Jumaat, 19 Jun 2009

Mahkamah Persekutuan tetapkan 9&10 Julai ini tentukan kes Nizar

PUTRAJAYA, 19 Jun (Hrkh) Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan bagi permohonan kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan, yang mengisytiharkan Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Menurut Nizar, permohonan itu bakal didengar pada 9 dan 10 Julai ini dan beliau sangat berharap satu sejarah tercipta dengan 11 hakim diangkat mendengar permohonan beliau.

Nizar berkata beliau terpaksa bertindak demikian walaupun panel hakim Mahkamah Rayuan belum mengemukakan hujah bertulis mereka dalam membuat keputusan itu bulan lalu.

Datuk Md Raus Shariff, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop sebelum ini memberi jaminan untuk memberi hujah bertulis bagi menyokong keputusan mereka yang telah mengejutkan pelbagai pihak

Beliau kecewa ulasan penghakiman'yang masih tidak diterima selepas Mahkamah Rayuan membuat keputusan pada 22 Mei lalu.

Menurut Nizar, beliau hairan mengapa hakim berkenaan melewat-lewatkan penyerahan ulasan bertulis sedangkan ketiga-ketiga mereka hanya mengambil masa 5 minit untuk menyampaikan keputusan secara lisan.

Seolah-olah ada unsur ketidakadilan dalam aspek ini kerana rayuan Zambry mengambil masa 24 jam sahaja untuk dilaksanakan tetapi hal ini pula masih tertangguh, kata Nizar lagi.

Ujar Nizar, kerenah hakim terbabit menjejaskan usaha beliau dan panel peguamnya untuk membuat rayuan untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu dengan memberikan alasan-alasan yang setimpal.

-harakahdaily-

1 ulasan:

ruzzim berkata...

Samseng parlimen ni tak serik-serik ,cukuplah tu........buatlah kerja anda sebagai wakil rakyat.kami yang kat Manjung ni nak tenguk sangat aanda melawat kawasa.Ini asyik turun naik mahkamah,bila masa pulak nak bekerja.Gaji yang ko makan tu ,bukannya disuruh kira tangga mahkamah.Kata wakil rakyar Pasir panjang,tapi Seri iskandar dan Tapah je nampak tempias nya.Mujur ada Zamri,ada juga lah anak tempatan cari makan.Tak dengar lagi anak tempatan manjung ni duduk merempat sejak Zamri pegang jadi MB.Moga Allah,lanjutkan usia dan panjatkat kesihatan ,moga dia terus boleh berbakti kepada rakyat Parat,khasnya,rakyat Manjung amnya.Amin.