Isnin, 26 Oktober 2009

PEMUDA PAKATAN RAKYAT PERAK LEMAH!

10:07 PM / Posted by Otai Manjung Man / comments (8)

25.10.2009

Manjung melakarkan sejarah sekali lagi dengan pelancaran Seketariat Pemuda Pakatan Rakyat yang dihadiri beberapa pimpinan dan Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Perak. Walaupun dihalang oleh pihak-pihak tertentu yang 'memperkudakan' anggota Polis dari sekecil pangkat hinggalah 'berpaku-paku' terpaksa dikerahkan untuk bekerja pada hari minggu, namun pelancaran dan konvoi pemuda tetap berjalan dengan jayanya. Misi tercapai namun sebaliknya membongkarkan 'kurang sambutan' mengikut pengamatan OM.

Sumber rapat yang warga OM terima, beberapa anggota Polis mula timbul rasa 'menyampah' dengan arahan 'politik' walaupun 'bungkusan makanan percuma' disediakan kepada mereka yang bertugas. Ini antara kelebihan kepada Pakatan Rakyat yang secara tidak langsung ia memberi impak sendiri kepada Kerajaan Haram di Perak.

Bandar Lumut Bandar Pelancongan dan Maritim yang telah diisytiharkan sebagai Bandar Tentera Laut DiRaja Malaysia pada awal tahun ini oleh DYMM Sultan Perak, pada semalam hari ia seolah menjadi 'Bandar Polis DiRaja Malaysia' untuk 'menakut-nakutkan' pemuda dan penyokong Pakatan Rakyat serta Rakyat marhaen.

Kehadiran Pemuda yang tidak 'ditaja' sepertimana program-program BN, secara puratanya tidak begitu memberansangkan mengikut perkiraan OM. Mungkin kerana berbagai sekatan jalan raya, 'tiada upahan' atau barangkali kelemahan pengurusan program ini antara punca kurang sambutan, maka hanya yang 'tegar' sahaja muncul di Pelancaran program ini. Begitupun, misi pada hari ini tetap berjalan dengan lancar tanpa 'acara kejar mengejar' mahupun semburan 'air gatal'.

Ternyata dalam himpunan yang bertaraf 'Pemuda Peringkat Negeri' ini, kehilangan Pemuda India, Pemuda Penyokong Pas dan dimanakah 'bunyi-bunyian' gendang yang dipalu oleh pemuda India Kelab Penyokong Pas di setiap kali PRK? Faktanya, bandar Lumut pada hari himpunan itu kehadiran Polis dan SB-SB lebih ramai dari Pemuda Pakatan Rakyat Peringkat Negeri Perak.

Pemimpin Pakatan Rakyat harus menilai kembali! Apakah perkembangan ini ada kaitannya dengan permasalahan di dalam Pakatan Rakyat atau libasan di PRK bagan Pinang atau suara perubahan di dalam PAS atau perebutan kuasa dalam PKR Perak? Ini orang politik punya kerja dan hanya orang politik sahaja yang boleh jawab. Akan tetapi rakyat menilainya, suara-suara rakyat sudah pastinya mengatasi suara parti dan terpulanglah kepada pemimpin parti samada mahu menjadi jagoan parti atau jagoan kepada rakyat.

Persoalan kesediaan PR untuk menghadapi PRK jika berlakunya pembubaran DUN telah dijawab oleh DS Nizar sendiri, " Kami telah bersedia sejak 8 bulan yang lalu dari segi strategi dan percaturannya antara parti-parti Pakatan Rakyat".

Namun, adakah perancangan 8 bulan yang lalu masih boleh diterima pakai yang membolehkan rakyat memahami dan menerima mengikut situasi pada hari ini? Tidak jelas! Adakah ia mengambil perkiraan Rakyat atau ahli-ahli parti Politik? Relevankah dengan perkembangan terkini? Dimanakah manifesto PR perak yang telah didrafkan untuk tatap rakyat Perak yang tidak berparti untuk menilainya? Sekurang-kurangnya rakyat akan memberi 'feedback' mana yang tidak menepati citarasa rakyat, dan kesempatan inilah harus diambil oleh pemimpin rakyat untuk mengolahkannya dengan lebih 'mesra rakyat'.

Jika masih 'berpolitik', pengalaman telah mengajar Pakatan Rakyat, orang yang bermain politik akan ambil kesempatan ini, ketika inilah rakyat akan menilai samada pemimpin itu pemimpin politik atau pemimpin rakyat. Rakyat tahu pemimpin juga 'penat', tetapi jika pemimpin itu turun kepada rakyat pastinya rakyat menghargai komitmennya demi perubahan jika bukan untuk masa ini tapi untuk generasi akan datang. Perubahan akan berterusan.

Kita harus menerima realiti ini dan wajib bagi Pemimpin Pakatan Rakyat mengolahkannya untuk tidak menghampakan Rakyat Perak. Tidak gunanya PAS, PKR & DAP menggunakan istilah 'rakyat' dalam mewujudkan sebuah Pakatan jika tidak kembali kepada rakyat.

Labels: ,

Baca dan fahami apa yang penyokong dan pendokong pakatan rakyat suarakan,jadikan sebagai iktibar dimasa hadapan.Bagi penulis ini teguran yang membina,sebagai pejuang kita kena telan jugak kritikan tersebut biarpun pedas.Semoga kelemahan2 yang telah terjadi dapat diperbaiki.Jangan melenting dan mudah berputus asa.Kita sebagai manusia memang banyak kelemahan dan sering melakukan kesilapan.

Tiada ulasan: