Isnin, 2 Mac 2009

PAS CAW SG. WANGI DAPAT KETUA BARU

petugas sedang mengedar laporan tahunan

antara hadirin yang hadir

tekun mendengar amanat pimpinan


Semalam 1 mac 2009 Pas Cawangan Kg. Sg Wangi telah mengadakan mesyuarat agong bagi kali ke-16.Mesyuarat yang dihadiri hampir 100 ahli berdaftar telah dirasmikan oleh YDP Pas Kawasan Lumut Tn.Hj. Noh B. Ahmad.


Mesyuarat yang awalnya berlangsung di perkarangan markaz Pas cawangan terpaksa dipindahkan ke dalam markaz dek kerana hujan yang turun semasa ucapan perasmian oleh YDP.

Mesyuarat pada kali ini telah berlangsung pemilihan untuk ajk bagi sesi akan datang.Berbeza dengan Cawangan Pangkor yang masih mengekalkan ketua lama,ahli-ahli di cawangan Sg. Wangi telah akur dengan kehendak bekas ketua cawangan yang telah menyatakan hasrat untuk berundur dengan tujuan untuk menyerahkan kembali urusan pentadbiran cawangan kepada ahli-ahli di kg. Sg. Wangi.Mereka telah memilih ketua baru dalam pertandingan yang sengit dengan 3 orang telah dicalonkan untuk jawatan ketua cawangan.Setelah kiraan dibuat keputusan muktamad diumumkan oleh pengurus jawantan kuasa pemilihan dengan menamakan mereka yang memperoleh undi terbanyak akan dinobatkan sebagai ketua cawangan yang baru.Setelah kiraan dibuat pengurus pemilihan mengumumkan ketua cawangan yang baru ialah En. Ali B. Ahmad.Beliau akan memimpin cawangan Sg Wangi untuk tempoh 2 tahun akan datang.Selain beliau seramai 16 ahli jawatan kuasa baru juga turut terpilih.

Satu usul panas telah dibentangkan pada mesyuarat kali ini iaitu usul untuk memboikot 'kepala2 pengat' Umno yang telah menunjukkan sikap permusuhan yang berlebihan terhadap ahli Pas khususnya selepas pembentukkan kerajaan haram oleh BN.Setelah dibincang dan dibahaskan usul telah dipersetujui sebulat suara untuk dilaksanakan.Antara bentuk perlaksanaan boikot ialah tidak akan berkerjasama dalam prog2 yang dianjurkan oleh 'kepala2 pengat' Umno yang dimaksudkan.
Mesyuarat yang bermula jam 9.30mlm berakhir sekitar jam 12.30 pagi tadi.













Tiada ulasan: