Rabu, 30 September 2009
DPPP: Sokong Penuh & Kerja Kuat
Jumaat, 18 September 2009
Selamat Hari Raya Aidilfitri dari DPPKLUMUT
Rabu, 16 September 2009
Yang baik disayangi yang jahat di.............................. lu fikir la sendiri
Isnin, 14 September 2009
Lawatan DPPKLumut ke wad kanak-kanak hospital sri manjung
Bersempena dengan Bulan Ramadhan Al-Mubarak,DPPKlumut telah menganjurkan satu program lawatan ke wad kanak-kanak di Hospital sri Manjung pada 13 sept 2009,bertujuan untuk mengeratkan lagi ikatan persaudaraan sesama islam dan juga antara kaum,kedatangan kami disambut mesra oleh staf dan jururawat yang bertugas di wad berkenaan,sejumlah hamper dan duit raya telah disediakan semasa lawatan tersebut,terdapat kira-kira 18 kanak-kanak yang masih terlantar,ada juga yang telah dibenarkan keluar pada hari tersebut,setelah diberi serba sedikit penerangan oleh staf yang bertugas kamipun terus mengedarkan hamper-hamper tersebut,terdapat juga kanak-kanak dari kaum india dan cina.Terima kasih diucapkan kepada Staf dan jururawat wad kanak-kanak yang sudi menerima kedatangan kami.
Ahad, 13 September 2009
Pemuda Pas sedia kertas cadangan penjualan arak
"Kertas cadangan itu (lebih kepada) bentuk kawalan kerana orang bukan Islam ada hak untuk minum. Tetapi mungkin ada tempat yang diharamkan penjualannya...Mungkin di negeri yang majoriti orang Islam terlalu ramai," katanya pada sidang berita di sini, hari ini.
Ketika ditanya kenapa Perak turut menjadi senarai negeri yang akan menerima kertas cadangan itu selain Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang, Azman Shapawi berkata PAS masih menganggap negeri itu ditadbir oleh pakatan pembangkang.
Khamis, 10 September 2009
Bonus Raya 1Malaysia ? - Kita mesti sokongg..!!
(*) LHakim kata pulak,
- kenapa nama "bantuan khas"?? tak guna perkataan "bonus"????
- kenapa bagi pada kumpulan sokongan je...?? kenapa tak bagi pada semua???
- orang lain tak buat kerja ke...??? kumpulan sokongan je yang dok wat kerja ke???
- kumpulan sokongan saja ka yg ada beban yg perlu diringankan???
- kerajaan tak kaji ka pegawai sokongan yang bergred DG32 ke atas lebih besar gaji dari pegawai
gred DG41?
- cikgu2 gred DG41 di sekolah rendah paling kesian.. dengan majoriti guru di sekolah mendapat "bantuan raya" termasuk guru besar yang bergaji lebih besar...guru besaq buleh gelak tunjuk pungkok la kat depa..!
Selasa, 8 September 2009
Kelahiran seorang lagi bakal serikandi islam
Ahad, 6 September 2009
Ajk Dppkl berniaga di bazar ramadan
2. 9/10 daripada rezeki sumbernya adalah perniagaan.
3. Mungkin di atas semangat inilah beberapa Ajk Dppkl telah mengambil kesempatan untuk berniaga di bazar ramadan seliaan MPM berhampiran stadium Seri Manjung.
4. Gambar atas ialah gerai Sdr. Mus'ab.Yang dalam dambar tu abang kepada Mus'ab.Antara juadah yang dijual ialah puding dan biskut raya.
5. Sementara gambar bawah ialah Sdr. Mat Nazelan.Beliau dikenali orang kuat HPA Seri Manjung.Di sini beliau berniaga produk2 HPA seperti kopi radix,cola radix,kordial dan lain-lain barangan keluaran HPA.
6. Dppkl mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka semua.Semoga beroleh keuntungan berlipat ganda.
-Nur12-
Berita terlewat siar-Sdr Ahmad Bakee (Ajk Dppkl) juara Kejaohanan Kemahiran Teknikal Perodua Ke-10
2. Beliau merupakan Ketua Lujnah Kebajikan Dppkl dan aktif sebagai pemuda di Sg. Tiram.Beliau juga merupakan menantu kepada Wak Kamal,Ketua cawangan Pas Sg. Tiram.
3. Hasil dari kejayaan ini beliau telah berjaya membawa pulang hadia pusingan dan wang tunai RM1000.Selain itu beliau juga diberi peluang untuk melancong ke destinasi pilihan (Jepun/Indonesia) yang ditanggung sepenuhnya oleh penganjur.
4. Beliau sangat komited dengan bidang kerja dan bercita-cita untuk memiliki sebuah bengkel persendirian suatu hari nanti.
5. Pihak Dppkl ingin mengucapkan tahniah kepada Sdr. Ahmad Bakee atas kejayaan ini dan semoga berjaya dengan cemerlang di masa hadapan.Dppkl amat berbangga dengan kejayaan ini.
-Nur12-
Sumbangan kepada dhuafa' di Kg. Sg. Wangi
2. Sumbangan berupa beras,tepung,gula,buah tamar dan sedikit wang saku dihulurkan bagi meringankan beban yang terbabit ketika menjalani ibadah dibulan yang mulia ini.
3. Kegembiraan jelas terlihat diwajah mereka setelah dihulurkan bantuan.Kebanyakan mereka yang dikunjungi ialah keluarga yang tidak mempunyai sumber pendapatan tetap,ketua keluarga tempat bergantung harap sedang lumpuh,penoreh getah dan kebanyakkan mereka mempunyai bilangan keluarga yang ramai.Bayangkan sebuah rumah yang hanya muat dihuni untuk 5 orang,dihuni oleh 15 orang.
4. Pihak Lujnah kebajikan Pas Sg. Wangi yang diketuai En. Salahuddin (017-5162302) amat mengharapkan bagi sesiapa yang budiman untuk menghulurkan sebarang sumbangan bagi membantu golongan yang memerlukan khususnya untuk bulan ramadan ini dan Syawal yang bakal menjelma.
5. Terima kasih kepada En.Hasbullah Ali (orang kuat Pas Sg Wangi) yang turut bersama dari mula hingga akhir program.
6. Terima kasih yang tidak terhingga kepada En.Hairul (Lumut Power Plant) dan Klinik Zarina atas sumbangan yang sangat bermakna ini.Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.Jazakumullah.
-Nur12-
Jumaat, 4 September 2009
Bagan Pinang selepas Permatang Pasir
Ini berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri berkenaan jam 2 petang tadi akibat jangkitan dalam darah.Allahyarham yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang di Port Dickson memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum lalu mengalahkan calon Pas, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi. Azman mendapat 6,430 undi manakala Ramli mendapat 4,097 undi.
BN berkira-kira untuk prk DUN Galas,Gua Musang,Kelantan.Maka tidak hairanlah berita palsu 'kematian' Adun Galas tersebar dari satu waktu ke satu waktu khususnya di Galas.Namun,Adun berkenaan dilaporkan kini sihat wal afiat dan dijangka pulang ke kampung halamannya pada 5 September ini.Beliau sebelum itu menjalani rawatan disalah sebuah hospital di China.Maka hancurlah harapan BN untuk melihat satu prk di Kelantan.
Di Kota Siputeh begitu juga.Spr memutuskan tiada prk walaupun speaker Dun menpunyai hujah kuat untuk mengosongkan kerusi berkenaan.Ramai pihak mempertikaikan keputusan terbaru SPR termasuk dikalangan Umno sendiri.Muhyiddin Yasin awal-awal lagi mengingatkan SPR supaya elakkan prk di Kota Siputeh.
8 prk sebelum ini kecuali di Batang Ai,kebanyakkannya di bahagian pantai timur dan utara tanah air.Kali ini dibahagian selatan pula.
Apakah kali ini pembangkang dapat berjaya mengekalkan kemenangan tanpa kalah?Atau BN akan berjaya mencari kemenagan sulung buat penawar dari penyakit 'selsema babi' yang melanda mereka semenjak pilihanraya umum ke-12 Mac lalu?
Sama-samalah kita tunggu.
-Nur12-
Sekat pilihanraya kecil tindakan luar biasa- Peguam
KUALA LUMPUR 4 Sept. — Suruhanjaya Pilihan Raya telah bertindak di luar bidang kuasa dan peranannya kerana enggan mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri Perak, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.
Peguam, Datuk S.Ambiga menyifatkan sebagai tidak sah dan tidak rasional keputusan SPR bahawa ketiga-tiga kerusi itu tidak kosong akibat pelantikan jawatan ketiga-tiga penyandangnya seperti yang diputuskan oleh Speaker ketika itu, V.Sivakumar.
“Responden keempat (SPR) telah mengambil kuasa dan hak Speaker bagi menentukan bahawa peletakan jawatan berlaku,” katanya di hadapan Hakim Lau Bee Lan di kamar.
Ambiga yang juga bekas Presiden Majlis Peguam, berhujah mewakili Sivakumar dalam permohonannya bagi satu semakan kehakiman untuk mengarahkan SPR supaya mengisytiharkan kerusi Behrang, Changkat Jering dan Jelapang kosong dan mengadakan pilihan raya kecil.
Sivakumar menamakan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, Adun Changkat Jering, Mohd Osman Mohd Jailu, Adun Jelapang, Hee Yit Foong, dan SPR sebagai responden.
-Bernama-
Rabu, 2 September 2009
Sidang DUN lulus tiga usul
Usul-usul itu ialah untuk mengesahkan laporan Jawatankuasa dan Kebebasan yang bertarikh 27 Julai 2009 dan 12 Ogos 2009; pelantikan anggota bagi tiga jawatankuasa bagi penggal yang baru iaitu Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam dan Jawatankuasa Perintah-perintah Tetap.
Ia juga mengesahkan usul tergempar mengutuk tindakan polis yang menggunakan kekerasan bagi menghalang anggota dewan daripada memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan bagi mengadakan persidangan itu.
Mesyuarat itu, yang berlangsung selama dua jam mulai 11.45 pagi, dihadiri kesemua 24 Adun kecuali tiga orang Adun yang ditahan polis pagi tadi dan Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim Abdullah, yang sedang mengerjakan ibadah umrah.
Persidangan yang dipengerusikan oleh Speaker, S.Sivakumar, membincangkan usul pertama yang dibawa oleh Adun Changkat Jong, Mohd Anuar Sudin, usul kedua oleh Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, manakala usul tergempar dibawa oleh Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming. Mesyuarat itu kemudiannya ditangguhkan pada 1.37 petang.
Usul pertama yang dibawa Mohd Anuar mahu persidangan itu meluluskan laporan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang telah membuat ketetapan antaranya menggantung Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir selama tiga bulan daripada menghadiri sidang DUN dan didenda RM250,000 kerana Zambry telah menghadiri sidang DUN pada 7 Mei lepas walaupun telah digantung sebelum itu.
Selain Zambry, jawatankuasa itu turut menggantung Datuk Hamidah Osman yang juga Adun Sungai Rapat bagi tempoh yang sama serta didenda dengan nilai yang sama.
Hee Yit Foong, pula dicadang untuk dipenjarakan selama enam bulan dan didenda RM500,000.
Pada 27 Julai 2009,jawatankuasa itu mengesyorkan supaya R Ganesan, dihukum penjara enam bulan atau didenda RM500,000 kerana memegang jawatan Speaker secara tidak sah sewaktu persidangan DUN Perak pada 7 Mei lalu.
Usul yang dibawa oleh Dato Seri Nizar diluluskan tanpa dibahas manakala usul tergempar oleh Nga dibahas oleh empat orang Adun sebelum diluluskan.
Pada sidang akhbar kemudian, Mohammad Nizar yang ditanya sama ada Adun Pakatan akan hadir pada persidangan yang dipanggil oleh R Ganesan kelak, berkata Ganesan tidak mempunyai hak untuk memanggil persidangan itu.
"Jadi notis memanggil sidang DUN itu adalah tidak sah," katanya.
-Bernama-(dengan edit)
Komen Nur12: Sejarah sekali lagi tercipta.Syabas kepada semua Adun Pakatan Rakyat.BUBAR BUBAR...BUBAR DUN PERAK!!
Terkini Sidang Dun Perak-sila reload
1.30 pm : Sidang Dun terus berlansung.Saksikan live di http://www.justin.tv/bilikmediaperak
12.25 pm : Dewan meluluskan laporan jawatankuasa hak.Speaker V.Sivakumar keluar arahan supaya polis menangkap Ganesan dan Hee Yit Fong atas kesalahan yang mereka lakukan ketika Sidang Dun 7 Mei lalu.Ganesan didakwa telah menceroboh ke dalam dewan.Sementara Yit Fong telah merampas kuasa speaker.
12.10 pm : Adun Canning,sedang membahaskan laporan jawatankuasa hak.
11.55 am : Pembentangan laporan jawatankuasa hak dan kebebasan oleh Adun Changkat Jong.
11.45 am : Dun Perak mula bersidang,dimulakan dengan bacaan doa.
11.35 am : Adun PR telah berada dalam dewan persidangan.Ds.Nizar dan YB.Sivakumar juga telah tiba.Sidang akan bermula bila2 masa.
11.25 am : Beberapa penyokong upahan Umno sedang melakukan provokasi di luar hotel.Mana polis,kenapa tidak ambil tindakan?
Sementera Ds.Nizar dan YB. Sivakumar sedang berada di balai Sg.Senam untuk dengan beberapa Adun yang ditahan.
11.20 am : Kesemua Adun PR tiba di Heritage Hotel untuk mulakan sidang Dun.
11.10 am : Speaker Dun,V.Sivakumar umum persidangan akan diadakan di Heritage Hotel jam 11.30 pagi.
Sementera sebelum ini 3 Adun lagi ditangkap secara kasar oleh polis.Mereka ialah Dato' Ngeh,Chan Ming Kai dan Keshvinder.Kesemua mereka ditahan di balai Sg. Senam.
10.30 am : Nga Kor Ming,Adun Pantai Remis dan 3 penyokong cuba ditahan polis diperkarangan pintu masuk pejabat SUK.
Sementara Adun2 yang lain sedang berusaha memasuki ke Dewan Persindangan.Polis seperti biasa jumlah yang ramai.Ada juga provokasi dari individu yang tidak dikenali dipercayai penyokong UMNO.
-Nur12-
Selamat bersidang
Anda telah dipilih secara mojoriti oleh rakyat Perak sehinggalah kudeta berlaku.Namun ini tidak sedikit pun menafikan kelangsungan kerajaan pilihan rakyat yang sah.
Mereka akan menggunakan kekerasan dan tipu helah.Mereka cuba memperdayakan rakyat.
Percayalah rakyat tetap bersama kerajaan Pakatan Rakyat.
Selamat bersidang.
-Nur12-
Selasa, 1 September 2009
Tetap bersidang biarpun injunksi ditolak- Sivakumar
IPOH, 1 Sept: Speaker Pakatan Rakyat Perak, V.Sivakumar akan tetap meneruskan sidang DUN esok biarpun Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menolak permohonan injunksinya.
Pada kes yang didengar dalam kamar Mahkamah Tinggi 3 siang tadi, Pesuruhjaya Kehakiman, Tuan Tarmizi Abdul Rahman menolak permohonan V.Sivakumar (Plaintif) untuk menghalang Setiausaha Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Hashim (Defendan) daripada menghalangnya menggunakan Dewan Negeri di bangunan SUK untuk persidangan DUN esok.
Mahkamah juga menetapkan tarikh 1 Oktober depan untuk kes tersebut didengar semula.
Dalam sidang media selepas itu, Sivakumar memberitahu, persidangan DUN Perak akan tetap diadakan esok walaupun permohonan injunksinya ditolak mahkamah.
Ujarnya, keputusan mahkamah itu bukan alasan untuk beliau dan kesemua ADUN tidak bersidang esok.
"Saya tetap akan teruskan persidangan esok seperti dirancang. Walaupun tak berjaya dapatkan injunksi, itu bukan alasan untuk mereka menghalang ADUN buat kerja. Halang ADUN buat kerja adalah salah disisi undang-undang." katanya kepada pemberita selepas selesai kes tersebut didengar.
Ditanya samada beliau tetap akan memasuki Dewan Dun esok, Sivakumar berkata ianya sudah tentu, kerana itu adalah matlamat asalnya sehingga terpaksa memohon injunksi.
"saya memang nak bersidang di dalam Dewan negeri Perak. Itu memang motif kita dari awal," katanya lagi.
Siva dalam permohonannya sebelum ini memohon injunksi mahkamah bagi menghalang Abdul Rahman dan/atau agen-agen dan/atau pekerjanya daripada bertindak menghalang beliau dari menggunakan Dewan Negeri untuk tarikh 2 September 2009 iaitu esok untuk diadakan persidangan. Turut dipohoan supaya defenden tidak menghalang menggunakan pejabat dan menjalankan tugas beliau sebagai Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Perak.
Selain itu beliau juga memohon injunksi untuk mencegah sebarang penyalahgunaan, campur tangan dan pencerobohan daripada pihak defendan dan/atau agen-agen dan/atau pekerjanya.
Permohonan itu dibuat mengelak kejadian Mac lalu daripada berulang. Pada 3 Mac lalu, Sivakumar beserta kesemua ADUN Pakatan Rakyat Perak telah dihalang oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Hashim beserta agen-agennya termasuk pihak polis dari memasuki bangunan SUK untuk mengadakan persidangan DUN.
Ekoran kejadian itu, kesemua ADUN Pakatan Rakyat tersebut bertindak mengadakan sidang DUN di bawah pokok.
Esok sekali lagi bakal menyaksikan episod lanjutan krisis perlembagaan Perak. ADUN Pakatan rakyat telahpun menyatakan komitmen untuk hadir seperti notis yang telah dikeluarkan Speker V.Sivakumar sebelum ini.
Mengulas samada suasana esok akan sama seperti yang berlaku Mac lalu, Sivakumar memberi kata begini,
"Saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi, kita tunggu dan lihat saha esok," katanya.
-harakahdaily-
DUN Kota Seputeh: Tiada pilihan raya kecil, kekal milik BN
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan tidak wujud kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Seputeh, Kedah dan tidak perlu diadakan pilihan raya kecil.
Oleh itu ia kekal milik Barisan Nasional (BN).
-Mstar-