Selasa, 10 Februari 2009

JENAZAH AHLI PARLIMEN BUKIT GANTANG SELAMAT DIKEBUMIKAN


LEWAT JAM 6.30 PTG TADI JENAZAH ALLAHYARHAM HJ ROSLAN SHAHARUM,AHLI PARLIMEN BUKIT GANTANG TELAH SELAMAT DIKEBUMIKAN DI TANAH PERKUBURAN KG. CHANGKAT LARANG.

LEBIH 6 RIBU HADIRIN YANG TERDIRI DARI PELABAGAI LAPISAN MESYARAKAT DATANG UNTUK MEMBERI PENGHORMATAN TERAKHIR.

RAMAI DIKALANGAN PIMPINAN TERTINGGI PR JUGA HADIR UNTUK MEMBERI PENGHORMATAN TERAKHIR.ANTARANYA MB NIZAR,DS ANWAR IBRAHIM,UST AHMAD AWANG,YB MAHFUZ OMAR,YB SALAHUDDIN AYUB DAN LAIN2.TURUT KELIHATAN DATO' AZIM ZABIDI CALON BN YANG MENENTANG ALLAHYARHAM DALAM PILIHANRAYA UMUM MAC LEPAS.
SEBELUM ITU JENAZAH ALLAHYARHAM DISEMBAHYANGKAN DI MASJID CHANGKAT LARANG DENGAN DIIMAMKAN OLEH AL-FADIL USTAZ KAMARUDDIN AWANG BASIR (BEKAS PESURUHJAYA PAS PERAK).OLEH KERANA BILANGAN HADIRIN YANG RAMAI SOLAT JENAZAH TERPAKSA DILAKUKAN SEBANYAK 3 KALI.SELEPAS DISEMBAHYANGKAN JENAZAH DIUSUNG ORANG RAMAI KE TANAH PERKUBURAN BERDEKATAN.BACAAN TALKIN DILAKUKAN SENDIRI OLEH MB PERAK YAB DS NIZAR JAMALUDDIN.
DENGAN INI PIHAK DPPK LUMUT MENGAMBIL KESEMPATAN MENGUCAPKAN TAKZIAH DAN BERHARAP AHLI KELUARGA ALLAHYARHAM BERSABAR DAN REDA ATAS PEMERGIAN KETUA KELUARGA MEREKA.SEMOGA ROHNYA TENANG SISI ALLAH DAN DI TEMPATKAN BERSAMA PARA SALIHIN DAN SYUHADA'.AMIN.

Tiada ulasan: