupakan rakyat yang terhimpit.

-N51 Pasir Panjang-

Selasa, 23 Februari 2010

Pemuda Umno biadab koyak surat jemput debat

KUALA LUMPUR, 23 Feb: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan mengecam tindakan tidak beradab Pergerakan Pemuda Umno apabila mengoyak surat cabaran debat mengenai isu penindasan orang Melayu di Pulau Pinang yang dihantar oleh Pemuda Pakatan Rakyat.

"Kalaupun tidak bersetuju kenapa tidak balas sahaja surat tersebut tanpa perlu bersikap biadap dengan mengoyak surat tersebut?" soal beliau ketika dihubungi tadi.

Sehubungan itu, beliau mencabar Pemuda Umno tampil ke hadapan umum untuk berdebat dengan Pemuda Pakatan Rakyat.

"Debat ini sekaligus menjadi pengukur atau penentu apakah dakwaan Pemuda Umno itu jujur, benar ataupun hanyalah satu mainan politik desperado.

"Bukankah mereka nak perjuangkan nasib orang Melayu di Pulau Pinang, tampillah dan bawa bukti, fakta atau 'figure' sekiranya mereka benar," ujarnya.

Berita di dalam Astro Awani semalam, menunjukkan Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang mengoyak surat cabaran debat yang dihantar oleh Pemuda Pakatan Rakyat.

Pergerakan Pemuda Umno dikatakan hanya ingin berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

"Kalau alasan hanya hendak berdebat dengan Lim Guan Eng macam mana pulak kalau saya nyatakan Lim Guan Eng hanya layak berdebat dengan menteri-menteri Umno, dan bukannya Pemuda Umno.

"Jadi persoalannya sampai bila kebenaran ini akan ditegakkan. Jika Umno benar usah berdolak dalik,” ujarnya lagi.

-harakahdaily-

Ahad, 21 Februari 2010

Konvensyen Blogger Pas Perak capai sasaran

wakil Lumut ke konvensyen bloggers Pas Perak,dari kiri En.Hamidon(Pusat Khidmat),PejuangMuda,Nur12 dan sdr. Ikmal.


PARIT BUNTAR , 20 Feb. :- Konvensyen Blogger PAS yang diadakan di sini telah mencapai sasaran penganjur apabila berjaya mengumpulkan sekitar 50 orang Blogger PAS .

konvensyen sehari itu telah menampilkan perbentangan beberapa kertas kerja yang disampaikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Dr. khairuddin Dato Abdul Malik dan Mantan SU Akhbar MB Pakatan Rakyat Perak, Hj. Anuar Hashim. Manakala slot khas pula ialah perbentangan isu semasa dan dailog bersama DS. Nizar serta persembahan dan pelancaran album nasyid kumpulan Q-Har.

Majlis penutup pula di sempurnakan oleh Tuan Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Abu Bakar Hussain.

Selain itu konvensyen pada hari ini menyaksikan penubuhan Sekretariat Blogger PAS Perak.

-CINAISLAM-

Komen Nur12: Lagi laporan di ajijoi.blogspot,albanjari.

Ahad, 14 Februari 2010

Pemuda Pas sedia kerjasama dengan jabatan agama

KUALA LUMPUR, 13 Feb: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, pihaknya sedia mengadakan kerjasama dengan jabatan agama negeri-negeri bagi membendung gejala zina yang semakin berleluasa sekarang.

Beliau yang merujuk kepada tahap gejala sosial termasuk zina yang semakin parah sebagaimana yang dilaporkan media arus perdana hari ini.

Ini, katanya ditambah dengan laporan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bahawa terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa sejak tahun 2000 hingga Julai 2008.

Nasrudin menyatakan demikian pada sidang media selepas melancarkan Kempen Anti Zina, Arak dan Pergaulan Bebas di Pasar Seni, di sini, petang ini. Hadir sama ialah timbalan dan naibnya, Azman Shapawi Abdul Rani dan Ahmad Sabki Yusof serta beberapa Exco Pemuda PAS Pusat.

Katanya, kebetulan pula esok adalah sambutan Valentine’s Day.

“Kita lihat masyarakat kita sambut Valentine’s Day tak ubah sebagaimana orang barat menyambutanya,” ujarnya.

Bahkan, katanya Pemuda PAS Pusat turut menghantar memorandum kepada pihak Menara Kuala Lumpur yang mengadakan sambutan itu dengan program yang merosakkan golongan muda.

Mengenai kempen anti zina, beliau memberitahu ia dijalankan secara berterusan sepanjang masa.

“Kita menyedari jika kita tidak mengambil berat dalam perkara ini, maka gejala ini semakin teruk,” ujarnya.

Tambahnya, kempen anti zina adalah salah satu daripada tiga kempen yang dilaksanakan oleh pihaknya pada mesyuarat Pemuda PAS Pusat hari ini.

Menurutnya lagi, kempen kedua ialah Kempen Lailahaillallah lanjutan daripada pendirian PAS Pusat bahawa penganut agama samawi boleh menggunakan kalimah Allah tetapi tidak boleh menyalahgunakannya yang boleh mengelirukan umat Islam.

Selain itu, katanya satu lagi ialah Kempen Selamatkan Negara daripada penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan salah urus tadbir negara pihak pemerintah.

-harakahdaily-

Khamis, 11 Februari 2010

Zambry perlu bubar Dun jika utamakan rakyat

IPOH, 10 Feb: Dewan Pemuda PAS Perak mencabar Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir agar membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) jika benar Umno/BN mengutamakan rakyat.
Pemangku ketuanya, Mohd Nur Amin berkata, ini kerana rakyat telah memilih Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu, justeru hak mereka yang telah dicabuli mesti diserahkan kembali.
Beliau berkata, Pemuda PAS negeri juga mencabar pendirian Adun Behrang, Changkat Jering dan Jelapang agar mengisytiharkan status sama ada sebagai wakil Bebas atau di dalam BN kerana terus dipertikaikan.
Katanya, ini kerana pemerintahan kerajaan BN bila-bila masa sahaja akan jatuh semula sekiranya mereka mengubah pendirian di samping tidak harus mempersendakan rakyat yang memilih mereka atas nama PR semasa PRU ke-12 lalu.
Pihaknya juga juga meminta seluruh petugas Pemuda PAS dan PR agar terus mengadakan kempen kesedaran kepada rakyat berkaitan nasib mereka akibat perkembangan yang berlaku itu.
“Kesedaran mendaftar sebagai pemilih mesti digerakkan agar rakyat akan kembali memartabatkan PR sebagai pemerintah bagi menghadapi sebarang kemungkinan kelak,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Katanya, Pemuda PAS negeri mencabar pemimpin Umno/BN bagi menyediakan pentas atau forum berkaitan situasi yang ada itu jika mereka benar-benar meyakini berada di landasan betul.
“Pemuda PAS Perak juga akan membuktikan bahawa rakyat selesa dengan pentadbiran 11 bulan PR pada tahun lepas berbanding dengan pemerintahan kudeta Umno/BN pada 11 bulan yang lalu,” katanya lagi.
Tambahnya, hak rakyat mesti dikembalikan setelah dicabuli oleh Umno/BN dan mereka mesti menjadi hakim bagi menentukan siapakah yang paling layak memerintah ini.
-Harakahdaily-

Selasa, 9 Februari 2010

Terkini dari Istana Keadilan

11.30 am: Laporan berakhir di sini.

11.15 am: Mahkamah isytihar Zambry menang.Keputusan tidak memihak kepada rakyat.

10.35 am: Zambry dilaporkan tidak kelihatan dalam mahkamah,hanya 10 Adun BN yang hadir.


10.25 am: Ketua Hakim Malaya,Tan Sri Arifin Zakaria sedang membaca penghakiman.

10.15 am: Hakim mula mengambil tempat,persidangan baru bermula.Keputusan akan diumum bila-bila masa dari sekarang.


(maklumat dari al-banjari,perakexpress,cina islam)

-Nur12-

Sokongan padu buat DS Nizar


Esok keputusan siapa MB akan diumumkan.Moga berpihak kepada Pakatan Rakyat.Dato Seri Nizar,sebagaimana yang ditegaskan sebelum ini bahawa jika keputusan berpihak kepada PR maka DUN Perak segera akan dibubarkan bagi mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk menentukan kerajaan pilihan mereka.Inilah jalan penyelesaian hakiki terhadap permasalahan di Perak.
Dppkl dengan ini ingin mengambil kesempatan untuk menyatakan sokongan padu kepada DS Nizar dan seluruh warga Pakatan Rakyat terhadap apa saja keputusan yang dibuat pimpinan Pakatan Rakyat.
Dppkl dengan ini juga berdoa kepada Allah Yang Memiliki Segala Kerajaan,supaya memberi kekuatan kepada DS Nizar dalam menghadapi sebarang cabaran mendatang.Semoga Allah juga memberi kemenangan buat DS Nizar dan rakyat Perak seluruhnya.
Ya Allah,perkenankanlah.
-Nur12-

Ahad, 7 Februari 2010

Solat Hajat Selamatkan Perak


Solat Hajat "selamatkan Perak"
bersama YAB Datuk Seri Haji Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin
Hari Isnin
8 februari 2010
Masjid Kg Jeram Kampar
Solat Maghrib Berjemaah

Sabtu, 6 Februari 2010

2 hari bersama Wanita Pakatan Rakyat

1. Jumaat 05-02-10, Sepetang Bersama Wanita Pakatan Rakyat - 'kita bersaudara' anjuran Wanita Pakatan Rakyat Lumut. Tetamu kehormat Dato Seri Nizar Jamaluddin dan Dato Ngeh Ko Ham.

















2. Khamis,04-02-10.Sekretariat Wanita Pakatan Rakyat dengan diiringi muslimat Lumut melawat wad 9,Hospital Sri Manjung.











-Nur12-

Khamis, 4 Februari 2010

Zamree kudeta minta ajk masjid buat tahlil


Surat ni penulis copy dari blog al-banjari,arahan dari Jaip supaya ajk masjid seluruh negeri Perak hadir ke rumah rasmi MB haram jadah sempena majlis tahlil.kome rasa la ada x dia minta supaya yang hadir wat sembahyang hajat untuk keputusan pada 9hb ni menyebelahi dia.















ex-lynxcrew

Isnin, 1 Februari 2010

Kenyataan Zambry sombong, dangkal dan bodoh

Ismail Hashim

KUALA LUMPUR, 1 Feb: Kenyataan Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang meminta 28 Adun Pakatan Rakyat di negeri itu mengosongkan jawatan dilihat sebagai bukan sahaja sombong dan dangkal bahkan bodoh sebagai seorang ahli politik berwibawa.
Setiausaha PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Haji Masduki berkata, kenyataan Dr Zambry yang mencabar semua Adun PR melepaskan jawatan untuk dipertandingkan semula menampakkan kecetekan beliau di dalam ilmu pengetahuan berpilihan raya di negara ini.
Di dalam satu portal berita, Dr Zambri dilapurkan mencabar 28 Adun PR mengosongkan kerusi mereka bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan di kerusi-kerusi.
"Kalau pembangkang rasa mereka popular sekarang, bubarlah 28 kerusi mereka. Kita tengok sama ada mereka dapat semula 28 kerusi DUN ataupun tidak dalam pilihan raya kecil," katanya selepas diwawancara dalam program Setahun Melayari Arus di studio Perak FM Ipoh hari ini.
Menurut Ustaz Misbah, Dr Zambry mengeluarkan kenyataan itu tanpa meneliti aturan dan peraturan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang dengan tegas menyebutkan; mana-mana wakil rakyat yang meletakkan jawatan; beliau tidak boleh bertanding dalam masa lima tahun berikutnya.
Inilah yang Dr Zambry terlepas pandang dan pasti beliau tidak mempunyai maklumat ini sebab itulah beliau dengan tidak semena-mena membuka tembelang dirinya yang kononnya bijak berpolitik, jelasnya.
“Sepatutnya Dr Zambry yang isytiharkan pembubaran Dun Perak untuk diadakan pilihan raya semula bagi membolehkan rakyat negeri ini memilih PR yang layak atau BN yang akan ditumbangkan mengikut lunas demokrasi.
“Bukannya dengan membuat kenyataan yang menampakkan sikap sombongnya dalam mempertahankan perbuatan merampas Kerajaan Perak bermula 6 Februari 2008 lalu, malah dilihat oleh rakyat sebagai dangkal dan bodoh,” tegasnya kepada Siasah baharu sebentar tadi.
Ustaz Misbah berkata, PAS berkeyakinan penuh suasana Negeri Perak akan kembali makmur dan segar semula dan perasaan rakyat keseluruhannya akan berpuas hati sekiranya Dun dibubarkan untuk pemilihan kerajaan baharu.
-harakahdaily-

Ahad, 31 Januari 2010

Pemuda berikrar kembalikan Perak kepada Pakatan Rakyat

Sebahagian pemuda Lumut yang hadir ke program HEMPAP diketuai Ust Bad sedang bergambar semasa perhimpunan berlansung.
LARUT, 31 Jan: 10 ribu pemuda PAS Perak yang berhimpun di sini hari ini membuat ikrar janji akan memastikan Pakatan Rakyat mendapat kembali kerajaan negeri ini pada Pilihan Raya Negeri yang bakal diadakan.

"Bahawasanya kami pemuda PAS Perak dengan ini berikrar setia dan berjanji akan mempertahankan hak demokrasi tulen pengundi-pengundi Perak.

"Bahawasanya kami akan memastikan kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya negeri Perak.

"Bahawasanya kami akan memulangkan tampuk pemerintahan negeri Perak kepada Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin".

Bacaan ikrar tersebut diketuai pemangku ketua pemuda PAS, Nuru Al-Amin diikuti seluruh pemuda PAS Perak di hadapan Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan dan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

Ianya sekaligus membuktikan kesiapsediaan jentera pemuda menggalas tugas parti dalam misi mengembalikan hak dan maruah rakyat negeri ini.

Nasruddin dalam ucapannya sebelum itu memberikan kata-kata semangat kepada seluruh jentera pemuda PAS Perak agar melakukan persedian mental, fizikal dan rohani berdepan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu."Soal tarikh Pilihan Raya soal kedua, yang penting pemuda PAS sedia bila-bila masa.

"Kita kena yakin, kemenangan adalah kurnian Allah SWT, oleh itu hubungan kita dengan Allah jangan sesekali retak, jangan sesekali putus," katanya.

Namun jelasnya apa yang lebih penting adalah tugas pemuda berdamping setiap anak muda di semua peringkat termasuk Dun, kawasan mahupun cawangan.Tugas pemuda bukan sekadar memenangkan Pakatan Rakyat, malah lebih besar dari tu adalah menyampai dan menerangkan dasar Islam yang diperjuangkan PAS.

"Gerakkan komitmen semaksima mungkin, hidupkan jentera kita di semua peringkat sama ada cawangan, Dun, kawasan mahupun negeri.

"Kita kena cipta pelbagai aktiviti untuk bersama dengan anak muda," katanya lagi.

Tugas tersebut jelasnya adalah tanggungjawab semua ahli pemuda tanpa mengira pangkat dan jawatan yang dipegang."Saya harap tiada siapa yang mengecualikan diri dari amal Islami ini."Ayuh kita memberikan sumbangan, pengorbanan kepada perjuangan agama Allah ini untuk kebaikan umat Islam dan rakyat di negeri Perak ini," katanya.


-harakahdaily-

Khamis, 28 Januari 2010

Pas seru solat hajat untuk Kelantan dan Perak

KUALA LUMPUR, 27 Jan: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyeru ahli dan penyokong untuk melakukan Solat hajat secara serentak diseluruh negara pada malam ini 28 Januari 2010, selepas waktu Isyak.
Program ini khusus bagi memohon kepada Allah swt semoga rakyat Kelantan mendapat hak mereka dalam tuntutan royalti dan Negeri Perak mendapatkan semula Menteri Besar yang dirampas jawatannya oleh Umno-Barisan Nasional tahun lepas.Program ini boleh diadakan dimasjid surau serta markas-markas PAS sebagai menunjukan keprihatinan kita kepada rakyat di kedua-dua negeri yang tertindas ini.
PAS yakin doa-doa orang yang dizalimi akan dimakbulkan Allah dan kezaliman dapat ditumpaskan, kata Ketua Penerangannya, Idris Ahmad dalam satu kenyataan."PAS menyakini bantuan Allah dan sesekali kita tidak akan berputus harap sehinggalah Allah memberikan kemenangan kepada rakyat yang ditindas ini," katanya.
-harakahdaily-

Rabu, 27 Januari 2010

RENUNGAN : 74 wasiat untuk pemuda

12 Safar 1431H
Emel : sal_ehs gerrard

"Segala puji bagi Allah yang berfirman:“Dan sungguh Kami telah memerintahkan orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan (juga) kepada kamu; bertakwalah kepada Allah.” (An-Nisa’: 131)

Serta shalawat dan salam semoga senantiasa tercurah kepada hamba dan rasul-Nya Muhammad yang bersabda:
“Aku wasiatkan kepada kalian agar bertakwa kepada Allah , serta agar kalian mendengar dan patuh.”

Dan takwa kepada Allah adalah mentaati-Nya dengan melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.

Wa ba’du:
Berikut ini adalah wasiat islami yang berharga dalam berbagai aspek seperti ibadah, muamalah, akhlak, adab dan yang lainnya dari sendi-sendi kehidupan. Kami persembahkan wasiat ini sebagai peringatan kepada para pemuda muslim yang senantiasa bersemangat mencari apa yang bermanfaat baginya, dan sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman. Kami memohon kepada Allah agar menjadikan hal ini bermanfaat bagi orang yang membacanya ataupun mendengarkannya. Dan agar memberikan pahala yang besar bagi penyusunnya, penulisnya, yang menyebarkannya ataupun yang mengamalkannya. Cukuplah bagi kita Allah sebaik-baik tempat bergantung.

1. Ikhlaskanlah niat kepada Allah dan hati-hatilah dari riya’ baik dalam perkataan ataupun perbuatan.

2. Ikutilah sunnah Nabi dalam semua perkataan, perbuatan, dan akhlak.

3. Bertaqwalah kepada Allah dan ber’azamlah untuk melaksanakan semua perintah dan menjauhi segala larangan-Nya.

4. Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nashuha dan perbanyaklah istighfar.

5. Ingatlah bahwa Allah senatiasa mengawasi gerak-gerikmu. Dan ketahuilah bahwa Allah melihatmu, mendengarmu dan mengetahui apa yang terbersit di hatimu.

6. Berimanlah kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-kitab- Nya, rasul-rasul- Nya, dan hari akhir serta qadar yang baik ataupun yang buruk.

7. Janganlah engkau taqlid (mengekor) kepada orang lain dengan buta (tanpa memilih dan memilah mana yang baik dan yang buruk serta mana yang sesuai dengan sunnah/syari’ at dan mana yang tidak). Dan janganlah engkau termasuk orang yang tidak punya pendirian.

8. Jadilah engkau sebagai orang pertama dalam mengamalkan kebaikan karena engkau akan mendapatkan pahalanya dan pahala orang yang mengikuti/mencontoh mu dalam mengamalkannya.

9. Peganglah kitab Riyadlush Shalihin, bacalah olehmu dan bacakan pula kepada keluargamu, demikian juga kitab Zaadul Ma’ad oleh Ibnul Qayyim.

10. Jagalah selalu wudlu’mu dan perbaharuilah. Dan jadilah engkau senantiasa dalam keadaan suci dari hadats dan najis.

11. Jagalah selalu shalat di awal waktu dan berjamaah di masjid terlebih lagi sahalat ‘Isya dan Fajr (shubuh).

12. Janganlah memakan makanan yang mempunyai bau yang tidak enak seperti bawang putih dan bawang merah. Dan janganlah merokok agar tidak membahayakan dirimu dan kaum muslimin.

13. Jagalah selalu shalat berjamaah agar engkau mendapat kemenangan dengan pahala yang ada pada shalat berjamaah tersebut.

14. Tunaikanlah zakat yang telah diwajibkan dan janganlah engkau bakhil kepada orang-orang yang berhak menerimanya.

15. Bersegeralah berangkat untuk shalat Jumat dan janganlah berlambat-lambat sampai setelah adzan kedua karena engkau akan berdosa.

16. Puasalah di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah agar Allah mengampuni dosa-dosamu baik yang telah lalu ataupun yang akan datang.

17. Hati-hatilah dari berbuka di siang hari di bulan Ramadhan tanpa udzur syar’i sebab engkau akan berdosa karenanya.

18. Tegakkanlah shalat malam (tarawih) di bulan Ramadhan terlebih-lebih pada malam lailatul qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah agar engkau mendapatkan ampunan atas dosa-dosamu yang telah lalu.

19. Bersegeralah untuk haji dan umrah ke Baitullah Al-Haram jika engkau termasuk orang yang mampu dan janganlah menunda-nunda.

20. Bacalah Al-Qur’an dengan mentadaburi maknanya. Laksanakanlah perintahnya dan jauhi larangannya agar Al-Qur’an itu menjadi hujjah bagimu di sisi rabmu dan menjadi penolongmu di hari qiyamat.

21. Senantiasalah memperbanyak dzikir kepada Allah baik perlahan-lahan ataupun dikeraskan, apakah dalam keadaan berdiri, duduk ataupun berbaring. Dan hati-hatilah engkau dari kelalaian.

22. Hadirilah majelis-majelis dzikir karena majelis dzikir termasuk taman surga.

23. Tundukkan pandanganmu dari aurat dan hal-hal yang diharamkan dan hati-hatilah engkau dari mengumbar pandangan, karena pandangan itu merupakan anak panah beracun dari anak panah Iblis.

24. Janganlah engkau panjangkan pakaianmu melebihi mata kaki dan janganlah engkau berjalan dengan kesombongan/ keangkuhan.

25. Janganlah engkau memakai pakaian sutra dan emas karena keduanya diharamkan bagi laki-laki.

26. Janganlah engkau menyeruapai wanita dan janganlah engkau biarkan wanita-wanitamu menyerupai laki-laki.

27. Biarkanlah janggutmu karena Rasulullah: “Cukurlah kumis dan panjangkanlah janggut.” (hari. Bukhari Dan Muslim)

28. Janganlah engkau makan kecuali yang halal dan janganlah engkau minum kecuali yang halal agar doamu diijabah.

29. Ucapkanlah "bismillah" ketika engkau hendak makan dan minum dan ucapkanlah "alhamdulillah" apabila engkau telah selesai.

30. Makanlah dengan tangan kanan, minumlah dengan tangan kanan, ambillah dengan tangan kanan dan berilah dengan tangan kanan.

31. Hati-hatilah dari berbuat kezhaliman karena kezhaliman itu merupakan kegelapan di hari kiamat.

32. Janganlah engkau bergaul kecuali dengan orang mukmin dan janganlah dia memakan makananmu kecuali engkau dalam keadaan bertaqwa (dengan ridla dan memilihkan makanan yang halal untuknya).

33. Hati-hatilah dari suap-menyuap (kolusi), baik itu memberi suap, menerima suap ataupun perantaranya, karena pelakunya terlaknat.

34. Janganlah engkau mencari keridlaan manusia dengan kemurkaan Allah karena Allah akan murka kepadamu.
35. Ta’atilah pemerintah dalam semua perintah yang sesuai dengan syari’at dan doakanlah kebaikan untuk mereka.

36. Hati-hatilah dari bersaksi palsu dan menyembunyikan persaksian.
“Barangsiapa yang menyembunyikan persaksiannya maka hatinya berdosa. Dan Allah maha mengetahui apa yang kalian kerjakan.” (Al-Baqarah: 283)

37. “Dan ber amar ma’ruf nahi munkarlah serta shabarlah dengan apa yang menimpamu.” (Luqman: 17)
Ma’ruf adalah apa-apa yang diperintahkan oleh Allah dan rasul-Nya , dan munkar adalah apa-apa yang dilarang oleh Allah dan rasul-Nya.

38. Tinggalkanlah semua hal yang diharamkan baik yang kecil ataupun yang besar dan janganlah engkau bermaksiat kepada Allah dan janganlah membantu seorangpun dalam bermaksiat kepada-Nya.

39. Janganlah engkau dekati zina. Allah berfirman: “Janganlah kalian mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah kekejian dan sejelek-jelek jalan.” (Al-Isra’:32)

40. Wajib bagimu berbakti kepada orang tua dan hati-hatilah dari mendurhakainya.

41. Wajib bagimua untuk silaturahim dan hati-hatilah dari memutuskan hubungan silaturahim.

42. Berbuat baiklah kepada tetanggamu dan janganlah menyakitinya. Dan apabila dia menyakitimu maka bersabarlah.

43. Perbanyaklah mengunjungi orang-orang shalih dan saudaramu di jalan Allah.

44. Cintalah karena Allah dan bencilah juga karena Allah karena hal itu merupakan tali keimanan yang paling kuat.

45. Wajib bagimu untuk duduk bermajelis dengan orang shalih dan hati-hatilah dari bermajelis dengan orang-orang yang jelek.

46. Bersegeralah untuk memenuhi hajat (kebutuhan) kaum muslimin dan buatlah mereka bahagia.

47. Berhiaslah dengan kelemahlembutan, sabar dan teliti. Hatilah-hatilah dari sifat keras, kasar dan tergesa-gesa.

48. Janganlah memotong pembicaraan orang lain dan jadilah engkau pendengar yang baik.

49. Sebarkanlah salam kepada orang yang engkau kenal ataupun tidak engkau kenal.

50. Ucapkanlah salam yang disunahkan yaitu "assalamualaikum" dan tidak cukup hanya dengan isyarat telapak tangan atau kepala saja.

51. Janganlah mencela seorangpun dan mensifatinya dengan kejelekan.

52. Janganlah melaknat seorangpun termasuk hewan dan benda mati.

53. Hati-hatilah dari menuduh dan mencoreng kehormatan oarng lain karena hal itu termasuk dosa yang paling besar.

54. Hati-hatilah dari namimah (mengadu domba), yakni menyampaikan perkataan di antara manusia dengan maksud agar terjadi kerusakan di antara mereka.

55. Hati-hatilah dari ghibah, yakni engkau menceritakan tentang saudaramu apa-apa yang dia benci jika mengetahuinya.

56. Janganlah engkau mengagetkan, menakuti dan menyakiti sesama muslim.

57. Wajib bagimu melakukan ishlah (perdamaian) di antara manusia karena hal itu merupakan amalan yang paling utama.

58. Katakanlah hal-hal yang baik, jika tidak maka diamlah.

59. Jadilah engkau orang yang jujur dan janganlah berdusta karena dusta akan mengantarkan kepada dosa dan dosa mengantarakan kepada neraka.

60. Janganlah engkau bermuka dua. Datang kepada sekelompok dengan satu wajah dan kepada kelompok lain dengan wajah yang lain.

61. Janganlah bersumpah dengan selain Allah dan janganlah banyak bersumpah meskipun engkau benar.

62. Janganlah menghina orang lain karena tidak ada keutamaan atas seorangpun kecuali dengan taqwa.

63. Janganlah mendatang dukun, ahli nujum serta tukang sihir dan jangan membenarkan (perkataan) mereka.

64. Janganlah menggambar gambar manuasia dan binatang. Sesungguhnya manusia yang paling keras adzabnya pada hari kiamat adalah tukang gambar.

65. Janganlah menyimpan gambar makhluk yang bernyawa di rumahmu karena akan menghalangi malaikat untuk masuk ke rumahmu.

66. Tasymitkanlah orang yang bersin dengan membaca: "yarhamukallah" apabila dia mengucapkan: "alhamdulillah"

67. Jauhilah bersiul dan tepuk tangan.

68. Bersegeralah untuk bertaubat dari segala dosa dan ikutilah kejelekan dengan kebaikan karena kebaikan tersebut akan menghapuskannya. Dan hati-hatilah dari menunda-nunda.

69. Berharaplah selalu akan ampunan Allah serta rahmat-Nya dan berbaik sangkalah kepada Allah .

70. Takutlah kepada adzab Allah dan janganlah merasa aman darinya.

71. Bersabarlah dari segala mushibah yang menimpa dan bersyukurlah dengan segala kenikamatan yang ada.

72. Perbanyaklah melakukan amal shalih yang pahalanya terus mengalir meskipun engkau telah mati, seperti membangun masjid dan menyebarakan ilmu.

73. Mohonlah surga kepada Allah dan berlindunglah dari nereka.

74. Perbanyaklah mengucapkan shalawat dan salam kepada Rasulullah.

Shalawat dan salam senantiasa Allah curahkan kepadanya sampai hari kiamat juga kepada keluarganya dan seluruh shahabatnya.

(Diterjemahkan dari buletin berjudul 75 Washiyyah li Asy-Syabab terbitan Daarul Qashim Riyadl-KSA oleh Abu Abdurrahman Umar Munawwir)

Baca Seterusnya...