Rabu, 11 Februari 2009

Osman Jailo, baliklah berkempen di Bukit Gantang !!

BUKIT GANTANG, 11 Feb. :- Banyak pihak juga membincangkan siapakah calon UMNO yang akan ditampilkan sebagai calonnya. Walaupun menurut banyak pemerhati politik pertandingan yang berlaku di Bukit Gantang dalam suasana politik Perak yang sangat memihak kepada pakatan Rakyat.Kalau tidak terlalu bombastik dan happy ending pertandingan yang berlaku cuma memenuhi syarat supaya seorang ahli parlimen dari Pakatan Rakyat dipilih secara sah.Maklumat dari pihak yang saya boleh percayai dan cakap-cakap di kedai kopi di Bukit Gantang mendapati sekurang-kurangnya terdapat 3 calon yang disebut setakat ini.Calon populer ialah Kamalulai, Timbalan Ketua bahagian UMNO Bukit Gantang. Beliau adalah pensyarah di Kolej Islam Kuala kangsar.Keduanya Ismail Sofyan, Calon yang kalah dalam pemilihan Ketua bahagian Bukit Gantang yang lepas. Beliau kalah kepada YB. Rosli yang juga ADUN Terong.Terakhir ialah Pengarah Mardi Negeri Perak, Dr. Zamry. Dari segi akademik beliau lah yang paling layak menurut sumber itu.Siapapun calon yang dikemukakan nampaknya percaturan sangat sukar . Siapapun yang disebutkan di atas nampaknya tidak dapat menghadapi gelombang rakyat yang berlaku di Perak sekarang ini.Kemarahan rakyat kepada ADUN Changkat Jering yang berada dalam Parlimen itu, Mohd. Osman Jailu pasti akan menambahkan lagi majoriti undi di kawasan DUN berkenaan .Ramai yang menunggu ke pulangannya untuk berkempen di Changkat Jering. Cuma yang kita ragui adakah dia sanggup muncul di khalayak ramai dan apa pula yang dia akan ucapkan dalam keadaan dia pun tidak pandai berceramah.
YB KHALIL IDHAM LIM
ADUN TT.SERONG
.

Tiada ulasan: