Jumaat, 13 Februari 2009

MB PERAK FAIL SAMAN TERHADAP MB KUDETA

KUALA LUMPUR: YAB Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini, jam 11.20 pagi ini untuk menfailkan saman terhadap Menteri Besar Perak kudeta, Zambry Abdul Kadir.Beliau menfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah deklarasi bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah.Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, menamakan Datuk Zambry Abdul Kadir sebagai defendan.Beliau juga menuntut perintah injunksi menghalang Zambry daripada melaksanakan tugas sebagai Menteri Perak yang baru dan dibubarkan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak serta dadakan semula pilihan raya negeri.Kelmarin dalam sidang akhbar di Ipoh mengenai masalah yang sama, Exco Kanan, Ngeh Khoo Ham mengatakan saman itu akan di lakukan oleh panel 12 orang peguam.

Tiada ulasan: