Selasa, 7 April 2009

Nizar yakin menang

Calon PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, selepas melalui tempoh kempen yang cukup mencabar dan padat, "yakin akan memperoleh kemenangan."Walaupun tidak mengundi dalam bahagian Parlimen Bukit Gantang, bekas Menteri Besar Perak itu mula melawat pusat-pusat mengundi sejak 8 pagi tadi.Beliau memulakan lawatan itu dengan mengunjungi pusat mengundi di Sekolah Menengah Pengkalan Aur, Air Kuning bertolak dari Markas PAS bersama isterinya, Datin Seri Fatimah Taat."Dia (isteri) berikan saya suntikan semangat dalaman dan luaran," kata beliau sambil menambah, isterinya mengikutinya berkempen sepanjang masa.Nizar memperoleh cucu pertamanya tiga hari selepas hari penamaan calon.Ketika ditanya cabaran kempen kali ini berbanding tahun 2008, Nizar memberitahu, suasana pilihan raya kecil ini lebih mencabar tetapi memperoleh sokongan daripada masyarakat segenap lapisan.
http://idhamlim.blogspot.com

Tiada ulasan: