Rabu, 3 Jun 2009

Ds. Nizar fail rayuan di Mahkamah Persekutuan Isnin depan

IPOH: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, akan memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan, Isnin depan, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak. Mohammad Nizar berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Pakatan Rakyat Perak, di sini, pagi tadi. "Sehubungan itu, saya mengarahkan peguam saya memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 8 Jun ini walaupun alasan penghakiman bertulis berhubung keputusan Mahkamah Rayuan pada 22 Mei lalu itu, sehingga sekarang belum lagi dikeluarkan," katanya pada sidang media di Wisma DAP tengahari ini.

-BH Online-

Tiada ulasan: