IPOH: Krisis perlembagaan di Perak semakin menarik apabila sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipanggil Speaker dari Pakatan Rakyat, V Sivakumar, Selasa ini, dikatakan cuba dihalang oleh Penasihat Undang-Undang negeri. Satu tindakan yang melangkaui bidang tugas beliau yang sebenarnya.Notis pemberitahuan bagi mengadakan sidang tergempar itu sudah dihantar kepada Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri, tetapi Sivakumar mendakwa beliau dimaklumkan Penasihat Undang-Undang negeri cuba menghalang dengan tidak membenarkan notis itu diedarkan.Pada sidang media di pejabatnya di sini semalam, Sivakumar menyifatkan tindakan Penasihat Undang-Undang negeri mencampuri bidang kuasa Speaker sebagai pencabulan dan pertindihan kuasa antara eksekutif dan legislatif. Speaker dari Pakatan Rakyat itu memanggil sidang berkenaan bagi membincangkan dua usul berkaitan krisis perlembagaan negeri, tetapi Menteri Besar kudeta, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir serta enam Ahli Exco kudetanya dan tiga wakil rakyat Bebas tidak dibenarkan hadir.Dua usul berkenaan dicadangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chang Lih Kang dan Adun Titi Serong (Pas), Drs. Khalil Idham Lim Abdullah yang diterima pada 24 Februari lalu.Drs. Khalil mengemukakan usul menyokong Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah, sementara Chang mengusulkan supaya persidangan diadakan bagi menyokong pembubaran DUN.Sivakumar berkata, sidang itu turut diadakan bagi menolak pelantikan Zambry yang juga Adun Pangkor, sebagai Menteri Besar.Beliau berkata, Speaker mempunyai kuasa mengadakan persidangan tergempar mengikut Perintah Tetap 8 dan 11.Mengikut Perintah Tetap 8, Speaker boleh mengadakan mesyuarat penggal baru atau sebelum diadakan semula mesyuarat dewan dengan notis 14 hari. Bagaimanapun, notis 14 hari tidak diperlukan jika Speaker mengadakan sidang tergempar dan mesyuarat boleh dilakukan seberapa segera.Perintah Tetap 11 pula menyatakan mesyuarat dewan dalam setiap penggal hendaklah diadakan pada hari tertentu dan bermula dari suatu waktu, seperti yang ditetapkan oleh Speaker."Sebagai Speaker, saya meminta diadakan sidang DUN terlebih dulu untuk mendapatkan undi majoriti. Selepas mendapat keputusan undi itu, baru pelantikan boleh dibuat."Justeru, saya sudah menulis surat untuk memanggil semua anggota dewan bagi menghadiri sidang tergempar itu dan surat berkenaan diserahkan kepada setiausaha DUN untuk diedarkan," katanya.Tiga wakil rakyat Bebas, Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Hee Yit Foong (Jelapang) pula sudah meletakkan jawatan sebagai Adun selepas meninggalkan parti masing-masing dalam Pakatan Rakyat.Ditanya apakah tindakan memanggil sidang tergempar itu mencabar kuasa Sultan, Sivakumar menegaskan beliau hanya mengikut prosedur dan peraturan sebagai Speaker.Katanya, sidang tergempar itu tidak memerlukan perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah kerana notis 14 hari hanya perlu dikeluarkan dalam keadaan DUN bersidang biasa.Setiausaha Majlis,Abdullah antong berkata "Penasihat Undang-Undang masih dalam proses untuk menjawab permohonan itu sama ada persidangan tergempar itu boleh diadakan atau sebaliknya," katanya yang menjangka keputusan itu akan diperoleh selewat-lewatnya, Isnin ini.Abdullah ketika dihubungi berkata, beliau terpaksa mendapatkan pandangan daripada Penasihat Undang-undang negeri kerana kes itu belum pernah dilakukan Speaker sebelum ini.
YB. ADUN TT. SERONG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan