Khamis, 9 Julai 2009

Mahkamah Persekutuan dengar kes DS. Nizar hari ini

Mahkamah Persekutuan,mahkamah tertinggi di negara ini akan mula mendengar rayuan Ds. Nizar pada hari ini.Pada pertengahan bulan lepas Ds. Nizar melalui peguamnya telah memfailkan kes ke Mahmakah Persekutuan bersabitan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Zambry Mugabe sebagai MB Perak.Sebelum itu Mahkamah tinggi telah memutuskan bahawa Ds. Nizar sebagai MB Perak yang sah.

Walaupun dalam keadaan kesukaran iaitu telah dinafikan hak untuk mendapatkan hujah bertulis penghakiman mahkamah rayuan namun barisan peguam yang mewakili Ds Nizar tetap membawa kes ini ke Mahkamah Persekutuan.Di sinilah harapan terakhir bagi Ds. Nizar dan buat rakyat negeri Perak seluruhnya untuk menuntut hak mereka yang telah dirampas beberapa bulan yang lalu.

Proses perbicaraan yang aka bermula jam 9 pagi telah ditetapkan berlansung selama 2 hari iaitu hari ini dan esok.

DPPKL ingin mengajak seluruh pendokong PR supaya sama-sama mendoakan agar keputusan menyebelahi Ds. Nizar sebagai Mb Perak yang sah.


BUBAR! BUBAR! BUBAR DUN PERAK!

-Nur12-

Tiada ulasan: