Ahad, 6 September 2009

Berita terlewat siar-Sdr Ahmad Bakee (Ajk Dppkl) juara Kejaohanan Kemahiran Teknikal Perodua Ke-10


1. Sdr Ahmad Bakee Mohd Asnawi,anak jati Kg. Sg. Tiram telah dinobatkan sebagai juara Kejohanan Kemahiran Teknikal Perodua Ke-10 Peringkat Kebangsaan bagi kategori Dealer yang di adakan di Ipoh pada 16 Ogos yang lalu.Beliau merupakan staf di pusat service Perodua Seri Manjung.

2. Beliau merupakan Ketua Lujnah Kebajikan Dppkl dan aktif sebagai pemuda di Sg. Tiram.Beliau juga merupakan menantu kepada Wak Kamal,Ketua cawangan Pas Sg. Tiram.

3. Hasil dari kejayaan ini beliau telah berjaya membawa pulang hadia pusingan dan wang tunai RM1000.Selain itu beliau juga diberi peluang untuk melancong ke destinasi pilihan (Jepun/Indonesia) yang ditanggung sepenuhnya oleh penganjur.

4. Beliau sangat komited dengan bidang kerja dan bercita-cita untuk memiliki sebuah bengkel persendirian suatu hari nanti.

5. Pihak Dppkl ingin mengucapkan tahniah kepada Sdr. Ahmad Bakee atas kejayaan ini dan semoga berjaya dengan cemerlang di masa hadapan.Dppkl amat berbangga dengan kejayaan ini.

-Nur12-

Tiada ulasan: