Selasa, 27 Oktober 2009

Orang mampu pun tersenarai - Senarai nama penerima bantuan subsidi beras diragui, orang mati juga dapat

ALOR SETAR - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah mendedahkan terdapat nama golongan berkemampuan yang disenaraikan sebagai penerima kupon subsidi beras.

Selain itu, katanya, nama orang yang telah meninggal dunia juga didapati masih tersenarai untuk menerima bantuan tersebut sehinggakan orang miskin yang benar-benar layak terpinggir.

Sehubungan itu, beliau meminta semua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) negeri Kedah melakukan pembersihan terhadap senarai nama golongan terbabit yang masih terdapat dalam sistem E-Kasih.

Menurut beliau, pengeluaran kupon itu akan dilakukan berdasarkan senarai nama yang terdapat dalam sistem tersebut namun pihaknya mendapati ada antara data-data itu meragukan.

"JKKKP diminta agar buat bancian dengan pusing keliling kampung bagi mengenal pasti setiap orang miskin supaya nama mereka disenaraikan sebagai golongan yang layak mendapat kupon subsidi beras itu," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Oleh SHAH NIZAM OMAR
shahnizam.omar@kosmo.com.

komen:
MC rasa selepas ni akan timbul pulak isu parti,kalau org 2 penyokong pakatan rakyat mesti akan di ketepikan biarpun termasuk dalam kategori kurang mampu,ini lah kerja2 puak UMNONGEK kata 1 malaysia tapi bab2 yang boleh buat duit depa kaut kat depa saja.

Tiada ulasan: