Jumaat, 4 September 2009

Bagan Pinang selepas Permatang Pasir

Tahun ini tahun pilihanraya kecil (prk).Sebelum ini sudah 8 prk berlangsung.Terbaru di Permatang Pasir.Bahangnya masih terasa.Belum pun reda Allah kurniakan satu lagi prk,Bagan Pinang.

Ini berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri berkenaan jam 2 petang tadi akibat jangkitan dalam darah.Allahyarham yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang di Port Dickson memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum lalu mengalahkan calon Pas, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi. Azman mendapat 6,430 undi manakala Ramli mendapat 4,097 undi.

BN berkira-kira untuk prk DUN Galas,Gua Musang,Kelantan.Maka tidak hairanlah berita palsu 'kematian' Adun Galas tersebar dari satu waktu ke satu waktu khususnya di Galas.Namun,Adun berkenaan dilaporkan kini sihat wal afiat dan dijangka pulang ke kampung halamannya pada 5 September ini.Beliau sebelum itu menjalani rawatan disalah sebuah hospital di China.Maka hancurlah harapan BN untuk melihat satu prk di Kelantan.

Di Kota Siputeh begitu juga.Spr memutuskan tiada prk walaupun speaker Dun menpunyai hujah kuat untuk mengosongkan kerusi berkenaan.Ramai pihak mempertikaikan keputusan terbaru SPR termasuk dikalangan Umno sendiri.Muhyiddin Yasin awal-awal lagi mengingatkan SPR supaya elakkan prk di Kota Siputeh.

8 prk sebelum ini kecuali di Batang Ai,kebanyakkannya di bahagian pantai timur dan utara tanah air.Kali ini dibahagian selatan pula.

Apakah kali ini pembangkang dapat berjaya mengekalkan kemenangan tanpa kalah?Atau BN akan berjaya mencari kemenagan sulung buat penawar dari penyakit 'selsema babi' yang melanda mereka semenjak pilihanraya umum ke-12 Mac lalu?

Sama-samalah kita tunggu.

-Nur12-

Tiada ulasan: