Sabtu, 6 Jun 2009

Perwakilan Johor mahu PAS kaji semula 'tahalluf siasi'

SHAH ALAM: Wakil Johor, Ustaz Salam Osman berpendapat isu ulama' dan profesional patut diselesaikan dengan melihat ulama sebagai rujukan dalam parti dan semestinya semua pihak menerima dengan hati yang terbuka.Bagaimanapun, beliau tidak bersetuju dengan konsep 'Tahaluf Siyasi' berdasarkan pengalaman bertahaluf dengan beberapa parti politik lain.
Katanya, terdapat parti lain di Johor tidak ada satu cawangan, tetapi mereka bertanding dengan kerja kuat ahli-ahli PAS namun sumbangan yang dicurahkan itu tidak dihargai sama sekali.
Tidak cukup dengan itu tegas beliau, penggabungan PAS dengan parti-parti lain perlu difikirkan oleh pimpinan supaya tidak menimbulkan banyak masalah kepada perjuangan PAS pada masa akan datang, ini kerana senario politik tanah air memperlihatkan bagaimana terdapat mereka daripada anggota parti lain melompat parti setelah memenangi dalam sesuatu pilihan raya umum atau kecil.
Pendapat beliau itu disokong padu oleh wakil Wilayah Persekutuan, Ustaz Khairuddin Aman Razali at-Takiri yang mencadangkan agar pimpinan tertinggi PAS melihat semula kepada 'Tahaluf Siyasi' atau penggabungan parti-parti pembangkang bagi menjatuhkan parti pemerintah yang bertindak zalim terhadap rakyat jelata.
Apa yang dikesalkan tegas beliau, ketakasuban ahli-ahli PAS hingga menjulang Pakatan Rakyat hingga ke peringkat mendewa-dewakannya walaupun terdapat beberapa perkara keagamaan yang tidak mampu dilaksanakan ketika tahaluf ini berlansung.
Beliau menyebut tahaluf siyasi hanyalah alat bukannya matlamat, ini menunjukkan bahawa kalau tidak menggunakan alat itu juga tidak mendatangkan apa-apa mudarat, justeru ia perlu dilihat bahawa matlamat mendaulatkan hukum-hukum Allah itu perlu diberi perhatian serius.
-sanggahtoksago-

Tiada ulasan: