Rabu, 11 Februari 2009

9 dituduh sertai perhimpunan haram

KUALA KANGSAR, 11 Feb. - Sembilan wira rakyat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menyertai perhimpunan haram semasa pelantikan Menteri Besar Perak yang baru di Jalan Istana, Bukit Chandan pada 6 Februari lalu.
Kesemua mereka termasuk seorang warga Indonesia bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan di bacakan di hadapan Hakim Norsalha Hamzah.
Hakim membenarkan tertuduh pertama hingga kelapan dibenar diikat jamin RM4,000 manakala RM5,000 dengan seorang penjamin bagi tertuduh kesembilan yang merupakan rakyat Indonesia itu.
Norsalha menetapkan tarikh 13 hingga 17 April depan bagi membicarakan kes tersebut.

Tiada ulasan: