KUALA LUMPUR - Berkuat kuasa 1 Januari 2010, semua kenderaan persendirian berusia 15 tahun atau lebih diwajibkan menjalani pemeriksaan komprehensif tahunan ekoran kajian semula Dasar Automotif Nasional (DAN) yang diumumkan semalam.
Ia mensyaratkan kelulusan daripada Puspakom Sdn. Bhd. sebelum pemilik boleh memperbaharui cukai jalan.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed berkata, tindakan tersebut adalah langkah awal pelaksanaan sepenuhnya Dasar Tempoh Jangka Hayat (ELV).
Menurut beliau, pelan ELV akan dirangka oleh Kementerian Pengangkutan.
Apabila dilaksanakan kelak, ia dijangka membabitkan hampir dua juta kenderaan yang berusia lebih 15 tahun.
Mengikut rekod Jabatan Pengangkutan Jalan, jumlah kenderaan persendirian yang berdaftar dan berusia 10 tahun ke atas ialah sebanyak 2.7 juta buah.
"Kita telah berunding dengan pelbagai pihak dalam industri automotif sebelum menguatkuasakan peraturan ini," katanya pada sidang media yang turut dihadiri timbalannya, Datuk Mukhriz Mahathir dan Ketua Setiausaha kementerian itu, Tan Sri Abdul Rahman Mamat semalamOleh JOHANNA A. SOBREY
johanna.sobrey@kosmo.com.my
komen:
Inilah akibatnya bila rakyat pilih perompak dan pencuri jadi pemimpin,dah la kena cukai macam2 ni nak kena keluar duit buat pemeriksaan kat puspakom, mana dengan insuran mahal, cukai jalan lagi ni pulak tambah satu lagi kos.Depa dok ingat semua rakyat mampu pakai kereta baru kot,memang celaka betui la najib altantuya,buat benda2 yang menyusahkan rakyat bukannya nak fikir bagi rakyat senang.Boleh mampos rakyat lama2 kalau macam ni,lagi negara maju lagi kena banyak kena keluar duit.Senang ceta kita pakat jual keta naik bas baru puas hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan