Himpunan tersebut dijadual diadakan pada 19 Februari tahun hadapan bertempat di negeri Kedah. "Kita akan menyaksikan seluruh kekuatan pemuda dari seluruh negara berkumpul. "Mereka akan mendengar amanat pimpinan utama PAS dan akan menerima watikah perlantikan untuk memenangkan PAS pada pilihan raya umum nanti," kata ketuanya, Nasrudin Hassan selepas mesyuarat bulanan dewan itu di pejabat PAS Gombak semalam. Katanya, sementara sampai ke tarikh himpunan itu, satu road show ke seluruh negeri akan digerakkan bagi melihat gerak kerja pilihan raya di peringkat negeri dan kawasan. "Tema road show ini adalah '2011 Masa Untuk Berubah' dengan membawa subtopik 'PAS Sedia Ganti Umno'," tambahnya lagi. Ianya sebagai kesinambungan seminar 'PAS Ganti Umno' anjuran Lajnah Penerangan PAS yang di adakan di Shah Alam baru-baru ini. Road Show itu juga jelasnya akan melibatkan penyertaan pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan pemuda DAP (DAPSY). Ketuanan Islam vs Ketuanan Melayu Sementara itu, beliau turut memaklumkan satu forum bertajuk 'Ketuanan Islam atau Ketuanan Melayu?' akan dianjurkan dewan itu. Ianya sebagai penjelasan kepada rakyat berhubung isu 'Ketuanan Melayu' yang sedang dimainkan pihak tertentu yang mahu membangkitkan sentimen perkauman. Forum itu dijadualkan pada 26 Disember ini dengan menampilkan panel dari PAS, Umno dan tokoh agama. "Kami DPPP mengambil langkah untuk memberi penjelasan kepada masyarakat . "53 tahun BN memerintah, Melayu tak jadi tuan pun, malah tanah rizab Melayu pun habis," katanya. Mewakili PAS, DPPP katanya akan menjemput Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa, manakala Dr. Mohd Puad Zarkashi dicadang mewakili Umno. "Kita telah menghubungi bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mewakili tokoh agama, dan beliau telah pun menyatakan persetujuan untuk bersama kita," katanya. |
Ahad, 12 Disember 2010
30 ribu Pemuda berhimpun di Kedah
Isnin, 6 Disember 2010
Khamis, 25 November 2010
Isu Ancak Zambry: Pemuda Pas sekali lagi nyatakan sedia debat
IPOH, 25 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mencabar semua pengendali laman web atau blogger pro Umno BN agar berdepan bersama di atas satu pentas untuk mengemukakan hujah-hujah mereka jika benar-benar berani bersemuka berhubung ancak tiang seri.
Ketuanya, Zawawi Hassan berkata, ini kerana pihaknya melihat trend penyokong Umno BN yang mengendalikan laman web atau blog pro parti itu sedang menunjukkan mereka di pihak benar dengan memberikan hujah-hujah terutama berkaitan tindakan yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir semasa menghadiri dan melakukan upacara meletakkan ancak ke tiang seri program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar, Manong pada 17 Oktober yang lalu.
DPPN Pk, katanya mengalu-alukan terutama pengendali laman web peraktoday.com dan juga bloggertaipingmali.blogspot.com agar menerima saranan berdebat tersebut.
Beliau menambah, DPPN Pk merasakan trend hujah satu hala itu tidak profesional dan menganggapkan berdebat atas satu pentas adalah lebih matang lagi bersifat profesional.
“Mengapa takut jika mereka benar-benar mampu mengemukakan sebarang hujah berkaitan kenyataan DPPN Pk?” soalnya dalam satu kenyataan di sini.
Di atas pentas tersebut, tambahnya masing-masing boleh mengemukakan hujah dan lebih matang serta bersifat berani dengan hujah tersebut.
Tegasnya, DPPN Pk akan menunggu persetujuan bersama untuk berdebat atas satu pentas nanti.
“DPPN Pk berharap mereka tidak takut malah berani untuk menyahut cabaran ini. Bagi DPPN Pk, sama-samalah kita menanti apakah hujah mereka selepas ini,” katanya lagi.
-Harakahdaily-
Isnin, 8 November 2010
Pemuda Perak sedia bersemuka dengan Zambry

Justeru, katanya pihak Pemuda PAS negeri amat berbesar hati atas permintaan Zambry yang ingin mendapatkan penjelasan terhadap dakwaan beliau kepada Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.
“Pihak kami bersedia bersemuka dengan YAB Datuk Seri bagi menjelaskan perkara tersebut,” ujarnya di dalam emel yang dihantar kepada Zambry, hari ini.
Oleh yang demikian, katanya pihak Pemuda PAS negeri sedia menerima cabaran Zambry untuk menjelaskan pendirian.
Bagaimanapun, tambahnya ianya mestilah dibuat dalam satu pentas bersama bagi memberi peluang kepada rakyat dan umat Islam memahami dan menilai isu yang cuba diselewengkan oleh Barisan Nasional (BN).
Justeru, katanya pihak Pemuda PAS negeri menantikan persetujuan pihak Zambry bagi menetapkan apa sahaja kaedah pentas tersebut dan sesuai dengan masanya.
Beliau menambah, jika Zambry gagal memberikan sebarang respons bermakna menteri besar itu bersetuju dengan dakwaan Pemuda PAS negeri.
Bagaimanapun, ujarnya Zambry masih ingin mempertahankan perbuatan yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar dan jelas lari daripada akidah Islam.
-Harakahdaily-
Jumaat, 22 Oktober 2010
Isu IslamicFashion Rosmah dan Khurafat Dr. Zambry,Pemuda Pas Perak hantar memo kepada Mufti

Ancak berancak



Khamis, 21 Oktober 2010
Pemuda berhimpun esok, bantah Rosmah (bik mama)
KUALA LUMPUR, 21 Okt: Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan aman sebagai membantah tindakan Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah s.a.w. pada penganjuran Festival Busana Muslim di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Himpunan tersebut akan diadakan di masjid negeri seluruh Malaysia selepas solat Jumaat, 22 Oktober ini.
"DPPP mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah Mansor yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. apabila salah satu fesyen mereka melukis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.
"Kita desak Rosmah bertaubat dan minta maaf kepada umat Islam secara terbuka," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan.
Pada festival tersebut, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.
Tambahnya, pakaian yang diperagakan itu bukan pakaian Islam tetapi pakaian wanita jalang dan jahiliah.
"Sungguh memalukan dan jelas menunjukkan Rosmah jahil dan berniat jahat terhadap Islam," tambahnya lagi.
Sehubungan itu katanya, DPPP menggesa seluruh ummat Islam bangkit membantah tindakan Rosmah dan mendesak isteri Perdana Menteri itu bertaubat dan mohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam.
Rosmah merupakan Penaung Festival Busana Muslim atau Islamic Fashion Festival.
-harakahdaily-
Rabu, 20 Oktober 2010
Muzakarah Adun Lompat Parti,Persoalan Cuba Disembunyikan
Dr Khairuddin Abd Malik |
Saya ingin memberikan beberapa penjelasan tambahan berkenaan isu ADUN lompat parti khususnya kejadian 26/01/09 hinggan 03/02/09 yang berlaku di Perak. Merujuk kepada kenyataan akhbar Ketua Puteri UMNO Perak dan Setiausaha Pemuda UMNO Negeri Perak (MS PK4 Akhbar Sinar Harian 18/10/10). Juga merujuk (MS PK5 akhbar yang sama) tentang pandangan Mufti Perak bahawa lompat parti adalah dibenarkan dalam Islam dengan syarat ADUN lompat terus berkhidmat kepada pengundi. Berikut penjelasan saya : i) Muzakarah 17/10/10 yang diadakan di sebuah Hotel di Ipoh adalah sepenuhnya inisiatif peribadi Dato Thasleem Mohd Ibrahim, Pengerusi Majlis Tindakan India Muslim Malaysia (MTIMM). Faktor utama yang beliau rasakan ‘wajib’ mengadakan majlis tersebut adalah kerana sebagai seorang Muslim beliau merasakan ada sesuatu yang tidak kena tentang fenomena ADUN lompat dari segi perspektif Islam. Sementelahan pula pelbagai surat yang beliau hantar kepada pihak-pihak yang berkelayakan termasuk kepada majlis Fatwa Kebangsaan dan mufti-mufti Negeri tidak mendapat jawapan. Yang adapun daripada mufti Perak bukan jawapan dari Majlis Fatwa Perak tetapi pendapat peribadi yang tidak langsung disertakan hujjah-hujjah Al Quran, Al Hadis ataupun pandangan ulama muktabar. Untuk berlaku adil, penganjur telah menjemput semua pihak yang berkepentingan Islam termasuk ulama-ulama , parti politik, Kedutaan Asing dan NGO-NGO Islam. ii) Untuk pemimpin-pemimpin UMNO mengatakan muzakarah tersebut retorik dan membuang masa adalah keterlaluan. Membedah siasat kemungkaran untuk dijadikan satu iktibar kepada generasi mendatang bukan membuang masa! Menentang kemungkaran bahkan berkait langsung dengan persoalan keimanan dan persoalan dosa serta pahala. iii) Islam adalah agama yang syumul (sempurna). Jika persoalan sekecil masuk keluar tandas pun ada adab dan nilai pahala/dosa tidak mungkin persoalan politik yang besar seperti ADUN lompat, pecah amanah tentang janji kepada pengundi, kepada pekerja dan pemimpin parti (yang berhabis-habisan semasa kempen piliharaya) tidak ada hukumnya dalam Islam. Pecah amanah adalah sifat-sifat orang munafiq. iv) Persoalan ADUN lompat kerana kononnya demi menyelamatkan bangsa adalah juga perkara yang sangat subjektif dan perlu di adili. Benarkah ada penggadaian bangsa oleh Kerajaan PR Perak (KPRP) (March 2008 – Februari 2009). Jika memberikan geran bantuan kepada Sekolah-Sekolah Swasta Cina oleh KPRP dianggap menggadai bangsa kenapa ADUN-ADUN yang sama tidak mengistiharkan tidak lagi menyokong Kerajaan BN Perak (KBNP) apabila Dr. Zambry mengumumkan bantuan RM 400,000 kepada setiap Sekolah Swasta Cina dan menyerah tanah seluas 1,000 Hektar kepada Sekolah-Sekolah yang sama pada awal tahun ini. Bahkan antara acara rasmi awal Dr. Zambry sebagai MB Perak pada 08/02/2009 (hari ke 3 menjadi MB) adalah lawatan dan anugerah RM 100,000 kepada sebuah kuil di Ipoh. ADUN-ADUN Behrang dan Changkat Jering tak pernah pula membantah . Tidak hairan kerana mufti pun tidak beri respon! v) Adakah sesuatu yang wajar bagi satu parti politik yang memperjuangkan bangsa dan agama (UMNO) dan ADUN-ADUN lompat yang keluar PR dengan alasan nak selamatkan bangsa terpalit dengan pelbagai perkara yang memalukan agama dan bangsa (ingat bagi orang-orang Melayu Islam dan Melayu itu sinonim). Bagi Umno & agen-agen upahannya, mereka terpalit dengan perangkap rasuah, perangkap sex, culik dan ugut ADUN (26/01/09 – 03/02/09). Bagi ADUN-ADUN lompat pula rela untuk di culik, ugut dan diberikan pelbagai imbuhan. Ingat Islam tidak pernah mengizinkan perlakuan dosa demi sesuatu perjuangan yang kononnya benar. Falsafah “tujuan menghalalkan cara” ciptaan laknatullah Machiavelli yang dianuti secara taat oleh UMNO adalah falsafah neraka. vi) Untuk Mufti Perak secara ‘Superficial’ memberikan hukum lompat ADUN adalah harus (atau? Sunat) tanpa kajian teliti, tanpa merujuk kepada rakan-rakan Ahli majlis Fatwa Negeri yang lain adalah satu tindakan tidak amanah kepada tugasnya. Tidakkah Mufti ingin mengambil kira faktor-faktor : latar belakang kes, perangkap-perangkap mungkar yang digunakan, imbuhan-imbuhan yang diberi dan pelbagai lagi. Menjatuhkan hukum tidak semudah memberikan ceramah “Melayu hilang kuasa jika berpecah” yang menjadi zikir dan mantera Mufti Perak kini. Yang pasti adalah Melayu akan hilang kuasa jika Islam tidak dijadikan dasar perjuangan dan pemerintahan. Kerana Melayu-Melayu yang nak diajak bersatu sudah mencapai angka jutaan adalah penghidap-penghidap HIV, penagih dadah, pelaku zina & anak-anak luar nikah, perasuah-perasuah, pembunuh dan pelaku bunuh diri (suicide). vii) Jika pula Mufti Perak mengetahui latar belakang kes (perangkap sex, culik, rasuah dan sebagainya) tetapi akur tentang lompat parti dan rampas kuasa BN terhadap Kerajaan PR Perak itu sesuatu yang absah, tindakan mufti tersebut adalah merupakan amalan-amalan dan sikap assobiyah yang sangat klasik. Menyokong kezaliman kerana pelakunya kawan atau puak-puak yang kita suka adalah tindakan yang sama zalim dan ditolak oleh Rasulullah sebagai bukan dari golongan orang-orang yang beriman. Untuk mufti mengatakan ADUN lompat tersebut bersih dari segala noda mungkar tajaan pemimpin-pemimpin besar UMNO adalah petunjuk bahawa mufti sangat naïf dan tidak berwibawa. Jika beliau mendakwa memang naïf, penulis dapat membuktikan ianya satu pembohongan. Pada 03/02/09 jam 10.00 malam di kediaman mufti, penulis sendiri bersama 5 orang saksi memperdengarkan bukti sahih bagaimana rintihan seorang isteri ADUN lompat minta ditolong kerana suaminya diculik oleh agen-agen UMNO. Takkan mufti sudah lupa. viii) Akhir kalam untuk UMNO menolak hadir muzakarah ilmiah dan syarie anjuran NGO bebas pada 17/10/10 sedangkan PAS hadir dengan segala amanahnya adalah bukti dan testimoni bahawa UMNO tidak berani berhadapan dengan kebenaran hujjah-hujjah agama. Setakat berani berhujjah dengan retorik bangsa Melayu dan agenda pembangunan yang entah kemana adalah terlalu rapoh. Bahkan terkini Presiden UMNO Dato Najib juga mengakui isu pembangunan sebagai agenda mendapatkan sokongan sudah tidak berkesan. Maknanya apa ? Rakyat semakin berilmu, celik, kritis dan bijak untuk menilai : Ilmu & intelek Vs retorik, moraliti Vs korupsi dan demokrasi, syura Vs anarki & Machiavelli. Sekian, untuk renungan terakhir, mari bersama meneliti hadis berikut: “Tiada seorang pun pemimpin yang mengendalikan urusan orang-orang Islam, lalu dia tidak bersungguh-sungguh menguruskan mereka dan tidak memberikan nasihat (agama) kepada mereka, melainkan dia tidak akan dapat masuk syurga bersama-sama mereka”. (H.R. Muslim) Saudaramu dalam Iman, Dr. Hj. Khairuddin Bin Dato’ Abd. Malik Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Ahli Majlis Perunding MAPIM. |
Sabtu, 7 Ogos 2010
KULIAH MAGRIB DI AMBANG RAMADAN
'DI AMBANG RAMADAN'
OLEH AF USTAZ FAIRUZ B. ISMAIL (anaksengat)
AJK LAJNAH PENERANGAN DPPN PERAK
TARIKH : 9 OGOS 2010
MASA : SELEPAS SOLAT MAGRIB
TEMPAT : SURAU MADAH,FASA 1A SERI MANJUNG.
MUSLIMIN/MAT DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI
Selasa, 27 Julai 2010
Selasa, 13 Julai 2010
DS Nizar akan bawa isu saman ekor ke parlimen
Isnin, 12 Julai 2010
Ust Ibrahim dihalang berceramah

Namun kerinduan penduduk terhadap beliau terubat dan perasaan lega orang ramai terbayang kerana beliau yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Perak tidak ditahan berpanjangan di Mesir dan apabila pulang tidak dikenakan tindakan tahanan lanjut.
Program ceramah itu membabitkan Timbalan Pengerusi Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar PAS Pusat, Haji Ahmad Idzam Ahmad, Exco Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Fakhrulrazi Mokhtar dan Yang DiPertua PAS Lenggong, Haji Razman Zakaria dengan kehadiran lebih 500 penduduk.
Program sempena majlis akikah seekor lembu itu turut dimeriahkan dengan acara pertandingan membaca teks khutbah peringkat menengah yang berjaya dimenangi oleh adik Muhammad Muzammil Jamaluddin, di mana hadiah disampaikan oleh Razman.
Sementara itu, ketika ditemui selepas program ceramah, Muhammad Zulkifli yang lebih mesra dengan panggilan Ustaz Ibrahim, berkata selama 25 hari berada dalam tahanan, beliau terpaksa menerima deraan seperti berdiri tiga hari tiga malam, sehari semalam dan dikenakan kejutan elektrik.
Katanya, deraan itu sebagai denda kerana pihak berkenaan tidak dapat menerima alasan-alasan yang diberikannya selepas disoalsiasat, seperti mengenai sijil diploma yang terlupa dibawanya menyebabkan beliau tidak diterima untuk menduduki pengajian/peperiksaan peringkat sarjana.
"Bila dia tanya tidak adakah orang yang boleh menghantar sijil itu, saya jawab tidak ada, dia tidak terima alasan itu, saya pun didenda berdiri sehari semalam, mula waktu asar sampai waktu asar keesokannya," katanya.
Muhammad Zulkifli berkata, antara soalan-soalannya hanya mengenai tujuannya ke Mesir, di mana memang beliau ke sana untuk menyambung belajar ke peringkat sarjana dan tidak ada tujuan lain selain itu.
Katanya, apabila dibebaskan dan sampai di Lapanganterbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), beliau ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia pula, di mana beliau ditanya apa yang berlaku di Mesir yang mengakibatkan beliau ditahan.
Beliau seterusnya melahirkan rasa kesyukurannya kerana dibebaskan tanpa terpaksa menjalani tahanan lanjut dan berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan supaya beliau dibebaskan segera.
"Saya amat bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat saya dan keluarga saya, termasuk yang sama-sama mendoakan supaya saya dibebaskan segera dan dapat pulang dengan selamat," katanya.
-harakahdaily-
'27 hari kena gari, mata ditutup'

Khamis, 8 Julai 2010
Ustaz Ibrahim bebas

Isnin, 5 Julai 2010
Ahad, 4 Julai 2010
Laungan Tak Nak Judi bergema di masjid negara


Beliau yang juga presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) turut berkata, pihak GMJ membuat keputusan meneruskan kempen Tak Nak Judi itu untuk memberikan kesedaran secara serius kepada masyarakat tentang bahana judi.
"Kita buat keputusan kempen ini penting kerana kita nak menyebarkan kesedaran yang serius dan bersungguh bahawa judi ini tidak bermanfaat sama sekali baik dari sudut ekonomi, sosial, dan keluarga," katanya.
Justeru katanya, kempen berkenaan yang secara rasminya bermula hari ini akan berterusan sehingga tahun hadapan dengan pelbagai program kesedaran di setiap negeri.
"Yang penting kita mendidik kesedaran ini. Kita tunjukkan semua bukti apa kesan kepada mereka yang terlibat dengan judi. Apa kesan kepada ekonomi dan budaya."
"Jadi kita akan teruskan kempen ini sepanjang tahun sehingga tahun hadapan. Kita akan bagi kesedaran kepada kaum ibu, golongan profesional dan pekerja-pekerja melalui progaram ceramah, edar risalah dn poster dan akan dilakukan di setiap negeri," katanya lagi.
Sebelum itu, seramai kira-kira 3 000 orang membanjiri perkarangan Masjid Negara bagi menyatakan bantahan tak nak judi kepada kerajaan. Himpunan tadi bermula dengan solat Asar berjemaah di Masjid Negara.
Mereka kemudian berhimpun di perkarangan masjid bagi mendengar ucapan dari penganjur dan pimpinan Pakatan Rakyat.Himpunan yang pada mulanya dijadualkan pada jam dua petang itu ditangguhkan ke jam lima petang tadi bagi menghormati majlis pengkebumian Allahyaraham Toh Puan Norashikin Mohd Seth yang merupakan balu kepada bekas timbalan perdana menteri Malaysia, Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman.
Pada perhimpuan tersebut, Mohd Azmi turut melancarkan buku terbitan GMJ, berkaitan kesan judi kepada masyarakat.Golongan muda dilihat mendominasi perhimpunan aman yang dikawal kira-kira 50 anggota polis itu.
Laungan 'Kami tak nak judi, kami benci judi', 'tolak judi, jauhi judi' dan beberapa slogan lagi bergema di perhimpunan itu.
-harakahdaily-
Isnin, 28 Jun 2010
Usrah Pemuda Pas Kaw Lumut




Khamis, 24 Jun 2010
Pemuda Perak mahu Mesir jelaskan penahanan Ust Ibrahim

LUMUT, 24 Jun: Pemuda PAS Perak menggesa kerajaan Mesir mempercepatkan proses siasatan dan berharap hak Muhamad Zulkifli Zakaria, 41, diberikan untuk mengetahui kedudukan sebenar beliau ditahan.
Naib ketuanya, Salman Saleh berkata, ini kerana sehingga kini masih tidak mendapat maklumat rasmi daripada Kerajaan Mesir punca sebenar penahanannya.
Sebagai tanda simpati, Pemuda PAS Perak semalam telah menyerahkan bantuan kepada keluarga Muhamad Zulkifli yang ditahan pihak berkuasa Mesir pada 13 Jun lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah.
Sumbangan telah diserahkan oleh Salman kepada isteri Zulkifli, Nurul Hidayah @ Icanna Lagago di rumahnya di Taman Samudra, Manjung. Turut serta hadir adalah Safarizal Saleh, Penolong Setiausaha Pemuda PAS Perak.
Kepimpinan PAS Kawasan Lumut, Pemuda PAS kawasan dan Pusat Khidmat Masyarakat Adun Pasir Panjang turut serta bersama. Sumbangan berupa kewangan dan barangan keperluan harian telah diserahkan bagi meringankan masalah yang dihadapi.
Manakala pada hari yang sama juga di Kuala Lumpur, usaha pembebasan diteruskan oleh Pemuda PAS Perak yang telah diketuai oleh Mohd Munir Ali, timbalan ketuanya telah menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Mesir.
Hadir sama ialah Raja Ahmad Al-Hiss, Setiausaha Pemuda PAS negeri dan juga Mohd Nazri Din, Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Perak.
-harakahdaily-
Selasa, 15 Jun 2010
Gambar Jenazah Ustaz Hassan Shukri. Pejuang PAS

jenazah arwah nampak ceria dan bersih
tanda-tanda pejuang islam

semoga ALLAH merahmati rohnya kerana arwah sudah banyak berjasa dalam menegakan agama islam di negara kita.
al fatihah
sumber gambar misai merah
Isnin, 14 Jun 2010
Ustaz Hassan Shukri kembali ke rahmatullah
![]() Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke 56 di sana. Turut serta bersama beliau malam tadi adalah Haji Subky Latif dan Haji Abdul Rahman. Ustaz Hassan telah berada di Kota Bharu sejak Rabu 9 Jun lagi kerana menyertai mesyuarat Majlis Syura Ulama pada petang hari tersebut. Pada malamnya beliau menyertai majlis perasmian dewan-dewan oleh Mursyidul Am di Putik dan pada hari Khamis beliau menyertai Muktamar Dewan Ulama di Markas Dewan Ulama (Madu) di Machang. Menurut Puan Naznah Taha, isteri Haji Subky, Ustaz Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada. Sesampai mereka di rumah jam 10.30 malam tadi, Ustaz Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi. Selepas tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang. Selepas itu dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) dan meninggal dunia kira-kira jam 2.00 petang. Jenazah beliau masih lagi di hospital kini. Naznah yang merupakan rakan rapat keluarga Ustaz Hassan ketika bercerita kepada Harakahdaily berkata, buat pertama kalinya beliau dan isteri Ustaz Hassan, Puan Hamidah tidak mengiringi bersama suami masing-masing ke muktamar. "Kali ini, Kak Midah berbolak-balik antara hendak pergi atau tidak ke muktamar kerana ada kenduri dekat sini. Hasilnya dia tidak pergi dan saya hanya pergi ke muktamar Dewan Muslimat dan terus pulang," cerita Naznah. Sebelum timbalan Presiden, Ustaz Hassan pernah menjadi Naib Presiden dan juga Setiausaha Agung PAS. Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut. Semasa menggulung perbahasan ucapan dasar, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Mujahdi Yusof menyebut Ustaz Hassan adalah orang penting di belakang draf perlembagaan untuk memboleh tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Ini kerana, Ustaz Hassan adalah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal pindaan perlembagaan untuk membolehkan DHPP ditubuhkan. Harakahdaily Berita lanjut menyusul |
Demonstrasi Judi Piala Dunia: Pakai Jersi Tanda Protes
Demonstrasi bantahan judi bola sepak anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat pada 3 Julai depan bakal tampil kelainan apabila orang ramai yang terlibat digesa memakai jersi pasukan bola sepak sebagai simbolik bantahan.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, cadangan memakai jersi bola sepak sama ada pasukan tempatan ataupunantarabangsa perlu dipandang serius bagi menggambar perubahan gerakanbantahan rakyat yang sangat serius.
"Dan setiap peserta boleh juga bawa bola seorang sebiji, inilah simbolik kepada demonstrasi menentang judi bola sepak... kita nak sampaikan mesej bahawa bola tak mengapa, tapi judi tak boleh," katanyaketika menggulung ucapan perbahasan Muktamar PAS ke-56 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) di sini hari ini.
Demonstrasi bantahan terhadap tindakan kerajaan meluluskan lesen judi itu akan diadakan di Masjid Negara dan seterusnya berarak menuju ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
Selain itu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berharap demonstrasi berkenaan disertai oleh seramai mungkin rakyat di seluruh negara bagi menunjukkan bantahan berkenaan.
"Walaubagaimanapun yang penting anda semua datang, jangan takut kepada pihak polis... semangat anda semua itu lebih penting," katanya.Mstar
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
Isnin, 31 Mei 2010
Serangan Israel : Presiden PMIUTM seru seluruh masyarkat ISlam lakukan Solat Hajat dan Qunut Nazilah
Skudai, 31 Mei 2010 – PMIUTM menyeru seluruh warga Malaysia bangkit menyatakan bantahan terhadap serangan rejim zionis Israel keatas kapal milik konvoi misi bantuan ke Palestin. Bantahan ini dilihat sebagai tekanan kepada pihak rejim zionis Israel yang nyata telah melanggar hak asasi manusia kerana menghalang sebarang bantuan berbentuk kemanusiaan kepada rakyat Palestin.
Menurut laporan daripada Malaysiakini, setakat ini mangsa yang terkorban akibat serangan itu adalah seramai 16 orang manakala puluhan yang lain mengalami kecederaan.
Mengulas la

“Negara Islam perlu bangkit untuk menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan rejim zionis Israel ini. Malaysia yang diwar-warkan sebagai negara Islam oleh pemimpinnya harus menyatakan pendirian dan tindakan terhadap rejim zionis Israel. Kita mahu Malaysia menghentikan segala bentuk perhubungan dengan rejim zionis Israel termasuklah dengan syarikat yang mempunyai kaitan dengan Israel iaitu Apco Worldwide”, ulas beliau lagi.
Pihak rejim zionis Israel dalam pada itu enggan mengulas lanjut terhadap serangan terhadap kapal tersebut dan kapal tersebut telah pun terputus hubungan dengan penganjur misi bantuan kemanusiaan.
Kapal yang membawa seramai 700 orang sukarelawan itu telah disekat oleh pihak rejim zionis Israel beberapa hari lalu dalam misi menghantar 10,000 tan bekalan banggunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejak 2007.
Makan malam Sempena Hari Guru PASTI






