Rabu, 7 Oktober 2009

HIMPUNAN PEMUDA PR DI PADANG ASTAKA SITIAWAn


IPOH – Jentera Pemuda Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak bakal dilancarkan di dalam perhimpunan terbesar peringkat Negeri Perak yang dipanggil ‘Himpunan Raya’ pada 24 Oktober ini di Padang Astaka Sri Manjung, Lumut.

Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Zawawi Hassan berkata, itu adalah perhimpunan terbesar diadakan PR semenjak mereka ditubuhkan di negeri ini.

Menurutnya, perhimpunan itu nanti dijangka mengumpulkan seramai 10,000 pemimpin dan ahli PR dari tiga parti iaitu Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP negeri ini.

“Kami telah menghantar permohonan ke pihak berwajib untuk mendapatkan permit perhimpunan secara aman, namun sehingga sekarang belum ada sebarang keputusan diperolehi.

“Tujuan perhimpunan juga adalah untuk menggesa Barisan Nasional (BN) supaya bubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) setelah himpunan kami sebelum ini tidak diluluskan,” katanya pada sidang media di Pejabat Badan Perhubungan Pas, di sini, semalam.

Beliau berkata, sekiranya permohonan menggunakan padang berkenaan tidak diluluskan, mereka akan mencari tempat lain bagi mengadakan perhimpunan berkenaan pada tarikh yang sama.

Ditanya sebab pemilihan tempat berkenaan, Zawawi berkata, sebagai tempat Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, pemilihan itu dianggap tepat dan relevan berbanding tempat lain.

“Kami turut mencabar BN, sekiranya mereka menang Pilihan Raya di Bagan Pinang, bubar DUN Perak.

“Pada hemat kami, BN seolah-olah risau dengan kekuatan PR apabila disetiap pilihan raya kecil, PR memenangi kerusi berkenaan kecuali di Batang Air,” katanya.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Negeri Perak, Abdul Yunus Jamhari berkata, pihak berkuasa diharap memberi kerjasama bagi melancarkan program berkenaan dan diharap tiada gangguan berlaku sewaktu perhimpunan berlangsung.

“BN juga diharap jangan ganggu program kami kerana sekiranya pihak berkuasa membenarkan BN berhimpun kami juga sepatutnya boleh berhimpun.

“Perhimpunan berkenaan adalah rentetan dari cabaran Perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak agar mengadakan perhimpunan secara aman di kawasan yang telah diluluskan bukannya seperti perhimpunan ‘Hapuskan ISA’ lepas,” katanya.

2 ulasan:

wan berkata...

Nk buat himpunan bubar Dun Perak kt Padang Astaka di Sitiawan tu?boleh dpt permit ke? Mgarut ajela,DPP Perak nk sewa stadium Ipoh pn Zambry Haram xbg.Inikn pula kt Sitiawan tu tmpt dia.

Syawal Ipoh berkata...

Salam.

http://syawalnet.blogspot.com/2009/10/gotong-royong-di-lekir.html
tentang saya di Lekir tempoh hari....

Saya jumpa blog ini pun pada baju seorang peserta di sana...
Moga bermanfaat